Wednesday, October 6, 2021

TEKNIK MENANAM SAWI SENDIRI

MENANAM SAWI
(Brassica spp) di rumah merupakan satu aktiviti yang semua orang yang berminat boleh melakukannya. Sawi merupakan sejenis sayurn berdaun yang cepat berhasil daripada keluarga Cruciferae dimana menjadi salah satu sayur jenis daun yang sangat popular di Malaysia. Penulis blog mendapati seluas 11,462 hektar dengan jumlah penghasilan sebanyak 146,894 metrik tan ditanam di Malaysia pada 2020
(Sumber: Booklet Keluasan Tanaman, Jabatan Pertanian Malaysia 2020). Penulis blog percaya keluasan ini adalah tidak termasuk tanaman sawi keliling rumah persendirian secara hobi oleh mereka yang melakukannya sendiri. Penanaman sawi di Malaysia kebanyakannya oleh petani komersil yang menanam secara sistem penjadualan matrik dimana mereka menanam setiap hari ada penuaian dilakukan bersama dengan sayur daun jenis lain seperti kangkung, bayam, Kailan, daun bawang, daun salad dan beberapa lagi. Pasaran utama sawi adalah untuk keperluan domestik sementara hampir 25% lagi adalah dihantar ke Singapura. Tanaman sawi adalah sejenis sayuran daun singkat masa iaitu dalam tempoh 4 minggu sahaja untuk dituai yang terdiri daripada beberapa varieti popular antaranya Sawi Bunga, Sawi Hijau, Sawi Putih, Sawi Kerinting, Sawi Jepun dan sebagainya. Penulis blog juga ada mendapati kebanyakan benih sawi adalah diiport dari luar negara untuk memenuhi keperluan negara. Sayur sawi sering dimasak sebagai sayur masak air, tumis, masak lemak dan banyak dijadikan komponen didalam membuat mee goreng, mee sup, mihun goreng, kuih tiow goreng, mee bandung dan banyak lagi menu makanan kegemaran ramai. Harga runcit sayuran sawi adalah murah berbanding dengan sayuran lain dan ianya naik sedikit semasa musim hujan monsoon (banjir) atau kemarau yang kritikal di kawasan kebun. Artikel pagi Selasa inii dalam blog "Anim Agro Technology" saya terus menulis mengenai teknik menanam sawi sendiri dengan pelbagai kaedah dirumah untuk dijadikan bahan rujukan pembaca semua.

Penulis blog beberapa kali ditanya rakan b
agaimanakah cara tanam sawi yang betul?. Jadinya dalam artikel ini saya kongsikan beberapa teknik yang mudah dan betul untuk menanam sayuran sawi  terutamanya di rumah sendiri untuk jadi panduan. Penanaman sawi di rumah adalah amat digalakkan memandangkan sawi merupakan sayur yang senang bagi ditanam dan sawi digunakan di dalam pelbagai masakan. Sebaiknya aktiviti ini melibatkan seluruh ahli keluarga dirumah termasuk anak-anak untuk bersama-sama dapat menjayakannya (Sila lihat foto disebelah). Namun begitu ilmu dalam menanam sawi perlu didapatkan dahulu sebelum menanamnya.  Ini kerana perla tahu beberapa cara yang perlu diamalkan supaya tanaman sawi tumbuh segar dan sihat. Jika kawasan rumah ada luas mencukupi sebaiknya menanam sawi didalam batas tanaman yang dibuat pada tanah yang cukup cahaya atahari. Boleh juga menanam sawi didalam polibeg, pasu atau bekas buangan seperti tin biskut, kontena plastik dan sebagainya. Bagi aktiviti penyediaan batas adalah sangat penting sama ada batas di tanah ataupun batas di dalam pot tanaman. Penggunaan pot tanaman adalah lebih mudah digunakan sekiranya laman rumah adalah terhad. Seterusnya menetukan media tanaman seperti tanah dan media lain yang sesuai. Jenis tanah yang digunakan pula sebaiknya tanah campuran mengikut skala 3:2:1 dimana 3 tanah: 2 kompos: 1 pasir sama ada dibuat sendiri atau beli sahaja di kedai pertanian yang telah siap campurannya. Sekiranya tiada kesempatan untuk menyediakan tanah mengikut skala ini apa pun sebaiknya menggunakan tanah hitam yang dibeli di kedai juga boleh digunakan. Masukkan tanah ke dalam pot tanaman sehingga ¾ paras pot tanaman. Ada yang menggunakan campuran baja organik dan cocopeat sebagai media tanaman. 

