Thursday, October 21, 2021

IKAN BAUNG EKOR MERAH - APA DIA

IKAN BAUNG EKOR MERAH (Hemibagrus wyckioides) merupakan sejenis spesis ikan baung yang telah menjadi viral dimana ikan ini sebenarnya adalah dilarang dibawa masuk ke Malaysia untuk diternak secara komersil. Ikan Baung memang merupakan salah satu spesis ikan tempatan unik terutama dibeberapa lokasi dan amat popularkan di Negeri Pahang untuk dijadikan hidangan 'Ikan Patin Tempoyak'. Baung ekor merah atau ada yang memanggilnya sebagai 'Baung Mekong' atau 'Redtail Catchfish' yang berasal dari Sungai Mekong di Vietnam telah dilaporkan berada di Malaysia semenjak 5 tahun lalu. Ikan ini berkemungkinan dibawa masuk secara tidak sah dan tidak melalui pihak berkuasa kerana mungkin dibawa masuk anakbenih dan diternak secara haram. Dalam pada itu dilaporkan ikan ini mempu membesar berukuran sehingga 130 cm (51 inci) dengan berat maksima mencecah 80 kilogram. Ikan spesis ini dilaporkan jenis ikan keli yang terbesar di Asia (the biggest bangrid catfish in Asia). Apa yang unik mengenai ikan ini dimana pada bahagian ekornya (caudal fin) hanya berwarna putih semasa kecil tetapi apabila ia telah mencapai berukuran 15 cm (6 inci) maka ia akan bertukar kepada warna merah (Sila lihat foto diatas). Habitat ekologi asal ikan ini seperti dikawasan hilir sungai besar dengan kedalaman tidak menentu dan dasar sungai sedikit berbatu. Ikan ini idak suka berpindahranah atau tinggal setempat sahaja kecuali berlaku banjir besar dimana ia akan hanyut kelokasi lain. Dalam habitat asal lazimnya ia memangsa atau makan anak ikan, udang, ketam dan juga serangga. Ikan ini apabila ditangkap sama ada dengan memancng, menjala, menjaring atau apa juga cara akan dimasak dan dimakan dengan pelbagai resepi masakan. Dari segi citarasa ikan ini menyamai dengan ikan keli atau ikan baung sedia ada dimana isinya memang berlemak dan lembut. Walau pun ada didakwa kalangan peminat ikan memeliharanya didalam akuarium akan tetapi ia boleh membesar dalam jangkamasa yang agak lama. Dilaporkan dimana ikan baung ekor merah ini merupakan sejenis ikan air tawar kategori 'pemangsa agressif' yang paling merbahaya didunia kerana ia memangsa semua jenis ikan dan hidupan lain dihabitatnya. Itulah sebabnya banyak negara termasuk Malaysia yang melarang kemasukkan spesis ikan ini untuk melindungi habitat sungai sedia ada agar tidak diancam. Artikel ke 6,695 subuh rabu ini dalam blog "Anim Agro Technology'' saya berfikir menulis dan merujuk dari banyak sumber mengenai ikan baung ekor merah untuk dijaikan bahan rujukkan pambaca semua.

