Sunday, July 18, 2021

JUS NANAS - BANYAK RAHSIANYA (Part 2)

JUS NANAS
(Ananas comosus) merupakan sejenis minuman berasaskan buah nanas yang lazat dan baik untuk kesihatan. Buah nanas yang masak sering dimakan segar dengan cara memotongnya secara dadu, memanjang atau apa juga cara dan dihidangkan sebagai pencuci mulut atau dimakan begitu saja. Buah nanas mentah pula sering dijadikan sayuran atau bentuk kulineri lain sesuai dengan sifatnya yang masih keras dan masam. Kepada penulis blog yang telah menulis lebih dari 260 rencana mengenai nanas mendapati jus nanas menganduni bahan bromelain yang membantu dalam proses pencernaa dimana ini menjadikannya ideal untuk diambil sebagai penutup selepas makan. Jus nanas juga merupakan minuman yang diakui sangat kaya dengan Vitamin C yang baik untuk keperluan tubuh manusia. Cara untuk menyediakan jua nana juga merupalan satu proses yang mudah dilkuka oleh sesipa sahaja asalkan mempunyai kemahiran, peralatan dan resepi khusus. Walau pun menyediakan jus nanas sendiri dirumah mudah dilakukan akan tetapi mungin agak jarang surirumah menyediakannya untuk dihidangkan kepada seluruh ahli keluarga dan bukan menjadi budaya yang lazim di Malaysia. Bagaimana pun dipasaran memang terdapat banyak jenis minuman daripada buah nanas sama ada didalam bentuk kordial, 'redy to drink' dan juga pes nanas. Minuman jus nanas ini mudah dibeli dipasaraya sama ada dibungkus dalam tin, kotak tetra pack atau didalam botol kaca yag mempunyai tarikh luput dinyatakan. Artikel pagi Jumaat ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya paparkan kisah mengenai beberapa kehebatan dan rahsia jus nanas untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan pembca blog semua.

JUS NANAS boleh dipelbagaikan pembuatannya termasuk dijadikan Jus Nanas Cocktail menjadikan ianya sebagai pembuatan jus nanas yang k
reatif. Memang terdapat pilihan yang hampir tidak terbatas untuk variasi cocktail berbeza yang dapat dibuat dengan jus nanas segar. Cubalah salah satu cocktail buah tropika yang sempurna untuk dijadikan sajian istimewa. Di luar negara terdapat minuman berasaskan air kelapa, jus nanas dan alkohol yang dikenali dengan nana Pincolada. Bagi membuat minuman Piña colada hany aperlu menambahkan 30 ml krim kelapa ke dalam blender kemudian dimasukkan sebanyak 60 ml rum putih ke dalam blender dan dikisar sehingga asebati. Alkohol ini akan memberi minuman piña colada satu “tendangan” yang dicari. Dalam pada itu bagi menyediakan virgin piña colada pula hanya perlukan fruit punch keras, tuang 60 ml rum Malibu rum, 90 ml jus jeruk, 60 ml nanas dan 15 ml sour mix ke dalam blender. Tambahkan sedikit grenadine dimana ia menjadikan sebagai minuman yang enak untuk berpesta. Di Malaysia minuman ini telah diubahsuai menjadi Minuman PINCOLAMA yang mana telah dipromosikan sempena MAHA 2018 di MAEPS Serdang (Sila lihat foto disebelah). Minuman ini telah mendapat liputan meluas dalam mesdia tempatan dan media eletronik sebagai minuman baru di Malaysia yang boleh juga dibanggakan hasil inovasi oleh LPNM. Anda boleh membaca artikl penoh mengenai minuman pincolama dalam blog saya dengan pautan yang berikut (Sila klik dsini), (Sila klik disini) dan (Sila klik disini). Dalam kes lain dilaporkan dimana jus nanas boleh dihias dengan pelnagai cara termasuk minuman nanas dengan sedikit whipped cream, secubit gila atau setitis madu lebah. Jus nanas juga dapat dihias dengan buah ceri maraschino atau hirisan tipis lemon, limau nipis atau limau. Tambahkan sedikit garam atau beberapa helai daun mint bagi mengubah citarasa minuman jus nanas. Sebagai petua didakwa dimana membuat jus nanas dengan mengunakan mesin pengisar (blender) sebenarnya ia akan menghasilkan jus yang lebih sihat yang mempunyai lebih banyak volume dibandingkan apabila menggunakan juicer buah. Juicer buah selalunya akan cenderung menyaring zat padat, sedangkan blender hanya menghancurkanya. Jus nanas dibuat hasil dari blender biasanya lebih kental dan terasa sangat nikmat.  

