Thursday, July 1, 2021

FAKTA IKAN PARI

IKAN PARI (Stingray Fish)
merupakan sejenis ikan yang terdapat di dalam air tawar dan air laut dimana bentuknya adalah leper dan lebar. Ramai kaki pancing yang 'menggila' mendapatkan ikan pari kerana apabila pari sudah kena matakail maka perjuangan untuk meaikannya amat mencabar sehingga berjam-jam lamanya. Terdapat banyak jenis ikan pari yang hidup didalam air dan dibezakan mengikut pencirian saiz, warna, bentuk, habitat dan sebagainya. Direkodkan ikan pari terbesar (monster size) adalah sebesar 6.5 kaki dengan beratnya menghampiri 790 paun (358.5 kg). Ikan pari adalaah sejenis ikan berkat dengan Ikan Jerng cumanya jenis tulang pada ikan pari kebanyakannya dari jenis tulang rawan (lembut). Biasanya ikan pari mempunyai ekor yang panjang dimana mempunyai sengat dipangkal ekornya yang sangat beracun dan banyak kes ia membunuh manusia. Pernah dilaporkan lama dahulu Menteri Kesihatan Malaysia yang telah terbunuh di laut Australia ketika menyelam dan disengat dengan ikan pari. Bagaimana pun dilaporkan hanya dua jenis ikan pari yang tidak beracun sengatnya iaitu Pari Kelawar atau dipanggil juga sebagai Pari Bendera. Ikan pari makan kerang-kerangan dan udang kerana mulutnya pun berada dibahagian bawah. Warna ikan pari adalah biasanya gelap dibahagian atas dan cerah dibahagian bawah. Sebagai petua pemancing dimana umpan yang sesuai digunakan dari jenis ikan bolos, hirisan ikan atau udang. Deria ikan pari bukannya mata untuk mengesan mangsa akan tetapi ia menggunakan deria khas dikenali sebagai 'ampullae of lorezini' atau sejenis electro-sensor. Lazimnya ikan pari hidup secara bersendirian atau dipanggil sebagai 'solitary' walau pun ada beberapa spesis yang hidup berkumpulan. Pembiakan ikan pari adalah dengan cara 'melahirkan' setahun sekali dengan sebanyak anatara 1 - 6 ekor. Pada habitat sesuai ikan pari sebenarnya mampu hidup selama 15 - 25 tahun lamanya. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya paparkan mengenai ikan pari dan beberapa fakta mengenai ikan pari untuk dijadikan bahan rujukkan semua pembaca kali ini.

Terdapat bermacam fakta mengenai ikan pari yang boleh semua pembaca tahu setelah baca artikel ini. Nama Ikan Pari (stingray atau Manta) merupakan sejenis ikan yang bentuk tubuhnya leper 
dengan ad yang menyerupai sayap dimana ini membuatnya terlihat seperti melayang semas ikan pari berenang (Sila lihat foto disebelah). Ikan pari terdiri dari macam-macam jenis dengan ukuran tubuh yang berbeza saiznya, coraknya, bentuknya dan juga habitatnya. Setiap jenisnya juga memiliki kebiasaan yang berbeza dalam menjaga anak-anaknya yang dilahirkan. Ada jenis ikan pari yang setelah bertelur di dasar perairan maka ia akan langsung mengeramkannya sehingga telur-telur tersebut menetas. Ada juga yang telurnya disimpan di dalam induk ikan pari betina lalu dikeluarkan setelah tersebut sudah menetas. Kepada penulis blog mendapat tahu dimana ikan pari ini sifatnya lebih tenang dan tidak terlalu banyak menyerang seperti ikan jerung walau pun ia merupakan ada persamaan tertentu. Ikan pari biasanya memakan jenis ikan atau sotong atau udang yang ukuran tubuhnya lebih kecil dan selalu memakannya seperti pemangsa lain. Ikan pari memang tidak memburu mangsanya seperti yang dilakukan karnivor lainnya. Apa pun ikan pari akan hidup dan menyimpan telur-telurnya di perairan pantai yang dangkal dan dekat dengan terumbu karang. Biasanya insang ikan pari terdapat di sisi tubuhnya dengan bentuk yang mirip dengan fentilasi udara. Dengan organ pernapasan tersebutlah udara akan keluar masuk dari tubuhnya. Semasa ikan pari berenang akan terlihat seakan sayapnya bergelombang dan elastik. Perkara ini juga adalah disebabkan oleh tulang rawan di tubuh ikan pari sangat lembut bahkan ada beberapa jenis ikan pari yang tidak mana ia memiliki tulang di tubuhnya. Ikan pari memiliki ekor yang panjang dengan duri yang sangat tajam. Perlu diketahui dimana bukan sahaja ekornya tajam tetapi ia juga memiliki racun yang sangat berbahaya dan boleh membunuh manusia. Ekornya ini digunakannya sebagai perlindungan dari serangan pemangsa yang ingin mengganggunya.