Didalam portal bharian.com.my telah melaporkan dimana 'Jangan lepaskan baung ekor merah ke sungai' memang menarik untuk dikongsikan sebagai info berguna. Berita di petik dari Kuantan, Pahang ini dimana seorang penternak ikan sangkar dikenali Khairul Ibrahim menunjukkan ikan baung ekor merah yang diternak di perairan Sungai Pahang dekat Kampung Pulau Keladi, Temerloh (Sila lihat foto disebelah). Terdapat kenyataan daripada Jabatan Perikanan Pahang yang melarang menternak ikan baung ekor merah dalam sangkar secara komersial di Sungai Pahang apa lagi jika melepaskannya ke dalam sungai bagi mengelakkan kesan negatif kepada ekosistem. Pengarah Jabatan Perikanan Pahang, Azahari Othman (rakan penulis blog) berkata ikan yang dikategorikan sebagai ikan pemangsa itu antara 32 spesies ikan yang tidak dibenarkan dilepaskan dalam sungai, empangan, tasik dan lombong di negara ini. Pihaknya sentiasa memantau dan mengawasi industri ternakan ikan baung ekor merah di negeri ini supaya setiap penternak terus mematuhi cadangan dan peraturan ditetapkan terutama membabitkan ternakan dalam sangkar. Walaupun ikan berkenaan mendapat permintaan tinggi tetapi pihaknya tidak pernah menggalakkan ia diternak memandangkan banyak spesies ikan lain boleh diternak seperti patin, jelawat, kerai dan kelah yang turut mendapat pasaran baik. Ikan baung ekor merah adalah spesies berasal dari Sungai Mekong, Vietnam dan ia telah dikategorikan sebagai ikan pemangsa yang akan mengganggu ekosistem perairan sekiranya berada dan membiak dalam perairan umum. Ikan berkenaan adalah ikan yang agresif dan memakan pelbagai hidupan dalam air termasuk anak ikan dan udang. Dilaporkan saiz matangnya mencapai berat puluhan kilogramKehadiran ikan berkenaan di perairan negara boleh membawa penyakit yang akan merebak kepada ikan tempatan terutama yang diternak dalam sangkar. Jabatan Perikanan menyatakan kepada mereka yang menternak secara dalam sangkar perlu melakukan pengawalan yang terbaik bagi dia memastikan ikan berkenaan tidak terlepas ke perairan umum seterusnya membiak secara meluas. Adalah difahamkan kini terdapat ramai penternak di beberapa daerah di Pahang yang menternak ikan baung ekor merah dengan alasan sambutan menggalakkan daripada pelanggan selain harga yang tinggi. Dari segi bentuk, warna dan saiz ikan baung ekor merah hampir sama dengan baung tempatan namun warna merah pada ekor saja yang membezakan dua spesies berkenaan. Pogram kesedaran terhadap kesan kepada ekosistem berpunca daripada ikan baung ekor merah turut dilakukan bagi memastikan penternak mengambil langkah terbaik mengelak ikan berkenaan terlepas ke sungai. Pegawai dari pejabat perikanan daerah akan melakukan pemeriksaan secara berjadual bagi memastikan penternak menutup dengan jaring keseluruhan sangkar mereka supaya ikan tidak melompat keluar.

Portal berita yang sama juga kemudian melaporkan 'Sungai Perak diancam baung ekor merah' pada 21 September 2021 memang mengejutkan. Dipaparkan dalah laporan tersebut ikan baung ekor merah hasil tangkapan pemancing di Sungai Perak di Kampung Sungai Buaya, Kampung Gajah. Jabatan Perikanan mengesahkan pemilik sangkar ikan yang hanyut dan pecah di Teluk Intan, 29 Mac 2021 lalu turut menternak ikan baung ekor merah. Berikutan kejadian itu maka ikan baung atau nama saintifiknya Hemibagrus wyckioides dipercayai terlepas ke Sungai Perak. Spesies dikategorikan sebagai ikan pemangsa dikatakan berasal dari Sungai Mekong, Vietnam itu berbahaya kepada ekosistem sungai dan tasik apabila dikesan mampu memusnahkan keseluruhan hidupan asal jika terlepas masuk ke kawasan berkenaan. Pengarah Jabatan Perikanan Perak, Zaki Mokri berkata pihaknya tidak pernah mengeluarkan permit untuk membawa masuk ikan baung ekor merah kerana ia termasuk dalam kategori ikan asing spesies alien. Beliau juga berkata pihaknya percaya pemilik sangkar berkenaan menternak ikan itu secara haram bersama ikan lain. Jabatan Perikanan  memang tidak mengeluarkan permit untuk membawa masuk ikan baung merah tetapi jika ada penternak yang mahu membelanya ia perlu merujuk kepada jabatan dahulu. Ikan jenis ini memang tidak dibenarkan diternak dalam sangkar kerana dikhuatiri terlepas dalam sungai di mana ia adalah ikan pemangsa yang sangat berisiko kepada sumber sungai Perak dan lain0lain sungai di Malaysia. Jika boleh pun mungkin diternak dalam tangki tetapi bukan mudah kerana perlu untuk membuat penilaian seperti sistem penternakan dan sistem pembuangan sisa air. Pemilik itu mempunyai 300 petak sangkar yang menempatkan pelbagai jenis ikan seperti patin, baung dan talapia. Bagaimanapun pihak Jabatan Perikanan  tidak menolak individu terbabit turut membela baung ekor merah di dua atau tiga sangkar di Sungai Perak. Apa pun dilaporkan dalam kejadian itu tali pengikat sangkar putus dan menyebabkan 250 sangkar ikan hanyut, malah ada yang pecah. Ia turut mengakibatkan ikan mati dan terlepas ke sungai termasuk ikan baung ekor merah. Biasanya ikan yang dibela itu diberi makan palet dimana ia 'agak jinak' dan tidak akan pergi terlalu jauh. Dia juga akan menunggu apabila diberi makan dan disarankan nelayan (dan pemilik sangkar sendiri) memancing atau menjala terus ikan itu supaya spesis ini tidak membiak dalam perairan sungai Perak. Beberapa lawatan dan pemantauan di lokasi untuk menjalankan siasatan lanjut mengenainya sebelum mengambil tindakan susulan lain. Dalam pada itu bagi seorang nelayan dari Kampung Sungai Buaya, Kampung Gajah, Muhammad Firdaus Othman (30 tahun) mendakwa dia terkejut apabila ramai rakannya yang memancing di kuala Sungai Buaya memperoleh ikan baung ekor merah. Menurutnya dimana lokasi kampung mereka berhampiran dengan Sungai Perak di Teluk Intan juga telah menyebabkan ikan itu terlepas hingga ke kawasan mereka yang disedari dua hari selepas kejadian itu. Dia kata ada kawannya dapat antara dua hingga sembilan ekor ikan jenis itu ketika memancing di sungai dengan anggaran berat antara dua hingga tiga kilogram seekor. Mereka maklum jenis ikan ini memang bahaya dan akan makan semua sumber sungai. Jika dibiarkan ia akan membiak sekaligus ia menjejaskan sumber Sungai Perak di Hilir Perak juga terkenal dengan udang galah. Mereka kini terkilan dengan tindakan individu yang memang mementingkan diri sendiri kerana masih tetap membela ikan jenis itu dan berharap kejadian sama tidak berulang.


