Sunday, May 23, 2021

RACUN TIKUS - PELBAGAI CERITA


RACUN TIKUS (Rodenticide)
adalah sejenis racun yang digunakan untuk memusnahkan haiwan perosak iaitu Tikus (Rattus spp) sama ada di rumah, di dalam kebun, sawah padi, ladang kelapa sawit dan dimana jua. Tikus merupakan sejenis mamalia yang berdarah panas dan makan tumbuh-tumbuhan, hasil tanaman, makanan manusia, kotak, kain baju, beras dan sebagainya dan membawa penyakit merbahaya kepada manusia dan haiwan lain. 
Pada penulis blog yang lama dalam bidang pertanian memang tidak asing melihat racun tikus yang sering digunakan dikawasan sawah padi. Kini racun tikus boleh didapati dalam berbagai jenama dan bentuk sediaan. Di Malaysia sahaja terdapat lebih kurang 60 jenama racun tikus yang berdaftar diantaranya seperti MATIKUS, KING KONG, STORM, WARFARIN, RACUMIN dan banyak lagi. Setengah daripadanya digunakan begitu meluas di ladang dan kebun tanpa was-was untuk tujuan membunuh tikus yang selalunya merosakkan tanaman. Begitu juga racun tikus sering juga digunakan didalam rumah untuk tujuan menghapuskan tikus rumah. Racun tikus yang digunakan di rumah biasanya dalam bentuk sediaan debu, serbuk, butir dan umpan pepejal. Bagaaimana pun ibubapa mesti selalu waspada kerana racun tikus sediaan dalam bentuk butir berwarna terang biasanya menarik perhatian kanak-kanak yang menganggap sebagai makanan ringan. Walaupun ia tidak merbahaya pada manusia dan haiwan peliharaan tetapi setengah daripada racun tikus mengandungi bahan kimia tertentu yang toksik kepada manusia. Jika diambil dengan dos yang tinggi tentunya ia akan mendatangkan masaalah kepada kanak-kanak yang memakannya. Daripada beberapa lap[oran yang penulis rujuk menyatakan kadar keracunan racun tikus kepada manusia bergantung kepada kandungan bahan aktif. Kandungan bahan aktif (bahan kimia) dalam sediaan racun tikus terdiri dalam berbagai jenis diantaranya seperti daripada jenis Brodifacoum, Bromadiolone, Calcium cyanide, Chlorophacinone, Coumatetralyl, Doumatetralyl, Flocoumafen, Warfarin dan Zinc phosphide. Penulis gerun mendengar bahan aktif tersebut kerana ia semua adalah toksik. Racun tikus yang mana ia mengandungi bahan kimia yang amat toksik kepada manusia telah diharamkan penjualannya oleh kerajaan dan tidak sepatutnya disimpan di rumah. Direkodkan diantara racun yang sangat toksik dan ianya merbahaya adalah seperti Arsenik, Fosforus, Talium, Flourida, Sianida dan Strichnin yang telah diharamkan. Artikel malam Ahad ini dalam blog pertanian "Anim Agro Technology" saya paparkan beberapa laporan media mengenai racun tikus dari dalam dan luar negara untuk dijadikan bahan rujukkan semua.

