Tuesday, July 20, 2021

CERITA PASAL KAMBING

KAMBING
(Capra hicus) merupakan sejenis haiwan ruminan kecil yang terletak dalam keluarga Bovidae atau Sub-Famili Caprinae. Penulis blog mengenali akan haiwan kambing kerana pernah terlibat menternak kambing dikampong semasa remaja dahulu di Muar, Johor sehingga populasi mencapai 50 ekor. Di Malaysia haiwan kambing ini yang di ternak oleh para penternak kambing secara kecil-kecilan atau berskala besar secara komersil. Pemasaran daging kambing di Malaysia juga banyak bergantung kepada musim perayaan seperti sambutan Hari Raya Kurban dan juga semasa perayaan Deepavali serta untuk tujuan Aqiqah Permintaan pada waktu puncak kambing menyebabkan kerajaan terpaksa mengimpot daging kambing dari luar negara untuk menampong kekurangan bekalan. Penternakan kambing yang terancang dan sistematik mampu menjana pendapatan lumayan dimana kebanyakan bahagian kambing boleh di jadikan duit selain daripada daging kambing itu sendiri seperti jualan tahi kambing, kulit kambing, tanduk kambing, susu kambing dan sebagainya. Daging kambing merupakan daging didajwa yang mengandungi kolesterol paling rendah iaitu cuma 63.8 g setiap 1 kg  berbanding dengan kandungan kolesterol dalam daging ayam (76 g), Lembu (73.1 g), Bebiri (78.2 g) dan Khinzir (73.1 g). Kandungan bahan lemak, Lemak Tepu dan Protin sila rujuk pada rajah jadual di atas. Kandungan tenaga juga paling rendah dalam daging kambing iaitu cuma 122 kcal berbanding dengan sebanyak 180 kcal dalam daging khinzir. Kadar perkapita pengambilan daging kambing di Malaysia masih agak rendah iaitu cuma 0.8 - 0.9 kg/orang/tahun sahaja berbanding dengan perkapita daging ayam sebanyak 110.2 kg/orang/tahun. Harga daging kambing tempatan juga agak tinggi diantara RM 20 - RM 40 sekilogram dipasar dan berubah-ubah berganung kepada kualiti kerana bekalan yang agak berkurangan. Artikel tengahari ini dalam blog "Anim Agro Technlology" yang ke 6,498 saya paparkan kisah mengenai pelbagai cerita dalam media tempatan mengenai kambing untuk dijadikan bahan rujukan dan bacaan semua. Saya sekeluarga juga ucapkan 'SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA' tahun 1442Hijrah bersamaan 2021 Masehi.

Cerita pertama paling mengejutkan penulis blog adalah bagaimana seekor anak kambing dilaporkan seperti muka manusia (Sila lihat foto disebelah). Kisah daripada Gujarat, India dimana seorang petani di India terkejut apabila melihat anak kambing yang baru dilahirkan memiliki rupa paras dan sifat lengkap persis manusia. Laporan dari Times Now News melaporkan kambing yang dilahirkan 9 April 2021 ini di Seltipada, Songadh City iaitu di daerah Surat itu turut mempunyai janggut dan tiada ekor. Berita mengenai kelahiran luar biasa anak kambing itu tular di media sosial dan menggemparkan orang ramai. Petani tersebut adalah namanya Ajaybhai Vasana mendakwa ibu kambing itu tidak menunjukkan sebarang keganjilan sepanjang tempoh membuntingkan anaknya itu. Dia perasan mengenai sesuatu yang pelik pada anak kambing itu ketika merawat ibu kepada kambing tersebut. Dalam rakaman video berdurasi 15 saat anak kambing itu dilihat masih terbaring dan dibaluti kain.  Namun akhirnya dilaporkan haiwan anak kambing itu hanya mampu bertahan 10 minit selepas dilahirkan sebelum mati.  Walaupun kebanyakan warganet beranggapan kelahirannya itu berpunca daripada mutasi genetik namun penduduk setempat menganggap ia sebagai Tuhan mahupun jelmaan nenek moyang mereka. Kambing ini kemudian dikebumikan dengan mengadakan upacara khas keagamaan bagi memberi penghormatan kepadanya. Cerita ini memang agak pelik dan mungkin secara kebetulan atau sebagai tanda akhir zaman.

Cerita dari Tumpat, Kelantan dimana pihak polis menggagalkan penyeludupan kambing disempadan Malaysia-Thai. Dilaporkan dimana dua lelaki melarikan diri dan meninggalkan lori di Kampung Jubakar pada awal pagi sebaik mereka menyedari kenderaan itu diekori pihak berkuasa. Dalam kejadian jam 4.30 pagi itu, pemeriksaan dalam lori menemukan 38 kambing jantan seludup yang dianggarkan bernilai RM38,000. Komander Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Tiga, Asisten Komisioner Norzaid Muhammad Said berkata, ketika sepasukan anggotanya sedang melakukan rondaan dalam Op Benteng Covid itu, sebuah lori dikesan dipandu dalam keadaan mencurigakan. Anggota polis segera mengekori menyebabkan bertindak memecut laju dan membelok ke lorong di Kampung Jubakar. Pemandu lori itu secara tiba-tiba memberhentikan kenderaannya secara mengejut dan kelihatan dua lelaki melarikan diri. Pemeriksaan di dalam lori itu mendapati sebanyak 38 kambing jantan yang dipercayai diseludup masuk dari Thailand. Semua kambing yang diseludup masuk menerusi pangkalan haram di Sungai Golok itu untuk pasaran sempena Aidiladha. Polis membawa balik rampasan ke Markas Operasi PPM Wilayah Tiga Pengkalan Kubor untuk tindakan lanjut 
(SIla lihat foto disbelah)Kes disiasat di bawah Seksyen 6(3) & 36(1) Akta Binatang 1953 dimana hukuman setimpal akan dikenakan jika sabit kesalahan.

