Wednesday, March 10, 2021

TANAMAN ANGGUR - DICUBA

TANAMAN ANGGUR
(Vitis vinifera) atau grapes di Malaysia merupakan satu usaha yang agak jarang dilakukan tetapi ia  selalu dilaporkan didalam media sebagai 'tanaman suka-suka'. Beberapa akhbar memberikan liputan mengenai tanaman anggur yang mana ia berbuah dan pengusaha menjalankan penjagaan pokok mengikut amalan pertanian baik bertujuan untuk mendapatkan hasil berkualiti. Diseluruh dunia dimana aktiviti penanaman anggur pada masa ini didunia di monopoli oleh beberapa negara seperti China, Itali, Turki, Sepanyol, Perancis, Turki dan dan juga beberapa negara lain dengan purata pengeluaran melebihi 70 juta metrik yan setahun. Teknologi penanaman anggur telah mencapai tahap maju dimana penanaman berskala besar dan luas akan di buat mengikut sistem seperti estet dengan cara pengurusan yang baik. Penanaman secara kecil-kecilan juga banyak dijalankan oleh pekebun kecil dengan teknologi pengurusan yang hampir sama. Pemilihan varieti anggur yang sesuai penting untuk menghasilkan buah yang tinggi dan berkualiti dan tahan kepada penyakit. Bahan tanaman menggunakan keratan batang (vine cuttings) adalah sesuai digunakan jika tidak ada masaalah dengan nematod dan phylloxera. Bahan tanaman cantuman baji (bench graft) sesuai dengan pokok penanti yang tahan dari serangan tersebut. Buah anggur dilaporkan mengandungi bahan kimia piceatannol yang menghalang perkembangan sel lemak dalam badan. Tanaman ini pernah diusahakan secara komersil di Malaysia oleh beberapa syarikat tempatan tetapi sehingga kini belum menampakkan peratus kejayaan yang memuaskan. Ada beberapa syarikat di Selangor, Negeri Sembilan yang mengupah pakar-pakar menanam anggur daripada negara Thailand untuk menjadi pengurus malahan pekerja ladang tetapi masih banyak masaalah perlu diatasi. Minat orang Malaysia terhadap buah anggur memang tinggi dimana komoditi ini banyak diimport untuk makan segar. Buah anggur juga mudah dibeli di negara kita dan sering juga dijadikan 'buah tangan' untuk pesakit dihospital, bahan hantaran perkahwinan dan sebagainya. Artikel subuh ini saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai beberapa laporan akhbar aktiviti percubaan penanaman anggur yang menarik untuk dikongsi bersama pembaca blog.

Tanaman anggur di Bukit Mertajam, Pulau Pinang di sebuah restoren mampu menarik pengunjung. 
Demi memenuhi impian pelanggan dilaporkan seorang pengusaha restoran sanggup menanam lebih 30 pohon anggur bertujuan bagi merealisasikan tema perkahwinan dalam taman di premisnya. Usaha itu nyata berbaloi apabila sejak dua tahun lalu dimana Restoran Puncak Mutiara dekat Kampung Pelet mampu menampilkan suasana unik kepada pasangan pengantin bersama tetamu mereka yang mana berpeluang menikmati hidangan di bawah rimbunan dan gugusan anggur yang subur. Pengurusnya iaitu Mohamed Noor Azman nyatakan idea menanam pohon anggur bermula dari hasrat memperkenalkan konsep makan dalam taman (Sila lihat foto disebelah). Kini kawasan seluas kira-kira 8,000 kaki persegi pada lokasi paling tinggi di restoran itu dipilih sebelum pelbagai tumbuhan ditanam bersama pokok anggur yang dijadikan kanopinya. Idea mewujudkan makanan dalam taman ini bermula dua tahun lalu, kerana kami mahu pelanggan dapat makan buah-buahan segar yang dipetik mereka ketika berkunjung ke restoran. Kkemudian mereka mencantikkan taman ini sehingga ada pelanggan berhasrat mengadakan majlis perkahwinan di sini selepas tanpa sedar kawasan ini menjadi seperti taman. Bagi memastikan ia menepati tema perkahwinan dalam taman maka jumlah pokok anggur telah ditambah dengan memastikan seluruh ruang makan ditutupi sepenuhnya oleh daun dan buah yang berjuntai. Pokok anggur adalah sangat sensitif dimana sekiranya sebiji anggur dipetik terlalu awal maka tumbesaran gugusan itu akan mati secara perlahan-lahan. Perlu dijaga pokok anggur dengan teliti dan hanya majlis perkahwinan dibenarkan berlangsung di kawasan ini bagi mengelak anggur dipetik pelanggan yang tidak mengetahui kesukaran menanamnya. Dakwanya semenjak taman itu dibuka kepada tempahan orang ramai telah ada 12 majlis perkahwinan berkonsepkan dalam taman diadakan di situ yang boleh menampung sehingga 300 tetamu. Pohon anggur dalam taman itu tidak mempunyai musim tertentu untuk berbuah dan sebaliknya bergantung kepada penjagaan serta pemantauan rapi sepanjang masa memastikan anggur dapat berbuah subur. Buah anggur mengambil masa tiga bulan untuk masak dimanna ia juga menyebabkan kerja menjaganya perlu rapi jika mendapat tempahan awal untuk majlis perkahwinan yang mahu diadakan. Perkara utama yang perlu dilakukan adalah membuang semua daun bagi merangsang pertumbuhan daun baharu dan buah yang keluar bersama selain daripada  penjagaan baja serta air yang mencukupiDua pekerja menjaga taman berkenaan dan mereka perlu memastikan pokok anggur disiram sekurang-kurangnya dua kali sehari serta diberi baja mengikut masa ditetapkan. Syarat utama untuk buah anggur tumbuh dengan baik ialah memastikan daun pokok berkenaan sentiasa kering dan tidak boleh kena air. Putik buah anggur berwarna hijau, ungu dan merah yang bulat dan bujur akan muncul seawal dua minggu selepas pembuangan daun.

