Thursday, July 29, 2021

AMALAN AGRONOMI - MARKISA

TANAMAN MARKISA
(Passiflora endulis) merupakan sejenis tumbuhan dari keluarga Passiflora yang berasal dari Amerika Selatan dan Amerika Latin. Jenis buah markisa yang penulis blog kaji di Malaysia ada 5 semuanya iaitu Markisa Ungu, Markisa Kuning, Markisa Manis, Markisa Besar dan Markisa Pisang. Dua jenis sahaja yang popular di Malaysia iaitu Markisa Ungu dan Markisa Kuning. Markisa Ungu dikatakan mempunyai rasa yang lebih enak jika dibandingkan dengan jenis buah kuning. Isi dari buah yang ranum berwarna kuning, masam seperti limau oren. Buah markisa kaya dengan Vitamin C, Vitamin B1, B2, Beta Karotena, Besi, Fosforus, Kalsium dan serat. Isi buah markisa enak dibuat jus, jem atau aiskrim. Pokok Buah Markisa memanjat menggunakan sulur paut dimana ia memang memerlukan pancang dan para. Pokok Markisa tumbuh subur dalam pelbagai jenis tanah dengan saliran yang baik dengan nilai pH 6.0. Ia sesuai ditanam di atas batas. Gemburkan tanah. Gaulkan tanah dengan 1 kg tinja lembu atau tanah organik. Biarkan sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum menanam anak pokok markisa. Menyemai markisa boleh ditanam menggunakan biji benih atau menggunakan keratan batang. Jika ingin tanam dari keratan batang, gunakan batang yang separa berkayu dengan garispusat saiz pensel dengan dua mata tunas. Semai dalam tanah yang kaya dengan bahan organik, serta jumlah tanah liat dan pasir yang sama banyak. Jika semai menggunakan biji benih, semai dua biji benih di dalam polibeg saiz 10 cm X 15 cm. Benih akan tumbuh selepas 2 minggu disemai. Kerat anak pokok yang lemah. Gunakan tanah yang kaya dengan bahan organik. Anak pokok sedia untuk dialih apabila tinggi dimana mencapai 15 hingga 23 cm. Cara menanam dengan menggali lubang sedalam 30 cm. Jarakkan antara pokok dengan garispusat 3 m. Boleh laraskan ruang mengikut pancang dan para. Jarak antara pokok mempengaruhi hasil tanaman. Dalam kajian yang dilakukan dengan tanaman di tanah beris. Tanaman menghasilkan buah paling banyak dean paling besar menggunakan jarak 1.2 m X 3.1 m. Apa pun didalam usaha penanaman markisa secara secara komersial, para mendatar beberbentuk T digunakan. Dalam pancang mencacang pula, satu siri tiang 7.5 cm X 10 cm setinggi 2.5 m dipacak dengan jarak 3 m dalam barisan. Tiang ditanam sedalam 60 cm dan tiga dawai (galvanised wire) nombor 11 diregangkan iaitu sepanjang barisan. Satu dawai di bahagian atas tiang, satu dawai 50 cm di bawai dawai pertama dan 50 cm di bawah dawai ke dua. Dawai di lalukan melalui lubang di tengah tiang. Hujung dawai diregangkan supaya dapat menampung berat tanaman dan buah. Setiap para (dawai) adalah sepanjang 100 m dipasang dari arah yang mendapat cahaya suria sebanyak mungkin. Tanaman markisa amat jarang dilaporkan didalam media tempatan dan media eletronik kerana buah markisa amat tidak popular di Malaysia. Kalau anda google pun akan jumpa denga artikel-artikel tulisan saya dan sedkit dari bloggers lain. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya paparkan amalan agronomi tanaman buah markisa untuk bahan rujukkan semua pembaca.

