Friday, October 15, 2021

KESAN MAKANAN PEDAS

PEDAS
merupakan satu perkataan dalam Bahasa Melayu yang merujuk kepada suatu jenis rasa kuat, tajam dan "panas" yang khusus didapati dalam pengambilan bahan tertentu seperti makan cili, lada hitam (pepper), biji sawi dan rempah-ratus khusus lain yang seumpama. Dalam bahasa Inggeris rasa pedas ini merujuk kepada panas (hot) kerana memang kesan daripada pedas adalah rasa panas. Makanan Pedas pula memberikan rasa atau tahap kepedasan ini terhasil daripada kepekaan dan tindak balas kulit dan membran badan terhadap bahan kimia tertentu (seperti piperina pada lada hitam atau capsaisin pada buah cili atau bahan lain) yang merangsang saraf trigeminus serta titik somatoderia dimana keannya ia mendatangkan suatu rasa seakan-akan "panas membakar" atau "pijar" sekaligus dengan rasa-rasa umum lain seperti berpeluh, mata berair, keluar air liur meleleh dan sebagainya bergantung kepada tahap ketahanan individu dan tahap kepedasan yang diambil. Pada penulis blog sering melihat dimana ada beberapa rakan apabila makan pedas akan menjadi 'allergik' dengan mukanya menjadi merah menyala, rasa gatal dan ada tanda ruam dibadan seterusnya bergegas kebilik air. Dikalangan masyarakat Malaysia dimana antara makanan pedas yang popular adalah Sambal, Asam Pedas, Mee Segera Super Hot (banyak jenama), Masak Lemak CIli Api dan banyak lagi yang tidak dapat disenaraikan. Makanan Asam Pedas merupakan diantara makanan pedas yang di komersilkan dimana-mana dengan pelbagai gelaran dan dijual siang dan malam. Negeri Melaka merupakan 'syurga' bagi makanan asam pedas dimana ada berpuloh gerai yang menjual makanan pedas ini akan tetapi di;;aporkan 'Asam Pedas Power' yang berniada di Kaki Bukit Cina (sebelah perigi Hang Tuah) merupakan premis yang mampu menyediakan makanan 'sangat pedas' dan hanya mereka yang berani sahaja boleh mencubanya. Bagaimana pun secara saintifik dimana rasa pedas ini sebenarnya boleh diukur menggunakan Skala Scoville. Kepedasan capsaicin ini boleh diukur dengan unit SHU (Scoville Heat Unit) yang mengukur tahap kepedasan (pugency) dan kepekatan capsaicin dari varieti cili yang berbeza. Kita di Malaysia mempunyai beberapa jenis cili seperti Cili Besar, Cili Padi, Cili Benggala (Bell), Cili Kering, Cili Api, Cili Siam, Cili Hijau, Cili Hiasan dan pelbagai gelaran lagi. Bagi kebanyakan kita pengambilan cilii merah (merujuk kepada cili besar yang telah ranum) dan cili hijau (merujuk kepada cili besar yang belum matang) adalah paling biasa digunakan. Artikel pagi rabu ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai kesan kepada makanan pedas untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca blog semua.

Sambal merupakan nama makanan yang berkait dengan rasa pedas dimana kalau dicampur bahan lain seperti gula dan asam jawa maka rasa pedasnya tetap ada. Ada bermacam jenis sambal tetapi yang paling lazim adalah Sambal Belacan (Sila lihat foto disebelah). Memang terdapat banyak makanan pedas yang diambil setiap hari. Tahap kepedasan bagaimana pun telah dilaporkan adalah berbeza kepada pembuat dan pemakannya. Apa pun beberapa laporan memgenai k
esan makan pedas 'berapi' boleh berikan kesan negatig dan makanan pedas bercili diambil secara sederhana boleh memberi banyak kesan positif terhadap kesihatan.  Kepada sesetengah pengusaha makanan mereka menggunaan perkataan 'Pedas berapi' atau berasap menjadi daya tarikan bagi produk tertentu termasuk makanan segera dan menu dihidangkan di restoran atau kafe. Dilihat dimana sejak kebelakangan ini 'superhot' juga telah sekali gus menjadi trend sehingga digemari masyarakat terutama golongan muda. Impak makanan itu lazimnya dari negara Korea itu pada tahap kepedasan melampau akan tetapi menjadi kegilaan mereka. Namun, adakah makanan yang terlalu pedas itu akan memberikan kesan baik atau memudaratkan kesihatan untuk jangka pendek dan panjang?. Menurut laporan oleh Pakar Perbidanan Sakit Puan dan Kanser Wanita Pusat Perubatan Sunway, Dr Zaharuddin Rahmat menyatakan secara amnya makanan pedas bercili dan berempah mempunyai rasa lebih sedap serta bau enak menjadikan ramai masyarakat tertarik kepada makanan jenis itu. Kesan makanan pedas terhadap kesihatan ada kebaikan dan keburukannya dari sudut kesihatan. Walau pun belum ada kajian dirumuskan dalam menentukan kesan bahaya makanan pedas kepada kesihatan manusia akan tetapi ada banyak testimoni. Makanan pedas bercili jika diambil secara sederhana boleh memberi banyak kesan positif terhadap kesihatan. Manakala hidangan makanan yang terlalu pedas pula boleh menyebabkan sakit ulu hati, kejang dan sakit perut kerana sistem usus cuba menggerakkan makanan ini ke usus besar secepat mungkin. 

