Dalam membuat rujukkan didapati dimana produk ini sebenarnya adalah sejenis hormon penggalak pertumbuhan atau dalam bahasa saintifiknya ia adalah sebagai 'Plant Growth Regulator (PGR)' yang mana mengandungi bahan aktif dikenali sebagai Chlorflurenol. Bahan Chlorflurenol ini sebenarnya merupakan sering digunakan di luar negara didalam teknologi bagi tanaman nanas mengeluarkan sulur (sliplets). Sebagai bahan penggalak pertumbuan (PGR) biasanya ia digunakan bagi tanaman nanas selepas setahun ditanam iaitu sebelum nanas mengeluarkan buah. Kajian mendapati penggunaan bahan PGR ini tidak meninggalkan sebarang sisabaki (accumulated residues) didalam tanaman nanas yang dijamin selamat untuk kegunaan manusia dan kelestarian alam sekitar. Di USA dilaporkan dimana penggunaan bahan Maintain® ini tidak menyebabkan kesan sisabaki dan hanya didaftarkan sebagai bahan pesticide yang khusus untuk dalam pengeluaran sukur nanas sahaja. Dalam pada itu produk ini juga digunakan didalam mengawal pengeluaran bunga dan buah olive dan buah citrus sebafai bahan penggalak pengeluaran debunga dan pembungaan. Bagaimana pun paling jelas adalah penggunaan Maintain® untuk pengeluaran sulur nanas sebagai bahan tanaman (planting material) telah dilakukan diluar negara dan juga di Malaysia. Sebuah syarikat penanam nanas dan membekal benih MD2 di selatan tanah air pernah menggunakan bahan ini didalam mengeluarkan benih nanas secara komersil.
Produk jenama Maintain® ini dilaporkan sesuai digunakan dalam pengeluaran sulur di beberapa negara bagi nanas jenis varieti Gold. Di USA dilaporkan dimana variet Gold yang lebih sesuai (susceptible) dalam tibdakbalas dengan produk Maintain® jika dibandingkan dengan nanas dari kumpulan tradisional seperti varieti dari Smooth Cayene. Pengurusan pengeluaran bunga dan buah nanas secara semulajadi perlu disesuaikan dengan penggunaan bahan aruhan pembungaan bagi membolehkan penuaian dilakukan dengan serentak mengikut jadual penuaian buah nanas. Tanpa aruhan makan buah yag dkeluarkan oleh pokok nanas akan tidak seragam dan ini akan menyukarkan proses penuaian dan pemasaran serta operasi kilang (bagi nanas kaleng). Di beberapa negara dilaporkan penggunaan bahan kimia Maintain® ini pada varieti nanas Gold didapati memberikan pulangan signifikan kepada petani dengan buah nanas berkualiti dan jumlah anak benih yang banyak. Di Malaysia pula apa yang penulis blog tahu memang masih kekurangan beberapa varieti benih nanas premium untuk dikembangkan seperti benih nanas MD2 dan Maspine yang selalu mendapat permintaan tinggi. Terdapat beberapa syarikat dan usahawan yang pernah menggunakan produk PGR Maintain® untuk mengeluarkan benih nanas MD2 dengan banyak (Sila lihat foto disebelah). Teknik baru dengan menggunakan bahan Maintain® ini yang mana formulasinya sebagai cecair mengandungi sebanyak 3.5 gram bahan 'active ingredient' (chlorflurenol) atau pun formulasi 3.5 g a.i. / fl.oz. atau pun unitnya 118 g a.i. / Liter.
Didalam usaha mengaplikasikan bagi pengeluaran sulur nanas, sebaiknya pemilihan pokok induk yang sihat dengan berat jisim pokok tersebut mencapai 3.5 kg keatas yang sesuai untuk dihormon. Sebaiknya pokok nanas yang dipilih untuk dijadikan 'bank benih' ini perlu dijaga dan dirawat daripada peringkat awal lagi dengan pembajaan dan pengagaan dari perosak dan penyakit. Ada dinyatakan pembeniaan unsur baja Nitrojen (N) diberikan lebih dari awal dimana ia akan menyebabkan pokok gemuk dan besar. Jika pokok sudah mencapai standard besar maka seawal 6 bulan ia boleh dan sedia untuk dihormon dengan produk Maintain®. Hormon yang diimport dari USA ini boleh didapati dengan harga agak mahal sekitar USD100++ seliter (RM420++ seliter). Seperti dinyatakan diatas produk ini bukan mudah untuk dibeli di Malaysia dan memerlukan sedikit effort untuk mendapatkannya. Daripada kenyataan meeka yang pernah membuat rawatan ini dimana cara menyembur Maintain® bukan hanya pada bahagian tengah pokok seperti menyembur bahan aruhan pembungaan untuk pembuahan sebaliknya disembur pada keseluruhan pokok nanas tersebut. Pokok nanas tersebut perlu 'dimandikan' dan dilakukaan sebanyak 2-3 kali penyiraman atau semburan. Pokok nanas tidak perlu diberikan keadaan 'stress' seperti kaedah biasa pengeluaran benih nanas dengan mencincang potong atau buang daunnya. Lazimnya sulur nanas yang keluar akan membengkok sedikit seperti kayu hoki (Sila anda lihat foto disebelah). Bagi nanas MD2 dilihat jumlah sulur yang keluar berbeza-beza sekitar 5 hingga 10 sulur sepokok. Sulur ini akan membesar dengan saiznya menyamai sulur yang dihasilkan melalui kaedah biasa. Daripada tinjauan didapati teknik ini agak sukar untuk berjaya pada kali pertama penggunaan bahan tetapi ianya amat berjaya pada teknik pengunaan Maintain® kali ke 2 dan kali ke 3 dan seterusnya sehingga mencapai kadar kejayaan sehingga 90%. Sulur yang cukup saiz lebih 30 cm panjang boleh dikutip sekitar 6 - 8 bulan selepas semburan dengan Maintain® dan diikat untuk dihantar kekawasan penanaman nanas yang baru. Penulsi blog merujuk kepada label dimana untuk pengeluaran sulur nanas disyorkan kadar penggunaan Maintain® iaitu pada kadar 1 gelen seekar (atai 1 gelen dicampur dengan 250 gelen air) kepada tanaman nanas matang. Kadar pertukaran adalah dimana 1 gelen = 3.8 liter dimana bagi keluasan satu hektar diperlukan sebanyak 9.5 liter Maintain®. Juga ada disyorkan menggunakan bahan Etephon sebelum anda cuba menyembur bahan Maintain® dikebun. Kepada pengusaha nanas yang ingin menggunakan produk sebaiknya perlu mendapatkan ilmu terlebih dahulu kerana jika tidak memahami secara betl maka anda akan kecewa. Artikel ini sekadar memberi idea kepada pembaca bagaimana hendak memperbanyakan sulur nanas (slips) menggunakan produk sebagai satu alternatif. Penyelidikan dan kajian lanjut oleh pihak berwajib diperlukan dan laporan kajian perlu didedahkan kepada pemain industri nanas di Malaysia khususnya dan jangan disimpan sendiri. Semua artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology. Wasallam!...
PENGGALAK SULUR... PERLU DI CUBA..
ILMU DIPEROLEHI... SILA MEMBACA...
SUDAH FAHAM... APA LAGI SILA USAHA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist Expert,
Taman Cendana, Pesimpangn Bukit Beruang,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia.
15 RabiulAwal 1442H.
Terimakasih Tn Rizal Omar
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.