Kompos merupakan salah satu jenis baja organik buatan manusia yang dibuat dari proses pereputan sisa-sisa bahan organik sama ada dari tanaman atau pun haiwan. Proses pengomposan (composting) adalah proses pereputan yang dilakukan oleh mikroorganisma terhadap bahan organik yang boleh mengurai (biodegradable) atau dikenali kemudiannya sebagai biomas. Pengkomposan dapat dipercepatkan prosesnya dengan mengatur beberapa faktor yang mempengaruhinya sehingga berada dalam keadaan yang optimum untuk proses pengkomposan. Teknologi dalam pengkomposan yang selama ini diterapkan manusia adalah dipercayai mengubahsuai proses bagaimana terbentuknya humus oleh alam semulajadi dengan bantuan hidupan laian iaitu mikroorganisma. Secara asasnya mikro-organisma ini ada dua jenis iaitu mikro-organisma yang memerlukan Oksigen tinggi (Aerob) dan mikro-organisma yang bekerja pada kadar oksigen rendah (Anaerob). Sebenarnya proses pengkomposan dapat dilakukan dengan dua cara iaitu dengan bantuan oksigen (Aerobik) dan tanpa bantuan oksigen (Anaerobik). Hasil akhir kedua cara tersebut sama saja dimana ia berupa bahan jenis organik terurai yang tersedia dan siap digunakan oleh akar tanaman. Masing-masing teknik mempunyai kelebihan dan kekurangan dalam proses pembuatannya. Biasanya proses pengkomposan dengan vara aerob tanpa bantuan aktivator berlaku selama 40-60 hari. Hasil akhir dari pengkomposan aerob berupa bahan yang menyerupai seperti warna tanah iaitu berwarna kehitaman dan kecoklatan, peroi dan gembur dimana jika diukur suhunya menyerupai suhu tanah serta ia memiliki pH hampir Neuteral. Dalam pada itu pengkomposan secara Aerobik lebih banyak dilakukan disebabkan ia tidak menimbulkan bau, jangkamasa atau proses pengkomposan lebih cepat, tahap suhu proses adalah tinggi sehingga dapat membunuh bakteria dan patogen serta telur cacing. Cara ini dilaporkan akan mampu didalam menghasilkan jenis kompos yang lebih hygenik.
Dalam teknologi pengkomposan memang tidak boleh dielakkan dari menggunakan bahan Effectve Microorganism 4 atau sering disebut 'EM4'. Teknologi penggunaan bahan Effective Microorganism 4 (EM4) merupakan sejenis kultur campuran dari beberapa bahan mikroorganisme yang menguntungkan bagi pertumbuhan tanaman (Sila lihat foto disebelah). Mikroorganisme semulajadi yang terdapat dalam EM4 bersifat menapai (fermentation) yang terdiri dari empat kategori mikroorganisme iaitu jenis dari Bakteria Fotosintetik (Rhodopseudomonas sp.), Kulat (Saccharomyces sp.), Bakteria Asid Lactate (Lactobacillus sp.) dan termasuk juga Actinomycetes. EM4 merupakan biofertilizer yang telah lama digunapakai sebagai penggalak (inoculant) untuk tujuan bagi meningkatkan kepelbagaian dan populasi mikroorganisme di dalam tanah. EM4 mampu bantu mempercepatkan proses pereputan sisa dan sampah organik, meningkatkan kadar ketersediaan nutrisi tanaman dan mengurangkan aktiviti mikroorganisme patogen. Selain itu EM4 juga didakwa dapat digunakan untuk membersihkan sisa air limbahan dan akan meningkatkan kualiti air pada sisa udang dan ikan sapabila dibuat rawatan. Penulis blog pernah berkursus di Saraburi, Thailand selama dua minggu untuk mempeajari teknologi Pertanian Organik dan EM4 anjuran Jepun dan telah mengajar kepada beratus-ratus pegawai dan usahawantani selepas menghadiri kurusus tersebut.
Kajian mengenai kulit pisang kapok untuk dijadikan baja kompos merupakan satu kajian yang dilihat ringan akan tetapi dilaporkan boleh berjaya mengurangkan pencemaran sisa pembuangan kulit dan menghasilkan baja kompos yang berfaedah. Bahan penting yang digunakan adalah kulit buah pisang kapok. Penulis blog dapati pisang kapok ini di Filipina dikenali dengan nama Pisang Aaba dan di Malaysia dengan nama Pisang Nipah. Buahnya enak dimakan setelah diolah terlebih dahulu dimana bentuk buahnya agak pipih sehingga kadang disebut pisang leper. Berat tandannya boleh mencapai 14 - 22 kg dengan terdapat jumlah 10- 16 sisir setiap tandan. Setiap sisir mempunyai 12 - 20 buah (Sila lihat foto disebelah). Bila pisang ini masak maka warna kulit buahnya jadi kuning penuh dengan isi yang juga berwarna kuning krim serta manis jika dimakan terus. Kegunaan buah pisang yang masak yang bersaiz besar untuk berbagai jenis makanan dimana semestinya kulitnya dikupas dan ini akan tinggalkan sisa berupa kulit pisang yang banyak. Kajian telah dilakukan saintis mendapati kadar kulit pisang kapok ini mencapai 40% dari saiz buahnya. Kulit pisang merupakan bahan organik yang mengandungi unsur kimia seperti Magnesium (Mg), Sodium (Na), Phosforus (P), Sulfur (S) yang sesuai digunakan sebagai baja organik. Pembuatan baja organik atau kompos dengan bahan kulit pisang boleh disediakan dalam bentuk pepejal atau cecair. Berdasarkan hasil analisa kajian terhadap baja organik pepejal dan cecair dari kulit pisang kapok yang dilakukan Universiti Sumatera Utara. Kajian tersebut mendapati dimana kandungan nutrien yang terdapat dalam baja organik pepajal kulit pisang kepok adalah Corganik (6.19%), N (1.34%), P2O5 (0.05%), K2O (1.478%), C/N (4.62%) dan kadari keasidan adalah pada nilai pH 4.8. Laporan kajian juga mendapati dimana baja cecair kulit pisang kapok terdiri dari C-organik (0.55%), N-total (0.18%), P2O5 (0.043%), K2O (1.137%), C/N (3.06%) dengan nilai kemasaman adalah pH 4.5. Artikel ini ditulis dalam tiga (3) segmen iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 yang perlu dibaca bersama. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.
ISI DIGORENG... KULITNYA BERSISA...
DIBUAT KOMPOS... ORGANIK BAJA...
SIAPA BERMINAT... SILA MENCUBA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(26 Zulhijjan 1442H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.