Kepada mereka 
yang belum tahu biasanya akan bertanya tentang tanaman menjalar yang biasanya ada di pagar atau halaman rumah dan boleh berbuah berbentuk bulat mirip jambu biji tapi dengan kulit buah yang halus dan keras yang menutupinya. Itu adalah buah markisa yang juga sering dijadikan tanaman hiasan di rumah sebab cara tumbuhnya menjalar dan digunakan untuk tujuan iaitu mempercantikan halaman rumah. Biasanya warna kulit buah yang popular adalah kuning dan ada juga yang berwarna ungu kemerahan. Pokok markisa sesuai tumbuh dikawasan tropika dan sesuai ditanam di Malaysia. Anda boleh baca tulisan saya membuat tinjauan tanaman markisa di Bentong, Pahang dengan pautan berikut (Sila klik disini)(Sila klik disini). dan beberapa artikel lagi. Buah Markisa kaya akan vitamin yang dapat memperkuatkan ketahanan tubuh menghadapi penyakit, seperti vitamin C, A, dan antioksidan yang dikenalpasti dapat mencegah aktiviti penuaan awal akibat radikal bebas yang berasal daripada udara terbuka.  Kandungan passiflorine  dalam buah markisa yang berfungsi untuk menenangkan saraf dan meringankan berbagai gejala penyakit seperti asma dan juga darah tinggi. Masih banyak khasiat markisa yang terkandung di dalamnya yang boleh membantu meringankan dan juga mencegah berbagai jenis penyakit dan gangguan pada tubuh manusia. Bahkan ada juga beberapa kajian menunjukkan buah markisa juga dapat membunuh sel kanser. Tanaman markisa di Malaysia agak kurang popular dimana hanya ada beberapa petani di sekitar Pahang, Perak dan Johor sahaja yang menanamnya. Tidak ada laporan rasmi data keluasan dan pengeluaran markisa dilaporkan oleh Jabatan Pertanian Malaysia. Bagaimana pu penulis blog dapati kebanyakan kawasan tanaman markisa yang berprestasi hasil baik dan berkualiti dikawasan tanah dengan altitude agak tinggi.

Menanam markisa perlu dirancang baik dengan menentukan benih dan varietinya lebih awal. Jika ingin menanam daripada biji (disemai) sebaiknya biji matang ini diambil daripada pokok yang berumur lebih 3 tahun. Bagaimana pun ada juga petani lazimnya akan menggunakan keratan batang sebagai benih dari pokok induk yang terpilih dan sihat. Ada laporan kajian dimana pokok m
arkisa dapat tumbuh dengan baik di kawasan tanah berketinggian minima 800 meter sampai 1,500 meter di atas permukaan laut.  Pokok markisa juga perlukan kelembaban yang cukup tinggi untuk dapat tumbuh subur iaitu sekitar 80 - 90% dengan curahan hujan purata sekitar 1,200 mm setahun dengan suhu sekitar 30 Celcius dan tidak begitu berangin. Benih disemai dalam polibeg dengan diisikan media semaian (cocopeat atau tanah campuran) dan sebiji benih markisa diletak ditengah polibeg sedalam 1.5 cm. Kemudian disiram sehingga tumbuh. Benih boleh ditanam setelah berumur 3 - 4 bulan (Sila lihat foto disebelah). Benih daripada keratan batang digunakan petani kerana ia mudah didapati, cepat tumbuh dan cepat berbuah. Buahnya dan pokoknya adalah sama dengan pokok induknya (true to type). Keratan batang sepanjang 25 cm dengan mempunyai 4 mata tunas dari pokok induk terpilih perlu disapu pangkalnya dengan hormon pengaak akar. Keratan ini kemudian dicucuk diatas media tanaman didalam polibeg berukuran 10 x 18 cm sedalam 5 cm dan disusun dibawah teduhan di tapak semaian. Ia perlu disriam 2 kali sehari selama 2 bulan dan selepas 3 bulan maka penyiraman hanya dibuat sekali sehari sahaja. bersihkan rumpai ditapak semaian dan bubuh baja NPK 15:15:15 dan baja organik mengikut kesesuaian. Ada kalanya perlu dilihat potensi seranagn cacing nemaod dan perlu dikawal dengan racun Nemacur.

