Kitaran Hudup capung atau pepatung ini sebenarnya memakan jangkamasa yang sangat lama iaitu selama tujuh tahun (7) dimana waktu paling lama dihabiskan pada tahap nimfa (Sila anda lihat foto disebelah). Kehidupan capung ini ada 3 peringkat iaitu peringkat Telur, Nimfa dan Dewasa. Biasanya capung jantan yang siap mengawan akan menguasai suatu kawasan habitatnya dan hebatnya capung jantan memiliki warna tubuh yang sangat 'contrast' dan menjolok mata bertujuan untuk menarik perhatian capung betina. Warna yang kuat dan ketara bagi capung jantan ini membolehkan ia mengawan dengan capung betina. Berbeza dengan serangga lain seperti kupu-kupu dan nyamuk, capung memiliki proses metamorfosis tidak sempurna. Perkara ini disebabkan kerana kitaran hidup capung tidak melalui masa pupa atau pun fasa kepompong. Peringkat Telur merupakan fasa hidup capung yang pertama dimana setelah capung betina mengawan dengan capung jantan maka ia akan mencari tempat khusus untuk meletakan telur-telur mereka. Kebiasaannya tempat yang disukai oleh capung untuk bertelur adalah diatas bahagian permukaan daun yang dekat dengan air. Selain permukaan daun mereka juga akan memilih kawasan yang bersih bebas dari pencemaran. Induk capung betina lazimnya mampu mengeluarkan sekitar 1,000 biji telur. Telur capung ini setelah diletakkan dilokasi selamat akan menetas setelah umurnya 1 - 3 minggu. Lazimnya dilihat dimana telur capung ada yang berbentuk panjang dan bulat. Pada bahagian hujung telurnya terdapat lubang yang berfungsi untuk memasukan sperma dari capung jantan.
Peringkat Nimfa Capung merupakan fasa kedua dalam kitaran hidupnya. Nimfa atau 'instar nimfa' merupakan peringkat setelah telur capung menetas kemudian menjadi larva. Dalam proses ini lazimnya larva capung hidup di dalam air dan bernafas menggunakan insang internal (Sila anda lihat foto disebelah). Bagaimana pun larva capung tetap dapat bernafas di daratan selama berjam-jam lamanya. Pada peringkat ini larva capung hidup sebagai haiwan jenis karnivor yang ganas dimana mereka memangsa haiwan lain dalam habitatnya seperti berudu, anak ikan dan sesama nimfanya nya untuk bertahan hidup. Kajian mendapati dimana sebelum larva ini menjadi capung dewasa, larva tersebut akan mengalami beberapa kali proses pergantian kulit sebanyak 8-12 kali. Bergantung kepada spesis capung dimana jumlah salin kulit ini berlainan jumlahnya akan tetapi saintis mendapati kitaran hidup diperingkat nimfa ini berlangsung selam 4 tahun lamanya. jangkamasa lama ini menjadikan jangkahayat capung memang lama terutama peringkat nimfa. Pembaca blog mungkin tidak menyadari akan kehadiran nimfa ini didalam air kecuali membuat pemerhatian sendiri secara saintifik. Ini kerana saiznya halus dan hanya dijumpai dihabitat yang mereka diami sahaja.
Peringkat Capung Dewasa merupakan peringkat yang mana manusia dapat melihat akan kehebatan serangga ini. Capung Dewasa merupakan puncak fasa kehidupan capung apabila akhirnya larva bertukar dengan proses pergantian kulit terakhir dan munculnya sepasang sayap. Pada proses ini capung akan berusaha untuk melepaskan diri dari kulit nimfa dan ianya kemudian akan dapat terbang keluar dari permukaan air dengan merangkak melalui bantuan dahan dan daun-daun untuk keluar kedaratan. Pada peringkat ini biasanya capung muda meskipun sudah memiliki sayap namun tubuhnya masih lemah dan belum terbentuk anggota sempurna dan warna tubuhnya masih belum merata. Biasanya dapat dilihat hanya bahagian anggota dalam kepala capung muda sahaja. Dalam beberapa waktu kemuidan badan dan anggota capung mulai sempurna dan tidak lembik serta mula mengeras semuanya. Apabila semyanya sesuai barulah capung menjadi dewasa dan boleh terbang bebas diudara. Dilaporkan dimana capung dewasa dapat hidup dengan jangkahayat maksima selama empat bulan lamanya bergantung kepada spesis. Capung Jarum pada penulis blog merupakan spesis yang sangat menarik dengan bentuknya yag halus dan warna menarik selain daripada cara pergerakannya yang hebat dan unik (Sila lihat foto disebelah). Capung dewasa sebelum akhir hayatnya sama ada capung jantan atau capung betina akan mengawan untuk kitaran hidup seterusnya. Capung dewasa adalah paling penting dalam kitaran hidupnya. Capung tidak merugikan bagi manusia kerana ia sejenis serangga yang berfaedah dan ada menggelarkannya sebagai 'Doktor Udara'. Capung juga merupakan salah serangga predator memangsa serannga kecil yang terbang lain dihabitatnya seperti nyamuk, helopeltis, hama, fruitfly dan sebagainya sebagai makanannya. Dalam kebun pertanian kehadiran capung mengurangkan populasi serangga perosak. Keberadaan capung sangat penting untuk menjaga keseimbangan ekosistem. Bagaimana pun penulis blog dapati populasi capung semakin sedikit kerana capung tidak mampu bertahan hidup pada lingkungan yang sudah banyak tercemar seperti penggunaan pelbagai racun kimia, pencemaran udara, pencemaran air untuk bertelur atau nimfa hidup dan sebagainya. Kajian mengenai menggunakan capung sebagai serangga yang mekan nyamuk aedes telah dilakukan dikawasan pinggir bandar dilaporkan berkesan mengurangkan kes-kes serangan penyakit denggi berdarah. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agroo technology kali ini. Wasallam!...
HEBATNYA ... JANGKA-HAYAT LAMA...
3 FASA HUDUP... TELUR KE DEWASA...
SERANGGA BEGUNA... DOKTOR UDARA...
By,
M Anem,
Seenior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(25 Zulhijjah 1442H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.