Wednesday, July 28, 2021

70 SPESIS PERIUK KERA UNIK

KOLEKSI 70 SPESIS PERIUK KERA
di sebuah pusat di Perak merupakan antara yang tidak ternilai kepentingannya. Pada penulis blog PERIOK KERA (Nepenthes spp) juga merupakan sejenis herba tumbuhan unik jenis karnivor (memakan serangga dan haiwan) yang lazimnya hidup liar di hutan dan belukar di Malaysia. Penulis blog mengenali periok kera semasa muda dahulu dikawasan kampong dimana kemudian mengetahui dimana periok kera rupanya banyak kegunaan seperti untuk dijadikan bungkus makanan dikenali Lemang Periok Kera. Pokok periok kera ini biasanya tumbuh di tanah berasid, tidak subur dan tanah yang kekurangan unsur baja Nitrogen (N). Ia merupakan pokok maging yang mana unik dengan apabila penutupnya terbuka akan dapat memerangkap serangga dalam bukaannya yang berbentuk "periuk" untuk membekalkan sebahagian dari nitrogen yang diperlukannya. Tumbuhan jenis Nepenthes bermula sebagai pokok rosette dan matang sebagai pokok memanjat bersulur paut (tendril climbers). Sesetengan sulur membentuk periuk berongga. Spesies berlainan mempunyai periuk berbentuk dan bewarna yang berlainan. Kebanyakan spesies tumbuh di atas tanah, sementara sesetengah jenis merupakan epifit (epiphytic). Terdapat lebih daripada 170 spesis pokok periok kera yang berlainan dari segi marfologi pokok, bunga, warna, saiz dan juga coraknya. Bagaimana pun penulis blog dapati dimana kebelakangan ini nama periuk kera menjadi bualan umum ekoran kebimbangan pencinta alam akan nasib tumbuhan liar itu seandainya periok kera ini dituai berlebihan oleh masyarakat. Periuk kera adalah tumbuhan yang mana ia mempunyai bentuk unik seakan periuk atau mangkuk ini. Apa pun di Malaysia menjadi tempat tinggal kepada 46 spesies Nepenthes dimana 11 daripadanya berada di Semenanjung Malaysia manakala 35 spesies lagi dapat ditemui di Sabah dan juga Sarawak. Artikel malam ini didalam blog "Anim Agro Technology" sambil menonton Berita Awani 7.45 dirumah saya sempat menulis mengenai bagaimana sebuah Taman Koleksi Periuk Kera terhebat didunia sesuai untuk dikunjungi masyarakat tempatan mengenai 70 spesis yang unik untuk dijadikan bahan rujukkan semua pembaca.

Dilaporkan media Berita Harian (BH) dimana spesies periuk kera Ampuallaria antara 70 jenis periuk kera yang ditanam di Taman NEPENTHES (Sila lihat foto disebelah). Taman ini t
erletak terletak di Daerah Kinta, Perak merupakan satu-satunya taman yang mempunyai lebih daripada 70 spesis tumbuhan periuk kera didunia dengan ia dibuka dari jam operasi 8 pagi - 5 petang dimana kadar bayaran masuk adalah RM2 (dewasa) dan RM1 (bagi kanak-kanak). Saya ada menulis banyak artikel mengenai periuk kera untuk dijadikan bahan bacaan (Sila klik disini) dan (Sila klik disini) dan beberapa lagi. Penulis blog menulis bagaimana ada kalangan usahawan dimana mereka telah pun menggunakan periuk kera atau nama saintifiknya Nepenthes spp sebagai kelongsong untuk membuat lemang sehingga sanggup meredah hutan tanpa menghiraukan berlaku kepupusan tumbuhan eksotik itu. Malahan juga ada dakwaan dimana berlaku pencerobohan kawasan hutan yang tidak terkawal dan penuaian secara haram bagi tujuan secara komersial memburukkan lagi keadaan. Kini nilai komersial periuk kera menambat hati golongan itu walau pun bagi mereka terbabit secara langsung dengan hutan dimana periuk kera bukan untuk dikomersialkan tetapi perlu dipelihara. Apa pun fungsi periuk kera untuk menangkap serangga masuk ke dalam kantung dan membekalkan nitrogen bagi mengekalkan kesuburan tanah.