Dilaporkan dimana bahan 'Capsaicin' merupakan bahan utama dalam cili memberi kesan terhadap badan. Bahan ini mempunyai kesan anti kerengsaan dan anti-oksida yang boleh membantu mengurangkan kesakitan saraf seperti sakit sendi (arthritis), psoriasis serta sakit saraf diabetes. Capsaicin juga membantu sistem pengaliran darah, mencegah sakit jantung dengan mengurangkan paras kolesterol dalam darah dan deposit lipid. Ia juga membantu bukaan salur darah dan melancarkan pengaliran darah. Makanan pedas meningkatkan kadar metabolisme dan pembentukan haba (termogenesis) yang mana proses ini menggunakan tenaga dan membakar kalori. Cili juga didakwa memang boleh mengawal nafsu makan. Kesannya berat badan dapat dikawal atau menurun serta cili yang mana ia mengandungi beta carotene dan bahan anti-oksidan yang mana ia membantu meningkatkan sistem imuniti untuk melawan virus yang menyebabkan selsema serta demam, selain mempunyai sifat anti radang yang boleh mencegah dan mengurangkan risiko alahan. Terdapat kajian makmal yang mana ia menunjukkan capsaicin dalam cili boleh mengaktifkan lapisan dalam usus yang boleh mengurangkan risiko kanser usus. Capsaicin juga boleh membantu membunuh sel kanser prostat dan mengurangkan saiz ketumbuhan. Bagaimanapun masih tiada penyelidikan klinikal yang lengkat dilakukan kepada  manusia untuk membuktikan teori ini secara tepat. Didakwa dimana bbeberapa keputusan kajian berdasarkan populasi di China pada 2015 yang menunjukkan penduduk yang makan makanan pedas enam hingga tujuh hari dalam seminggu mempunyai kadar pengurangan relatif 14 peratus risiko kematian berbanding dengan penduduk yang makan makanan pedas kurang daripada sekali seminggu. Kesan ini lebih tinggi jika penduduk itu tidak minum minuman beralkohol. Bagaimanapun jumlah pengambilan makanan pedas perlu dalam kuantiti sederhana kerana apabila makanan pedas diambil tinggi, segala tindak balas capsaicin ini menjadi terlalu berlebihan dalam tubuh. Bahan capsaicin dalam cili akan merangsang saraf yang menghantar isyarat amaran ‘haba’ yang membahayakan ke otak. Badan pula akan bertindak balas dengan mengeluarkan peluh yang banyak untuk mengurangkan ‘haba’. Dalam keadaan itu hidung pula akan mengeluarkan rembesan yang terlalu banyak seperti seakan selesema. Apabila makanan terlalu pedas dan masuk ke dalam perut boleh menyebabkan sakit ulu hati, kejang dan sakit perut kerana sistem usus cuba menggerakkan makanan ini ke usus besar secepat mungkin untuk mengeluarkannya.. Pada masa sama bahagian usus dalam perut pula akan bertindak balas dengan merembiskan terlalu banyak cecair yang boleh menyebabkan cirit-birit. Oleh sebab itu memang biasa dilihat wajah dan dan tangan yang memakan makanan sangat pedas akan menjadi merah akibat rangsangan makanan terlalu pedas. Apa pun perlu AWAS kerana bagi penghidap penyakit gastrik atau ulser perut, sebaikknya aktiviti memakan cili secara berlebihan ini boleh dielakkan kerana ia akan memudaratkan pesakit ini. Makanan yang ada ciili memeng tidak akan kesan secara langsung menjadikan makanan terlalu pedas dan kesuburan. Sebaiknya makan makanan yang bertahap 'sederhana pedas' keran a ia boleh membantu kesuburan dengan meningkatkan lagi akan paras metabolisme, imuniti dan menjaga berat badan. Dilaporkan dimana makanan terlalu pedas mungkin boleh menggugat kesuburan dengan mengganggu kesihatan seperti kerap sakit perut, cirit-birit dan ulser perut.  Ingat kerana tidak semua orng boleh makan pedas sama ada bertahap sederhana atau terlalu pedas kerana tindakbalas perut setiap orang terhadap makanan pedas adalah tidak sama. Sebaiknya berhenti makan makanan pedas jika ada tindak balas melampau seperti sakit perut, cirit-birit dan banyak berpeluh.