Cerita di Melaka berlainan dimana ha
rga daging kambing dan ayam di Pasar Besar Melaka dekat sini melonjak secara tiba-tiba membuatkan peniaga kian resah apabila pelanggan enggan membeli kerana ianya disifatkan terlalu mahal berbanding harga beberapa hari sebelum ini. Tinjauan oleh Utusan Malaysia mendapati dimana harga ayam dijual pada harga RM9.20 sekilogram iaitu harga tertinggi berbanding sewaktu pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini dengan harga RM8.60 sekilogram. Selain harga ayam dilaporkan harga daging kambing turut melonjak antara RM2 hingga RM3 manakala harga daging lembu dianggap stabil walaupun naik sedikit. Turut mengalami kenaikan ketara ialah ikan kembong hitam mencecah RM22 sekilogram, ikan selar (RM20) dan sotong (RM40 hingga RM42). Menurut seorang peniaga iaitu Ghazali Abu Bakar (47 tahun) mendakwa dimana harga ayam naik kepada harga RM9.20 sekilogram bermula semalam dan itu adalah harga paling mahal pernah dijualnya. Dia tidak ada pilihan terpaksa jual pada harga ini. Memang rata-rata pelanggan yang datang ke pasar ini bercakap kenapa ayam mahal sangat?. Ayam datang pun harga mencecah antara RM8.60 hingga RM8.80 sekilogram. Dia bimbang jika harga ayam tidak dikawal khususnya menjelang sambutan perayaan dan kenduri. Dilaporkan dimana pembekal memberitahu dimana kenaikan itu disebabkan kos makanan ayam iaitu dedak meningkat dua kali ganda. Bagi seorang peniaga daging kambing iaitu En T. Selvakumar dakwa bahan mentah kambing itu bukan setakat mengalami kenaikan yang tinggi, malah bekalan juga tidak mencukupi sejak dua bulan lalu.  Disepanjang tempoh dua bulan ini dia banyak hari untuk tidak berniaga disebabkan bekalan daging kambing tidak ada stok. Bukan saya sahaja tetapi ada empat lagi peniaga mengalami nasib yang serupa. Harga daging kambing terus melonjak sejak beberapa hari lalu dan dijangka mengalami kenaikan menjelang sambutan Aidilfitri. Harga sebelum ini bagi tulang rusuk ialah RM30 sekilogram tetapi kini naik kepada RM33, manakala daging paha yang dijual pada harga RM32 naik kepada RM36 sekilogram.

Cerita kambing dari Ipoh berlainan sedikit dimana bagi ramai p
enduduk di Taman Desa Pinji, Lahat di sini merasa kesal dengan tindakan seorang jiran mereka yang menternak kambing dalam kandang yang dibina berdekatan rumahnya di kawasan perumahan tersebut (Sila lihat foto disebelah). Keadaan itu menyebabkan bau busuk selain haiwan ternakannya dibiarkan berkeliaran di padang lapang berhampiran. Ramai kalangan penduduk dan pemimpin komuniti setempat pernah menegur sikap lelaki berkenaan namun tidak diendahkan, menyebabkan penduduk hanya mampu bersabar selain terpaksa menghidu bau busuk. Bagi seorang penduduk, Meor Redwan berkata dimana kandang kambing tersebut dibina sejak setahun 2019 di satu tanah lapang berdekatan parit besar bersebelahan saja padang permainan. Beberapa penduduk pernah berjumpa dengan lelaki tersebut meminta dia memindahkan ternakannya ke kawasan lain yang lebih sesuai. Namun lelaki itu tidak mengendahkan pun teguran mereka dimana jika pada hari hujan penduduk terpaksa menahan bau busuk termasuk pada waktu malam. Dianggarkan terdapat lebih 20 ekor kambing dipelihara, malah haiwan-haiwan ini berkeliaran meragut rumput di padang permainan. Perasaan marah turut diluahkan seorang penduduk lain iaitu M. Suresh, 39, yang mahu pihak penguat kuasa Majlis Bandar Raya Ipoh (MBI) bertindak kerana aduan telah dibuat sebelum ini. Penguat kuasa MBI pernah turun padang meninjau dan bertemu pemilik ternakan tersebut tetapi penduduk tidak tahu apa tindakan yang telah diambil. Aktiviti menternak ayam, itik di kawasan perumahan pun tidak boleh apa lagi membina kandang kambing. Sepatutnya di bawah Undang-Undang Kecil Kebersihan pemilik boleh dikenakan kompaun, merampas dan memusnahkan kandang haiwan ternakan. Cuba bayangkan bagaimana penduduk terpaksa menghidu bau busuk dan lalat selama berbulan kerana tindakan tidak bertanggungjawab itu. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!..
TERNAK KAMBING... DIMANA-MANA...
DAGING KAMBING... KOLESTEROL ADA...
LAPOR MEDIA... BERMACAM CERITA...
MENGEJUTKAN ... BERMUKA MANUSIA....

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Jalan Istana,
Bukut Beruang, Melaka,
Malaysia.
(4 Zulhijjah 1432H).
SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA
TAHUN 1442 HIJRAH / 2021 MASEHI
Dari saya sekeluarga.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.