Monday, July 26, 2021

BUNGA HIASAN DIRUMAH - MEDIA AIR (Pt 3)

POKOK BUNGA HIASAN
diminati ramai yang ada rumah sendiri ingin menghiaskan keliling halaman dan didalam rumah mereka dengan tanaman hiasan. Bergantung kepada jenis rumah sama ada rumah kampong, bungalow, semi-D, teres, kondominium, studio, rumah teres, rumah murah semuanya mempengaruhi bagaimana untuk menyusun tanaman pokok hiasan untuk pelbagai fungsi. Apa pun penulis blog dapati pokok hiasan dalam rumah bukan sekadar hendak membuatkan agar rumah nampak cantik tetapi ianya juga boleh membantu peredaran udara untuk kesihatan. Di Malaysia sebuah negara tropika yang panas sepanjang tahun memang tidak menjadi masaalah untuk memlilih jenis pokok hiasan untuk diletakkan dikawasan luar atau pun didalam rumah. Terdapat beratus-ratus nurseri bunga dan nurseri tanaman di Malaysia yang boleh membekalkan apa juga jenis pokok hiasan yang dikehendakki mengikut konsep pemilik rumah. Ada pemilik rumah yang mempunyai halaman luas dengan mempunyai berkemampuan untuk membina taman sendiri seperti berkonsepkan Taman Jepun, Taman Tropika, Taman Hutan Hijau, Taman Bali dan sebagainya. Kini mereka yang tinggal di kondominium dan rumah pangsa juga sudah boleh berfikir mengenai kosep menanam pokok hiasan mengikut kreativiti (Sila lihat foto diatas0). Penulis blog dapati diantara pokok bunga hiasan yang popular dan di minati ramai di Malaysia termasuk jenis Snake Plant, Spider Plant, Peace Lily, Fiddle Leaf Fig, Aloe Vera, Golden Pothos, Chinese Evergreen, atau Succulents dan beberapa lagi. Pada penulis blog berbanding dengan kawasan kampung dimana perumahan di bandar memang biasanya terasing daripada pokok-pokok yang hijau. Ada kalanya apabila menjenguk keluar tingkap bukan boleh nampak bukit akan tetapi nampak jiran dekat blok sebelah yang ada tempat sidai baju. Bila keluar rumah pulak kualiti udara penuh dengan asap kereta menjadikan mereka yng tinggal di bandar mengalami tekanan (stress) berbanding dengan merek yang tinggal di desa. Artikel pagi ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kongsikan info mengenai beberapa jenis tanaman hiasan sesuai ditanam didalam media air sebagai bahan rujukkan semua.

Kehidupan di bandar besar dilaporkan semakin ramai orang yang mengalami tekanan hidup (stres) apa lagi akibat pandemik covid-19 yang memang memeningkan kepala semua pihak. Arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan semenjak Mac 2020 kini berterusan dan ramai orang terkurung dirumah sahaja dalam situasi 'Lockdown' berbulan-bulan apabila kes baru covid-19 melebihi paras 12,000 kes positif harian pada Jun- Julai 2020. Kadar kematian mencpat 7,450 orang setakat aartikel ini ditulis membimbangkan semua dan orangramai digalakkan bekerja di rumah dan kurang bersemuka. Mereka yang ada hobi pertanian dan tanaman landskap bagaimana pun masih boleh membeli pokok hiasan untuk letak dalam rumah atau ditanam dihalaman rumah. memang disyorkan agar tidak membeli pokok plastik akan tetapi pokok asli hidup kerana sebenarnya ada pokok yang betul-betul sedut karbon dioksida dan lepaskan oksigen. Bgaimana pun walau pun namanya tumbuhan hiasan akan tetapi pokok-pokok ini bukanlah setakat hendak membuat rumah anda nampak cantik. Ia boleh beri banyak manfaat lain termasuklah potensi untuk mengurangkan kemurungan, membantu peredaran udara dalam rumah, membantu memori dan kesihatan mental. 
Mengurangkan kesan cuaca panas.  Sekarang ini dilaporkan diman ada kalangn para pemaju-pemaju perumahan di Malaysia sudah mula memberi perhatian kepada ‘sick building syndrome’ iaitu di mana pencemaran udara dalam bangunan boleh membuatkan penghuni dan pekerja senang dapat penyakit. Pembaca boleh mencari dan membaca artikel berkaitan tentang bangunan hijau. Jadi, kalau anda nak mula buat “apartmen hijau” anda sendiri, di sini kami senaraikan pokok hiasan rumah yang anda boleh beli untuk letak dalam atau luar rumah. Kalau ada pembaca perlukan halaman rumah ataupun balkoni untuk pokok-pokok ini sudah cukup setakat cari pokok hiasansudah siap dan letakkan dilokasi dimana pokok dapat cahaya matahari dan amalkan siram dengan air secukupnya.

