Misteri mengenai tandan dan buah pisang di cat di Alor Gajah terjawab apabila seorang pekebun pisang mengambil inisiatif sendiri bagi mengatasi masalah kecurian pisang di kebun mereka dengan menyembur cat hitam. Petani tersebut adalah Abdullah Mahad berumur 46 tahun dimana dia menggunakan teknik mudah itu ketika menguruskan pisang tanduk diusahakan di kebun seluas 1.4 hektar di Kampung Ayer Hitam Darat, Masjid Tanah (Sila lihat foto disebelah). Penulis blog belum perrnah mendengar kisah misteri mengecat pisang sebelum ini rasa agak pelik mulanya. Apa pun dakwa beliau selepas menyembur cat hitam pada pisang kesannya ia sedikit sebanyak berjaya mengelakkan Pisang Lang bernilai RM4 sekilogram (kg) daripada dicuri pihak yang tidak bertanggungjawab. Dia telah mengeluarkan kos agak tinggi untuk menanam dan membaja selain terpaksa tunggu lapan bulan untuk menikmati hasil tetapi pencuri hanya mengambil 10 minit untuk mengaut hasil. Dinyatakan dimana sejak mengusahakan kebun pisang 10 tahun lalu telah berlaku banyak kali tanamannya menjadi mangsa pencuri. Sejak beberapa bulan kebelakangan ini dia mendapat inovasi untuk menyembur cat hitam pada pisang yang dua minggu lagi akan ditebang bagi mengelak ia dicuri dan kalau hilang pun kelebihannya dia masih boleh mengecamnya dimana-mana. Sungguh bijak petani ini pada penilaian penulis blog dan tahniah kepadanya. Selepas menggunakan teknik itu dia dakwa dilaporkan dimana dia turut menjalin kerjasama dengan pembeli pisang di sekitar Masjid Tanah, Kuala Sungai Baru dan Kuala Linggi dan meminta mereka supaya tidak membeli pisang Lang yang ada cat hitam daripada orang lain selain daripada dia sendiri. Dia pernah terjumpa pisangnya digoreng seorang peniaga di satu tempat di Kuala Linggi dan apabila di tanya kepada penjual dia kata ada orang jual kepadanya. Kepada orang sekitar Masjid Tanah dia minta dia jangan beli pisang bercat hitam itu daripada orang lain selain dia pada masa depan kerana ia pisang saya yang dicuri. Penulis blog 'tabik spring' kepada En Abdullah Mahad yang melakukan inovasi yang misteri.
Misteri mengenai seorang penanam pisang hanya mampu tengok pisang membusuk di tandan telah terjawab baru-baru ini. Berita dari Sabak Bernam, Selangor yang merasa sedih apabila melihat hasil pisang yang dijaga selama 10 bulan busuk begitu sahaja di atas pokok sebenarnya tidak dapat dipetik kerana perlaksanaan Perintah Kawalan Pergeakan (PKP) akibat pandemik covid-19. Petani tersebut Muhamad Sulaiman (36 tahun) telah mengusahakan kebun pisang di Kampung Batu 2 Sapintas dakwa pisang berkenaan sepatutnya dijual kepada pengusaha kerepek, namun akibat penularan Covid-19 yang semakin meningkat permintaannya menjadi suram dimana ianya sekali gus telah menyebabkan lambakan pisang. Dia dan seorang rakan yang mengusahakan tanaman pisang sejak 2019 di Sabak Bernam dan Kuala Selangor mengakui pendapatan terjejas sejak Covid-19 melanda negara. Penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) juga menyebabkan hasil pisang hanya dapat dipasarkan di Sabak Bernam dan Kuala Selangor sahaja dimana ini disebebkan oleh pergerakan terhad. Dia yang mengeluarkan modal hampir RM200,000 bersama rakannya mendakwa sebelum ini mereka menanam pisang secara berperingkat untuk Ramadan kerana permintaan tinggi. mereka bekerja sepenuh masa sebagai pekebun dan juga mengharap pendapatan hanya bergantung kepada hasil pisang dimana modal permulaan banyak dikeluarkan akan tetapi apabila hasil tidak terjual maka modal pusingan pun tak dapat. Dilaporkan ramai pekebun buntu memikirkan cara untuk menjual hasil pisang mereka menyebabkan kebanyakan pekebun membiarkan sahaja buah di kebun dan selain itu ada yang disedekahkan kepada penduduk. Mereka berharap ada pihak yang prihatin dengan nasib pekebun pisang dan menyelesaikan masalah ini segera. Walaupun mengalami kerugian dimana rata-rata pekebun termasuk dia berlapang dada dan mengharapkan ada pihak yang sudi membelinya supaya tidak terbiar begitu saja. Penulis blog merasai akan kesan PKP dan Pandemik ini sehingga kepada sektor pertannian walau pun dilaporka ada kelonggaran diberikan tetapi mereka tetap terjejas juga.
