Sunday, February 21, 2021

TANAM BULUH - APA MEDIA KATA

PENANAMAN BULUH (Bamboo Tree) merupakan satu aktiviti yang berpotensi dilakkan di Malaysia dengan kesesuaian cuaca, kesuburan tanah dan potensi penghasilannya. Walau pun buloh lebih dikenali sebagai tumbuhan yang tumbuh meliar akan tetapi telah ada kesedaran banyak pihak untuk mencuba memajukannya sebagai salah satu tanaman berpotensi. Saya ada menulis berpuluh artikel mengenai pokok dan potensi tanam buluh sebelum ini (Sila klik disini) dan banyak lagi artikel tentang buloh. Pokok Buloh adalah sejenis tumbuhan dari keluarga Poaceae untuk penghasilan rebung buloh dan kayu buloh yang agak kurang diperkatakan kerana pokok buloh dikatakan jenis rumpai yang agak sukar untuk dimusnahkan apabila ia telah hidup subur dan membiak disuatu kawasan. Bagaimana pun kini telah ada usaha menanam buluh rebung madu (atau padu) yang bersaiz kecil rumpunnya untuk ditanam secara komersil yang banyak di usahakan diutara Semenanjung Malaysia (Sila baca artikel saya sebelum ini (Sila klik disini). Pokok Buloh mempunyai banyak jenis dimana ia dikatakan ada 70 genera dan lebih dari 1,000 spesis daripada yang jenis renek untuk tanaman hiasan sehingga pokok buloh yang besar didalam hutan belantara. Kebanyakan pokok buluh digunakan dalam industri seperti pembuatan perabot, bahan lantai rumah, kayu pagar, untuk anyaman buloh, bahan api, bakul sayur, bahan arang dan banyak lagi. Rebung buluh satu-satunya bahagian yang keluar dari pangkal pokok dipermukaan tanah untuk ia membiak dan isinya masih lembut lagi. Kekerapan menuai rebung buloh membolehkan lebih banyak anakbenih (rebung) akan dikeluarkan daripadaperdu pokok buloh. Persoalannya adalah industri menanam buloh ini mempunyai potensi baik sebagai satu lagi jenis komoditi yang boleh menguntungkan?. Dalam saya membuat tinjauan dalam website mendapati belum ada kertaskerja untuk menanam buloh rebung dan agak sukar juga mendapatkan 'cashflow' tanaman buloh di Malaysia. Terdapat beberapa jenis buluh di Malaysia yang paling banyak digunakan dan juga memiliki nilai ekonomi yang tinggi di pasaran. Buloh tersebut adalah adalah seperti jenis Buluh Duri (Bambusa bambos L), Buluh Minyak (Bambusa vulgaris), Buluh Betong (Dendrocalamus asper), Buluh Tali (Gigantochloa apus), Buluh Batu (Dendrocalamus strictus) dan Buloh Andong (Gigantochloa pseudoarundinacea). Artikel subuh ini saya menilis dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai laporan media berkaitan kempen penanaman buluh dan bangkangan oleh pihak lain mengenai usaha ini bagi dijadikan bahan rujukan pembaca semua. 

Akhbar Berita Harian (BH) pernah melaporkan artikel bertajuk '
Industri penanaman buluh diperluaskan' dimana kerajaan ketika itu iaitu Pakatan Harapan (PH) cuba memperkenalkan penanaman buloh selepas menyedari faedah tanaman itu yang boleh menjana pendapatan baik kepada rakyat. Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi kerajaan Pakatan Nasional (PN) terkini iaitu Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata kerajaan terdahulu tidak menyemarakkan industri buluh dimana ia kini perlu dilaksanakan menerusi usaha berganda bagi menguar-uarkan tanaman komoditi baharu itu secara lebih meluas. Beliau berkata dimana penanaman buluh memerlukan sentuhan komersial selain penyediaan bantuan berupa dana dan pembiayaan bagi menjayakan inisiatif berkenaan. Kementerian mengambil inisiatif menyambung penanaman buluh kerana melihat kegagalan kerajaan lalu meneruskan dan menyemarakkan industri ini, terutama kegagalan mengurus dan berkempen. Peluangnya sangat besar yang boleh kita ambil peluang, maka apa yang kita buat adalah berkempen besar-besaran. Pertama sekali berkempen mengenai sudut penanaman. Selagi buluh diambil secara biasa menerusi ladang hutan daripada Orang Asal dan orang kampung, maka tidak ada bekalan secara konsisten yang boleh dibekalkan kepada industri ini. Menyentuh usaha merancakkan penanaman buluh dimana kerajaan akan memastikan aspek perladangan tanaman buluh dilakukan secara komersial dengan menyediakan bajet dan pembiayaan kepada pihak berminat. Langkah itu didakwa mampu menarik pelabur di peringkat hiliran supaya buluh dapat diinovasikan. Dinyatakan jangan lihat buluh sebagai buluh semata-mata, sebaliknya lebih daripada apa yang kita dapat hasilkan seperti papan lapis, arang dan sebagainya. Kelemahan lalu akan kita baiki dan sempurnakan untuk kebaikan rakyat kerana ia memberi pendapatan baik kepada rakyat Malaysia.

