Saturday, October 16, 2021

KELADI HIASAN - JANA EKONOMI

TANAMAN KELADI HIASAN merupakan satu aktiviti yang mana peminatnya yang menanam merasa suka melihatnya. Ini kerana terdapat terlalu banyak tanaman keladi hiasan yang boleh dipilih terutama di Malaysia sebagai sebuah negara tropika yang sesuai menanamnya sepanjang tahun. Pokok keladi yang boleh dijadikan tanaman hiasan adalah biasanya merangkumi beberapa genus dalam keluarga Araceae seperti Caladium, Alocasia, Syngonium, Rhaphidophora, Zamioculcas dan semacamnya. Kehebatan keladi hiasan pula dikaitkan dengan tumbuhan ini yang berwarna-warni seperti keladi merah, berwarna tunggal seperti keladi birah seberang dan birah hitam dimana daunnya berbentuk panah seperti birah ular, pokok tapak angsa dengan daun bercabang, yang mempunyai daun banyak di tangkai seperti pokok duit, yang memanjat atau menjalar seperti pokok duit Cina dan tapak angsa serta berbagai lagi sama ada yang dijadikan hiasan dalam rumah mahupun di kawasan halaman rumah. Penanaman dan oemilihan spesis pokok keladi hiasan in sangat penting kerana ada yang boleh dibeli dengan harga mampu beli dan ada juga yang mahal sehingga terliur melihatnya. Tanaman pokok keladi sesuai ditanam di kawasan bersuhu sederhana dan lazimnya ia akan hidup subur bila ia mempunyai pelbagai corak dan warna berlainan. Kretiviti penanam keladi hiasan ini amat penting dalam menyusun landskap warna keladi hiasan di halaman supaya kelihatan menarik. Sebagai contoh dimana pokok keladi berwarna dapat digabungkan dengan keladi hijau yang bersinar daunnya dan pada bahagian belakang pula diberikan latar berbagai warna. Bagi pokok keladi yang tumbuh renek ia boleh digabungan dengan pilihan sepetti jenis pokok pisang sepit serta pokok Dracaena atau tumbuhan Pleomele (pandan India) yang boleh dibiakkan dengan keratan batang. Dalam pada itu jenis keladi putih pula boleh diserlahkan keunikan daunnya dengan menanamnya pada rumpun pokok palma yang berdaun hijau tua dengan persekitaran berhiaskan batu kerikil, batu bukit atau batu pulau. Bagi keladi gajah atau keladi gergasi pula boleh dilihat lebih menarik apabila pokok bunga mawar, bunga lili atau teluki dijadikan sebagai tanaman hiasan bawahan. Apa pun bagi penulis blog ramai peminat pokok keladi sudah maklum dan faham dimana penanaman keladi di dalam rumah juga masih memerlukan sinar cahaya yang cukup untuk prestasi pertumbuhan terbaik. Kekurangan cahaya akan menjadikan tangkai keladi panjang dan sukar diurus. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya gembira kongsikan mengenai bagaimana tanaman keladi hiasan yang semakin popular di Malaysia mampu menjana ekonomi seperti dilaporkan dalam media tempatan untuk bahan rujukan pembaca semua.

Akhbar tempatan Harian Metro melaporkan dimana 'Tanam keladi hiasan boleh jana pendapatan tambahan' seperti berlaku di Jerantut, Pahang. Seorang surirumah telah menjadikan tanaman keladi hiasan sebagai salah satu pendapatan sampingan dimana ia jugamerupakan spesis keladi yang sudah menjadi kegemaran orang ramai sejak kebelakangan ini dan ada yang sanggup memilikinya walaupun perlu berbelanja mahal. Bagi Normah Abah yang tinggal di Felda Jengka 24 dimana pada mulanya hanya memiliki beberapa pasu pokok keladi hiasan selain pokok hiasan lain dan pokok kegunaan masakan yang diperlukan ditanam sekeliling halaman kawasan rumahnya (Sila lihat foto disebelah). Dia dakwa setelah pokok keladinya semakin membiak ada kalangan jiran dan kenalan yang datang ke rumah sanggup membeli beberapa pasu untuk dijadikan hiasan di rumah mereka. Dari itu dila mula mencari jenis keladi hiasan spesis lain untuk menambah koleksi tanaman keladi dan bunga lain di rumah. Terkini dia ada 45 jenis spesis keladi hiasan di rumah termasuk yang dibeli di pekan sahari atau di mana-mana kalau terjumpa di nurseri dan dia akan terus membelinya jenis spesis yang belum ada. Walau pun ada laporan berlaku kes kecurian tanaman hiasan yang berharga hingga ratusan ringgit, maka dia terus menanam pokok itu untuk dijual dengan harga yang berpatutan sebagai pendapatan sampingan. Dia laporkan pernah menjual pokok keladi jenis Mickey mouse berharga RM50 sepokok dan ada juga jenis lain sehingga RM100 sepokok seperti jenis Cat Tumpah, Black Carol dan beberapa spesis lagi. Beliau juga turut memiliki keladi jenis Caladium gingerland, Caladium moonlight, Caladium white queen, Caladium Thai beauty atau Keladi Batik dan beberapa spesis lain. Penjagaannya sangat mudah dimana seminggu sekali diberi baja dan 3 atau 4 hari sekali perlu disiram dengan air basuhan beras yang dikumpul bagi memberi kesegaran kepada pokok keladi itu yang sedikit terlindung. Pihak pengurusan Felda Jengka 24 sangat memberi sokongan kepadanya dan juga penduduk dalam usaha untuk menghiasai rumah masing-masing di samping memperoleh pendapatan sampingan. Bagi Ketua Peneroka Felda Jengka 24 iaitu Razak Daud dakwa pihak pengurusan Felda turut membantu peneroka untuk dapat mempelbagaikan cara meningkatkan pendapatan sampingan yang boleh dihasilkan hanya di sekeliling rumah. Selain dari tanaman seperti keladi hiasan ramai juga peneroka di sini turut menanam seperti lada dan sayur-sayuran secara fertigasi, malah ada yang menternak arnab daging yang dipasarkan di sekitar Felda ini, Bandar Pusat Jengka atau tempahan daripada luar. Peneroka di sini turut menternak ayam daging, kambing dan lembu sebagai menyahut seruan kerajaan untuk meningkatkan lagi sumber pendapatan selain menguruskan ladang sawit masing-masing.