Kini dengan asas kepentingannya kepada alam semula jadi wajarlah dipelihara supaya tanaman itu tidak pupus seperti hutan di Pahang. Justeru itu Jabatan Perhutanan Perak berusaha dalam menanam dan menghimpunkan 70 spesies periuk kera dilakukan di Taman Nepenthes, Taman Ekorimba (TERK), Meru Raya, Ipoh, Perak bermula pada tahun 2014 dimana ianya kemudian dibuka kepada orang ramai pada tahun 2016. Fungsi periuk kera untuk menangkap serangga masuk ke dalam kantung dan bekalkan nitrogen kekalkan kesuburan tanah. Selain dikenali sebagai destinasi tarikan sektor ekopelancongan, pembangunan Taman Nepenthes juga menjadi antara pusat penyelidikan terbesar berkaitan kepada tumbuhan itu untuk penyelidik seluruh dunia. Terdapat sebanyak 55 spesies periuk kera yang dikelaskan sebagai endemik dan 15 hibrid yang unik. Periuk kera adalah tanaman karnivor yang subur di kawasan bertanah tinggi dan akan memerangkap serangga di dalam periuk untuk membekalkan beberapa bahan nutrien diperlukan. Selain Malaysia dilaoorkan dimana tanaman ini hanya dapat dijumpai di Kepulauan Madagascar sehingga Papua New Guinea dan dari Australia Utara ke China Selatan. Apa pun kini di Taman Nepenthes merupakan diantara pusat penyelidikan terbesar dunia berkaitan tumbuhan eksotik. Di taman ini ia berjaya menghimpunkan kira-kira 55 spesies endemik dan 15 spesies hibrid dari seluruh dunia. Menurut Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Perak, Datuk Mohamed Zin mendakwa pembangunan taman periuk kera menunjukkan usaha Jabatan Perhutanan negeri menyampaikan didalam pengetahuan dan kesedaran mengenai pemeliharaan spesies unik ini. Jabatan Perhutanan Perak membukukan Buku Panduan Taman Nepenthes Kledang Saiong bagi memberi maklumat dan pengetahuan mengenai spesies itu. Mereka juga berharap ia memberi manfaat untuk mereka meneroka lebih luas mengenai spesies karnivor ini.

Antara spesis periuk kera yang unik di taman ini adalah sepsrti spesies Napenthes adnata ditemui kali pertama oleh Willem Meijer pada 1957. Spesies ini dikenal pasti secara saintifik oleh Rusjdi Ramin dan Mitsuru Hotta pada 1986, namun tiada pengesahan sehingga Jan Schlauer menghasilkan diagnosis dari Latin untuk spesimen Adnata ini. Spesies ini memperoleh namanya daripada istilah latin adnatus yang bermaksud luas, merujuk pada hubungan antara daun dan batang pada spesies ini. Pada ketika ini masih tiada catatan mengenai hibrid semula jadi untuk spesies ini. Beberapa spesies endemik dari Pulau Sumatera, Indonesia ini boleh dijumpai hidup pada ketinggian 600 hingga 1,200 meter dari permukaan laut. Ia adalah tanaman kecil yang tingginya jarang melebihi dua meter. Spesies ini dapat dijumpai di daerah Sungai Tjampo, di Wilayah Barat Sumatera, di mana ia tumbuh terutama di daerah berlumut dan berlorek. Bunganya paling kecil di antara semua spesies Nepenthes. Spesies semula jadi lain yang menarik perhatian adalah Nepenthes Ampullaria berasal dari Borneo, Semenanjung Malaysia, Singapura, Sumatera, Thailand, Papua New Guinea dan Kepulauan Maluku. Spesies ini tumbuh di atas tanah dan menghasilkan sekumpulan kendi dalam bentuk permaidani di dasar pokok, sering ditutupi daun yang jatuh ke tanah dengan ketinggian hingga 20 meter dengan batang menjalar. Periuk kera jenis Ampullaria dikenali secara saintifik oleh William Jack, seorang ahli botani dari Scotland. Nama spesies daripada perkataan Latin ampulla merujuk kepada 'flask', untuk menggambarkan periuknya. Ia menghasilkan kendi dalam berbagai warna dan beberapa spesies hanya didapati di kawasan tertentu.

