Tuesday, December 7, 2021

HARGA MAKANAN NAIK DI MALAYSIA (Part 1)

MEDIA MELAPORKAN
di Malaysia dimana sepanjang 2021 negara mengalami kenaikan harga makanan antaranya ayam, telur ayam, minyak masak, roti dan sayur-sayuran yang menjadi isu semasa paling banyak dipaparkan. Isu ini juga menyebabkan kegelisahan kepada rakyat terutama golongan bawahan yang terjejas pendapatan berkurangan pendapatan akibat pandemik covid19 yang sudah dua tahun melanda. Media laporkan dimana sebagai contoh harga ayam proses meningkat dengan mendadak sepanjang 2021 dimana ia telah mencecah RM10 sekilogram walau pun sebelum ini harganya hanya sekitar RM7 - RM8 sekilogram. Penulis blog yang menulis banyak mengenai teknologi pertanian dengan lebih dari 6,760 artikel merasakan sesuai ditulis tajuk diatas yang banyak hubungkaitnya dengan sektor pengeluaran makanan. Apa pun seperti mana yang diterangkan oleh media tempatan dimana pihak kementerian dan agensi berkaitan telah pun menyatakan antara punca utama kenaikan harga ayam adalah kerana kenaikan harga dedak menyumbang kepada kenaikan harga ayam hidup di peringkat penternakan. Akibat yang berlaku adalah dimana kemudiannya meningkatkan harga ayam proses di peringkat borong dan juga runcit yang pengguna beli di pasar-pasar. Apa pun mungkin masih ramai yang tidak sedar bahawa Malaysia mengimport hampir 100% keperluan membuat dedak untuk membuat makanan ayam dari luar negara seperti jagung bijirin, kacang soya dan sebagainya. Tahun 2020 sahaja dilaporkan Malaysia telah pun mengimport sebanyak 3.85 juta tan jagung bijirin dengan nilai RM3.3 bilion dan 732 ribu tan kacang soya dengan nilai RM1.3 bilion dari negara pengeluar seperti Argentina, China dan Brazil. Penulis blog percaya kadar kebergantungan Malaysia kepada pengimportan komoditi jagung dan kacang soya memberi kesan kepada harga ayam apabila harga jagung naik meningkat mendadak terutamanya sejak wabak Covid-19 melanda. Merujuk kepada FAOStat dimana kalau pun sebelum ini sekitar harga dunia jagung bijirin adalah sekitar USD300 - USD400 satu metrik tan sepanjang tahun 2 lepas tetapi terkini harga tersebut telah meningkat sehingga setinggi USD800/mt sekarang harganya adalah sekitar USD600/mt. Begitu juga dengan komoditi kacang soya yang mana harga sebelum ini sekitar USD900-USD1,000/mt pada dua tahun dulu tetapi pernah mencecah setinggi USD1,700/mt dan sekarang kekal tinggi iaitu pada harga USD1,200/mt. Artikel pagi Isnin ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kongsikan info mengenai isu harga bahan makanan naik di Malaysia seperti dilaporakn banyak media tempatan untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca blog ini semua.

Merujuk kepada masaalah di negara pengeluar jagung bijirin dan kacang soya dimana diantara punca kenaikan harga komoditi ini adalah kerana berlaku cuaca kemarau berpanjangan yang kesan dari mengurangkan pengeluaran jagung dan kacang soya. Dalam masa sama dilaporkan dimana berlaku pertambahan kadar permintaan dunia yang melonjak selepas sektor ekonomi dibuka di seluruh dunia terutamanya permintaan yang tinggi daripada negara pengguna seperti USA dan China dalam fasa pandemik covid19 yang berlaku. Secara ekonominya dimana apabila berlaku penawaran (supply) yang terhad dan kadar permintaan (demand) terus meningkat maka kesannya tentu harga meningkat. Begitu juga dengan harga gandum yang merupakan ramuan utama untuk membuat roti dimana dilaporkan harga komoditi ini juga telah meningkat mendadak dimana jika sebelum ini harga sekitar USD500 - USD600 satu metrik tan tetapi terkini harga tepong telah naik sekitar USD850/mt. Ia merupakan satu peningkatan yang signifikan yang menyebabkan kilang-kilang roti terpaksa menaikkan harga borong dan runcit untuk menampung kos menghasilkan roti. Umum rasanya sudah faham dimana harga komoditi antarabangsa termasuk komoditi yang dihasilkan di dalam negara kita adalah mengikut kuasa pasaran dan di luar kawalan Kerajaan. Perkara ini juga sama seperti harga minyak mentah antarabangsa untuk menghasilkan petrol dan diesel dimana ia bergantung kepada supply dan demand di dalam pasaran antarabangsa. Secara kebetulan sepanjang 2017 sehingga sebelum Covid-19 melanda pada tahun 2020 harga-harga komoditi ini stabil dan kekal rendah dan sejak setahun kebelakangan ini. Sebagai perbandingan penulis blog lihat dimana ia sama juga dengan harga sayur-sayuran yang meningkat dengan begitu mendadak sekali. Faktor bermusim seperti cuaca hujan yang mempengaruhi pengeluaran sayur-sayuran seperti di Cameron Highlands. Terdapat juga unsur komponen input yang diimport yang meningkat harganya iaitu baja yang meningkatkan harga untuk menghasilkan sayur-sayuran. Disamping itu Malaysia juga mengimport sayur-sayur tertentu daripada luar untuk memenuhi keperluan pengguna contohnya cili dan kobis bulat yang mana lebih 65% diimport dari negara China yang juga mengalami musim tengkujuh dan hujan berlarutan yang mengganggu pengeluaran sayur.