Laporan lain menyatakan dimana 'Keladi hiasan jana pendapatan tambahan' di Temerloh, Pahang juga amat berkait dengan tajuk artikel. Hobi seorang kerani menanam pokok keladi hiasan bertukar menjadi pendapatan tambahan buat dirinya apabila tanaman hiasan itu kini menjadi kegilaan orang ramai. Bagi Nozihan Ahmad berumur 42 tahun dari Sungai Kepong, Lanchang mendakwa dia tidak menyangka pokok keladi hiasannya itu mendapat sambutan dan berjaya meraih pendapatan sehingga mampu mencecah RM2,000 sebulan apabila ada pelanggan yang sanggup datang dari luar Pahang seperti Terengganu, Kuala Lumpur untuk membeli koleksi pokok dimilikinya itu. Menanam pokok keladi hiasan ini sebenarnya memang hobinya sejak remaja lagi dan menanam di halaman rumah dimana kini sudah memiliki ratusan jenis keladi hiasan. Antara koleksi peribadi pokok keladi yang paling mahal adalah dari spesis Mojito yang berharga RM1,000 sepokok katanya pada Sinar Harian. Tanaman hiasan itu menjadi kegilaan penggemar pokok hiasan sejak tahun lalu setelah ia tular di media sosial ketika negara di landa pandemik Covid-19 dan terus menjadi pilihan terutamanya golongan surirumah untuk menanam serta memiliki pokok tersebut. Hobinya yang suka menanam iaitu pelbagai jenis pokok hiasan menyebabkan dia sering menjadi tumpuan penduduk kampung dan orang ramai yang datang ke rumahnya untuk membeli hasil koleksi tanaman hiasannya. Hobi Nozihan sejak remaja kini berjaya menjadi pendapatan tambahan buat dirinya dimana sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini permintaan terhadap keladi hiasan ini sangat tinggi dan mungkin ia adalah juga disebabkan mereka ingin mengisi masa lapang di rumah kalangan pembeli ada yang sanggup datang sendiri ke rumahnya walaupun jauh kerana bimbang pokok mereka rosak sekiranya dihantar melalui pos. Dia akan meneruskan hobinya itu dengan menambahkan pelbagai lagi koleksi pokok hiasan selepas ini. Selain menanam pokok keladi hiasan dia juga ada menanam pelbagai jenis pokok bunga kertas dan Daisy di halaman rumahnya.