Dari negara jiran Indonesia dimana telah dilaporkan 'Racun Tikus Ragut Nyawa' paling sadis didengar. Di 
Ponogoro akibat tertekan selepas melahirkan anak telah menyebabkan seorang wanita mengambil jalan singkat dengan membunuh diri. Wanita dikenali dengan nama Mariana berumur 29 tahun dari Daerah Bungkal, Jawa Tengah dilaporkan meminum racun tikus untuk menamatkan riwayatnya. Menurut Ketua Polis Bungkal AKP Joko Suseno dimana wanita itu dikatakan mengalami kemurungan kerana berjauhan dengan suaminya yang bekerja di luar negara. Wanita berkenaan sebelum ini turut bekerja di luar negara namun kembali ke kampung untuk melahirkan anaknya. Beliau keluar untuk ke kedai menaiki motosikal sebelum pulang membawa bungkusan dan terus masuk ke bilik. Sejam kemudian ibunya yang curiga dengan tindakan Mariana terus masuk ke dalam bilik terkejut melihat dia terbaring kekejangan seperti dilaporkan oleh portan berita  Kompas.com. Akibat terkejut dengan keadaan dilakukan anak perempuannya itu menyebabkan wanita terbabit segera memanggil suaminya untuk mendapatkan pertolongan. Dalam keadaan cemas itu Mariana diberikan air kelapa sebelum dia memuntahkan racun tikus yang diminumnya. Mariana telah pun kemudiannya dikejarkan ke hospital namun disahkan meninggal dunia tidak lama kemudian. Keluarganya kemudian membuat laporan polis berhubung kematian wanita itu dan jenazah dikebumikan di kampungnya.

Di Kulai, Johor dilaporkan dimana berlaku kejadian 
20 lembu mati termakan racun tikus telah dilaporkan dalam akhbar Harian Metro. Dilaporkan dimana pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Johor mengesahkan kematian 20 lembu di sebuah ladang di Gunung Pulai, Kulai, Johor Bahru akibat termakan racun tikus seperti tular di media sosial sejak semalam. Pengarahnya JPV Johor mengesahkan kes itu yang dibuat dua penternak lembu kawasan itu menerusi siasatan Pegawai Veterinar Daerah (PVD) semalam. Siasatan mendapati kejadian berlaku di sebuah ladang lama dan insiden itu sudah berlaku lebih dua minggu lalu. JPV kemudian menghantar pegawai untuk melakukan siasatan awal terhadap kematian puluhan lembu berkenaan. Didapati ladang itu sudah lama dan lokasinya tidak dibenarkan untuk memelihara lembu dan tindakan oleh penternak memelihara haiwan itu walaupun selepas dilarang mengundang risiko apabila lebih 20 lembu mati dipercayai akibat keracunan racun tikus. Pihak JPV akan melaksanakan siasatan di lapangan pada minggu hadapan disertai pegawai ibu pejabat dari Putrajaya. Telah tular 20 gambar yang telah dikongsi Persatuan Haiwan Malaysia mengenai kematian lembu dan beberapa haiwan lain akibat termakan racun tikus.  Racun tikus yang ditemui di lokasi menyebabkan kematian 20 lembu. Bangkai lembu ditemui bergelimpangan di sebuah ladang di Kulai seperti didalam laporan FB dan persatuan PHM menyatakan pemilik haiwan ternakan mengabai dan melepaskan haiwan ternakannya sehingga lebih 40 ekor lembu mati bergelimpangan secara serentak. Selain lembu ditemui mati ada beberapa haiwan liar seperti ular, burung hantu, kera, monyet dan beruk ditemui mati. Kejadian ini juga dikatakan berpunca daripada kerja meracun tikus yang dilakukan pengurusan sebuah ladang di Kulai, namun tidak sedar banyak haiwan ternakan masuk yang menceroboh mencari makanan turut termakan bahan beracun yang ditebarkan di kawasan ladang. Insiden dimana pemilik lembu tidak bertanggungjawab menternak haiwan ternakan secara sistem bebas kerap berlaku. Sistem ternakan bebas kini sudah tidak lagi sesuai dan satu usaha menukar kepada sistem ternakan secara berpagar dan berkandang wajar dilakukan segera.

