Tuesday, March 9, 2021

PANAMA CANDLE STICK TREE

KENALKAH ANDA dengan sejenis tumbuah berbuah yang pelik dan unik dikenali dengan nama Pokok Buah Batang Lilin Panama atau Panama Candle Stick Tree?. Rasanya memang mungkin memang ramai kalangan rakyat Malaysia yang belum pernah lihat pokok dan buahnya kecuali apabila google di  internet untuk melihatnya. Tumbuhan ini adalah mempunyai buah yang keadaan isinya berserabut seakan berbentuk sebuah lilin menyamai sebagai isi buah batang lilin. Tanaman pokok batang lilin ini dilaporkan merupakan tanaman yang buahnya berbentuk lilin dan jarang dijumpai. Jadi sangat mudah diduga mengapa diberikan namanya sedemikian rupa kerana pastinya ia berkait rapat dengan bentuk buahnya yang agak panjang seperti batang lilin. Dikenali juga dalam bahasa Inggeris sebagai 'Candle tree' adalah sejenis tumbuhan dulu daripada daripada keluarga Bignoniaceae. Kajian para saintis pertanian menyatakan dimana pokok ini juga selalunya dirujuk dalam beberapa nama botani daripada sebagai Dacryodes excelsa kepada nama Parmentiera cereifera, Senna alata yang mana terkini dikelaskan pula kepada keluarga Fabaceae (kekacang). Nama lain diberikan kepada tumbuuhan ini seperti Candelabra bush, Empress Candle plant, Candlestick tree dan juga sebagai Ringworm tree. Pokok ini lazimnya adalah natif dan terdapat di Panama namun terdapat juga pokok ini ditanam sebagai koleksi iaitu berada di beberapa taman botani terkenal di dunia. Pokok ini tumbuh sehingga 6 meter tinggi dengan mempuniai bentuk buah seperti beri (berry) cuma bentuknya yang panjang sehingga 60 sentimeter panjang. Ia berwarna hijau semasa muda dan akan berubah kepada kuning apabila semakin matang dan bentuknya seperti lilin. Walau bagaimanapun sehingga kini tidak banyak dlakukan kajian dan penelit yang lebih mendalam terhadap kaedah penanaman pokok ini dan kegunaannya. Walau bagaimanapun didapati di kawasan-kawasan yang mendapat hujan yang tinggi menyababkan pokok-pokok ini tumbuh agak cepat. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya paparkan sejenis tumbuhan unik dan sukar dijumpai iaitu pokok Panama Candle Stick Tree untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan anda semua.

Dilihat mengenai ciri-ciri pokok Pokok Lilin (candle tree) ini memang tumbuh menegak dengan perlukan hujan yang banyak dan lembab.  Biasanya pokok ini berjambak dan mempunyai jenis daun bersaiz sehingga 5 cm lebar dan panjang dengan ada sebanyak 3 - 4 helai. Daun yang berwarna hijau ini empunyai gerigi pada bahagian tepinya. Tumbuhan ini juga mempunyai bunga yang berbentuk corong dengan 5 kelopak berwarna putih atau kuning kehijauan. Bunganya keluar daripada batang utama dan dahan dengan berwarna kuning keputihan dan berangkai. Paling unik adalah bentuk buahnya yang berbentuk tirus berjuntai ke bawah dan boleh mencapai ukuran panjang sekitar diantara 20 - 60 cm panjang. Uniknya dimana buah pokok lilin walaupun berserabut tetapi boleh dimakan mentah atau dimasak. Dalam banyak kenyataan ia memang dilaporkan mempunyai rasa seakan-akan menyerupai rasa tebu.Ia manis dan berserabut apabila masak. Dari segi sejarah sebenarnya pada zaman dulu buah ini dijadikan sebagai buah untuk perubatan tradisional bagi kaum Maya di zaman Mesoamerica pada kurun ke 16 lagi. Walau pun kini sudah agak jarang dikenali dan digunakan di tempat asal mereka tetapi ada beberapa kegunaan tradisonal seperti dibuat jeruk untuk dimakan.