Dalam isu m
engapa makanan pedas boleh memberikan kesan cirit-birit kemudian memang satu perkara umum. Trend makanan pedas korea dikalangan masyarakat tempatan sudah menjadi trend seperti ayam goreng superpedas yang kini banyak digemari generasi muda akibat pengaruh K-Pop (Sila lihat foto disebelah). Penulis blog ada dua kali makan ayam peds korea ini walau pun tidak begitu suka memakannya. Makana pedas ini merupakan salah satu makanan yang menggunakan bahan pedas yang sukar diterima oleh golongan dewasa (senior citizen) yang mana mereka lebih sukakan makanan pedas resepi tempatan sahaja. Pernah penulis blog jumpa kes seorang rakan yang tidak menggembirakan apabila makanan pedas ini menyebabkan selepas makan bergegas ke bilik air kemudiannya. Mungkin hanya peringatan boleh diberikan kepada rakan atau ahli keluarga bagi memahami cara dapat membantu mengelakkan situasi malang seperti disebutkan. Kadang-kadang orang berfikir bahawa ini mungkin tanda atau gejala bahawa ada sesuatu yang salah dalam saluran pencernaan mereka. Walau bagaimanapun sebenarnya tindak balas badan terhadap makanan pedas adalah benar-benar normal dan ia adalah semata-mata tanda bahawa tubuh anda keras di tempat kerja yang melindungi anda dari sebarang bahaya yang dirasakan. Makanan yang disediakan dengan rempah-rempah panas seperti cayenne atau cili atau lada sulah (pepper) mengandungi bahan kuat yang dikenali sebagai capsaicin dimana ia akan merengsa kepada badan. Ini menjelaskan bagaimana apabila kulit sensitif bersentuhan dengan lada panas atau salsa maka ia boleh menyebabkan rasa pembakaran. Begitu juga apabila memakan makanan pedas ramai bergegas mencari air sejuk dapat membantu meringankan kepedasan yang semakin teruk selepas itu kerana kepedasan merebak dalam mulut. Memang tidak hairanlah kalau bahan capsaicin juga boleh merengsakan lapisan perut atau usus. Sesetengah orang mungkin dapat bertolak ansur akan tetapi bagi orang lain yang mempunyai usus yang lebih sensitif maka ia menggerakkan proses yang mengakibatkan cirit-birit.

Persoalan adalah bagaimana capsaicin boleh menyebabkan masaalah cirit-birit. Pencernaan adalah proses yang sangat koreografi yang bermula dari gigitan pertama sehingga habis makana dikunyah dan ditelan. Di sepanjang jalan dimana makanan bergerak melalui pelbagai organ dengan masing-masing dengan fungsi yang penting. Seperti yang sering dimakan termasuk makanan pedas yang mengandungi capsaicin lazimnya molekul akan merangsang sesuatu yang dikenali sebagai reseptor VR1 iaitu sel yang menceritakan otak yang memberi signal bahawa ada organ 'terbakar dari dalam'. Otak cuba untuk mentafsirkan rangsangan ini dan mula melepaskan penyekat kesakitan sendiri yang dikenali sebagai endorfin. Inilah sebabnya mengapa anda boleh mempunyai sedikit perasaan euphoric dan lebih banyak sayap pedas yang anda makan, lebih banyak yang anda mahukan. Oleh kerana capsaicin menjengkelkan usus kecil maka ia bergerak lebih cepat daripada normal dan tiba di kolon. Proses ini biasanya melambatkan akan tetapi reseptor tersebut diaktifkan secara berlebihan dan sebagai pertahanan makan organ ususbesar atau kolon mempercepat proses keseluruhan. Ianya tidak membenarkan kolon menyerap air dan akhirnya menyebabkan mangsa akan berjalan ke tandas dengan cirit-birit. Sebagai hadiah perpisahan dengan panas pada najis biasanya berlaku kadang-kadang merasa seperti 'dubur mereka terbakar!'. Apa pun pembaca jangan bimbang kerana rasa ini adalah reseptor yang sama yang diaktifkan sebagai capsaicin yang melepasi garis dentata di dubur di mana kita mempunyai reseptor kesakitan yang lebih. 
Cirit-birit yang dicetuskan oleh makanan panas atau pedas biasanya membataskan seseorang untuk mereka menyelesaikan siksa ini dalam satu atau dua hari. Dalam kebanyakan kes sebagai cara penjagaan asas seperti merehatkan organ usus disyorkan untuk mengambil makanan  tidak pedas selama beberapa hari. Adalah penting untuk kekal terhidrasi dengan baik dan mengelakkan dari mengambil jenis minuman berkafein yang boleh memburukkan cirit-birit. Amalan sebagai pencegahan boleh dilakukan dengan mengambil makanan bersama makanan tenusu yang dilapor boleh meneureralkan rasa pedas. Ambil makanan manis untuk mengikat reseptor di dalam mulut. Akhirnya perlu diingat dimana jika ada seorang yang menderita makanan pedas maka sebenarnya itu bukan tanda buruk. Ia adalah cara badan seseorang untuk melindungi dirinya daripada kesan perengsa yang kuat. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!,
MAKANAN PEDAS... RAMAI SUKA...
BAHAN CAPSAICIN...ITU PUNCANYA...
MAKANAN PEDAS... ALA KOREA ADA...
CIRIT BIRIT... JANGAN PANIK PULA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Puyrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(30 Safar 1443H).
Posted from:
Room 1320, Platinum Suite, 
Amerin Hote, Johor Bahru, 
Johor on `5/10/2021.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.