Sunday, July 25, 2021

BUNGA DI RUMAH - POKOK INDOOR (Pt 2)

POKOK BUNGA HIASAN
yang ada rumah sendiri ingin menghiaskan keliling halaman dan didalam rumah mereka dengan tanaman hiasan. Bergantung kepada jenis rumah sama ada rumah kampong, bungalow, semi-D, teres, kondominium, studio, rumah teres, rumah murah semuanya mempengaruhi bagaimana untuk menyusun tanaman pokok hiasan untuk pelbagai fungsi. Apa pun penulis blog dapati pokok hiasan dalam rumah bukan sekadar hendak membuatkan agar rumah nampak cantik tetapi ianya juga boleh membantu peredaran udara untuk kesihatan. Di Malaysia sebuah negara tropika yang panas sepanjang tahun memang tidak menjadi masaalah untuk memlilih jenis pokok hiasan untuk diletakkan dikawasan luar atau pun didalam rumah. Terdapat beratus-ratus nurseri bunga dan nurseri tanaman di Malaysia yang boleh membekalkan apa juga jenis pokok hiasan yang dikehendakki mengikut konsep pemilik rumah. Ada pemilik rumah yang mempunyai halaman luas dengan mempunyai berkemampuan untuk membina taman sendiri seperti berkonsepkan Taman Jepun, Taman Tropika, Taman Hutan Hijau, Taman Bali dan sebagainya. Kini mereka yang tinggal di kondominium dan rumah pangsa juga sudah boleh berfikir mengenai kosep menanam pokok hiasan mengikut kreativiti (Sila lihat foto diatas). Penulis blog dapati diantara pokok bunga hiasan yang popular dan di minati ramai di Malaysia termasuk jenis Snake Plant, Spider Plant, Peace Lily, Fiddle Leaf Fig, Aloe Vera, Golden Pothos, Chinese Evergreen, atau Succulents dan beberapa lagi. Pada penulis blog berbanding dengan kawasan kampung dimana dalam perumahan di bandar memang biasanya terasing daripada pokok-pokok yang hijau. Ada kalanya apabila menjenguk keluar tingkap bukan boleh nampak bukit akan tetapi nampak jiran dekat blok sebelah yang ada tempat sidai baju. Bila keluar rumah pulak kualiti udara penuh dengan asap kereta menjadikan mereka yng tinggal di bandar mengalami tekanan (stress) berbanding dengan merek yang tinggal di desa. Artikel pagi ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kongsikan info mengenai beberapa jenis tanaman hiasan dan beberapa kepentingannya dalam kehidupan manusia untuk dijadikan bahan rujukkan semua pembaca.