Pada penulis blog da beberapa jenis pokok hiasan yang sesuai ditanam disekeliling rumah di Malaysia sama ada di desa atau pun di bandar. Kalau kediaman rumah pembaca blog kelihatan menjemikan (boring) atau tidak kelihatan menyerlah maka pembaca blog boleh mencuba menanam pokok bunga hiasan depan rumah untuk menceriakan suasana. Terdapat beberapa jenis pokok bunga yang sesuai ditanam dalam iklim Malaysia yang panas. Bergantung kepada lokasi, kos, chaya matahari, ilmu kemahiran untuk menanam dan menjaga pokok hiasan dan juga konsep, pemilihan beberapa pokok bunga akan memberikan kesan terbaik. 
Berikut merupakan 8 jenis pokok bunga hiasan yang sesuai ditanam dirumah dengan cara menggunakan media air dan beberapa media lain untuk dijadikan bahan rujukkan.

(1) Bunga Pothos
Bunga Pothos merupakan sejenis pokok bunga yang agak senang untuk ditanam dengan gunakan media air didalam botol atau balang sesuai. Semasa hendak menanam sebaiknya dipastikan  keratan pokok ada sekurang-kurangnya 3 node atau mata tunas bersama dua daun. Ia boleh diambila bahan dripada pokok bunga pothos matang sedia ada. Meyusun pokok jenis ini sebaiknya diletakkan dilokasi sesuai kerana ia memerlukan indirect sunlight dan air yang bersih (tukar setiap minggu). Pastikan tidak ada nyamuk bertelur di dalam bekan bunga ini.

(2) Lucky Bamboo
Pokok hiasan Lucky Bamboo memang sejsni ppokok yang menarik dijadikan hiasan dalam rumah. Pokok ini juga memerlukan cahaya matahari yang sederhana atau indirect sunlight didalam rumah. Penanaman dilakukan dengan cara memenuhi pasu dengan air bersih sampai akarnya sahaja (Sila lihat foto disEbElah). Sebaiknya lakukan penukaran air setiap 7-10 hari untuk mepastikan pertumbuhan terbaik. Lucky bamboo sesuai untuk diletak dalam ruang meka pejabat atau di meja kopi ruang tamu didalam rumah.

(3) English Ivy
Tumbuhan tanaman hiasan English Ivy ini memang cantik diletak didalam bEkas kaca besar yang dipilih khas (Sila lihat foto disebelah). Semasa menanam perlu dipastikan batang pokok ada sekurang-kurangnya 3 node untuk tumbuh akar dan daun baru. Sebaiknya diletak di tepi tingkap (indirect sunlight) dalam suhu 18 - 27°C. Sentiasan menukar air setiap minggu atau apabila kelihatan keruh. Pastikan noda ditenggelam air untuk pertumbuhan yang terbaik.