Walaupun pokok lilin Panama dapat disesuaikan dengan pelbagai keadaan iklim tetapi adalah paling kerap ditemui di kebanyakan hutan-hujan. Pokok ini dapat menyesuaikan diri dengan pelbagai keadaan iklim malah didapati hidup di kawasan sejuk sederhana kerana boleh menahan frosts sederhana. Ada dakwaan dimana didalam perubatan tradisional masyarakat pribumi Mexico sejak zaman purba Aztec ladi dimana ada bahagian-bahagian pokok lilin ini digunakan untuk merawat penyakit buah pinggang, senak perut, selesema dan jangkitan telinga. Mereka menjadikan 50 gm daun yang dijadikan teh dan dicampurkan ke dalam 1 liter air sebagai minum harian. Untuk jangkitan telinga, bola kapas direndam ke dalam campuran tersebut dan dimasukkan ke dalam telinga. Buahnya yang muda adalah hijau putih dan apabila matang ia akan menjadi hijau muda kecoklatan. Bunganya yang berbentuk seperti loceng ini apabila mekar akan didebungakan oleh haiwan kelawar dan juga kupu-kupu iaitu pada malam hari.  Bunga akan keluar daripada pokok matang dengan banyak bunga dan buah akan dihasilkan disepanjang tahun. Buah yang masak ada juga yang mendakwa mempunyai aroma sepeti buah epal. Buuahnya juga mempunyai rasa sedikit masam dan manis yang menyerupai cili belpepers dan air tebu.

Pokok Lilin Panama (Parmentiera cereifera) ini berasal daripada nama latin iaitu 'Vera' yang bermakna Lilin (wax) serta perkataan 'fero' yang bermakna sebagai 'Bawa' atau 'Carry'. Ia berkait dengan 'candle' atau lilin yang perlu dipegang kelihatannya untuk membawanya. Memang terdapat beberapa gelaran lain buah lilin ini seperti dikenali dengan nama Pale de Cera, American Camburita, Arbol de Vela dan Paalo de Velas. Bagaimana pun dikalangan penduduk tempatan jenis buah lilin yang panjang jarang ditanam dan digunakan berbanding dengan jenis yang pendek dan sederhana saiznya. Jenis panjang ini lazimnya ditanam hanya sebagai pokok hiasan sahaja. Tumbuhan ini walau pun ada faedahnya tersendiri akan tetapi semakin pupus dan kini disenaraikan untuk dilindungi dibawah IUCN (International Union for Conservation of Nature). Jenis buah lilin yang panjang untuk ornamental jarang dimakan tetapi ada beri yang kadang-kadang dipetik dan dimasak sebelum dimakan. Bila dipisahkan bijinya dipanggang (roasted) dengan kulitnya boleh dijadikan makanan diproses. Buah muda ada yang akan memotognya dan dijadikan makanan seperti salad atau pun jeruk (pickles). Kadang kala hidangan buah lilin ini ada dijadikan hidangan istimewa di beberapa restoren dan hotel (Sila lihat foto disebelah). Ada peminat yang mekan buah lilin besama dengan cilantro, rosemary, oregano, herba lain seperti cumin, cili, kekacang, lada hitam dan tomato sebagai hidangan yang eksotik. Biasa mesti dimakan sebaik sahaja disiapkan hidangannya untuk citarasa terbaik. Pernah dilaporkan diaman masa dulu masyarakat Mayan gunakan sebagai julap atau membersihkan perut (digestive cleanser). Khasiat buah ini dikaitkan juga sebagai penyembuh demam selsema dan bahagian daunnya yang dikeringkan dijadikan sebagai minuman teh herba yang baik merawat sakit tekak dan tonik kesihatan. Ada juga kalangan penduduk di Mexico dan Amerika Tengah yang menggunakan buah linin inii sebagai makanan ternakan ruminan. Dilaporkan dimana lembu dan kambing yag diberi makan bbuah lini apabila dimakan dagingnya mmpunyai aroma seperti buah epal sama seperti baru buah lilin. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!..
BUAH LILIN... ASALNYA PANAMA...
BENTUKNYA PELIK,.. JARANG JUMPA...
DIJADIKAN UBAT... DULU KATANYA...
MEMBACA ARTIKEL... DAPAT ILMUNYA...


By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(25 Rejab 1442H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.