Bernama melaporkan dimana '
Minat yang ‘menguntungkan dan jana pendapatan RM3,000 sebulan hasil jualan anak keladi dan ati- ati' juga baik dirujuk. Berita dari Bachok, Kelantan ini menyatakan s
iapa sangka bermula dari hanya kerana minat, dia kini mampu meraih pendapatan ribuan ringgit hasil jualan anak pokok bunga ati- ati dan keladi yang diusahakan hampir dua tahun lalu. Bagi Puan Zabidah Lateh (42 tahun) yang turut mengusahakan warung menjual pelbagai masakan panas di Kampung Merabang, Kubang Golok telah mula terjebak dengan tanaman ati- ati dan keladi tahun lalu ketika negara berdepan pandemik Covid- 19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Ketika itu tanaman ati- ati antara yang trending dan viral dalam kalangan penduduk di negara ini sehingga menarik perhatian ramai untuk menghias laman mereka dan tidak kurang juga mengkomersialkannya sehingga mampu menjana pendapatan lumayan. Dakwanya dimana pada mulanya dia hanya menanam pokok ati- ati dan keladi untuk menghias laman dan warungnya kerana terlalu minat bercucuk tanam terutama pokok- pokok hiasan. Apa pun sebelum ati-ati dan keladi dimana dia pernah tanam pokok puding iaitu sekitar 2013 dari beratus spesis ada waktu itu akan tetapi situasinya tidak ‘semeriah’ tanaman ati-ati dan keladi ketika ini. Beberapa tahun ‘bermain’ dengan puding sebelum viral pokok ati- ati sekitar 2019. Bila kerajaan isytihar PKP memang bunga ati-ati dan keladi menjadi buruan ramai dimana secara tidak langsung permintaan terhadapnya makin tinggi. Dakwanya mungkin rezekinya dimana ketika aktif perniagaan di warung tidak dapat beroperasi sebagaimana biasa disebabkan PKP dan dia boleh menjana pendapatan melalui tanaman ati-ati dan keladi hiasan. Dia pernah memiliki sehingga 300 spesis ati- ati, di mana anak pokoknya dijual pada pelbagai peringkat harga mengikut jenis dan saiz. Di antara spesis ati-ati yang ada dan popular termasuk Bidadari, Dewa- dewi, Maharani, Neelofa, Ikan Emas dan Snow whiteKalau keladi pula sebelum ini pernah ada lebih dari 100 spesis terdiri daripada spesis Cat Tumpah, 7D, Kuda,Pari, Sexy Pin, Abe Bomba, Infiniti, Rama- rama, RELA dan Askar. Anak pokok keladi dijual antara RM15 hingga RM200 satu unit bergantung pada spesis dan saiz. Beliau juga ada menjual pasu dan pasir tanaman bergantung pada permintaan pelanggannya. Baka dan anak-anak pokok ati-ati serta keladi dibeli daripada rakan- rakan atau tapak semaian di sekitar negeri Kelantan. Secara purata setiap bulan sekitar RM3,000 diperoleh hasil jualan anak pokok ati-ati dan keladi hiasan yang diusahakan. Beliau tidak menyangka rupanya memang ia boleh menjana pendapatan selumayan ini. Pasarannya juga adalah keseluruh Malaysia kerana selain jualan tempatan ia juga dijual atas talian juga digunakan dan paling jauh pernah menerima tempahan daripada Sarawak.

Bagaimana pun berita '
Maqis rampas keladi hiasan import' juga berkait dengan industri ini. Berita dengan foto dimana seorang dari pegawai Maqis memeriksa salah satu tanaman pokok keladi yang cuba diseludup masuk dari Singapura kerana mendapat permintaan tinggi dalam pasaran tempatan di KSAB, Johor Bahru, Johor dijadikan bukti (Sia lihat foto disebelah). Berita dari Johor Bahru menyatakan disebabkan faktor permintaan tinggi dalam kalangan penggemar tanaman pokok keladi hiasan dimana menjadikan pengimport mengambil tindakan berani didalam  menyeludup masuk spesies yang jarang ditemukan di pasaran tempatan. Bagaimanapun akhirnya taktik pihak yang tidak bertanggungjawab menyembunyikan 23 pokok tersebut ke dalam tong ikan kosong dari Singapura berjaya dipatahkan pihak berkuasa di Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB). Antara keladi hiasan yang dirampas adalah jenis Anthurium luxurians, Anthurium magnificum dan beberapa spesies lain yang dianggarkan bernilai RM3,200 hingga RM3,800 seunit di pasaran tempatan. Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) dalam nyatakan dimana cubaan tersebut digagalkan pihaknya dengan kerjasama Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM). Pemeriksaan menemukan tanaman keladi hiasan bernilai RM7,230 dan cuba dibawa masuk tanpa dokumen sah seperti Permit Import Maqis dan sijil rawatan dari negara asal. Cubaan seludup masuk pokok berkenaan dibuat kerana terdapat permintaan tinggi terhadap tanaman itu di negara ini. Seorang individu berusia 38 tahun turut ditahan bagi membantu siasatan sebelum dilepaskan setelah keterangannya diambil. Menurut Maqis dimana perbuatan mengimport apa-apa jenis keluaran pertanian tanpa Permit Import sah adalah kesalahan di bawah Seksyen 11(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 11(3) Akta yang sama. Jika disabit akan kesalahan ini maka mereka boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya sekali. Semuga artikel subuh ini memberikan info berguna kepada semua pembaca blog anim agro yechnology kali ini. Wasallam!!!.
KELADI HIASAN... RAMAI SUKA...
WARNA CANTIK.. SENANG JAGA...
ADA YANG MURAH... MAHAL ADA...
JANA EKONOMI... BOLEH MENCUBA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Roo. 1320, Platinum Suite,
Hotel Amerin, Perling,
Johor BAhru, Johor,
Malaysia,
(15 Oktober 2021).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.