Sunday, January 31, 2021

INFO PENTING JAGUNG MANIS

TANAMAN JAGUNG MANIS (Zea mays) di Malaysia kini merupakan satu aktiviti yang mampu memberikan pendapatan baik kepada pengusahanya di negara kita. Penggunaan benih Jagung Manis Hibrid telah lama digunakan di dalam tanaman jagung dinegara kita yang mana sumber benih adalah hanya diimport. Terdapat tiga kategori hibrid yang biasa digunakan dalam pengeluaran komersial jagung manis. Diantara keistimewaan dan kelebihan yang diperolehi dari varieti-varieti hibrid jagung manis yang telah lama terbukti adalah dimana jagung hibrid berupaya memberikan mana-mana varieti pendebungaan terbuka atau komposit jika tanaman diberikan  persekitaran yang baik. Dalam pada itu diantara kelebihan penggunaan varieti hibrid ialah ia mampu memberikan hasil yang tinggi serta jumlah keseragaman sifat pokok yang tinggi terutama pada saiz tongkolnya. Kebanyakan jagung manis hibrid komersial berbunga serta matang lebih awal dari varieti komposit. Apa pun didapati walaupun ia berhasil tinggi tetapi pada amnya pokoknya adalah lebih kecil dan rendah daripada jenis komposit. Sementara itu antara beberapa perkara penting harus difahami dan diteliti bagi jagung manis varieti hibrid digunakan untuk pengeluaran perlu difahami petani. Ini kerana varieti hibrid perlu dibeli biji benihnya untuk setiap kali penanaman. Jangan sekali-kali menggunakan biji benih yang dihasilkan dari penanaman lepas untuk tujuan penanaman seterusnya walaupun telah dipilih. Ini adalah kerana faktur kandungan genetik dalam varieti tersebut berubah akibat dari proses penginbredan, menyebabkan penurunan hasil yang mendadak jika digunakan juga. Pastinya harga jualan biji benihnya adalah lebih tinggi sedikit daripada benih dari varieti pendebungaan terbuka. Pastikan sentiasa membeli beji benih dari penjual atau pengedar yang berdaftar agar varieti yang digunakan dapat dipastikan ketulenannya. Petani juga perlu pastikan varieti-varieti dengan gen pengawal kemanisannya berlainan tidak ditanam dalam satu kawasan secara serentak. Bercampuran dalam pendebungaannya akan mengakibatkan pembentukan bijian yang rendah kemanisannya. Keadaan ini sama untuk jagung yang sering ditanam berdekatan (ladang lain yang berhampiran) dan tidak kira samada varieti yang ditanam varieti komposit atau hibrid. Artikel malam ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai status penanaman jagung manis dan beberapa perkara teknikal asas yang dilaporkan didalam media tempatan yang perlu diketahui untuk dijadikan bahan rujukkan semua.

Dilaporkan dimana bagi wanita yang mengandung pastinya akan menyedari kepentingan pengambilan asid folik yang mencukupi bagi membantu melindungi bayi dalam kandungan daripada kecacatan dalam sistem sarafnya (kecacatan tiub neural) seperti spina bifida. Dilaporkan dimana masalah saraf itu boleh berlaku apabila pelindung yang melitupi saraf tunjang bayi tidak tertutup dengan sempurna dan memberi impak kerosakan saraf kekal. Justeru itu disarankan agar pengambilan 400 mikrogram (mcg) asid folik setiap hari sebaik sahaja bakal ibu merancang untuk hamil. Rutin itu perlu diteruskan bagi tempoh 12 minggu yang pertama kehamilan. Selain diambil dalam bentuk preskripsi dimana asid folik yang juga salah satu vitamin dalam kumpulan B boleh wujud secara semula jadi sebagai folat dalam sumber makanan harian. Antara sumber makanan mengandungi khasiat itu termasuk dalam jagung yang mempunyai pelbagai cara penyediaan enak seringkas direbus atau dijadikan sebagai hidangan berat. Menariknya mengenai makanan kegemaran rakyat Malaysia itu, ia mempunyai pelbagai khasiat seperti serat, beta karoten, vitamin A, vitamin B, vitamin C, vitamin E, vitamin K, folat, mineral seperti mangan, magnesium, zat besi dan banyak lagi. Dilaporkan dimana bagi jagung manis didakwa ia kaya dengan khasiat lengkap seperti protein, karbohidrat, kalsium, kalium, sodium dan beberapa jenis elektrolit lainnya. Antara hidangan mudah adalah seperti mengambil jagung manis dengan krim resipi ringkas dan sihat (Sila lihat foto disebelah). Makanan ini sangat mudah disediakan, mudah didapati dan sesuai diambil pada setiap masa.