Kehidupan di bandar besar dilaporkan semakin ramai orang yang mengalami tekanan hidup (stres) apa lagi akibat pandemik covid-19 yang memang memeningkan kepala semua pihak. Arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan semenjak Mac 2020 kini berterusan dan ramai orang terkurung dirumah sahaja dalam situasi 'Lockdown' berbulan-bulan apabila kes baru covid-19 melebihi paras 15,573 kes pada 23 Julai 20201. Kadar kematian mencpat 7,450 orang setakat aartikel ini ditulis membimbangkan semua dan orangramai digalakkan bekerja di rumah dan kurang bersemuka. Mereka yang ada hobi pertanian dan tanaman landskap bagaimana pun masih boleh membeli pokok hiasan untuk letak dalam rumah atau ditanam dihalaman rumah. memang disyorkan agar tidak membeli pokok plastik akan tetapi pokok asli hidup kerana sebenarnya ada pokok yang betul-betul sedut karbon dioksida dan lepaskan oksigen. Bgaimana pun walau pun namanya tumbuhan hiasan akan tetapi pokok-pokok ini bukanlah setakat hendak membuat rumah anda nampak cantik. Ia boleh beri banyak manfaat lain termasuklah potensi untuk mengurangkan kemurungan, membantu peredaran udara dalam rumah, membantu memori dan kesihatan mental. 
Mengurangkan kesan cuaca panas.  Sekarang ini dilaporkan diman ada kalangn para pemaju-pemaju perumahan di Malaysia sudah mula memberi perhatian kepada ‘sick building syndrome’ iaitu di mana pencemaran udara dalam bangunan boleh membuatkan penghuni dan pekerja senang dapat penyakit. Pembaca boleh mencari dan membaca artikel berkaitan tentang bangunan hijau. Jadi, kalau anda nak mula buat “apartmen hijau” anda sendiri, di sini kami senaraikan pokok hiasan rumah yang anda boleh beli untuk letak dalam atau luar rumah. Kalau ada pembaca perlukan halaman rumah ataupun balkoni untuk pokok-pokok ini sudah cukup setakat cari pokok hiasansudah siap dan letakkan dilokasi dimana pokok dapat cahaya matahari dan amalkan siram dengan air secukupnya. Pada penulis blog da beberapa jenis pokok hiasan yang sesuai ditanam disekeliling rumah di Malaysia sama ada di desa atau pun di bandar. Kalau kediaman rumah pembaca blog kelihatan menjemikan (boring) atau tidak kelihatan menyerlah maka pembaca blog boleh mencuba menanam pokok bunga hiasan depan rumah untuk menceriakan suasana. Terdapat beberapa jenis pokok bunga yang sesuai ditanam dalam iklim Malaysia yang panas. Bergantung kepada lokasi, kos, chaya matahari, ilmu kemahiran untuk menanam dan menjaga pokok hiasan dan juga konsep, pemilihan beberapa pokok bunga akan memberikan kesan terbaik. Berikut merupakan 7 jenis pokok bunga hiasan yang paling senang dijaga di rumah untuk dijadikan bahan rujukkan semua.

(1) Pokok Lidah Buaya (Aloe vera)
Pokok Lidah Buaya (Aloe vera) Senang dijaga, letak dekat cahaya matahari dan kerap siram. 
Lidah buaya ialah tumbuhan asli kepada timur, selatan dan utara Afrika dan Madagascar dan telah diperkenalkan ke Hindia Barat dan negara-negara tropika yang lain di mana ia tumbuh liar. Ia juga telah membiak dengan baik di lembangan Mediterranean dengan merentasi Algeria, Morocco, Tunisia, serta kepulauan Canary dan Madeira. Lidah buaya telah digunakan sebagai ubatan tradisional untuk melegakan luka, ruam, demam, gatal-gatal, kulit dan banyak lagi. Pokok herba ini juga sangat terkenal dalam industri kosmetik dan produk kesihatan. Walau bagaimanapun ia masih kurang ditanam secara komersial di Malaysia. Pokok hiasan ini sesuai jiga untuk diletak dalam bilik air atau dapur dalam pasu (Sila lihat foto disebelah). Terdapat beberapa jenis lidah buaya seperti jenis tempatan dan jenis jumbo dengan coraj daun yang berlainan. Menjaga mudah dengan memotong daun untuk mengekstrak gel aloe vera untuk menolong kulit sembuh dan melegakan kulit yang sunburn.

(2) Pokok Lidah Mertua (Lidah Jin)
Pokok Lidah Mertua atau Lidah Jin atau 'Snake Plant' dengan nama botaninya Dracaena trifasiata merupakan tanaman hiasan yang mudah dijaga. Pokok ini sesuai ditanam didalam pasu dengan mempunyai daun berwarna hijau putih kelabu yang berbagai corak. Ia tidak memerlukan banyak cahaya dan merupakan 'indoor plants'. Biasanya ia b
oleh tahan tanpa air bagi tempoh yang lama didalam rumah. Tumbuhan ini akan menyedut karbon dioksida dan melepaskan oxigen pada waktu malam dimana ia adalah sesuai untuk bilik tidur. Dalam pada itu pokok ini sesuai juga untuk dijadikan pokok hiasan luar rumah. Bagaimana pun perlu awas kerana tumbuhan ini mengandungi bahan aktif yang dikenali sebagai 'Saponin' iaitu bahan yang boleh menyebabkan muntah, cirit-birit, dan ruam jika dimakan secara tidak sengaja (Pusat Racun Negara).