Dalam laporan lain BH bertajuk '
Buluh tidak akan ganti sawit sebagai komoditi utama negara' dirujuk nmengenai perkara sama. Di Kuala Lumpur melaporkan  Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi tidak berhasrat untuk menggantikan komoditi utama negara iaitu kelapa sawit dengan tanaman buluh. Satu kenyataan oleh menterinya, Datuk Dr Mohamad Khairuddin dakwa iaitu kementerian sedang memperkasakan lagi industri sawit dengan kajian teknologi terkini dengan memperluaskan pasaran di luar negara serta mempelbagaikan produk nilai tambah makanan dan meneruskan pelbagai kajian mengenai kebaikan dan manfaat sawit kepada dunia. Kementerian sedang meneroka peluang buluh sebagai satu lagi komoditi masa depan di samping pelbagai lagi produk komoditi lain. Bagi tujuan membangunkan industri buluh pihak kementerian telah menyenaraikan tanaman itu sebagai antara tanaman hutan yang perlu dikomersialkan menerusi Program Pembangunan Ladang Hutan (PPLH) bersama-sama dengan lapan lagi spesies tanaman hutan iaitu getah TLC, Akasia, Kelampayan/Laran, Batai, Jati, Binuang, khaya dan Sentang. Dimaklumkan baki terkini peruntukan PPLH berjumlah RM85 juta. Kementerian saya sedang dalam proses mengubah skim pinjaman ini kepada pembiayaan patuh Syariah. Bagi tujuan membangunkan lagi industri buluh pihak kementerian melalui Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia kini dalam proses menghasilkan Pelan Tindakan Pembangunan Industri Buluh Malaysia 2021-2030. Dari segi prospek buluh pula secara umumnya saiz pasaran buluh global adalah besar iaitu berjumlah AS$68.80 bilion (RM293.81 bilion) pada 2018. Buluh boleh digunakan untuk menghasilkan papan lapis, perabot, makanan, fabrik, kraftangan, kutleri, pembinaan, eko-pelancongan dan bahan bakar seperti pembuatan arang dan pellet. Peluang pasaran ini perlu diteroka kerana Malaysia mempunyai kelebihan dari pelbagai segi untuk usaha dalam membangunkan industri buluh. Dilaporkan buluh mampu menjana anggaran pendapatan bersih sebanyak RM36,000 sehektar iaitu selepas menolak kos tanaman buluh termasuk kos buruh, anak pokok, penyelenggaraan dan pengeluaran sehektar sebanyak RM28,000 sehektar. 

Perak bakal menjadi hab tanaman buluh negara melalui kerjasama bersama Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) yang akan membantu didalam menghasilkan benih buluh bermutu tinggi melalui kaedah tisu kultur. BH dalam artikelnya melaporkan dimana Negeri 
Perak akan dibimbing MITB daripada segi aspek penanaman, pemasaran, kaedah semaian dan penyelidikan dengan menjadikan negeri itu sebagai tapak semaian beberapa jenis baka buluh yang terpilih. Pengumuman berhubung cadangan menjadikan Perak sebagai hab tanaman buluh negara itu diumumkan sendiri oleh Menteri Industri Utama, Teresa Kok yang akan datang ke Perak pada 13 Oktober ini yang akasemasa sambutan Hari Buluh Sedunia. Didakwa oleh pihak tertentu dimana industri tanaman buluh sebenarnya mempunyai potensi yang sangat besar dan sudah jauh berkembang di beberapa negara dan teknologi mereka sudah jauh ke hadapan berbanding Malaysia yang masih agak ketinggalan. Perak mengalu-alukan apa sahaja usaha termasuk kaedah dan teknologi baharu untuk memajukan industri berkenaan supaya ia dapat dikembangkan dengan baik. Pihak MTIB mengalu-alukan hasrat dan kesediaan Perak dalam menjadi peneraju dan menjadi hab tanaman buluh negara serta menjadi contoh kepada negeri lain dalam mempelopori industri tanaman buluh di negara ini. Mengenai penubuhan tapak semaian buluh yang dirancang dibangunkan di negeri ini, beliau berkata ia akan dilaksanakan di atas sebidang tanah seluas kira-kira 1.6 hektar milik MTIB di tapak perindustrian perabot Perak yang terletak di Lahat. Jika wujud peruntukan pada pembentangan Belanjawan 2020 maka akan laksanakan dan akan bangunkan kawasan berkenaan sebagai tapak semaian. Buluh matang dalam tempoh tiga tahun (3) dan dalam tempoh berkenaan lazimnya rebung buluh yang dikeluarkan juga boleh memberikan hasil dan nilai tambah selain daun buluh yang ketika ini sudah boleh diolah untuk penghasilan teh. Ketika ini terdapat 20 jenis buluh yang berpotensi tinggi digunakan dalam industri pembinaan dengan empat daripadanya terdapat di Malaysia iaitu buluh betong, buluh beting, buluh minyak dan buluh duri yang didakwa mempunyai nilai komersial yang cukup tinggi dan boleh ditanam secara meluas di negara ini kerana faktor tanah dan iklim yang sangat sesuai. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
TANAM BULUH... MACAM MANA...
SEKEJAP ADA.. SEKEJAP TIADA...
HENDAK LAWAT... ADA DIMANA...
BAGUS JUGA... MERUJUK MEDIA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(9 Rejab 1442H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.