Portal berita sinarharian.com.my dan portal kosmo.com.my pula melaporkan 'Tiada permit dikeluarkan ternak baung ekor merah' iaitu kisah dari Teluk Intan, Perak adalah berkaitan artikel ini pada April 2021. Seorang nelayan dari Kampung Sungai Buaya, Kampung Gajah iaitu Othman (30 tahun) dimana dia juga menunjukkan ikan baung ekor merah hasil pancingan dibuat di Sungai Perak (Sila lihat foto disebelah). Dilaporkan dimana memang Jabatan Perikanan tidak pernah mengeluarkan sebarang permit untuk membawa masuk ikan baung ekor merah yang dikenali sebagai ikan pemangsa ke negara ini bagi tujuan penternakan ikan sangkar. Spesies ikan itu tidak dibenarkan diternak dalam sangkar kerana berbahaya kepada ekosistem sungai dan sekiranya terlepas ia sangat berisiko kepada sumber sungai. Jabatan memang tidak mengeluarkan permit, tetapi jika ada penternak yang mahu membelanya ia perlu merujuk kepada jabatan dahulu. Jika ada kebenaran pun mungkin diternak dalam tangki, namun proses itu bukan mudah kerana kita perlu membuat penilaian yang ketat terhadap sistem penternakannya dan pembuangan sisa air. Didakwa dimana pada 29 Mac 2021 dianggarkan lebih 250 sangkar sebuah syarikat penternakan ikan di Teluk Intan pecah akibat dihanyutkan arus deras Sungai Perak. Kejadian yang berlaku sekitar jam 4 petang itu menyebabkan beratus ribu ikan pelbagai jenis seperti talapia merah, patin, baung dan jelawat putih terlepas ke Sungai Perak. Ikan baung ekor merah hasil pancingan di Sungai Perak di Kampung Sungai Buaya, Kampung Gajah. Turut dilaporkan terlepas adalah spesies ikan baung ekor merah sebanyak 30 tan atau saintifiknya Hemibagrus wyckioides yang dikatakan berasal dari Sungai Mekong, Vietnam. Siasatan awal dijalankan tidak menolak kemungkinan pemilik sangkar berkenaan menternak ikan jenis itu secara haram bersama ikan tempatan lain. Pihak jabatan sudah melakukan lawatan dan pemantauan di lokasi dan akan menjalankan siasatan lanjut mengenainya sebelum mengambil tindakan susulan lain. Dalam kejadian minggu lalu, tali pengikat sangkar di situ putus menyebabkan ratusan sangkar ikan hanyut dengan sebahagiannya pecah dimana ini mengakibatkan ikan mati dan terlepas ke sungai. Ikan ternakan ini diberi makan palet, jadi ia agak jinak dan tidak akan pergi terlalu jauh. Jadi disarankan kepada penduduk untuk memancing atau menjala terus ikan di situ terutama dari jenis baung ekor merah supaya spesies ini tidak membiak dalam perairan sungai kita. Semuga artikel ini mmeberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
IKAN BAUNG... MERAH EKORNYA...
ASAL SG MEKONG... IA MERBAHAYA...
IKAN AGRESSIF ...SEJENIS PEMANGSA...
DILARANG MASUK... KE MALAYSIA JUGA...


By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(12 RabiulAwal 1443H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.