(4) Janda Bolong (Monsterra)
Pokok hiasan Janda Bolong atau Monstera inisesuai diberika kerana dibahagian dunnya ada lubang-lubang (bolong) yang mana ia mencantikkannya. Cara untuk menanamnya didalam dalam gelas kaca atau pasu seramik dengan gunakan media air yang bersih. Bunga ini memang cantik dilihat dan sesuai untuk ianya dilEtakkan di mana-mana sahaja kerana begitu senang dijaga dan amat suka orang yang melihatnya. 

(5) Wandering Jew
Tanaman hiasan dalam rumah yang ini dinamakan sebagai Wandering Jew dan memang unik warna daunnya yang mana berwarna ungu dengan hujau (SIla lihat foto disebelah). Tumbuhan ini memang memerlukan cahaya matahari yang cerah sehingga cahaya matahari yang kadar sederhana. Sesuai ditanam didalam  gelas kaca berisi air dan pastikan noda yang paling bawah ditenggelam air atau ada yang menanamnya didalam pasu yang ada media pejal seperti cocopeat dan sebagainya.

(6) Apu-Apu (Water Cabbage atau Water Lettuce)
Tanaman hiasan Apu-apu atau juga dipanggil sebagai Kobis Air ini mempunyai bentuk dan warna daun yang menarik. Apa yang penulis blog ada pokok ini dahulu mendapati dimana warna hijau muda atau tua memang boleh membesar sampai 15cm dengan akar sepanjang 20 inci didalam air. Tanaman ini memang ianya tidak pula memerlukan banyak cahaya akan tetapi air perlu maintain kualiti airnya pada pH6.5 - pH7.2 dengan menukar airnya. Ia memang sesuai untuk dijadikan pokok hiasan luar rumah diman asesuai dan boleh diletak dalam kolam dengan ikan (kecuali ikan emas dan ikan herbivora).

(7) Bunga Tetepok (Water Snowflake/Floating Heart)
Tanaman hiasan sesuai dalam air yang dinamakan Bunga Tetepok atau juga dioanggil sebagai Water Snowflake atau Floating Heart memang paling unik dan cantik bunganya (Sila lihat foto disebelah). Walau pun ia mempunyai bunga kecil yang berwarna putih dilihat sebagai 'kepingan salji' tetapi selalunya mempunyai daun besar berbentuk hati (heart). Boleh dan sesuai ditanam dihalaman rumah didalam kolam kecil atau bekas khas dimana ia memerlukan cahaya matahari cerah.

(8) Selada Air (Watercress)
Tanaman Selada Air atau Water Cress menjadi perkara biasa kepada beberapa individu sebagai hobi. Walau pun tumbuhan ini mempunyai saiz daun yang kecil akan tetapi kelebihan tanaman ini adalah dimana seluruh tumbuhan boleh dimakan sebagai ulaman atau sayuran. Tanaman ini selain ianya senang dijaga dalam suhu panas atau dingin biasanya ia memerlukan cahaya matahari penuh. Tanaman selada air merupakan tanaman serampang dua mata yang mencantikkan hiasan dalaman dan hasilnya boleh digunakan sebagai makanan.

Apa pun selain daripada pokok-pokok hiasan diatas ini penulis blog syorkan juga menanam pokok hiasan lain seperti Spider Plant, Chinese Evergreen dan Snake Plant yang mana ia juga sesuai ditanam dalam air. Sebagai petua jika menggunakan cara keratan dahan untuk menanam pokok yang baru (kaedah ‘propogation’) hendaklah di pastikan keratan yang diggunakan sihat dan masih muda. Artikel ini dibahagikan kepada 3 segmen (tiga) iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 yang perlu dibaca bersama. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembava blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
BUNGA HIASAN... CANTIK WARNA...
MUDAH DITANAM...DALAM AIR MEDIA...
DI DALAM BEKAS...IA BALANG KACA...
CANTIK DILIHAT .... DAN MUDAH DIJAGA... 

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Persimpangan Bukit Beruang,
Bandaraya Melaka Bersejarah,
Air Keroh, Melaka,
Malaysia.
(16 Zulhijjah 1442H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.