Sunday, October 10, 2021

SAMBUTAN HARI KOPI SEDUNIA

SAMBUTAN HARI KOPI SEDUNIA
(International Coffee Day) disambut pada tarikh 1 Oktober telah dipilih sebagai Hari Kopi Sedunia oleh Pertubuhan Kopi Antarabangsa. Ia telah dianjurkan sebagai meraikan kopi sebagai antara minuman paling digemari masyarakat dunia masa kini. Penulis blog diberitahu air mineral merupakan jenis air minuman paling banyak diminum oleh manusia dimukabumi ini dan ia diikuti dengan minuman kopi. Saya sudah menulis mengenai teknologi kopi dari segi varieti, penanaman, pemprosesan, khasiat dan sebagainya dalam blog ini melebihi daripada 6o buah artikel dimana ianya menjadi rujukan utama di Malaysia, USA dan Indonesia mengikut Global Ranking. Anda boleh membuat akses sebahagian daripada artikel pasal kopi dengan pautan (Sila klik disini), (Sila klik disini), (Sila klik disini), (Sila Klik Disini), (Sila klik disini) dan berpuloh lagi. Kopi yang mengandungi bahan Caffien merupakan satu daya tarikan kenapa semakin ramai penduduk dunia meminum kopi. Persaingan hebat kini berlaku diantara syarikat-syarikat restoren penyedia minuman kopi bertaraf antarabangsa seperti Starbuck, DoiChang Cofee, World Coffee dan sebagainya menjadikan minuman kopi ini semakin dinaikkan kelasnya. Kalau dahulu di kedai makan tradisional dimana jika minum kopi 'O' hanya RM0.50 secawan akan tetapi kini mencecah kepada lebih RM50.00 secawan sepeti minuman Kopi Luwak (Kopi Tahi Musang) yang dianggap minuman kopi paling premium. Bagaimana pun minuman kopi adalah berasal daripada tanaman kopi yang diambil bijinya dan diproses melalui pelbagai cara sehingga menghasilkan serbuk (powder), cecair (liquid) atau dalam bentuk lain yang boleh dijadikan minuman atau bahan perisa makanan lain (kek, roti, bekeri dan sebagainya). Bagaimana pun pada tarikh 1 Oktober 2021 ini dalam blog ''Anim Agro Technology'' saya menulis megenai sambutan Hari Kopi Sedunia yang disambut seperti dilaporkan oleh beberapa media untuk dijadikan bahan rujukan anda semua.

Portal berita
astroawani.com melaporkan 'Hari Kopi Sedunia dan 10 fakta mengejutkan tentang kopi' dimana dinyatakan pada tarikh 1 Oktober setiap tahun telah dipilih sebagai Hari Kopi Sedunia oleh Pertubuhan Kopi Antarabangsa. Ia dianjurkan sebagai meraikan kopi sebagai antara minuman paling digemari masyarakat. Sempena sambutan portal ini telah menyenaraikan 10 fakta menarik tentang kopi yang mungkin mengejutkan anda. Pertama dimana sekumpulan masyarakat etnik di Ethiopia dikatakan antara manusia yang pertama mengesan khasiat kafein dalam kopi. Ia terjadi apabila kambing peliharaan mereka mula menunjukkan keaktifan luar biasa selepas diberi kopi. Fakta ke 2 adalah adakah biasa minum kopi sebaik sahaja bangun tidur? Tidak perlu! Ini kerana manusia menghasilkan sejenis hormon dipanggil cortisol apabila bangun daripada tidur. Hormon ini sudah lebih dari cukup untuk menyedarkan anda daripada rasa mengantuk. Sebaiknya masa minum kopi selepas kira-kira sejam anda bangun. Fakta ke 3 dimana buah kopi dipanggil coffee berries. Ia sejenis buah yang boleh dimakan dengan biji kopi di dalamnya. Ramai memanggilnya sebagai bean atau kacang kerana bentuk buah itu yang menyerupai kacang. Fakta ke 4 dimana dinegara Turki, pada satu ketika dahulu pernah pemerintahnya melaksanakan undang-undang yang menyatakan seorang isteri boleh menuntut cerai jika suaminya tidak memberikan keluarganya bekalan kopi yang mencukupi!. Fakta ke 5 kopi berada di tempat kedua dalam senarai minuman paling popular di dunia iaitu selepas air kosong (plain water). Ke 6 dimana kesan kopi boleh dirasai selepas hanya kira-kira 10 minit lepas meminumnya. Fakta ke 7 dilaporkan diantara kebaikan kopi adalah didakwa mencegah penyakit Alzheimer, Demensia, Parkinson dan jantung. Ia juga membantu anda membakar lemak. Fakta ke 8 dimana kopi paling mahal di dunia adalah Black Ivory Coffee dimana ia diperbuat daripada najis gajah. Harga kopi ini secawan adalah kira-kira AS$50 (RM220). Fakta ke 9 dimana sesiapa meminum 100 cawan kopi sehari cukup untuk membunuhnya. Fakta ke 10 adalah kopi segera (instant coffee) dicipta oleh lelaki bernama George Washington pada tahun 1906. Ia bagaimanapun tidak mendapat sambutan kerana rasanya yang teruk. Saya ada menulis beberapa artikel mengenai instant coffee untuk dibaca dalam blog ini.