Dalam pada itu ada 70 spesies di TER Kledang Saiong dimana antara spesies periuk kera hibrid yang ditanam di TER Kledang Saiong ini ialah Napenthes Xbauensis, Xcantleyi, Xcoccinea, Xdyeriana, Xsharifah-Hapsahii, Xtrichocarpa, serta jenis kacukan, Clipeata x Reinwardtiana, Lowii x Campanulata serta beberapa lagi. Habitat periuk kera terawal atau mempunyai endemik di Sumatera, Indonesia adalah pokok boleh ditemui di ketinggian 600 hingga 1,200 meter daripada aras laut. Taman Nepenthes yang pertama mengumpul dan menempatkan secara berpusat puluhan spesies periuk kera endemik berasal dari negara Madagascar, Australia, China, Kepulauan Borneo, India, Thailand, Singapura dan Papua New Guinea. Penulis blog yang pernah mengunjungi Perak ketika mengikuti Program Eksplorasi EkoPelancongan Sumber Asli Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KETSA), dimaklumkan Taman Nepenthes ini menempatkan 15 spesies hibrid dari serata dunia, meliputi keseluruhan 70 spesies. Penjagaan rapi periuk kera semenjak kewujudan Taman Napenthes menjadi tarikan kerana pelbagai spesies periuk kera boleh dilihat di depan mata, berbanding lazimnya perlu merentasi hutan tebal untuk melihatnya. Bagi seorang pengawas Hutan Jabatan Perhutanan Perak, Nandini dakwa bagi spesies endemik tumbuh di tanah berasid, tidak subur dan kekurangan nitrogen dan ciri utama adalah tumbuhan 'maging' yang memerangkap serangga dalam periuk. Ini sumber makanannya dan serangga terperangkap dalam periuk membekalkan sebahagian nitrogen diperlukan.  Ia bermula dengan pokok 'rosette' dan matang sebagai pokok memanjat bersulut paut atau istilahnya, tendril climbers. JAbatan Perhutanan menyediakan sistem pengecaman kod QR kod dan NFC untuk pengguna mengimbas dapatkan maklumat spesies pokok. Periuk kera perlu kelembapan tanah dan disiram dua kali sehari bergantung keadaan cuaca. Waktu siang memerlukan 70 peratus kelembapan tanah dan malam pada tahap maksimum. Pokok dicantas tiga atau empat kali seminggu, rumput dibiarkan tumbuh sebagai tutup bumi untuk kelembapan tanah, selain elakkan daripada anai-anai dan rumpai atau kulat. Semaian anak benih daripada biji benih dan keratan batang. Ia memerlukan 18 bulan untuk membesar dan dua bulan mengeluarkan tunas baharu jika gunakan kaedah keratan batang. Jangka hayatnya panjang dan sukar mati kerana akarnya kukuh di dalam tanah serta banyak dahan bercabang. Cabang pokok rosak atau mati akan dipotong dan pada tempat sama, tumbuh tunas baharu. Jangka hayat kendi sekitar empat hingga lima bulan. Pembentukan kendi periuk kera itu terjadi sekiranya tanah tidak cukup nutrien. Ia akan bertindak mencernakan serangga kecil menggunakan enzim untuk mendapatkan zat. Kandungan nutrien tanah akan dikurangkan agar kendi terbentuk bagi menjalankan fungsinya mencukupkan zat pokok periuk kera. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology. Wasallam!!...
NAMA PERIUK KERA... APA DIA...
DI TANAM NEPENTHES...IA ADA...
70 SPESIS... SUDAH TERSEDIA...
SILA DATANG...LIHAT POKOKNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(5 Zulkaedah 1442H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.