Daun pudina sering digunakan untuk membuat ubat sapu untuk merawat selsema, sakit kepala, kekejangan otot dan sakit-sakit badan. Minyak yang diperbuat daripada daun pudina dilaporkan boleh menghilangkan rasa loya serta kejutan dan mempertingkatkan konsentrasi. Lazimnya ramai tahu dimana daun pudina bertindak sebagai perangsang dan membantu penghadaman kepada mereka yang mengalami masaalah tersebut. Jika ada diantara pembaca blog ini minat menanam pudina maka ia boleh dilakukan keliling rumah sama ada diatas tanah terus atau pun didalam bekas lain seperti pasu atau bekas terpakai. Penanaman diatas tanah sebaiknya dilakukan diatas batas kerana tanaman pudina tidak boleh terendam. Selalunya pilih tanah campuran atau tanah jenis subur kerana tanah yang berbeza mempunyai keperluan penyiraman air yang juga berbeza. Buat campuran tanah atau beli yang siap bancuh kerana jenis tanah baik boleh membantu saliran. Tanah yang berbutir cepat menyerap air dan nutrient jika mengandungi tanah kompos. Sebaiknya gunakan 2cm hingga 4cm lapisan lindungan atau sungkupan dengan serat seperti daun kering serat tumbuhan, rumput kering di atas kawasan akar. Ini mengurangkan kehilangan air dari tanah. Jika jenis tanah adalah tanah liat sebaiknya tambahkan kompos atau gambut kepada tanah ini dan kacau hingga sebati, Cara ini dapat membantu pengudaraan tanah kerana lazimnya ia lambat menyerap ai dan hanya boleh menyiram mengikut kadar serapan air. Jika ia jenis tanah pasir disyorkan agar diatmbahkan bahan organik kepada tanah ini. Ini untuk mengelak air mengalir dengan cepat dalam tanah pasir. Kandungan bahan organik dapat membantu tumbuhan menyerap air. Sementara jika ia dari tanah gambut tidak menjadi masaalah serius.
Penyediaan semaian pudina dibuat dengan menaburkan biji benih dengan campuran pasir halus (1:1). Tabur selapis pasir halus bagi menutup biji benih dan letakkan sungkupan dari rumput keatas batas. Siram batas setiap hari. Anak benih kelihatan tumbuh selepas 3-4 minggu. Penanam Anak benih yang sihat ditanam dalam dua baris sebatas. Jarak tanaman disyorkan ialah 60 cm antara pokok dan 60 cm antara barisan. Lakukan penyiraman mengikut kesesuaian dan cuaca. Seterusnya adalah aktiviti pembajaan dimana penggunaan baja organik adalah perlu untuk kesuburan tanah. Baja perlu dibubuh di sekeliling pokok dan digaul kedalam tanah. Baja organik boleh digantikan dengan baja kompos iaitu campuran bahan-bahan buangan atau sisa pertanian yang mereput serta terurai melalui proses penguraian bakteria yang seterusnya menjadi baja semula jadi yang baik. Pembuatan baja kompos selalunya amat menjimatkan jika berbanding dengan baja organik. Kaedah membuat baja kompos adalah dengan kita memasukkan bahan pertama iaitu sisa makanan yang juga berupa sisa sayuran ke dalam acuan. Masukkan 1% najis ternakan dan disiram dengan air, kemudian tutup dengan lapisan rumput ataupun daun-daun kering. Amat perlu memampatkan lapisan ini dengan menggunakan cangkul dan siramkan air sekali lagi. Ulang langkah sehingga acuan penuh (sehingga 2 atau 3 kaki). Jangan lupa juga untuk melindungi campuran daripada terdedah, gunakan bekas-bekas atau pembalut yang sesuai dengan saiz kompos yang di buat. Terbalikkan adunan setiap dua minggu selepas sebulan adunan tadi disimpan. Baja kompos akan terhasil selepas 3 - 4 bulan. Lapisan kompos yang mengecil menunjukkan bahawa baja kompos itu sedang mengalami penguraian bakteria dan membuktikan baja kompos anda akan terhasil. Lapisan tadi jika digaul dengan turutan yang betul akhirnya akan dapat membentuk baja kompos yang berwarna kehitaman dan bolehlah mencampurkannya dengan tanah lain untuk tujuan tanaman atau pembajaan.
Penyiraman batas pudina dilakukan dengan menyiram 2 kali sehari. Pada peringkat awal pertumbuhan, air banyak diperlukan untuk tumbesaran. Lazimnya selepas 2-3 minggu maka menyiram sekali sehari adalah mencukupi. Penuaian daun pudina boleh dilakukan sebulan selepas menanam bergantung kepada pengurusan. Memetik daun pudina dengan potong gunakan tangan atau pisau dan kumpulkan dalam bekas kemudian dibasuh bersih. Daun pudina akan segar dalam satu hari sahaja tanpa disimpan dalam bilik sejuk. Ia lazimnya digunakan sebagai daun segar untuk mendapatkan aroma dan khasiatnya. Dalam amalan biasa daun pudina juga digunakan untuk membuat ubat sapu untuk merawat selsema, sakit kepala, kekejangan otot dan sakit-sakit badan. Kepada usahawan yang rajin, ia boleh juga menghasilkan minyak yang diperbuat daripada daun pudina. Minyak ini didakwa memang boleh menghilangkan rasa loya serta kejutan dan mampu untuk mempertingkatkan konsestrasi. Dalam dunia kosmetik, kegunaan daun pudina dikatakan dapat mengekalkan akan kecantikkan kulit, meredakan sakit tekak, boleh dijadikan ulam, meredakan batuk, demam, selsema, mengurankan tekanan dan boleh dijadikan minuman teh. Berapa ramai diantara kita yang ada menanam daun pudina sendiri disekelilin rumah dalam pasu.