Dalam pada itu kerajaan Malaysia amat sensitif didalam usaha bagi mengatasi masaalah kenaikan harga barang makanan. Ini kerana semua ini bukanlah bermakna kerajaan tidak mempunyai langsung kuasa untuk campurtangan dengan melakukan intervensi membantu mengurangkan beban pengguna yang terpaksa berhadapan dengan kenaikan harga barangan pengguna seperti ayam, telur, minyak masak, roti dan sebagainya. Kini sebagai langkah jangka pendek, YAB Perdana Menteri telah mengumumkan peruntukan tambahan RM262 juta untuk membantu kos petani dan peladang yang terkesan dengan kenaikan harga input iaitu dengan sasaran ia akan mampu mengawal kenaikan harga runcit kepada rakyat. Selain itu juga aktiviti penguatkuasaan yang lebih ketat juga wajar untuk ia dilaksanakan pada masa ini untuk memastikan tiada orang tengah yang mengambil kesempatan menaikkan harga dan marjin keuntungan sambil menyalahkan petani dan peladang.
Media melaporkan dimana usaha-usaha ini sedang dan telah dilaksanakan oleh MAFI, MOF dan KPDNHEP tindakan segera. Seterusnya kerajaan boleh memberi subsidi input di peringkat pengeluaran contohnya subsidi harga makanan dedak kepada penternak untuk mengurangkan kos menternak ayam. Di dalam Bajet 2022 dilaporkan kerajaan telah pun mengumumkan peruntukan sejumlah RM1.5 bilion subsidi dan insentif untuk subsidi benih dan baja. Ini hanya sebagai satu langkah ini hanya untuk jangka pendek dimana cara ini masih tidak menyelesaikan masalah asas struktur iaitu kadar import input yang terlalu tinggi. Bagi pendekatan strategi jangka panjang dengan matlamat utama sudah tentunya adalah untuk mengurangkan kebergantungan import tidak kira import bahan mentah input seperti jagung bijjirin dan baja kimia atau jumlah import barangan siap seperti sayur-sayuran dan buah-buahan temperate. 

Penternakan ayam di Malaysia memerlukan makanan seperti dedak yang diformulasi daripada jagung bijirin dan kacang soya dan lain-lain bahan yang 100% diimport dari Argentina, China dan beberapa negara sumber lain. Malaysia perlu memperhebatkan  usaha sedia ada untuk menghasilkan sendiri jagung bijirin bagi mengatasi jumlah import yang berbillion nilainya dan bertambah sepanjang tahun. Walau pun sudah beberapa kali kerajaan membuat ujicuba penanaman jagung bijirin di Malaysia akan tetapi sehingga artikel ini ditulis masih belum berjaya. Sebagai perbandingan negara jiran Indonesia, Thailand dan Filipina telah berjaya menanam jagung bijirin mereka dan mampu mengurangkan kebergantungan jagung bijirin import. Itulah sebabnya harga beg makanan ayam terus meningkat saban tahun (Sila lihat foto disebelah). Kementerian Pertanian (dulu MoA) telah banyak kali menjalankan projek penanaman jagung bijirin di Malaysia tetapi belum berjaya dimana kesan jangka panjang amat membimbangkan. Bagaimana pun dalam aspek lain penggunaan produk alternatif sebagai dedak seperti kajian pada tahun 2015 oleh MPOB dan UPM yang telah menghasilkan produk dedak berasaskan isirong sawit perlu dikembangkan didalam penyediaan makanan ayam. Malaysia merupakan sebuah negara pengeluar sawit dan jika tumpuan diberi serta R&D mendalam dilakukan maka kemungkinan ada kelebihan ini perlu diterokai dalam sektor ini. Kebergantungan kepada kacang soya dan jagung bijirin akan berkurang jika alternatif seperti isirong sawit boleh digunakan sebagai dedak makanan ternakan. Artikel ini terdiri dari dua segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang perlu dibaca bersama. Semuga artikel ini memberikan info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!...
PRODUK ASAS MAKANAN... NAIK HARGA...
AYAM DAN SAYUR... IA TERLIBAT SAMA...
AMAT TERKESAN... RAKYAT TERSIKSA...
PERLU DIATASI... PELBAGAI CARANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(1 Jamadilawal 1443H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.