Thursday, April 22, 2021

TUKAR GETAH BEKU KEPADA LATEKS


PENOREH GETAH
disaran untuk menukarkan teknik torehan mereka daripada menghasilkan getah sekerap atau getah beku kepada menghasilkan getah susu atau Lateks. Ini kerana getah sekerap atau juga dipanggil sebagai 'Getah Buku' atau 'Lantun' merupakan susu getah yang teleh membeku dari hasil torehan batang pokok getah (Hevea brazilliensis) dan menjadi pilihan pekebun kecil sejak lama. 
Getah ini merupakan susu getah berwarna putih yang asalnya cair setelah proses torehan dan mengalir dari kulit pokok getah terus kedalam bekas atau cawan getah. Susu lateks ini akan dibiarkan selama sehari dimana ianya akan membeku. Getah adalah sejenis asli merupakan polimer hidrokarban yang cirinya adalah elastik dan kenyal yang terhasil dari koloid dari hasil torehan. Di kampong saya di Daerah Muar, Johor (Kini sudah menjadi Daerah Tangkak) getah sekerap atau lebih pupular sebagai beku menguasai hampir 95% pekebun kecil getah dimana meraka tidak lagi menoreh untuk mengutip getah susu cair lagi. Pekebun getah ini hanya memilih untuk menoreh bagi mendapatkan getah beku sebagai getah sekerap kerana mudah kerjanya walau pun harganya tidak sama dengan harga getah keping (SMR Standard). Zaman saya kanak-kanak dulu sekitar tahun 1960’an hingga 1970’an semua penoreh mengutip susu getah lagi. Lazimnya penoreh getah akan bangun awal pagi dan sebelum jam 7.00 sudah memulakan aktiviti menoreh getah menggunakan pisau toreh yang telah di asah untuk mempastikan ketajamannya. Pisau toreh yang tumpul menyebabkan hasil susu getah akan berkurangan. Penoreh getah akan membawa bekas untuk memungut getah beku dari setiap pokok seperti baldi atau tin. Ada yang memungut getah beku sekerap ini dengan tangan dan ada yang menggunakan kayu untuk mengelakan bau busuknya. Jika bekas ini kecil akan diikat dengan tali pada pinggang untuk mempercepatkan kerja memungut getah sekerap ini sambil menoreh. Bekas yang diikat dipinggang di panggil ‘TOLOK’ dikalangan penoreh dikampong saya dimana selalunya apabila tolok hampir penoh getah beku ini akan di pindahkan kedalam bekas guni plastik atau tin lebih besar. Semua getah beku akan dimasukkan dalam guni plastik atau lain-lain bekas untuk dikumpul dan dijual kepada pembeli yang menunggu disekitar kampong. Getah sekerap ini terjadi hasil dari tindakbalas koloid dalam susu getah selepas proses torehan. Susu Getah mengandungi banyak air dan apabila susu getah membeku akan menghasilkan getah beku yang kenyal dan air asid yang berbau ammonia dan busuk. Air ini jika terkena tangan atau baju penoreh akan menyebabkan bau yang kuat dan agak kekal lama. Ketika saya menoreh masa dulu (semasa cuti semester dari universiti) pastinya saya mesti menolong orang tua menoreh. Saya menggunakan kayu atau ranting getah yang ditajamkan untuk mencungkil getah beku dari cawan. Ini dapat mengelakkan bau air getah dari melekat pada tangan. Tidak apalah lambat sedikit mencungkil getah beku dalam cawan dengan kayu dan yang penting tangan tidak berbau. Ramai penduduk kampong sering gunakan limau nipis yang ada ditanam tepi rumah mereka untuk mencuci tangan yang terkena air getah beku dan memang berkesan sekali menghilangkan bau tersebut. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya bincangkan mengenai saranan pihak berkuasa untuk menukarkan kaedah kutipan getah sekerap kepada menjual susu getah cair (lateks) bagi meningkatkan pendapatan meraka seperti mana ia dilaporkan media untuk dijadikan bahan rujukkan semua.