Penyiraman batas pudina dilakukan dengan menyiram 2 kali sehari. Pada peringkat awal pertumbuhan, air banyak diperlukan untuk tumbesaran. Lazimnya selepas 2-3 minggu maka menyiram sekali sehari adalah mencukupi. Penuaian daun pudina boleh dilakukan sebulan selepas menanam bergantung kepada pengurusan. Memetik daun pudina dengan potong gunakan tangan atau pisau dan kumpulkan dalam bekas kemudian dibasuh bersih. Daun pudina akan segar dalam satu hari sahaja tanpa disimpan dalam bilik sejuk. Ia lazimnya digunakan sebagai daun segar untuk mendapatkan aroma dan khasiatnya. Dalam amalan biasa daun pudina juga digunakan untuk membuat ubat sapu untuk merawat selsema, sakit kepala, kekejangan otot dan sakit-sakit badan. Kepada usahawan yang rajin, ia boleh juga menghasilkan minyak yang diperbuat daripada daun pudina. Minyak ini didakwa memang boleh menghilangkan rasa loya serta kejutan dan mampu untuk mempertingkatkan konsestrasi. Dalam dunia kosmetik, kegunaan daun pudina dikatakan dapat mengekalkan akan kecantikkan kulit, meredakan sakit tekak, boleh dijadikan ulam, meredakan batuk, demam, selsema, mengurankan tekanan dan boleh dijadikan minuman teh. Berapa ramai diantara kita yang ada menanam daun pudina sendiri disekelilin rumah dalam pasu.
Apakah khasiat daripada daun pudina yang ditanam sendiri?. Ada sebanyak 18 jenis kebaikan darii daun pudina yang didakwa hebat oleh beberapa saintis. Daun pudina memang bertindak sebagai perangsang dan membantu proses penghadaman. Ia akan bertindak sebagai antiseptik, antiparasit dan antivirus.
Pemakanannya boleh merangsangkan tubuh badan mengeluarkan peluh dimana daun pudina ada digunakan untuk membuat ubat sapu untuk merawat selsema, sakit kepala, kekejangan otot dan sakit-sakit badan. Minyak yang diperbuat daripada daun pudina boleh menghilangkan rasa loya serta kejutan dan mempertingkatkan tumpuan. Ekstrak daun pudina digunakan dalam pembuatan ubat gigi mampu menyegarkan nafas anda. Jus daun ini segar dan boleh ditambah dalam minuman lain dan dijadikan perisa ais krim. Daun yang segar ini juga enak dimakan mentah sebagai ulam-ulaman atau bersama sambal belacan dan nasi putih. Pasti membangkitkan selera anda. Teh pudina menenangkan otot perut, melegakan kekejangan dan kesakitan perut (cramps and colic), menambah baik penghadaman lemak dan memudahkan perjalanan makanan dalam saluran sistem usus. Teh herba baik untuk kesihatan sindrom gangguan perut. Pudina adalah penyelesaian terbaik untuk masalah kekembungan dan angin perut. Penyelidikan menunjukkan pudina memiliki kemampuan sifat anti-cancer dan dapat menghalang pembentukan fungsi tumor. Faedah kesihatan pudina termasuk keunggulan kesannya keatas anti-inflammatory dan anti-viral, kerana ini dikatakan pudina bolih digunakan bagi membasmi bakteria. Ramuan herba ini dikira sebagai amat membantu kepada mereka yang menderita pelbagai penyakit penafasan seperti selsama, hidung berair, paru paru dan sebagainya. Pudina menjadi ramuan utam kepada ubat gosok dada dan minyak urut untuk melegakan symptoms penyakit penafasan. Pudina melegakan kekejangan dibahagian peranakan, dengan ini ia dapat membantu kitaran haid. Menjadi sumber galakan, teh pudina dapat membantu menghakis dan mengeluarkan kahak, dengan ini melegakan batuk berkahak dan kesakitan pada dada. Teh pudina bolih digunakan luaran, merawat gatal gatal kulit, luka, jangkitan, gatal gatal, athlete’s foot, dan banyak lagi masalah kulit. Teh pudin adalah diantara rawatan yang amat berkesan merawat bau nafas (halitosis). Semuga artikel ini dapat memberikan info berguna kepada pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!.TANAN DI PASU....IA DAUN PUDINA...
BENIH KERATAN... MEDIA DISEDIA ...
LEPAS SEBULAN... TUAIAN DIMULA...
JADI HOBI... AKHIRNYA GEMBIRA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
BENIH KERATAN... MEDIA DISEDIA ...
LEPAS SEBULAN... TUAIAN DIMULA...
JADI HOBI... AKHIRNYA GEMBIRA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(24 RabiulAwal 1442H).
Malaysia.
(24 RabiulAwal 1442H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.