3) Spider Plant
Tanaman hiasan bernama Spider Plant 
(Chlorophytum comosum) merupakan sejenis tumbuhan indoor yang juga senang dijaga. Pokok hiasan ini sesuai dalam suhu dingin dan suhu bilik dimana ia juga suka tanah kering dan cahaya matahari. Tumbuhan ini memang boleh juga ditanam secara tergantung didalam pasu di lokasi yang strategik demi mencantikkan lagi konsep landskap. Mudah dijaga dan memang kurang serangan musuh dan perosak. Ketika daun panjang dan kelihatan serabut sebaiknya perlu dipotong dan kemaskan sekali-sekala.

4) Peace Lily
Tanaman hiasan jenis Peace Lily (Spathiphyllum spp) merupakan sejenis tumbuhan yang senang dijaga dirumah. Ia b
oleh hidup dalam keadaan redup, tahan suhu rendah dan kawasan keringdimana ini sesuai untuk diletakkan dipenjuru ruang tamu, bilik tidur dan juga ruang riadah. Apa pun walau pun pokoknya kecil tetapi jika dijaga baik akan mengeluarkan bunga dimana penulis blog pernah meletakannya diatas meja tulis serta atas rak buku. Bagaimana pun apabila daun mula layu maka itu tandanya masa untuk siram pokok tersebut. Ada teknologi terkini iaitu menggunakan gel pertanian untuk elakkan masa menyiram.

5) Fiddle Leaf Fig
Seterusnya jenis pokok hiasan Fiddle leaf fig sesuai ditanam dirumah dan mudah menjaganya. 
 Pokok dengan daun yang besar dan lebat, batang pokok boleh tumbuh dengan tinggi. Ia juga sesuai mengisi ruang rumah supaya nampak ‘penuh’. Ada juga peminat bunga ini yang menjadikan pokok hiasan luar rumah kerana ia sesuai dan memerlukan cahaya yang secukupnya. Ia mempunyai jenis daun pokok boleh dilap kalau berhabuk. Sesuai unutuk disiram apabila tanah mula kering lebih kurang 1 inci dari permukaan.

6) Golden Pothos
Tanaman hiasan jenis Goldeh Pothos sering ditanam dikalangan peminat landskap kerana memang mudah menanam dan menjaganya. Daun yang berwarna-warni dan senang dijaga. Penulis blog pernah menanam pokok hiasan ini selama lebih 15 tahun ketahanannya dimana memang mudah menjaganya. Ia juga memang s
esuai diletak secara tergantung di tempat tumpuan dalam rumah (ruang tamu, dapur). Pokok hiasan indoor ini boleh diletakkan juga diruang tamu dan dipinggir pintu masuk utama.

(7) Chinese Evergreen
Pokok hiasan Chinese evergreen atau (Aglaoma spp) merupakan tumbuhan yang poular untu indor dimana ia aalah natif dari Asia dan New Guinea. Tumbuhan ini unik dari keluarga Araceae (jenis keladi) dengan daun yang berbagai corak warna walau pun didominasi waarna hijau. Ia oleh membesar walaupun kurang cahaya dan  sesuai diletak di mana-mana saja. Ia merupakan tumbuhan beracun kepada haiwan dan gatal. Tumbuhan ini s
uka udara yang lembap. Kalau bilik kering, sembur daun dengan air atau pasang pelembap udara. Ia boleh tahan sampai 10 tahun.  Artikel ini dibahagikan kepada 3 segmen (tiga) iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 yang perlu dibaca bersama. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembava blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
BUNGA HIASAN... CANTIK WARNA...
MUDAH DITANAM... PERLU DIJAGA...
DIHALAMAN RUMAH... DIDALAM JUGA...
BACA ARTIKEL... DITERIMA INFONYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Persimpangan Bukit Beruang,
Bandaraya Melaka Bersejarah,
Air Keroh, Melaka,
Malaysia.
(13 Zulhijjah 1442H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.