Beberapa fakta lain mengenai ikan pari seperti
 bentuknya yang memang lebar seperti selembar kertas ini dengan mana bentuknya juga sangat berbeza dan menonjol diantara jenis ikan lain. Selain itu juga ikan pari ini memang terkenal dengan racun yang berada di salah satu anggota tubuhnya tersebut. Ikan pari atau yang boleh juga disebut juga dengan 'stingray'  mempuyai 560 spesies serta termasuk ke dalam 13 keluarga diseluruh dunia. Ternyata ikan ini memang tidak mempunyai tulang sehingga bentuknya yang pipih seperti kertas tersebut dilihat melayang didalam air semasa berenang. Ikan pari memang boleh dijumpai di dalam air masin atau air laut dan didalam air tawar. Dilaporkan dimana ikan pari juga dapat dijumpai di air laut hangat yang dengan kedalaman yang tidak dalam atau air cetek sahaja. Ikan pari itu sifatnya memang lebih banyak menghabiskan waktunya dengan bersembunyi di dasar laut atau kula atau dasar sungai. Selain itu juga ikan pari boleh hidup dengan panjang tubuhnya mencecah 6.5 kaki serta berat badannya itu bisa mencapai angka 360 kg (ada samai satu tan). Perlu diketahui dimana ekor ikan pari yang panjang selalunya beracun. Sudah terkenal sekali dimana ekor yang dimiliki ikan pari mempunyai racun di dalamya (Sila lihat foto disebelah). Ternyata pada ekornya ada duri dan bila seseorang tidak hanya melihatnya sekilas lalu pada ekornya memang tidak akan terlihat. Ini disebebkan memang bentuk dari duri tersebut tipis serta tajam didalam ekornya dan bisanya memang membunuh jika serius. Kesan yang dapat berlaku kepada manusia bila terkena tusukan duri yang beracun tersebut adalah bermula dengan muntah-muntah, mual, demam, lalu bila kesannya sangat fatal pada tubuh maka ia menyebabkan kematian dan ini adalah amat mengerikan sekali.  Apa pun saintis mendapati sebenarnya ikan pari menggunakan racun untuk tujuan melindungi dirinya dari berbagai macam predator laut yang akan meyerangnya. Agar ikan pari bertahan hidup dari ancaman yang berada di dalam air maka dia akan menggunakan senjata pada ekornya tersebut untuk boleh menyengatkan racun. Saintis dapati dimana  ikan pari air tawar yang masih berukuran muda itu memiliki sengatan racun yang mematikan. Habitat dimana ada ikan pari menyebabkan hidupan lain yang berada di dekatnya itu akan merasa ketakutan. Racun yang disengatkan oleh ikan pari air tawar itu akan memberikan kesan nekrosis yang mana ia juga digunakan sebagai alat yang sangat efektif untuk berburu ikan kecil, udang dan yang lainnya. Bentuk badan ikan pari yang berbentuk pipih membolehkan ia menyelinap dan mampu bagi menyembunyikan badannya di bawah pasir. Teknik begini dimana badannya tersembunyi dan berdiam diri tidak akan disedari oleh para predator dan juga haiwan buruannya.

