Sunday, October 31, 2021

COKLAT - MINUMAN, PRODUK DAN CERITANYA

Portal akhbar sama dalam keluaran lain menyatakan kisah 'Minuman coklat palsu' yang berlaku di Nilai, Negeri Sembilan memang wajar dibaca dan dirujuk semua. Dilaporkan dimana pada mata kasar, ia tidak ubah seperti produk minuman coklat jenama terkenal, namun risikan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Negeri Sembilan mendapati produk itu sebenarnya palsu. Sindiket berpangkalan di Nilai dikesan menghasilkan produk minuman coklat palsu jenama terkenal itu sebelum diedarkan di beberapa pasaraya seluruh Semenanjung Malaysia. Dilaporkan taktik licik sindiket itu yang menjadikan sebuah rumah banglo di Taman Mulia, Mantin dijadikan sebagai ‘kilang’ bagaimanapun berjaya dibongkar KPDNKK. Hasil serbuan ditemui sebanyak 225 bungkusan minuman bercoklat palsu yang sedia untuk dipasarkan dan beberapa tong serbuk minuman itu ditemui di dalam rumah berkenaan. Turut dirampas pembungkus, besi tertera nombor siri, mesin pencetak dan penimbang. Penulis blog ucap terimakasih atas kejayaan penangkapan ini dimana pembaca blog mungkin sudah ada yang terbeli atau terminum coklat palsu tersebut agaknya.

Bernama dan beberapa akhbar lain telah melaporkan dimana 'Bukan usus babi tapi gumpalan susu - Jakim' memang amat menakjubkan ceritanya. Dalam tangkap layar video yang memaparkan satu kotak minuman Milo yang didakwa mengandungi usus babi. Kisah dari Shah Alam baru-baru ini tular di media sosial mengenai dakwaan pengguna di Facebook yang mengatakan kotak minuman coklat jenama Milo yang dibelinya mengandungi usus babi. Namun Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dalam satu kenyataan semalam menafikan perkara tersebut. Berdasarkan penjelasan yang diberikan oleh pihak Nestle Malaysia, ia adalah gumpalan susu yang terjadi dipercayai akibat produk telah rosak. Walau bagaimanapun, pihak syarikat masih belum dapat menghubungi individu yang menularkan kejadian terbabit menerusi rakaman video untuk disiasat punca berlakunya gumpalan. Sekiranya pengguna turut mengalami kejadian yang sama, sila hubungi Perkhidmatan Pengguna Nestle di talian 1800883433 dengan secepat mungkin. Menurut Jakim dimana pihaknya tampil membuat penjelasan itu susulan media sosial Halal Malaysia dihujani dengan pertanyaan awam berkenaan status minuman itu yang mengandungi usus babi. Pengguna juga boleh merujuk Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM), Kementerian Kesihatan Malaysia untuk mengetahui informasi lanjut berkenaan isu-isu keselamatan dan kualiti makanan yang berada di negara ini.  

Benarkah dakwaan dimana 'Coklat itu makanan berahi?' seperti dilaporkan oleh portal utusan online. Artikel pendek tulisan wartawan Fazrina ini menyatakan dimana menikmati coklat juga dilaporkan mampu menenangkan jiwa. Kajian menunjukkan coklat mengandungi phenylethylamine dan tyramine iaitu bahan-bahan kimia yang menyebabkan rasa sayang dan berahi. Coklat adalah salah satu makanan aphrodisiac atau penggalak nafsu, manakala phenylethylamine pula adalah kimia yang berkait dengan amphetamina yang meningkatkan aliran darah dan kadar glukos dalam darah, sekali gus menjadikan kita lebih waspada atau sedar dan rasa puas. Anti oksidan yang wujud bukan setakat melindungi sel-sel dan DNA daripada radikal bebas malah ia menghalang pembentukan bahan lemak yang boleh menyebabkan salur darah jantung tersumbat. Satu kajian yang dijalankan di Universiti Pittsburgh, USA mendapati coklat bukanlah penyebab migrain seperti tanggapan kepada sesetengah orang akan tetapi coklat mengandungi bahan seperti ubat penenang menerusi cecair endorphin yang mana ia mampu membuatkan pemakannya rasa gembira.  Kelebihan ini dimanfaatkan dengan cara yang lebih komersial melalui pembentukan jenama-jenama coklat terkenal yang menawarkan bermacam jenis produk berasaskan bahan tersebut. Antaranya, Theobroma Chocolate Lounge yang berasal dari Australia dan membuka cawangan pertamanya di pusat membeli belah di Kuala Lumpur. Seperti namanya, Theobroma memanglah tempat istimewa untuk penggemar coklat dan di sini segalanya adalah tentang coklat!. Apa pun  Theobroma adalah perkataan Mexico yang bermaksud makanan untuk tuhan. Di Malaysia ia dibawa oleh Kumpulan Hing Yap menerusi program francais dengan Theobroma Food of the Gods Pty Ltd, sebuah syarikat berasal dari Australia. Temu bual yang diatur baru-baru ini telah memberi peluang kepada wartawan untuk merasai sendiri kesedapan coklat dan pelbagai hidangan yang berasaskan coklat di Theobroma cawangan One Utama. Pembukaan Theobroma Chocolate Lounge ini adalah sebagai respon daripada permintaan orang ramai yang ingin menikmati coklat berkualiti tinggi juga sebagai alternatif kepada kopi. Terdapat lebih daripada 80 jenis makanan dan minuman berasaskan coklat untuk dipilih. Yang paling penting coklat ditawarkan rendah lemak dan tidak menggemukkan. Coklat hitam dikatakan mempunyai empat kali kadar catechins dan phenols berbanding teh. Phenols pula dikatakan dapat melindungi daripada serangan sakit jantung. Penting memberi kesedaran kepada rakyat Malaysia bahawa coklat bukanlah makanan yang tidak sihat malah ia memberi banyak manfaat bagi yang menikmatinya. Produk koko tanpa pengawet dan diimport dari Belgium selaku negara pengeluar coklat terkemuka dunia. Malah warna-warna pada coklat di Theobroma juga diproses daripada tumbuhan dan buah-buahan agar lebih semula jadi dan baik untuk tujuan  kesihatan. Bungkusan coklat tersebut turut datang dengan sebuah patung beruang kecil yang comel dengan harga sekitar RM 60 sahaja.  Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.
NAMANYA COKLAT... BIJI KOKO ASALNYA...

NEGERA TROPIKA... PENGELUAR UTAMA,,,
NEGARA BARAT... PAKAR MEMBUATNYA...
PRODUK COKLAT... ADA PELBAGAI CERITA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Persimpangan Bukit Beruang,
Jalan Istana, Bandaraya Melaka Bersejarah,
Melaka, 
Malaysia.
(18 Rabiulawal 1443H). 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.