Dinegara jiran, Indonesia sebagai satu negara pengeksport utama kopi dunia memang wajar dikongsikan infonya. Saya menulis semula laporan dari portal kompas.com dimana dinyatakan iaitu International Coffee Day atau Hari Kopi Sedunia dirayakan pada 1 Oktober setiap tahunnya. Biasanya ada berbagai gerai turut memberikan promosi khusus di Hari Kopi Sedunia. Namun terlepas dari perayaannya, Hari Kopi Sedunia tidak terbatas pada kegiatan minum kopi saja tapi lebih luas daripada itu. Menurut laman Organisasi Kopi Internasional, Hari Kopi Sedunia adalah perayaan keragaman, kualiti dan semangat sektor kopi. Peristiwa ini boleh menjadi kesempatan bagi para pencinta kopi untuk menunjukkan akan kecintaannya pada minuman kopi sekaligus mendukung jutaan petani yang bergantung mata pencariannya daripada industri tanaman kopi. Hari Kopi Sedunia dirayakan setiap tahunnya di seluruh dunia dimana ada banyak persatuan kopi di dunia turut melibatkan diri dalam perayaan tahunan ini. Menurut catatan sejarah yang ditulis dalam laman National Today melaporkan kopi berasal dari Ethiopia dan penemuannya di Afrika mempunyai cerita yang menarik. Terdapat kisah dimana kemudian diketahui kambing-kambing ternakan gembala aktif dan gembira setelah memakan sejenis kacang merah (ia kemudian diketahui sebagai buah kopi). Dia pun menyimpulkan kacang merah itu sebagai penyebab kambing gembalanya berkelakuan agak aneh. Gembala itu kemudian memberitahu cerita itu pada seorang temannya yang seorang biarawan (sami). Biarawan tersebut memerlukan sesuatu untuk membuatnya tetap terjaga sepanjang malam untuk dapat terus berdoa. Namun begitu ada cerita versi lain mendakwa biarawan tersebut menolak dan melemparkan kacang-kacang merah itu kedalam api tetapi ia kemudian mengeluarkan aroma menyenangkan luar biasa. Dari situlah kisah yang timbul apabila tiba-tiba kopi menyebar ke seluruh Yaman di abad ke-15 di mana biji kopi dikenal dengan nama "Mocha". Tidak lama setelahnya itu diceritakan dimana minuman kopi semakin popular dan menyebar ke Mesir, Parsi dan Turki sebagai "Anggur Arab". Semasa itulah kedai kopi mulai dibuka iaitu dengan nama "Sekolah Orang Bijaksana (Schools of the Wise)". Beberapa negara Arab pun kemudian terkenal dengan kopinya. Ada kisah dimana penanaman dan biji kopi mulai diproses dalam skala besar di India Selatan. Kopi kemudian menyebar luas ke seluruh Eropah dengan sangat cepat dan popular pada 1560 dan pada 1600-an kedai kopi mulai tiba di Benua Baru dan  kemudian tiba di Amerika. Setelah perjalanan panjang tentang sejarah kopi dilaporkan pada 2014 pihak Organisasi Kopi Internasional mendeklarasikan 1 Oktober sebagai Hari Kopi Internasional sebagai kesempatan untuk merayakan kopi sebagai minuman sekaligus membangunkan akan kesedaran akan perjuangan para petani kopi diseluruh dunia.