Penanaman jenis sawi perlu dikenalpasti benihnya dahulu kerana varieti sawi yang berlaian umumnya memerlukan penjagaan yang sedikit berbeza. Paling biasa ditanam adalah Sawi Hijau, Sawi Bunga dan Sawi Jepun kerana ia agak mudah untuk mendapatkan bekalan benihnya. Biji sawi adalah bersaiz sangat kecil dan sekiranya ditanam dengan ditabur begitu sahaja maka ia akan menyebabkan pertumbuhan yang sangat rapat. Jika sawi tumbuh begitu rapat akibatnya sawi tidak menerima nutrien yang cukup, berebut cahaya matahari dan ruang sedikit yang menyebabkan hasil sawi mana ia bersaiz kecil. Bagaimana pun teknik yang boleh digunakan ialah dengan mencampurkan benih sawi dengan sedikit pasir dan setelah itu ditabur mengikut barisan diatas batas secara lurus. Cara penanaman yang teratur akan membuatkan tanaman tumbuh secara seragam. Setelah batas telah siap disediakan maka kemudian ia di tabur benih yang telah dicampur bersama pasir. Bagi penanaman didalam pasu atau polibeg lebih mudah kerana cuma bubuh beberapa biji sahaja didalam pasu atau gunakan anakbenih sawi yang dipindahkan dari semaian. Kemudian mesti disiram secara perlahan-lahan dimana disyorkan adalah lebih baik disiram menggunakan alat spray. Disyorkan untuk menyiram 2 kali sehari iaitu pada waktu pagi dan lewat petang kecuali ada hujan pada masa tersebut. Elakkan dari menyiran terlalu banyak kerana benih dan anak pokok sawi akan mati kelemasan. Pastiman membeli anakbenih sawi yang berkualiti dari pembakal atau jenama yang telah dipercayai ramai petani. Jika peratus percambahan kurang baik atau berlaku serangan perosak dan penyakit diperingkat awal sebaiknya tanam semula yang baru.

Proses berikutnya adalah apa yang dinamakan aktiviti penjarakkan atau penjarangan anak sawi. Disyorkan dimana setelah 3 atau 4 hari menanam benih maka biji sawi akan bercambah. Sekiranya sawi telah mencapai saiz 3 inci ataupun sebaiknya pada hari yang ke 10 hingga hari ke 14 maka aktiviti penting iaitu penjarakkan atau penjarangan sawi perlu dilakukan. Dilakukan di mana setiap pokok sawi perlulah mempunyai sedikit jarak iaitu 10cm diantara satu sama lain untuk proses pertumbuhan yang optimum. Jika sawi disemai tanpa bercampur bersama pasir biasanya sawi akan tumbuh terlalu rapat dan proses penjarangan akan sukar untuk ianya dijalankan dan akan menyebabkan ada pokok yang patah. pa pun penuli blog cadangkan penjarangan pokok dibuat bagi memberikan ruang dan nutrien yang cukup pada tanaman sawi. Seterusnya adalah proses pembajaan sawi dimana ia mesti mencukupi jika digunakan baja organik sama ada yang dibeli ataupun dibuat sendiri dari sisa dapur semestinya sudah sesuai untuk digunakan. Cara membeli baja komersil adalah disyorkan seperti jenis baja NPK 15:15:15 untuk diberikan kepada tanaman sawi boleh dilakukan mengikut jadual yang disyorkan. Pemberian baja tersebut pada kadar 40 gram hingga 50 gram sepokok dengan cara menabur baja disekeliling pokok. Sebaiknya tidak terlalu rapat sehingga terkena batang pokok. Setelah membaja dimana pokok perlu disiram supaya baja lebih mudah diserap masuk ke dalam tanah dan diambil oleh akar pokok. Tanaman sawi tidak dapat dielakkan dari gangguan penyakit dan juga perosak. Kawalan penyakit dan perosak juga adalah penting dalam tanaman sawi kerana perosak gemar dengan sayuran berdaun dan tanpa kawalan yang rapi, daun akan dimakan oleh perosak dengan cepat. Memang digalakkan untuk menggunakan kaedah Kawalan Perosak Bersepadu (IPM) termasuk secara biologi ataupun kawalan secara organik. Racun organik campuran boleh digunakan dengan menggunakan cili padi, bawang putih, serai wangi, daun kesum dan beberapa repellent yang lain boleh membantu didalam mengurangkan serangan perosak dan penyakit sawi. Penjagaan baik membolehkan tanaman sawi dituao dalam masa 28 hari atau 30 hari selepas pemindahan anak benih. Sawi dipotong pada bahagian batang paling bawah dan akar boleh dibairkan sehingga menjadi kompos. Tanaman lain boleh ditanam di kawasan tersebut seperti bayam, kangkung atau jenis sayur yang lain. Penukaran jenis tanaman pada kawasan yang sama adalah amat digalakkan bagi memelihara nutrien di dalam tanah. Pada penulis blog penanaman sayur sawi di halaman rumah tidaklah begitu merumitkan dan amalan tanaman sayur-sayuran terutamanya dengan menggunakan kaedah organik adalah amat digalakkan. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.
MENANAM SAWI.. MUDAH KATANYA..
SEDIA BATAS... ATAU PASU SAHAJA...
BENIH DISEMAI... SIRAM JANGAN LUPA...
CUKUP SEBULAN... MENUAILAH ANDA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(28 Safar 1443H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.