Misteri Pisang Bercat Putih juga telah menarik untuk dibincangkan kali ini. Kisah mmisteri ini dilaporkan di Bagan Datuh, Perak dimana mengecar warna putih pada Pisang Awak dilakukan sebagai satu petua untuk mengelakkan tandan pisang di curi orang (Sila lihat foto disebelah). Kisah misteri ini seakan menyemaai dengan kisah di Melaka dalam perenggan dua diatas cuma bezanya adalah jenis pisang dan warna cat digunakan. Seorang petani disana telah mengecat warna putih pada buah yang hampir masak agar dapat mengelakkannya dari di curi sebelum tuan punya pokok dapat memakannya (Sila lihat foto disebelah). Sejak PKP ini dilaporkan ada pokok pisang berbuah bertandan di belakang rumah di kampung yang hilang di curi orang. Pokok-pokok pisang ini ditanam di belakang rumah dan memang biasanya ia tidak jauh dari jalan besar di kampung. Orang kata 'pantang lepa' sahaja tahu-tahu pisang yang hempir masak sudah kena tebang sebelum masak lagi. Ada orang kampong mendakwa dimana ini adalah kerja 'mat pit' atau penangih dadah yang mencuri dan kemudian menjualnya untuk dapatkan duit membeli dadah. Walaupun kes ini ada kalangan pemilik kebun pisang yang pernah ternampak tetapi mereka agak takut hendak tegur kerana kenal akan ibubapanya sekampong. Idea untuk mewarnakan pisang yang masih bertandan di pokok dengan warna seperti putih, pink dan hitam sesuai dilakukan semasa pisang masih muda lagi. Lazimnya apabila pisang yang bercat macam ini sudah tidak laku kalau di jual. Jadi ini akan menyebabkan si pencuri pisang hendak mencuri dari pokok. Nampak inovasi ini mujarab juga sebagai petua dari para penanam pisang dikampong ini. memang sekarang ini ada banyak perkara berlaku didunia sehingga ada yang sanggup mencuri buah pisang untuk mendapatkan wang.
Misteri seterusnya adalah bagaimana ada 4,000 biji pisang dalam setandan telah dilaporkan di Felda Pasak, Kota Tinggi, Johor sudah terjawab. Pokok pisang belalai gajah yang ditanam Abdul Halim jadi tumpuan penduduk melihat keunikannya yang mempunyai kira-kira 4,000 biji (Sila lihat foto disebelah). Memang pokok pisang ini unik dan misteri apabila dalam setandan pisang ada kira-kita 4,000 biji dengan tandannya panjang mencecah tanah manakala buah di hujung tandan semakin mengecil umpama saiz jari kelingking. Sekali pandang pokok pisang ini sama seperti spesies yang lain semasa pertumbuhannya namun apabila melihat keunikan tandan pisang mencecah sehingga dua meter menjadi pelik. Ramai jiiran sekampung bertanya apakah jenis pokok pisang ini yang mana benihnya dipercayai berasal dari Indonesia dikenali sebagai 'Pokok pisang seribu' atau 'seribu jari'. Malah isinya juga dikenali dengan nama pisang belalai gajah atau pisang batu dimana buahnya masih boleh dimakan. Pemilik pokok pisang ini yang juga penternak arnab menanam pisang ini secara suka-suka sebagai pokok hiasan. Selepas sembilan bulan ditanam akhirnya satu daripada tiga pokok pisang yang ditanam berbuah dimana pada jantung pisang seribu jari ini saiznya adalah lima kali ganda dari jantung pisang biasa. Beliau asalnya beranggapan dimana pisang ini sebagai 'pokok hiasan' sahaja tetapi kenudian dapat tahu rupa-rupanya buah pisang ini boleh dimakan. Rasa buahnya hampir sama seperti pisang emas tetapi rasa agak kenyal dan sedikit berlendir. Penjagaan pisang ini sama juga seperti pisang lain akan tetapi sedikit berbeza selepas pisang ini mengeluarkan jantung. Tidak sama seperti pokok pisang lain dimana apabila buah sudah besar maka jantung pisang akan dipotong. Tetapi pisang ini jantungnya akan dibiar bagi menghasilkan lebih banyak buah. Semasa mula pokok ini mengeluarkan jantung didapati saiz jantung pisang ini lima kali ganda dari jantung pisang biasa. Mungkin mempunyai kelopak yang tebal dan banyak bagi penghasilan pisang dan dilihat dimana buah pisang belalai gajah ini masak secara beransur-ansur. Bahagian atas yang lebih besar akan masak terlebih dahulu dengan warna kuning keemasan dan nyatakan dimana tidak semua buahnya berada di tandan dan boleh dimakan. Lazimnya buah dibahagian bawah tandan pisang mempunyai buah seperti sekecil jari kelingking dan tidak mempunyai isi. Apa pun bahagian pisang yang besar hanya kira-kira separuh saja daripada tandan dan buah yang selebihnya terlalu kecil dan tidak mempunyai isi. Bagi mengelakkan pokok pisang patah sebaiknya pokok ikat pada kayu sokongan bagi tujuan memberi sokongan. Kalangan para pengunjung datang untuk bergambar dan ada yang mahukan benih untuk ditanam. Dia gunakan baja organik tahi arnab dari kandang berkekatan pokokk pisang supaya berbuah. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!..

PISANG DICAT... ELAK PENCURI DICUBA...
SEBAB PKP COVID... SUKAR MENJUALNYA...
SETANDAN 4,000 BIJI... PELIK TANDANNYA...
By,
M Anem,
Snior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(7 Zulkaedah 1442H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.