Di Malaysia dilaporkan 
Jabatan Perikanan Negeri Terengganu menyita lapan unit bubu ikan dan satu set pukat pari dalam operasi yang dijalankan di kawasan Taman Laut Pulau Kapas dan Pulau Redang. Dalam operasi selama tiga jam bermula 10 pagi itu disertai 25 anggota penguat kuasa Cawangan Taman Laut, Pengurusan dan Perlindungan Sumber (CTLPPS) Negeri Terengganu telah berjaya untuk mengesan enam bubu ikan dan satu set pukat pari kira-kira 0.4 batu nautika dari Pulau Kapas manakala dua lagi bubu ikan dikesan kira-kira 0.4 batu nautika dari Pulau Redang. Apa pun dilaporkan penggunaan bubu ikan dan pukat pari adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 43(1)(a) Akta Perikanan 1985 kerana menangkap ikan atau cuba menangkap ikan di kawasan Taman Laut. Pemilik bubu ikan dan pukat pari itu belum lagi dikenal pasti. Penggunaan bubu ikan dan pukat pari adalah dilarang di Taman Laut kerana ia boleh menjejaskan ekosistem sumber marin dan turut mengancam keselamatan penyu yang berisiko terperangkap dalam peralatan itu. Dalam operasi yang dijalankan itu juga adalah susulan laporan yang diterima pihaknya baru-baru ini mengenai kematian seekor ibu penyu yang dipercayai dibunuh oleh pihak tidak bertanggungjawab kerana mahu mencuri telurnya di perairan Pulau Kapas. Pernah dilaporkan akan penemuan bangkai penyu Agar (Green Turtle) betina dalam keadaan terapung dengan dua kesan kelar di badan penyu tersebut. Satu kelaran dikesan di bahagian bawah badan penyu dan satu lagi di bahagian lehernya manakala semua telur penyu tersebut hilang menyebabkan Persatuan Pemuliharaan Pulau Kapas menggesa siasatan dijalankan untuk mencari dalang sebenar kejadian kejam itu.

Fakta lain mengenai ikan pari bagaimana ikan 
pari berukuran lapan kaki panjang dan miliki berat lebih 1,000 kilogram itu ditemui di perairan bersempadan dengan negara Ecuador. Foto disebelah telah menunjukkan bagaimana ikan pari gergasi tersebut dilihat dimana terpaksa  dinaikkan menggunakan kren kerana terlalu besar dan berat. Ikan sebesar dan seberat ini memang agak sukar untuk diangkat oleh manusia kerana amat berat dan licin kulitnya selain memerlukan ramai orang terutama semasa diangkat dari air laut. Ikan pari terdapat banyak jenis dan spesis mengikut kategorinya diseluruh dunia. Ikan pari boleh hidup didalam habitat air tawar, air payau dan memang banyak didalam air masin serta bergerak kebanyakannya didasar. Apa pun memang ikan pari merupakan hidupan laut yang memiliki racun pada duri terletak di bahagian ekornya hingga mampu membunuh mangsa andai tertusuk. Pernah dilaporkan dimana penyelam yang sedang membuat pengambaran di Australia yang popular iaitu Steve Irwin pada 4 September 2006 terbunuh disengat ikan pari. Rancangan beliau mengenai hidupan liar terutamanya buaya memang ditonton oleh jutaan penonton. Pernah terfikir bagaimana ikan pari gergasi ini dimakan oleh manusia dan apakah rasanya enak seperti ikan pari biasa yang kita makan. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!...
IKAN PARI... BANYAK FAKTANYA...
DASAR AIR.. PERGERAKANNYA...
EKOR BERACUN...SANGAT BAHAYA...
SEMAKIN PUPUS... POPULASINYA....

By,
M Anem,
Senior AGronomist,
Precint 11, Purajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(13 Zulkaedah 1442H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.