Saturday, January 30, 2021

BUNGA MATAHARI - TARIKAN PELANCONG

BUNGA MATAHARI
(Helianthus annuus) atau 'Sunflower' merupakan sejenis tumbuhan popular dari keluarga Asteraceae yang merupakan tanaman industri penting bagi beberapa negara. Penanaman pokok Bunga Matahari dikawasan beriklim temperate seperti di Eropah adalah untuk menghasilkan minyak sayuran dan pelbagai produk lain. Pengeluaran minyak dari biji bunga matahari telah dilaporkan menyumbangkan sebanyak 8% daripada jumlah pengeluaran minyak sayuran dunia dan merupakan pengeluaran minyak yang ke 4 terpenting didalam peggunaan minyak sayur selepas minyak dari kacang soya dan kelapa sawit. Terdapat 45 varieti atau kultivar tanaman sunflower diseluruh dunia didaftarkan dengan Royal Horticulture yang dikomersilkan. Antara beberapa varieti popular seperti Autumn beauty, Mammoth Russian, Kong hybrid, Large grey stripe dan sebagainya. Penanaman sunflower di Malaysia adalah untuk tanaman hiasan di kawasan taman bunga atau didalam pot dikeliling rumah. Bunga Matahari boleh tumbuh dengan baik di dataran tanah rendah sampai tanah tinggi dengan keadaan dimana sinaran matahari yang penuh serta tidak terlalu berangin. Tumbuhan yan tumbuh menegak ini unik kerana kedudukan bunga matahari akan sentiasa terus menghadap cahaya matahari dari timur dipebelah padi dan barat disebelah petang. B
unga Matahari boleh tumbuh dengan baik di kawasan tanah subur dengan saliran baik dan mendapat sinaran matahari yang banyak. Bunga matahari mempunyai banyak biji dimana didalam biji bunga matahari tersedia vitamin E serta C yang digunakan sebagai minyak sayuran yang kaya dengan bahan antioksidan. Bunga matahari yang besar dengan warna kekuningan dan coklat ditengahnya unik kerana ia sentiasa bergerak menghadap matahari pada siang hari.  Artikel subuh Jumaat kali ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai aktiviti penanaman bunga matahari atau sunflower yang boleh menjadi daya tarikan pelancong domestik berdasarkan daripada beberapa laporan artikel dari akhbar tempatan untuk rujukkan semua pembaca yang berminat.

Penulis blog berkunjung ke Perlis untuk mnyaksikan sendiri laporan Bernama bertajuk '
Ladang bunga matahari jadi tarikan di Perlis' sebagai salah satu daya tarikan. Ada yang kata siapa sangka Perlis kini mempunyai ladang bunga matahari yang tidak kurang hebatnya terletak di Taman Ular dan Reptilia, Sungai Batu Pahat dimana ia menjadi destinasi pilihan bagi pelancong domestik. Malah kalangan pencinta bunga matahari juga tidak perlu ke negara jiran yang terkenal dengan keindahan flora itu, lebih-lebih lagi ketika pintu sempadan negara masih ditutup akibat pandemik Covid-19 kerana ladang itu dibuka dengan mengambil inspirasi daripada ladang bunga matahari Lopburi di Thailand. Suasana indah berlatarkan panorama Banjaran Nakawan menerusi bukit Sungai Batu Pahat pastinya akan memukau para pengunjung yang ingin meluangkan masa di sini sekali gus menjadi lokasi terbaik untuk merakam foto kenangan sambil dikelilingi pokok bunga matahari yang kembang mekar untuk dikongsi dalam media sosial (Sila lihat foto disebelah). Ini terbukti apabila ladang bunga matahari milik Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis (PKENPs) dengan keluasan 1.21 hektar itu mencetuskan fenomena luar biasa setelah mencatatkan lebih 15,000 pengunjung dari dalam dan luar negara dalam tiga bulan pertama dibuka sejak akhir Disember tahun lepas. Ladang bunga matahari milik PKENPs ini dengan keluasan 1.21 hektar itu mencetuskan fenomena luar biasa setelah mencatatkan lebih 15,000 pengunjung dalam tiga bulan pertama dibuka sejak akhir Disember tahun 2020 (Perlis selalunya 'hijau' dengan isu pandemik covid19). Kkbanyakan pengunjung adalah daripada golongan remaja, bagaimanapun sejak taman itu dibuka kembali pada 10 Jun 2020 sebaik negara memasuki tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), berlaku penurunan pengunjung terutama yang berkeluarga. Didakwa dimana pelawat datang pada hujung minggu iaitu Jumaat, Sabtu dan Ahad. Pengunjung domestik akan bertambah apabila sektor pelancongan dijangka pulih dalam masa beberapa bulan ini.

