Jadual 1: Jenis Penyakit Berkaitanan Tikus
Jadual 2: Kadar Infestasi Tikus
Kawalan Tikus boleh dilakukan dengan beberapa cara iaitu kaedah Kawalan Fizikal, Kawalan Mekanikal dan Kawalan Sanitari. Kawalan tikus yang melibatkan segala usaha yang dijalankan untuk meningkatkan tahap kebersihan persekitaran, mengurangkan bekalan makanan serta tempat perlindungan dan mengurangkan populasi tikus melalui aktiviti kawalan. Apa pun kaedah kawalan menggunakan pendekatan pengurusan pest (roden) secara bersepadu (IPM - Integrated Pest Management) yang meliputi 4 komponen utama iaitu (a) Survey yang termasuk pemeriksaan premis, penyediaan peta dan analisa, penyediaan laporan lengkap seperti kadar prevalen dan punca infestasi serta cadangan penyelesaian; (b) Mengenalpasti nilai “treshold” untuk menentukan tindakan kawalan bagi menghalang kerosakan dan membuat penilaian risiko; (c) Intervensi untuk pencegahan, mengurangkan populasi dan menghapuskan tikus; dan (d) Penilaian melalui pemantauan berterusan bagi memastikan kaedah kawalan menggunakan pendekatan IMP adalah berkesan dan ditambah baik sekiranya perlu. Pendahuluan Penggunaan bahan kimia adalah salah satu cara yang paling meluas digunakan dalam aktiviti kawalan tikus. Bahan kimia tersebut (rodenticide) kebiasaannya berbentuk umpan makanan, cecair dan juga debu. Terdapat dua jenis cara tindakan rodentisid iaitu secara serta-merta (akut) dan juga secara perlahan-lahan (antikoagulan). Racun akut bertindak secara pantas melalui sekali pengambilan manakala racun antikoagulan bertindak secara perlahan melalui pengambilan secara berulang dan seterusnya menyebabkan kematian akibat pendarahan dalaman. Aplikasi rodentisid mestilah toksik terhadap tikus dan pada masa yang sama selamat kepada organisma bukan sasaran. Aktiviti kawalan mesti dikekalkan sehingga paras eradikasi yang dikehendaki tercapai. Secara amnya, aktiviti kawalan menggunakan rodentisid adalah berjaya jika umpan tidak diganggu selama 2 minggu dan tiada kehadiran tikus baru dikesan. Cara penggunaan rodentisid mengikut jenis kesesuaian di kebun, dalam premis mestilah bersesuaian dengan lokasi, persekitaran dan kepadatan populasi tikus. Walau bagaimanapun kaedah penggunaan bahan kimia (rodenticide) tidak digalakkan digunakan di premis makanan kerana berisiko tinggi menyebabkan pencemaran makanan kecuali sekiranya infestasi tikus terlalu tinggi. Artikel ini ditulis dalam 3 segmen iaitu Part 1 dan Part 2. Semuga artikel ini memberikan info berguna kepada semua pembca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.
HAIWAN TIKUS... ADUH GELINYA....
MEMBAWA PENYAKIT... IA BAHAYA...
PERLU DIKAWAL... BANYAK CARA...
MEMBACA ARTIKEL... TAHU FAKTA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(11 Syawal 1442H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.