Media Sinar Harian menyatakan dimana kini seramai 46,000 pekebun kecil dan penoreh di Negeri Kedah disaran beralih kepada inisiatif memasarkan susu getah atau lateks sebagai alternatif meningkatkan pendapatan antara 30 hingga 50 peratus. Mengikut Exco Pertanian dan Asas Tani, Azman Nasrudin penghasilan lateks iaitu susu getah cair bukan sahaja akan memberi pulangan lebih tinggi malah ia turut mengelak risiko kecurian berbanding getah sekerap. Kini ada kebimbangan terhadap ketiadaan pembeli lateks tidak menjadi persoalan memandangkan terdapat syarikat bersedia untuk berbuat demikian termasuklah komitmen daripada Perbadanan Kemajuan Getah Malaysia (Mardec). Sekarang ini lateks di Kampung Selamat, Daerah Sik di Kedah lateks akan dibeli Mardec yang datang kutip dua kali seminggu. Sekiranya lebih ramai nak hasilkan lateks maka pihak Mardec akan bersedia membelinya dengan jadual disesuaikan. Kalau lebih ramai sehingga 70 peratus penoreh menghasilkan lateks maka ada kemungkinan akan ada banyak kilang susu getah akan beroperasi semula. Dia berkata demikian ketika mengadakan pertemuan dengan pekebun kecil dan penoreh di Depo Pengumpulan Skrap (DPS) Kampung Selamat (Sila lihat fotoo disebelah). Memang sebelum ini kebanyakan penoreh menghasilkan getah skrap menyebabkan banyak kilang yang menerima lateks ditutup. Antara kelebihan penghasilan lateks adalah lebih cepat berbanding skrap yang mengambil masa beberapa hari sebelum dikutip. Kini Koperasi Depo Kampung Selamat turut mengambil inisiatif menghasilkan susu getah lateks dengan menerima pulangan lebih tinggi. Diharapkan dengan adanya inisiatif dilaksanakan koperasi tersebut dijadikan inspirasi kepada seluruh pekebun kecil di Kedah bagi meningkatkan pendapatan. Lebihan lateks yang menjadi sekerap boleh dijual buat kali kedua dimana ini akan menjadikan iaitu  pendapatan boleh meningkat mencecah 50 peratus. Harga semasa bagi lateks mencecah RM4.90 sekilogram dengan paras harga pengaktifan Insentif Pengeluaran Getah (IPG) tambahan RM0.90 berbanding harga sekerap mencecah RM1.90 sekilogram atau boleh diaktifkan IPG kepada RM2.50 sekilogram.

Media tempatan juga melaporkan dimana pihak k
erajaan perlu mempertimbangkan untuk menaikkan harga lantai getah sekerap daripada RM2.50 kepada RM4 sekilogram bagi meningkatkan pendapatan penoreh. Menurut Pengerusi Persatuan Penoreh Getah dan Pekebun-pekebun Kecil Daerah Padang Terap iaitu Ahmad Zulkifli dimana Malaysia masih kekal sebagai sebuah negara iaitu pengeluar getah seharusnya mampu menghasilkan pelbagai barangan berasaskan getah yang secara tidak langsung mampu memberikan pulangan kepada pemain industri tersebut. Sejak lama dimana kehidupan penoreh bergantung sepenuhnya kepada harga semasa getah dan kejatuhan serendah RM1.60 sekilogram sebelum ini yang jelas-jelas memberikan kesan kepada kehidupan harian mereka. Apa pun dakwanya dimana sepatutnya harga lantai getah sekerap dinaikkan kepada RM4 sekilogram jika mahu bantu penoreh. Apa pun jika kerajaan menaikkan harga lantai getah maka ramai pekebun kecil getah percaya cadangan ini mampu meningkatkan taraf hidup penoreh yang banyak terbeban dengan kos semasa katanya ketika dihubungi Sinar Harian. Penoreh juga antara kelompok yang terkesan disebabkan oleh harga semasa yang tidak menentu dan kehidupan mereka juga ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Kerajaan perlu berusaha untuk menstabilkan harga semasa getah dengan mengikut langkah Thailand yang memfokuskan penghasilan getah bagi penggunaan domestik getah asli seperti plastik, sarung tangan, tayar dan tiub untuk motosikal dan gelang getah. Kerajaan diminta untuk membuat pelaburan yang betul-betul berfaedah bagi industri getah di negara ini untuk jangka panjang kerana Malaysia adalah antara negara pengeluar getah terbesar selain Thailand dan Indonesia. Isu ini adalah turutan dari kenyatan kerajaan dimana harga getah sekerap mencecah RM2.88 sekilogram manakala harga getah Latex pula mencecah RM7.65 sekilogramInsentif Pengeluaran Getah (IPG) akan diaktifkan pada kadar RM2.50 sekilogram sebagai harga lantai minimum yang ditetapkan kerajaan untuk membantu penoreh.