Beberala laporan dari pakar nutrisi ada menyatakan dimana banyak kebaikan memakan jagung manis untuk kesihatan. Jagung Manis yang kaya dengan nutrisi seperti bahan antioksidan berdasarkan kepada beberapa kajian yang telah dilakukan di Cornell University, Amerika Syarikat mendapati dimana pasti jagung antara sumber yang kaya antioksidan. Manfaat antioksidan sememangnya terbukti mampu mengurangkan risiko kanser di dalam tubuh. Menerusi kebaikan tersebut juga dimana jagung juga boleh memperlahankan proses penuaan serta pernah dikatakan mampu mengurangkan risiko nyanyuk. Memakan jagug manis juga dilaporkan mampu melindungi jantung iaitu berdasarkan kepada satu kajian terhadap minyak jagung dilakukan mendapati ia memiliki kesan anti-aterogenik pada tingkat kolesterol merintangi risiko berbagai penyakit termasuk kardiovaskular atau jantung. Penggunaan minyak jagung dalam masakan harian dikatakan meningkatkan kesihatan jantung dengan membantu menstabilkan degupan jantung supaya ia sentiasa normal. Jagung juga mampu mencegah anemia. Kebaikan folat dalam jagung turut mempunyai kebaikan mencegah anemia. Justeru, disarankan untuk mengambil makanan yang mengandungi vitamin B12 dan juga folat yang dapat membantu zat besi untuk membentuk sel darah merah yang baharu. Berikut dipaparkan resipi membuat makanan iaitu Jagung Krim yang didakwa menakan sihat.  Bahan-bahan digunakan adalah 3 cawan jagung, 1/2 cawan krim masakan, 2 sudu besar mentega, 1 sudu teh gula, 1/4 cawan susu dan juga 1/2 sudu teh garam. Cara Penyediaan adalah dimana jika gunakan jagung segar maka di pastikan isi jagung dipisahkan terlebih dahulu dari tongkolnya. Masukkan mentega di atas kuali leper, kemudian masukkan 2 1/2 cawan jagung dan masak dalam tempoh 4 minit emudian ditutup api. Kemudian dicincang baki 1/2 cawan jagung tadi dan ia di campurkan ke dalam jagung dimasak tadi gaulkan bersama garam dan gula. Seterusnya tambahkan krim masakan dan dimasak dalam api kecil selama 5 minit. Campurkan satu sudu besar tepung serba guna dan susu. Kacau sampai menjadi pekat. Ia sedia dihidangkan dan dimakan untuk mrnambah kesihatan.

Akhbar tempatan My Metro dengan artikel 'Jagung Merah Cipta Kelainan' sesuai penulis blog jadikan rujukkan. Dilaporkan dengan tekad kuat dimana 
seorang lelaki daripada Kampung Dusun Buloh, Pulai Chondong, Machang, Kelantan memilih untuk di kepada tanah dan nyata memberi hasil lumayan apabila mampu menjana pendapatan puluhan ribu ringgit. Beliau adalah Zailani Mat Ail yang berumur 48 tahun yang tidak pernah menyesal apabila mengambil keputusan berhenti bekerja sebagai pemandu lori (Sila lihat foto disebelah). Kini dia menjadi penanam jagung sebagai mata pencariannya selama 20 tahun untuk terus menampung keluarga. Walaupun terpaksa berpanas dan berhujan tetapi ia bukan menjadi halangan baginya malah semangatnya semakin membuak-buak untuk terus berbakti kepada tanah memandangkan ia lubuk rezeki kepadanya. Dakwanya pada awal 2018 selepas mengambil keputusan berhenti kerja dia mula menceburkan diri dengan tanaman nanas MD2 sebanyak 25,000 pokok di kawasan seluas 1.2 hektar menggunakan modal bernilai RM35,000 daripada Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM). Walaupun pulangan tanaman nanas ini lumayan dan mampu mencecah sehingga RM100,000 semusim akan tetapi ia mengambil tempoh yang agak lama iaitu lebih setahun membuatkan dia mengambil keputusan beralih kepada tanaman jagung kerana mampu membuahkan hasil dalam tempoh yang singkat iaitu dua bulan. Dia melihat tanaman jagung manis berpotensi untuk dikembangkan serta dikomersialkan. Dia mengambil keputusan menanam jagung dengan modal RM3,000 untuk mula menanam sebanyak 15,000 pokok jagung manis di atas tanah berkeluasan 0.4 hektar. Kebetulan di kawasan kampung ini banyak tanah yang ada pemilik akan tetapi telah terbiar menyebabkannya mengambil keputusan meyewanya untuk mengusahakan tanaman jagung manis. Kemudian tanah yang disewa ini dibajak dan dibina batas serta dipasang sistem pengairan sesuai untuk tanaman jagung manis. Penanaman dilakukan secara berperingkat-peringkat untuk memastikan hasil.