Ramai kalangan pembaca yang tahu secara kasar akan khasiat dan kehebtan buah nanas dan jus nanas. 
Pada penulis blog mendapati buah nanas adalah tanaman tropika yang dipercayai berasal dari Amerika Selatan dimana kini meluas ditanam di Malaysia, Filipina dan beberapa negara lain. Tanaman buah tropika itu mungkin berbunga dalam lima hingga sepuluh bulan dan berbuah dalam enam bulan berikutnya bergsntung kepad varietinya. Nanas premisum MD2 lazimnya akan matang dan dituai dalam masa 14 bulan, nanas moris dalam masa 12 bulan iaitu sama seperti nanas Josapine dan Nanas N36. Pernah dilaporkan didunia dengan kes seorang wanita yang dikenali sebagai Candice-Marie Fox apabila dia dilaporkan hanya diberikan masa hanya lima tahun untuk hidup akibat penyakit kanser yang dihidapi. Namun dia berjuang dan mampu melawan kanser terminal yang sedang dihidapinya dengan memakan nanas. Perubatan dan beliau  terkejut apabila doktor memberitahu dia mempunyai jangka hayat selama lima tahun disebabkan kanser tiroid yang sudah merebak ke bahagian lain di badannya. Wanita berusia 31 tahun ini ditawarkan rawatan kemoterapi akan tetapi dia telah menolak kerana proses itu ‘membunuh’ rakannya sebaliknya dia melakukan sesuatu yang pelik iaitu mengunyah sehingga tiga biji nanas sehari. Ternyata usahanya membuahkan hasil apabila dalam tempoh enam bulan dilaporkan kanser tahap empatnya hampir hilang hingga menghairankan kumpulan perubatan. Candice yang bekerja di bahagian pemasaran kini bebas daripada tumor dan dia memberi galakan kepada orang ramai untuk menjaga kesihatan menerusi laman web. Ramai yang tidak tahu nanas juga mempunyai 1,001 manfaat dan khasiat jika diamalkan dengan betul. Paling mudah untuk dihidangkan adalah Air Nanas Panas untuk diminum sebagai amalan sihat.

Memang mudah untuk menyediakan 
jus nanas panas iaitu ia sama sahaja dengan membuat inuman lemon panas. Mula-mula perlu disediakan air panas dan letakkan beberapa hiris buah nanas ke dalam minuman. Lazimnya ia bukan saja terasa segar, bahkan memberi kelegaan buat sesiapa yang ada selesema. Jika tidak suka diminum panas maka boleh letakkan air suam dan tinggalkan dalam peti sejuk untuk beberapa jam sebelum ianya diminum. Minuman ini juga boleh dijadikan sebagai 'air detox'. Ianya sangat sedap diminum dengan rasa buah-buahan yang segar disamping dapat membuang toksin dalam badan. Jus nanas panas juga mampu melepaskan zat anti kanser yang didakwa merupakan kemajuan terbaru dalam pengubatan kanser yang efektif di bidang perubatan. Kini hanya dengan satu hidangan nanas biasanya ia mengandungi lebih 130 peratus daripada keperluan cadangan harian untuk vitamin C sebagai vitamin yang membantu menjaga sistem imun yang sihat. Jus nanas ini juga sebagai bahan antioksidan yang melindungi tubuh daripada radikal bebas yang boleh menyebabkan kanser, penyakit Alzheimer, Parkinson dan keadaan degeneratif yang lain. Selain itu, nanas juga berguna untuk mencuci tubuh, melawaskan buang air kecil, merangsang penghadaman, sakit kerongkong, masalah hati dan demam kuning. Jus nanas muda sesuai digunakan untuk rawatan pelbagai penyakit paru-paru dan membunuh cacing dalam perut.  Artikel ini ditulis dalam tiga (3) segmen iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 yang mesti dibaca bersama. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!...
BUAH JUS NANAS... ADA CARANYA...
PILIH BUAH MASAK... ITU ASASNYA...
BUANH KULIT ,... BUANG MATANYA...
ENAK DIMINUM... BERKHASIAT PULA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Persimpangan Bulit Beruang,
Bandaraya Melaka Bersejarah,
Air Keroh, Melaka,
Malaysia.
(5 Zulhijjah 1442H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.