Pokok markisa yang ditanam perlukan penjagaan dari peringkat awal. Antara beberapa masaalah yang sering dihadapi adalah serangan
Penyakit Layu Bakteria (Bacteria Wilt) dan Penyakit Bintik Daun Phytopthora (Phytopthora Blight) yang boleh dikawal dengan semburan racun kulat. Apa pun serangga yang paling sering menyeran buah markisa adalah Lalat Buah (Daucus spp) dimana ia akan merosakan buah (busuk) setelah disengat. Kawalan dengan menggunakan racun serangga yang sesuai dan memasang perangkap feromon dilokasi sesuai. Pembajaan dilakukan dengan baja NPK 12:12:17:2 dan baja organik mengikut kadar disyorkan. Tanaman markisa dengan sistem pengaran baik membolehkan pertumbuhan dan pembungaan keluar dengan baik berbanding jika tidak ada sistem pengairan diberikan. Apa yang penulis blog buattinjauan ada petani yang menggunakan sistem pengairan titis (drip irrigation) dan ada juga yang akan memasang sistem pengairan renjis (sprinkler system). Masa untuk menuai buah markisa bergantung dari cara awal penanamannya dimana kalau penanaman dilakukan dengan penyemaian biji, markisa akan berbuah setelah sekitar 9 sampai 10 bulan. Seementara itu jika ditanam dengan benih keratan batang penuaian erama boleh dilakukan setelah markisa mencapai umur 7 bulan iaiitu dua bulan lebih awal. Buah markisa yang matang sudah terlihat ketika warnanya dari hijau menjadi ungu tua untuk markisa ungu atau edulis. Bagi jenis buah markisa kuning atau flavicarpa pula dilihat  warna kuningnya sudah makin terlihat dari yang awalnya hijau. Penelitian penulis blog bersama beberapa petani di Pahang mendapati jangkamasa dari putik sampai buah telah matang dengan sempurna selama sekitar 70 sampai 80 hari dengan penjagaan yang baik. Buah yang matang mudah ditanggalkan dari tangkainya semasa menuai akan tetapi jika tidak dipetik dan terlalu masak (over ripe) maka ia akan jatuh ketanah. Penulis blog dapati paling ideal adalah memetik buah markisa mengiku kehendak pasaran iaitu ketika buah 50% masak dengan pertukaran warna dari hijau kekuning sekitar 50% juga untuk mudah dikendalikan selepas tuai.

Biasanya buah markisa yang dituai akan dikumpulkan dalan bekas dan digredkan mengikut kualiti, saiz dan juga tahap kematangannya. Ia dimasukkan kedalam kotak dengan disusun dan biasanya akan tahan selama 2 minggu didalam keadaan biasa dan lebih lama lagi jika disimpan didalam peti sejuk. Selepas 2 minggu disimpan dalam kotak pada suhu bilik maka ia akan berubah ciri fizikalnya seperti mula lembik, layu dan tidak segar lagi. Ini kerana apabila sifat fizikalnya berubah makakandunga zat dan khasiat didalamnya juga akan berubah dan kurang menarik untuk dimakan. Bagaimana pun lazimnya selepas 2 minggu dijual dlam bentuk buah segar maka ada pengusaha akan memprosesnya menjadi jus buah markisa wala pu rasanya agak masam akan ditambah gula menjadi korsial dan sebagainya. Ada juga yang suka untuk menjadikannya sebagai minuman sirap markisa yang memang menjadi kesukaan ramai dan di komersilkan. Bagi membuat sirap markisa atau jus markisa bagaimana pun sebaiknya menggunakan buah markisa segar yang sudah cukup masak dan ia mesti dibasuh bersih kemudian dipotog dan isi buahnya dikeluarkan. Disebabkan kebanyakan isi buahnya adalah rasa masamnya sangat kuat maka perlu ditapis cecair ini bertujuan untuk meisahkan patinya dagan bijinya dan juga pulpanya. Kemudian sebaiknya ditambah gula pasir atau gula lain yang sesuai sehingga meneuteralkan kemasaman dengan kadar 55% bahagian daripada jumlah sirap sehinga mencapai tahap keenakan yang dikehendakki. Bagi membolehkan jus markisa ini tahan lama ada kalangan pengusaha akan menambahkan bahan seperti
 metyl cellulose sekitar 0.5% dari berat gula pati buah serta bahan natrium benzoate 0.1% dari berat jus yang dibuat. Penambahan Asid citrat juga diperlukan agar tingkat keasaman atau pH mencapai 4 sebelum jus atau sirup markisa ini dimasukkan ke dalam botol. Sebaiknya botol menyimpan sirap inni diseterilkan dahulu dengan kaedah memanaskannya diatas haba selama 15 - 20 mini. Masukkan sirap ini kedalam botol dengan cara betul dan ditutup rapat dan botol mesti dikeringkan sebelumd dipasang label. Jus markisa ini sebaiknya dibotolkan dengan kapasiti botol sebanyak 200 cc dan boleh diminum dengan menambahkan iar sebelum meminumnya. Semasa menuang sirap markisa kedalam gelas bergantung kepada citara seseorang dimana jika inginkan rasa masam lebih boleh ditambahkan sirap didalam gelasnya. Sirup markisa sangat segar di minum pada siang hari dimana kandungan vitamin Cnya juga cukup tinggi untuk memenuhi keperluan vitamin yang mencukupi. Semuga artikel ini memberikan info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
POKOK MARKISA... BULAT BUAHNYA...
MUDAH DITANAM... CARI BENIHNYA....
POKOK DIJAGA... BERBUAH AKHIRNYA...
DIMAKAN SEGAR.. DIBUAT SIRAP JUGA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(6 Syawal 1442H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.