Disebuah negara maju iaitu seperti Korea Selatan dimana pihak polis dilaporkan meny
iasat kes 1,000 kucing jalanan mati kena racun. Kes ini berlaku dibandar  Sintanjin, Daejon yang dipercayai berpunca daripada racun tikus. Korea Times telah melaporkan sebahagian penduduk telah mendakwa 'pembunuh kucing' terbabit melakukan perbuatan kejam itu sejak 2008. Menurut laporan KBS dimana kucing yang menjadi mangsa diumpan dengan diberi makan potongan ayam beracun. Seekor kucing ditemui mati di kawasan perumahan tidak jauh dari timbunan sampah di mana dua keping ayam ditutup dengan serbuk berwarna biru. Polis membawa bangkai dan daging yang tercemar ke Badan Kuarantin Haiwan dan Tumbuhan untuk dianalisis. Apa pun hasil kajian menunjukkan semua bangkai mengandungi rodentisid iaitu bahan terdapat dalam racun tikus. Seorang penduduk memaklumkan seekor kucing jalanan yang sering dijaganya telah mati secara tiba-tiba. Keadaan yang berlaku itu menyebabkan penduduk hilang selera makan selama beberapa hari menurut laporan berkenaan. Kumpulan aktivis tempatan untuk kucing jalanan di Daejeon sudah mencari dan mengumpulkan daging beracun itu. Meskipun begitu, dua kucing masih ditemui mati pada April dan tiga lagi pada bulan sebelumnya dengan potongan ayam berserta serbuk biru ditemui berhampiran bangkai haiwan itu. Seorang ahli kumpulan itu memberitahu mereka menemui lebih 30 keping daging beracun setiap hari dan mendapati lebih 1,000 kematian kucing jalanan sejak 13 tahun lalu. Sementara itu, jurucakap polis berkata, pihaknya sudah meneliti rakaman dari kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di sekitar kawasan berkenaan.

Berbalik kepada inovasi di Subang Jaya, Malaysia agar pihak berkuasa tempatan boleh 
Lupakan Racun Tikus. Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) menggunakan burung pungguk atau burung hantu sebagai satu inisiatif untuk membunuh tikus dalam kawasan pentadbirannya selepas usaha menggunakan kaedah moden seperti racun atau perangkap sebelum ini agak kurang berkesan. Inisiatif yang dijalankan dengan kerjasama Universiti Sains Malaysia (USM) ini adalah yang pertama dilaksanakan di Asia. Projek perintis itu baru-baru ini menyaksikan sepasang burung pungguk jantan dan betina berusia tujuh bulan ditempatkan di sebuah sangkar yang dibina di atas pokok di kawasan SS15 sebelum diperluaskan lagi ke seluruh kawasan Subang Jaya dan Sunway dalam tempoh enam bulan akan datang. Yang Dipertua MPSJ Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan berkata, usaha terbabit selaras dengan komitmen pihak berkuasa tempatan (PBT) itu untuk memulakan inisiatif hijau dalam menangani isu perbandaran. Apabila pihak USM berjaya menghubungi kami dengan idea memperkenalkan semula burung pungguk sebagai pendekatan biologi untuk membantu MPSJ mengawal populasi tikus, pihak PBT segera bersetuju mengambilnya. Sejak beberapa tahun sebelum ini dimana usaha mereka meletakkan racun tikus di kawasan komersial kurang berkesan apabila haiwan perosak itu juga telah membangunkan satu tahap toleransi dengan racun tikus yang digunakan.  Keseluruhannya sebanyak 12 pasang atau 24 ekor burung pungguk akan ditempatkan di kawasan pentadbiran MPSJ pada masa hadapan. Buat permulaan dimana USM mahu melihat keberkesanan pasangan pertama ini memburu setelah dilatih selama enam bulan di ladang kelapa sawit Felda Jengka 24, Pahang supaya memburu dan memakan tikus bandar berbanding tikus pertanian sebelum ini. Apa pun diingatkan kepada orang ramai bahawa Burung Pungguk Bangsal adalah spesies yang dilindungi sepenuhnya di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010. Artikel ini membuktikan dimana racun tikus perlu digunakan dengan tujuan betul dan bukan untuk memusnahkan haiwan lain dan mesti dikawal penjualannya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam...!
RACUN TIKUS... TOKSIK BAHAYA...
MEMBAWA MAUT... DI INDONESIA...
LEMBU DAN KUCING... JADI MANGSA...
BACA ARTIKEL... DAPAT BERITANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(10 Syawal 1442H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.