Monday, November 8, 2021

TONGKAT ALI DAN BERITA VIRAL (Part 1)

HERBA TONGKAT ALI
(Eurycoma longifolia) merupakan sejenis tumbuhan dalam kategori pokok saka yang digunakan sebagai herba kesihatan dari keluarga Simraubaceae. Tumbuhan ini juga dipanggil sebagai Pasak Bumi, Payong Ali, Tongkat Baginda, Muntah Bumi, Petala Bumi, Hempedu Pahit, Penawar Pahit, Penawar Bias, Bedara Merah, Bidara Laut, Babi Kurus, cay ba binh (Vietnam), Tho Banh (Laos) dan LongJack (English). Tumbuhan Tongkat Ali banyak terdapat dikawasan hutan di Malaysia, Indonesia dan sedikit di Vietnam, Laos, Thailand serta di Kawasan Asia Tenggara yang Lain. Kenapa pokok ini diberi nama Tongkat Ali di Malaysia?.... Mungkin kerana khasiat yang terkandung didalamnya yang merujuk kepada kekuata seks lelaki sehinggakan kekuatannya mampu menongkat 'Ali nya". Tongkat Ali adalah sejenis tumbuhan saka yang mempunyai batang lurus yang tumbuh menegak keatastanpa bercabang seperti pokok lain. Batangnya bulat dan berdaun pada bahagian pucuk dengan ketinggian mampu mencapai 15 meter atau lebih dari 50 kaki terutama dikawasan hutan semulajadi. Daunnya berbentuk pinnate dengan ukuran 20-40 cm panjang (8-16 inci) dengan sebanyak 13-40 helai daun pada satu tangkai. Pemerhatian penulis blog dahulu di Ladang Tongkat Ali di Stesen PORIM di Jengka Pahang yang ditanam di kawasan Ladang Sawit mendapati pokoknya tinggi dengan batang yang panjang akibat perebutan cahaya matahari dengan pokok kelapa sawit. Tumbuhan ini sesuai ditanam dikawasan yang ada pelindung dan kurang 'perform' pada kawasan terdedah terus dibawah matahari. Dalam pada itu di Putrajaya mengikut portal yang saya rujuk oleh beberapa media tempatan dilaporkan oleh 
Kementerian Kesihatan akan menetapkan paras minimum kandungan tongkat ali (Eurycoma longifolia) dalam semua minuman atau makanan tambahan yang ada di negara ini sebelum pertengahan tahun depan. Langkah itu perlu kerana berdasarkan analisis yang dilakukan dimana pihaknya mendapati kandungan bahan itu dalam minuman atau makanan tambahan tidak membawa apa-apa kesan sebagaimana didakwa. Ia ia juga sejajar dengan langkah kerajaan untuk melindungi kepentingan dan hak pengguna di negara ini. Pihak kementerian bersama Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) sedang mengkaji paras minimum yang boleh mengesahkan bahan minuman atau makanan tambahan itu mengandungi tongkat ali. Apabila ia ditetapkan maka mana-mana minuman atau makanan tambahan yang tidak mencapai paras minimum itu ia boleh didakwa sebagai penipuan. Artikel kali ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya paparkan berita agak viral tongkat ali untuk dijadikan bahan rujukan pembaca semua.

Bukan menjadi satu kelainan apabila beberapa penduduk tempatan di Pahang menjadikan '
Tongkat ali, kacip fatimah sumber rezeki di Cameron Highlands' sesuai dijadikan bahan rujukkan. Biarpun sudah dilanda arus pemodenan di Malaysia akan tetapi kalangan beberapa masyarakat Orang Asli masih setia dengan aktiviti tradisi mereka turun-temurun menjadikan sumber hutan sebagai pencarian rezeki utama mereka. Kini dengan lokasi kawasan penempatan mereka berhampiran hutan juga menyebabkan mereka masih tidak boleh lari dengan tarikan alam semula jadi untuk menampung kehidupan. Antaranya empat sahabat baik dari perkampungan Pos Betau di sini menjadikan pencarian tongkat ali sebagai sumber pendapatan mereka berikutan permintaan tinggi terhadap hasil hutan tersebut. Bagi mereka iaitu Arman Selek dan Roswan Samir yang kedua-duanya berusia 32 tahun bersama bekerjasama mencari tongkat ali yang turut dikenali dengan sebagai pasak bumi setiap waktu terluang (Sila lihat foto disebelah). Tumbuhan tongkat ali atau di kenali dengan nama saintifiknya Eurycoma longifolio adalah salah satu sumber hutan yang mendapat permintaan tinggi untuk digunakan bagi tujuan perubatan malah dikomersialkan di pasaran. Mereka mencari tanaman itu di hutan berhampiran pos tersebut bersama rakan-rakannya. Ia adalah punca pendapatannya sejak remaja lagi. Selain cari tongkat ali dimana mereka mencari kacip fatimah dan buluh madu kelulut turut menjadi sumber rezekinya.