Berlainan pula dengan kisah anggur di Marang dimana u
saha seorang lelaki melakukan kajian selama lima tahun nyata membuahkan hasil apabila berjaya menanam lebih 30 pokok anggur iaitu terletak di kawasan rumahnya di Kampung Kelulut, Terengganu. Ia sekali gus membuktikan dakwaan kononnya pokok anggur hanya sesuai ditanam di kawasan sejuk sebagai tidak tepat. Beliau adalah Mohd Salleh berumur 26 tahun dimana kini telah mempunyai 14 jenis pokok anggur seperti black ozark, summer black, everest, isabella dan white malaga dari Amerika Syarikat, Perancis, Brazil, Russia dan Ukraine yang ditanam sejak 2015. Dia tidak belajar secara formal tetapi banyak melakukan rujukan sama ada melalui pembacaan atau secara dalam talian termasuk YouTube.  Minat menjadi dorongan utama saya selain mahu mencipta kelainan dan membuktikan dakwaan pokok anggur hanya boleh hidup di kawasan suhu rendah tidak benar. Sebelum menanam tanaman ini, saya terlebih dahulu menanam pokok strawberi dan berjaya mengeluarkan hasil setanding keluaran Cameron Highlands. Faktor cerewetnya menjaga pokok serta sebagai pokok manja menyebabkan dia berhenti menanam strawberi dan kemudian dia memberi tumpuan sepenuhnya kepada tanaman anggur. Pada peringkat awal pernah juga mengalami kerugian dan kegagalan teruk kerana kaedah yang diguna pakai silap selain benih anggur yang kurang berkualiti. Apa pun melalui pengalaman dia belajar selain tidak berputus asa dan meneruskan usaha itu termasuk membawa masuk benih anggur dari luar negara yang lebih berkualiti. Kini usaha tersebut kian membuahkan hasil apabila lima pokok terawal yang ditanam kini mengeluarkan hasil setiap Mei dan Jun setiap tahun. Biarpun terpaksa berbelanja lebih bagi tujuan mengusahakan tanaman termasuk proses membaja namun ia berbaloi dengan hasil yang diperoleh. Sejak tanaman itu mengeluarkan hasil memang dia tidak pernah menjualnya dan ia dipetik untuk dimakan sendiri selain meraikan tetamu dan orang ramai yang berkunjung. Kemudian selepas ia tular di media sosial maka ramai pengunjung dari seluruh negeri datang ke rumah untuk melihatnya sendiri dan saya tidak kisah berkongsi ilmu serta pengalaman dengan mereka. Apa pun berdasarkan kajiannya sendiri dimana tanaman anggur sangat sesuai ditanam di kawasan bercuaca panas seperti negara ini kerana ia membuatkan buah yang dihasilkan lebih manis berbanding buah yang dikeluarkan di kawasan bersuhu sejuk cuma saiznya lebih kecil. Pengunjung ada yang tidak  sangka pokok anggur boleh ditanam di kawasan panas kerana selama ini kita dimaklumkan ia hanya sesuai ditanam di kawasan bersuhu sejuk seperti Cameron Highlands. Pada beliau memang berbaloi kerana dapat melihat dan menikmati anggur segar yang baru dipetik daripada pokok.

Kes lain dimana di Melaka dilaporkan pokok anggur berbuah lebat di halaman rumah pesara tentera. Kisah didalam Berita Harian menyatakan dimana k
einginan pesara tentera memetik sendiri anggur segar setiap hari telah menjadi kenyataan apabila pokoknya itu berbuah lebat walaupun ditanam di kawasan rumah teresnya di sini sejak lima tahun lalu. Beliau adalah  Sahat Mohammad berumur 53 tahun hasil kejayaannya yang mengusahakan tanaman itu di rumahnya di Taman Paya Rumput Indah, Alor Gajah dimana ini sekaligus mengenepikan tanggapan umum bahawa pokok anggur tidak mampu hidup di Malaysia kerana faktor iklim yang panas dan lembap (Sila lihat foto disebelah). Dakwanya memang agak mengejutkannya juga apabila anggur hijau yang ditanam sejak 2014 ini telah mengeluarkan buah sepanjang tahun walaupun kebiasaan hanya hidup subur di kawasan tanah tinggi atau kawasan pergunungan. Pada awalnya, saya membeli anak pokok anggur ini sekadar untuk cuba-cuba tapi tak sangka pula ia berjaya mengeluarkan hasil sepanjang tahun. Walaupun ada kalanya pokok anggur tersebut berbuat lebat akan tetapi dia tidak pernah menjual hasil buah itu sebaliknya hanya selalu diberikan secara percuma kepada jiran tetangga dan sesiapa saja yang berkeinginan merasainya. Dia lebih suka untuk  bersedekah saja supaya buah bertambah banyak tambahan pula tidaklah begitu susah untuk menjaga pokok anggur ini. Dakwanya lagi setakat ini dah masuk tahun kelima kami sekeluarga menikmati hasilnya yang dikongsi bersama jiran dan saudara-mara. Kini bagi menggalakkan lagi pertumbuhan pokoknya itu, dia menyediakan para besi selain membalut buah anggur dengan plastik bagi mengelakkannya rosak. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!...
TANAM ANGGUR... HOBI SAHAJA...
DIJAGA RAPI... BERBUAH JUGA...
KAWASAN KECIL... MUDAH JAGA...
SECARA KOMERSIL... MASIH TIADA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(24 Rejab 1442H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.