Kini antara tanaman dilakukan adalah jenis jagung 
merah yang semakin mendapat permintaan tinggi. Tanaman ini mengeluarkan hasil selama tiga musim dalam setahun dengan setiap musim memerlukan 65 - 70 hari untuk dipetik. Walaupun proses untuk penanaman jagung tidak rumit, akan tetapi dengan cara pengurusan tanaman betul termasuk apa yang paling penting adalah kawalan serangga bagi mengeluarkan hasil terbaik selain memastikan air kebun mencukupi iaitu sekali sehari siraman atau dua hari. Dia  hanya mempromosikan hasil tanaman itu menerusi laman Facebook (FB) dan ia sering mendapat permintaan pelanggan di negeri ini termasuk pelanggan luar di antaranya dari Kuala Lumpur serta Kedah. Sejak pada April 2020 untuk mencipta kelainan selain sebagai percubaan dia turut menanam jagung merah sebanyak 1,000 pokok dimana benihnya diperolehi dengan membeli daripada pembekal dari China dengan hanya bermodalkan RM100. Kini disebabkan permintaan terhadap jagung merah amat menggalakkam kerana isinya yang lemak dan manis menyebabkan saya menambah 6,000 pokok lagi pada Julai 2020 dan hasilnya dapat dikutip pada Oktober kemudiannya. Dia menjual jagung manis hibrid pada harga RM1 setongkol manakala bagi jagung merah pula RM2 setongkol. Mungkin menanam jagung dilihat agak mudah akan tetapi hakikatnya proses perlu dilalui agak rumit terutama jagung merah memerlukan penjadualan baja bersistematik dan kawalan atau pengawasan amalan MyGAP yang ketat bagi mencegah ia diserang ulat yang berpotensi merosakkan keseluruhan tanaman. Tanaman jagung ini risikonya adalah apabila diserang ulat, sebab itu sistem penjadualan serta pembajaan sangat penting. Bagi menangani masalah ulat di peringkat awal ialah membuat kawalan menggunakan baja dengan betul. Kini kebun yang diusahakan itu diuruskannya sendiri dan hanya menggunakan khidmat dua pekerja sambilan ketika awal penanaman serta mengutip hasil tanaman yang sudah matang untuk dikumpul dan dijual. Pada masa sama, saya juga mendapatkan nasihat dan bimbingan mengenai tanaman yang diusahakan menerusi aplikasi WhatsApp dalam 'group chat' Petani Kelantan dan Pertubuhan Peladang Kelantan yang dibimbing oleh pegawai pertanian. Kini dengan adanya tanaman ini juga ia memberi peluang pekerjaan kepada belia tempatan yang mengambil upah setiap kali musim menanam dan menuai hasil kerana jagung cuma mengambil masa 65 hari saja untuk dituai. Pada  kebiasaannya jagung matang dan boleh dipetik akan mempunyai isi yang padat selain kulitnya juga berubah warna hijau gelap. Kejayaannya pada hari ini tidak datang bergolek sebaliknya diraih selepas menempuh pelbagai cabaran dan rintangan kerana menceburi sektor penanaman jagung tanpa sebarang ilmu selain pernah mengalami kegagalan. Dia kini bersyukur kerana hasil titik peluh mengusahakan tanaman ini jelas membuktikan lambang kegigihan, kecekalan dan keberanian diri saya untuk terus mencuba sektor pertanian yang mampu meningkatkan taraf hidup keluarga. Dia juga telah merancang menanam benih jagung putih dan jagung hitam sebanyak 30,000 benih pokok di atas kawasan seluas  1.4 hektar di Kampung Batu 30, Machang dan berharap dapat memberi pulangan yang lumayan. Semuga artikel  ini imemberi info berguna kepada semua embaca blog anim agro technology semua. Wasallam!!!...
JAGUNG BERKHASIAT... UNTUK DIMAKAN...
BANYAK KAJIAN... SUDAH DILAKUKAN...
ADA ASID FOLIK... DAN ANTIOKSIDAN...
JAGUNG MERAH... ADA PERMINTAAN...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(18 JamadilAkhir 1442H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.