Agak mengejutkan apabila dilaorkan media dimana '
Kopi pra campuran herba punca penyakit kronik' untuk dijadikan bahan rujukkan. Media melaporkan dimana pengambilan kopi pra-campuran herba dikenal pasti sebagai salah satu punca pelbagai penyakit kronik. Mengikut dakwaan oleh Pengerusi Program Pemakanan dan Dietetik, Pusat Pengajian Sains Kesihatan USM, Kelantan Prof Madya Dr Hamid Jan Mohamed bahawa pengguna perlu berhati-hati (Sila lihat foto disebelah)Pengambilan kopi pra campuran herba dikenal pasti sebagai salah satu punca pelbagai penyakit kronik seperti obesiti dan kencing manis selain membawa kesan buruk kepada organ dalamanBagaimanapun didakwa masih ramai pengguna tidak menyedarinya berikutan mudah terpedaya dengan iklan mendakwa kopi pra-campuran itu mempunyai khasiat termasuk mampu memulihkan syahwat, melangsingkan badan serta memutihkan kulit. Pengguna tidak menyedari bahawa ada bahaya terkandung dalam kopi pra campuran berikutan terpedaya dengan gimik bagi melariskan produk. Dia dakwa kebanyakan produk kopi pra campuran yang terdapat di pasaran tidak memberikan kesan seperti dijanjikan dan ia sebaliknya kandungan herba yang didakwa diadun bersama kopi tertentu boleh diragui. Malah harga bahan asas herba yang kononnya yang dicampur dalam paket minuman itu adalah mahal dan mustahil untuk pengeluar menggunakan bahan itu dengan kuantiti sepatutnya kerana ia akan seterusnya mempengaruhi harga produk berkenaan.  Harga herba seperti ginseng dan Tongkat Ali bukan murah seperti disangka apa lagi jika ekstrak herba itu diguna dimana ia mungkin dalam kuantiti kecil dan tidak mampu memberi kesan seperti diharapkan pengguna. Memang belum banyak  kajian saintifik yang menunjukkan keberkesanan kopi pra campuran herba mempunyai khasiat yang didakwa. Jika ada pengakuan pengguna, ia mungkin kerana kesan 'palsu' atau kesan 'placebo' berikutan persepsi sebelum meminum kopi berkenaan. Sebaliknya, kandungan gula yang tinggi dalam kopi pra campuran boleh menyebabkan penyakit kronik seperti obesiti dan kencing manis. Pengguna boleh melihat sendiri kandungan kalori atau gula yang terdapat pada bungkusan paket minuman itu yang disusun mengikut jumlah paling tinggi bagi kuantiti bahan terkandung dalam kopi itu. Dr Hamid Jan seterusnya mengingatkan kepada pengguna yang gemar minuman air herba tanpa campuran kopi turut berisiko mendapat penyakit hati berdasarkan kajian yang dilakukan sebelum ini. Ini kerana herba yang diminum akan diproses di bahagian hati manusia dan mendap dalam organ berkenaan dan mendapan yang berlaku akan mengakibatkan hati manusia mengalami kerosakan atau kecederaan. Beliau menasihatkan pengguna supaya lebih cermat dalam memilih produk minuman berasaskan kopi, elakkan produk yang mempunyai gula dan kalori yang tinggi serta produk yang mempunyai kandungan bahan herba yang diragui keberkesanannya.

Dalam laporan lain dimana dilaporkan iaitu  '
Tongkat ali digunakan dalam perubatan moden' oleh Harian Metro juga sesuai dijadikan bahan rujukkan semua. Tongkat ali sejenis pokok saiz sederhana yang boleh mencapai ketinggian hingga 10 meter. Tumbuh secara liar di kawasan tropika di Asia Tenggara termasuk Malaysia, Filipina, Borneo dan Sumatera. Khasiat herba tongkat ali atau nama saintifiknya Eurycoma longifolia jack memang tidak dinafikan dalam dunia perubatan moden. Ia pokok yang tumbuh tegak, mempunyai sistem akar tunjang dan serabut. Batangnya jenis berkayu dan licin berbentuk selinder, berwarna kelabu di bahagian yang tua sementara akar muda berwarna coklat kemerahan. Daunnya jenis majmuk, mempunyai tangkai daun yang panjang dan tersusun secara berpusaran di bahagian atas atau hujung batang. Setiap tangkai mempunyai 20 hingga 30 pasang anak daun yang tersusun bertentangan. Daun muda berwarna hijau kekuningan, hijau tua dan coklat.  Jambak bunganya jenis panikel yang terbit dari ketiak tangkai daun, jambaknya bercabang yang mempunyai banyak bunga bersaiz kecil, bunga berwarna kuning kemerahan. Tongkat ali menghasilkan banyak buah yang berbentuk lonjong atau bujur berwarna hijau ketika muda dan bertukar merah pekat apabila matang. Tanaman tongkat ali boleh dibiakkan melalui biji benih dan tampang seperti keratan, tut dan teknologi tisu kultur. Pembiakan melalui biji benih adalah lebih mudah dan praktikal kerana tumbuhan ini menghasilkan bilangan buah yang tinggi pada setiap musim. Buah yang sudah matang dan subur berwarna merah pekat boleh disemai terus di dalam medium pasir untuk percambahan. Biji benih mula bercambah selepas empat minggu disemai. Anak benih yang mencapai ketinggian antara lima hingga 10 centimeter (cm) boleh dipindahkan ke dalam beg semaian. Tumbuhan tongkat ali boleh ditanam sebagai tanaman selingan di dalam kelapa, kelapa sawit atau dusun buah-buahan. Khasiat tongkat ali yang dikatakan mampu memberi kesan perubatan kepada pengguna terutama keupayaan menjadi agen penggalak seks dan meningkatkan kesihatan tubuh badan. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.
TONGKAT ALI... SEJENIS HERBA...
SUKAR DI CARI... MAHAL HARGA...
BANYAK KHASIAT.. YANG DAKWA...
SIAPA MEMBELI... KENA WASPADA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(26 Safar 1553H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.