Dalam menyambut Hari Kopi Sedunia ada beberapa aktiviti yang sering dijalankan.
Ada 4 cara merayakan Hari Kopi Sedunia iaitu Meminum Kopi Favorit, Menyokong industri Kopi, Mengirim Hadiah Kopi dan Melakukan Promosi Kopi.  Bagi acara meminum kopi favorit adalah cara paling mudah dan sederhana merayakan Hari Kopi Dunia. Hari Kopi Sedunia dideklarasikan sebagai satu peristiwa untuk merayakan mereka meminum kopi. Cara sambutan yang paling sederhana ini akan merayakan Hari Kopi Sedunia dengan menikmati secawan kopi pilihan. Kini ada banyak jenis-jenis kopi yang boleh dinikmati. Indonesia salah satu negara yang memiliki sejumlah besar jenis kopi dan biji kopi dari berbagai daerah yang boleh menjadi pilihan di Hari Kopi Sedunia. Seluas 1.2 juta hektar tanaman kopi diusahakan di Indonesia dengan 96% oleh pekebun kecil dan 4% oleh pihak perladangan. Bagaimana pun di Malaysia penanaman kopi hanya sekitar 1,930 hektar ditanam pada 2018 dengan menghasilkan sekitar 3,396 metrik tan buah kopi (Sumber: Blog Anim Agro Technology - Tanaman Kopi, Sept 2020). Beberapa jenis kopi Indonesia yang ada termasuk Kopi Arabika (Coffea arabica) dimana ia berikan rasa yang dikeluarkan cenderung seakan masam buah-buahan dan rasa pahit yang tipis dengan kandungan kafein yang cenderung lebih rendah dibanding jenis kopi lainnya. Kopi arabika dapat ditemukan di beberapa kawasan penanaman seperti Bali Kintamani, Aceh Gayo, Ciwidey, Tapanuli Sipirok, Papua Wamena, dan Toraja. Kopi Robusta (Coffea robusta) pula memberikan rasa yang dihasilkan dari kopi robusta cenderung rubbery, pahit dengan rasa seperti gandum. Kadar gula dalam kopi robusta nyaris tidak ada, sehingga kombinasi seduhan hasil robusta sangat sesuai untuk dinikmati dengan gula tambahan. Robusta yang terkenal di Indonesia yakni robusta Lampung dan jenis kopi robusta Temanggung. Kopi Liberica (Coffea liberica) memberikan cita rasa liberica mirip dengan robusta, namun aroma yang dikeluarkan cenderung smokey atau berbau asap. Rasa kopi jenis liberica kadang-kadang seperti tembakau sehingga sangat sesuai dinikmati sambil merokok. Kadar kafein dalam kopi ini cenderung rendah, berbanding dengan kopi robusta yang memiliki kadar kafein sangat tinggi. Kopi liberica dapat ditanam di Jember, Kepulauan Riau dan Kuala Tungkal. Kopi Excelsa (Coffea excelsa) adalah sejenis kopi yang cukup sulit ditemukan di Indonesia ini memiliki rasa yang rasanya asidik (masam) kerana buahnya juga masam. Meski pun begitu ia seperti dengan kopi jenis arabika dimana kopi excelsa memiliki daya tarikannya tersendiri yang mana ia selalunya menimbulkan rasa enak semasa diminum. Jenis kopi excelsa dapat ditemui di Temanggung, Jawa Tengah. Selain menikmati secangkir kopi cara ke 2 untuk merayakan Hari Kopi Sedunia adalah dengan mendukung industri kopi. Pengguna boleh memesan kopi yang unggul dari kedai kopi yang menjual minuman dari berbagai biji kopi untuk kemudian menikmatinya bersama teman atau keluarga. Jika mempunyai kawan atau kerabat yang sangat suka minum kopi sebaiknya sempena Hari Kopi Sedunia mengapa tidak mengirimikannya sebagai hadiah seperti Bungkusan yang berisi biji kopi, Cawan kopi yang menarik atau Alat penghancur biji kopi. Jika tak ingin suah boleh sahaja menggunakan jasa khidmat penghantaran online dan memesankan kopi untuk teman atau kerabat kita.  Hari Kopi Sedunia kini diatur dan dirayakan oleh berbagai persatuan kopi di seluruh dunia. Maka tak hairan jika ada beberapa kedai kopi ikut merayakannya dengan membuat promosi atau bahkan minum kopi percuma. Promosi kopi di setiap premis berbeza-beza mengikut strategi dan tahap kemampuan masing-masing. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro tecchnology kali ini. Wasallam!!!.
SAMBUTAN.. HARI KOPI SEDUNIA...
ADA 10 FAKTA.... MESTI DIBACA...
KOPI ... PANJANG SEJARAHNYA...
EMPAT CARA... MERAYAKANNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(2 RabiulAwal 1442H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.