Berlainan pula laporan media daripada Alor Gajah, Melaka dimana kebanyakan penoreh 
getah masih enggan untuk berpindah kepada kaedah penghasilan susu getah atau lateks kerana ia didakwa membabitkan proses rumit sedangkan harganya tidak terlalu jauh berbeza dengan penjualan getah beku. Penoreh mendakwa terpaksa menunggu susu getah berhenti menitik antara empat hingga lima jam sebelum mampu membawa keluar hasil dari kebun berbanding hanya perlu menoreh dan meninggalkan getah membeku dalam mangkuk hingga menjadi getah beku atau sekerap. Penoreh getah dikenali  Bukhari Yunus berumur 55 tahun nyatakan dimana sejak menoreh pada usia 20 tahun, dia tidak pernah menghasilkan lateks atau susu getah cair kerana ia membabitkan kerja disifatkan rumit berbanding menghasilkan getah beku. Waktu dulu harga getah tinggi tetapi sekarang harga getah sekerap cuma RM1.75 sekilogram dikampongnya. Jika dia buat getah cair (lateks) maka dia percaya harganya tidak terlalu tinggi hingga dua atau tiga kali ganda seperti dilaporkan. Beliau tinggal di Kampung Solok Limau Nipis, Masjid Tanah telah menjadikan menoreh getah sebagai salah satu kerja harian.  Dia mendakwa kini memperoleh antara RM100 hingga RM150 seminggu hasil daripada kegiatan menjual getah beku iaitu  pada harga purata antara RM1.70 hingga RM1.80 sekilogram. Dinyatakan jika dia buat getah cair maka dia kena bekerja dari subuh hingga petang untuk menoreh, menunggu susu getah berhenti menitik, mengutip dan membawanya keluar dari kebun. Banyak masa yang perlu dihabiskan sedangkan ketika ini dia hanya perlu bekerja dari jam 7 pagi hingga 9 pagi untuk menghasilkan getah beku. Waktu yang terluang digunakan untuk mengambil upah bertukang. Media melaorkan turutan daripada kenyataan RISDA Melaka yang menggesa 9,723 pekebun kecil getah di Melaka berpindah kepada penghasilan lateks kerana ia mampu melonjakkan pendapatan sebanyak 30 peratus. Dilaporkan kini RISDA Melaka bersedia membawa Perbadanan Kemajuan Getah Malaysia (MARDEC) membeli lateks daripada pekebun kecil, asalkan mereka bersedia melakukan anjakan dalam pengeluaran hasil komoditi itu. Apa pun pendirian seorang penoreh getah lain dikampung tersebut iaitu T Ganasenaran, 63 tahun berkata dimana dia tetap akan memilih untuk menghasilkan getah beku berbanding getah cair kerana ia lebih mudah sesuai dengan tenaga dan usianya yang sudah lanjut. Semuga akan ada inisiatif dan insentif sesuai bagi membolehkan lebih ramai penoreh yang akan menyambut seruan kerajaan agar menukar teknik penghasilan getah daripada gtah beku kepada getah lateks dimasa akan datang. Diharapkan artikel dalam blog anim agro technology subuh ini akan memberikan info berguna kepada pembaca semua. Wasallam... Arios Amigos!..
KERAJAAN SARAN... LATEKS PULA...
HARGA TINGGI... TOREHNYA LAMA...
PENOREH ENGGAN... APA SEBABNYA...
PERLU STRATEGI... PIHAK PELAKSANA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(9 Ramadan 1442H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.