Secara ilmiah kedondong adalah salah satu tanaman buah yang tergolong sama dalam kumpulan pokok mangga (Anacardiaceae). Penulis blog dapati buah kedondong jika diteliti mempunyai isi yang rangup walau pun lazimnya terasa sangat masam. Isi dagingnya berwarna putih pucat kehijauan apabila matang dan ia sangat berair dan mempunyai campuran rasa nanas dan mangga (Sila lihat foto disebelah). Biasanya teknik untuk menanam kedondong sangat mudah kerana biasanya pokok kedondong boleh tumbuh di banyak jenis tanah daripada tanah kurang subur apa lagi kalau ditanam di tanah subur. Lebih menarik lagi apabila pokok kedondong ini teah sesuai ditanam dan mampu berbuah apabila ditanam didalam pasu disekeliling rumah. Selain dari buahnya yang dimakan segar, diproses dimana kini telah dilaporkan daun kedondong muda dijadikan ulam setelah dikukus dan ada penternak yang menjadikannya makanan ternakan. Bagi bahagian kayu keras pokok kedondong yang besar sesuai dijadikan bahan asas dalam pembuatan perahu. Dari segi perubatan pula didakwa buah, daun dan kulit batang kedondong juga dikenal boleh diguna untuk dijadikan ubat kurap dikepala (borok), radang kulit dan juga luka akibat kena api atau terbakar. Menanam kedondong diperkarangan rumah dalam bekas pasu atau polibeg besar kini menjadi salah satu pilihan ramai. Sebaiknya bekas menanam mestilah berukuran besar dengan diameter sekitar 50cm dan tinggi sekitar 50cm. Bahan media tanam boleh guna tanah campuran dan bokashi dengan perbandingan sekitar 1 : 1. Campurkan kedua bahan tersebut dicampur dengan Furadan 3G dengan kadar 3 gram untuk mencegah serangan perosak. Ada yang menggunakan media cocopeat dan tanah untuk dijadikan media tanaman. Benih cantuman selelu terbaik ditanam didalam pasu kerana ia cepat berhasil. Lakukan penyiraman 2 kali sehari dan pelru di buang segala rumpai diatasnya. Sebaiknya pokok dibaja dengan kadar sesuai apabila pokok berumur 1 bulan, 2 bulan, 4 bulan, 8 bulan dan seterusnya dengan baja NPK dan Baja Organik. Pokok kedondong dalam pasu boleh berbuah sekitar 1.0 - 1.5 tahun selepas ditanam.
Penulis blog juga sering ditanya mengenai apakah dia Kedondong Hibrid. Pokok kedondong hibrid (Kedondong Mini) kini semakin diminati untuk ditanam bagi tujuan menggantikan pokok kedondong saka yang besar dan tinggi. Pokok kedondong mini bersaiz kecil dan boleh juga ditanam di dalam pasu atau di kawasan disekeliling rumah yang terhad. Pada penulis blog yang ada beberapa pokok ini dahulu mendapati ia sesuai dijadikan tanaman hiasan di sekeliling rumah (semasa tinggal di Kuarters di Mersing dan Segamat) dan dapat memetik buah sentiasa. Pokok kedondong hibrid memang lebih cepat berbuah dimana lazimnya akan berbuah sepanjang musim dimana cara penjagaannya adalah menjadi lebih mudah. Walaupun jika diteliti dimana buahnya pada penulis blog dapati agak kecil akan tetapi tetapi ia lebih lebat, lebih manis, kurang besabut dan yang penting kerana ia mempunyai biji yang kecil. Pengalaman dulu mengetahui dimana pokok kedondong hibrid ini lebih mudah dibiakkan menggunakan biji benih yang perlu disemai di dalam polibeg. Anak benih yang berumur 4 - 5 bulan bolehlah diubah ke kebun atau pun ditanam di dalam pasu yang agak besar. Sebelum berumur setahun biasanya pokok kedondong hibrid sudah mula berbunga dan juga mula mengeluarkan buah. Pokok kedondong boleh juga dibiakkan menggunakan kaedah tut dan cantuman terutama bagi pokok kedondong saka supaya lebih cepat mengeluarkan hasil dan rendang. Kepada sesiapa yang bermonat menanamnya boleh ke nurseri swasta yang berhampiran rumah anda dan bertanya mengenai benih kedodong hibrid ini an beli apabila pasti walau pun harganya sedikit lumayan.
Dalam media cetak tempatan tidak banyak yang rencana yang melaporkan mengenai penamanan atau aspek teknikal penanaman pokok kedondong. Akhbar Harian Metro bagaimana pun ada sebuah artikel bertajuk 'Buah kedondong jana pendapatan sampingan' yang penulis blog kongsikan kali ini. Di Kangar, Perlis kudrat seorang bekas tentera ATM yang berjaya mengusahakan tanah terbiar terletak di belakang rumahnya berkeluasan kira-kira 0.14 hektar membuahkan hasil apabila mampu meraih pendapatan sampingan pada setiap minggu. Beliau adalah Ismail Md Isa berumur72 tahun yang menanam sebanyak 50 pokok batang kedondong sebagai permulaan dimana ia telah mengeluarkan buah sehingga 500 kilogram sebulan untuk dipasarkan sebagai buah segar di Kuala Lumpur selain ada mendapat permintaan di Thailand. Beliau dakwa dimana pokok tersebut mudah dijaga dan beliau memasang harapan untuk dapat meluaskan lagi tanamannya dengan mencuba menanamnya di tepi sawah selepas ini. Dinyatakan dimana sebenarnya pokok kedondong ini adalah perancangan sebagai punca pendapatan sampingan sahaja kerana sebelum ini saya adalah nelayan selama beberapa tahun di Hutan Melintang, Perak. Buah kedondong yang dihasilkan ini akan dituai mengikut jadual yang diatur dengan peraih yang datang kekebunnya. Penulis blog juga beberap kali membuat tinjauan teknologi penanaman pokok kedondong secara komersil seperti di Felda Pemanis berada Segamat dan di Melaka dimana mereka kebanyakannya juga memproses sendiri untuk dijadikan jeruk kedondong. Pada penulis blog siapa yangtidak kenal dengn jenama Jeruk Kedondong Pak Ali yang popular dari Pulau Pinang. Syarikat Jeruk Pak Ali ini memang pembuat pelbagai jenis jeruk yang sangat terkenal di Malaysia dimana bagi jeruk kedondong sahaja ia mempunyai beberapa pilihan untuk di beli dan ujirasa. Semuga artikel kali ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!.
DALAM PASU... MUDAH MENJAGANYA...
LEPAS SETAHUN ... BERBUAHNLAH DIA...
DI BUAT JERUK... ENAK DINIKMATINYA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysi
(11 Syawal 1442H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.