Mengimbas kembali idea untuk membuka ladang itu, pihak kerajaan negeri pada asalnya kenalpasti kawasan taman itu adalah lembah (tanah mendap dan berair) serta tidak digunakan, bagaimanapun kakitangan unit publisiti dan promosi PKENPs mahu memanfaatkan kawasan itu sebagai produk alternatif dengan menanam pokok bunga matahari. Semanjak tahun
 2017 dan 2018 dimana kos asal dikeluarkan oleh pemilik tanah iaitu Encik Ibrahim dengan beliau membelanjakan wang sendiri untuk membeli biji benih tempatan namun percubaan menanam tanaman itu tidak menjadi selain tiada kepakaran. Kemudian pada tahun 2019 beliau mencuba benih sunflower jenis ‘oil’ dari Thailand. bagaimana pun setelah tiga kali percubaan akhirnya benih dari Thailand ini beri kesan positif sesuai dengan faktor cuaca dan tanah di sini. Temubual dnegan seorang petugas Taman Ular dan Reptilia iaitu Azmilah Kassim mendakwa proses penanaman pokok bunga matahari memakan masa selama dua bulan dengan penyemaian biji benih dibuat secara berperingkat bagi memastikan pokok terus tumbuh dan tidak terputus. Penjagaan pokok itu juga mempunyai cabaran apabila tanah yang mendap perlu sentiasa digembur selain turut terdedah dengan kehadiran serangga perosak seperti siput dan ulat serta memerlukan pemantauan berterusan.

Berlainan pula dengan artikel dari Sinar Harian bertajuk 'Ladang Bunga Mtahari menjadi tarikan di Bagan Datuk' yang menarik dikongsi. Mungkin orang ramai tidak perlu menunggu pintu sempadan negara sempadan Thailand dibuka untuk menikmati pemandangan ladang bunga matahari yang luas di negara jiran, Thailand kerana kini mereka boleh menikmati pengalaman yang sama di Bagan Datuk, Perak. 
Keindahan flora berwarna terang itu dapat dinikmati di ladang seluas 0.8 hektar di Bagan Sungai Burung di sini, menjanjikan panorama yang indah dihiasi lebih 2,000 pokok bunga matahari atau nama saintifiknya Helianthus annuusPemilik ladang Sunflower Garden, Khor Weng Kiang, 46, berkata hampir 400 pengunjung datang ke ladang beliau berkenaan setiap hari untuk bergambar bersama pokok bunga matahari gergasi itu selain menikmati aktiviti lain seperti memberi makan ikan dan itik diternak.  Dia bersama kakaknya serta lima lagi rakan membuka ladang berkenaan sejak tahun lalu dan ia dibuka untuk kunjungan setiap hari bermula jam 9 pagi hingga 7 petang dengan mengenakan bayaran bermula dari RM5 -  RM13 seorang mengikut had umur. Mereka telah mendapat idea untuk membuka ladang ini selepas melihat pelancong dari luar suka mengambil gambar dengan pokok bunga matahari yang tumbuh di tepi jalan. Dari situ mereka  melihat pokok bunga matahari mempunyai tarikan yang tersendiri dan kita mahu ladang ini menjadi sebagai lokasi pelancongan yang baharu di Bagan Datuk. Kebun seluas 0.8 hektar yang terletak di Bagan Sungai Burung menjanjikan panorama yang indah dengan dihiasi lebih 2,000 pokok bunga matahari atau nama saintifiknya helianthus annuus. Dia dakwa disebabkan jangka hayat pokok bunga matahari yang singkat maka dia terpaksa membahagikan penanaman pokok itu kepada tiga lot bagi memastikan ladang berkenaan tidak ketandusan pokok bunga matahari sekali gus menghampakan pengunjung yang datang dari seluruh pelosok negeri. Benih pokok ini sangat murah tetapi kos penjagaan pokok sangat tinggi kerana pokok ini selalu diserang serangga perosak dan perlu dijaga dengan teliti. Kebun miliknya itu turut menjadi lokasi pilihan pengantin baharu daripada pelbagai kaum untuk merakam foto kenangan di situ. Seroeng pengunjung sanggup memandu hampir tiga jam membawa anak perempuannya berumur 15 tahun ke ladang tersebut selepas ia menjadi tular di media sosial baru-baru ini. Dia sebenarnya memang sudah lama teringin untuk ke ladang bunga matahari seperti ini di Bangkok, Thailand tetapi keadaan tidak mengizinkan. Jadi bila lihat di media sosial ada terdapat ladang seperti itu di Bagan Datuk dia puna rasa teruja. Dilihat memang cantik kawasan ini yang penuh dengan bunga matahari yang besar. Ramai orang nampak gembira dan pengunjung memang sangat berpuas hati. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog aniim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
BUNGA MATAHARI... KUNING MENYALA...
BOLEH DITANAM... SUSUN JADUALNYA...
SUNGGUH MENARIK...BILA BERBUNGA...
RAMAI BERGAMBAR... HATI PUN SUKA...

By,
M Anem,
Senior AGronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,]Malaysia.
(8 JamadilAkhir 1442H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.