Friday, November 27, 2020

TANAMAN PORANG BERKEMBANG LUAS

TANAMAN PORANG
(
Amorphophallus muelleri Blume) yang dahulunya kurang dikenali kini telah menjadi satu komoditi yang sering digilai petani dan berkembang meluas di negara jiran IndonesiaPorang atau biasa disebut iles-iles termasuk jenis umbi-umbian yang kini sedang ramai diperbincangkan dinegara jiran kita. Awal mulanya ada dimaklumkan dimana tanaman porang di Indonesia dulu dianggap sebagai sejenis tumbuhan liar bahkan masyarakat lokal juga telah sempat menganggap porang sebagai 'makanan ular' sahaja. Padahal umbi porang diluar negara kini menjadi produk yang sangat berharga (laku keras) disebabkan umbi porang didakwa memiliki banyak manfaat sehingga menjadi umbi yang ada memiliki nilai eksport begitu tinggi. Bahkan seorang petani bernama ‘Paidi’ berasal di Madiun, Jawa Timur telah agak lama menjadi viral dan kini sukses menjadi kaya (miliarder) berkat bertani umbi porang. Sebenarnya apakah dia umbi porang yang kini menjadi primadona di kalangan para petani?. Saya ada menulis beberapa artikel mengenai porang didalam blog ini untuk dibaca (Sila klik disini), (Sila klik disini) dan ada beberapa lagi dan menerima banyak pertanyaan. Umbi porang memiliki bentuk seperti pada umumnya umbi-umbian dimana umbi porang berserat halus dan berwarna kuning kecoklatan (Sila lihat foto diatas). Tumbuhan porang boleh tumbuh sekitar ketinggian 1.5 meter dan ia bergantung kepada faktur umur dan tahap kesuburan tanah. Hasil tuaian pada sepokok porang biasanya boleh menghasilkan 6-7 kg porang. Penulis blog percaya ramai kalangan opetani di Malaysia yang tidak mengenali tanaman ini. Umbi porang terdiri dari dua jenis iaitu Umbi batang yang berada di dalam tanah dan Umbi Katak atau Bulbil yang terdapat pada setiap pangkal cabang atau tangkai daun. Lazimnya bagi menanam porang kita boleh menanamnya dengan tiga cara. Pertama adalah dengan menggunakan Katak atau Bulbil yang muncul pada tangkai porang dimana sebaiknya Katak/Bulbil ini boleh di tanam semula sebagai benih tanaman pada tanah. Kedua adalah dengan cara menggunakan Buah atau Biji porang yang berasal dari bunga porang yang biasa muncul semasa pokok porang berusia 4 tahun. Ketiga adalah dari umbi porang yang telah dituai dan dikumpulkan, disimpan dimana ia kemudian dijadikan Benih. Namun begitu perlu diingat menanam umbi porang tidak semudah dijangka kerana banyak perkara yang harus di perhatikan dari segi benih, jenis tanah serta teknik amalan agronomi atau pengurusan yang tepat. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya paparkan artikel yang ke 6,129 mengenai bagaimana perkembangan tanaman porang di Indonesia terutama di kawasan Pulau Jawa, Sulawesi Barat (Sulbar) dan beberapa lokasi lain untuk dijadikan bahan rujukan anda pembaca semua.

Merujuk kepada beberapa artikel dan jurnal dari seberang yang penulis blog baca ada mendapati apa y
ang menjadikan umbi porang menjadi 'primadona' petani masa ini adalah disebabkan umbi porang banyak dieksport keberapa negara seperti Jepun, Taiwan, China dan Korea. Biasanya umbi porang dijadikan bahan asas untuk pembuatan kosmetik, ubat, ramen dan juga bahan industri termasuk plasik dan perekat. Umbi porang diproses menjadi 'chip' atau tepung porang dimana dijual dengan 1kg tepung porang sekitar RM174.00 (600.000 rupiah). Pihak kerajaan Indonesia kini menyokong penuh atas penanaman serta budidaya umbi porang ini. Mereka mengharapkan tanaman porang menjadi sumber ekonomi baru bagi para petani. Ini kerana dilaporkan oleh media tempatan dimana kalau dahulu porang dianggap sebagai makanan ular akan tetapi kini umbisi porang telah menjadi primadona baru di Jawa Barat (Jabar). Ini dirungkai keana memang belum ramai petani disana yang mengenali tanaman bernama porang. Padahal dilaporkan dimana tanaman jenis umbi-umbian ini punya nilai jualan yang memang tinggi dan menjanjikan keuntungan budidaya yang menggiurkan. Perkara ini telah dijelaskan oleh Sekretaris Daerah Jawa Barat bernama Setiawan Wangsaatmaja yang mendakwa tanaman porang masa kini telah menjadi salah satu komoditi yang menjanjikan pulangan lumayan. Ianya bukan sahaja memberikan berpeluang menjadi komoditi eksport malahan umbisi porang juga memiliki nilai jualan yang memang tinggi.

Perkara ini menjadikan ia sebagai satu peluang bagi petani dan pengusaha di Jawa Barat (Jabar) 
untuk tujuan mengembangkan lagi penanaman porang. Apalagi masih banyak lahan subur di Jabar yang dapat dimanfaatkan untuk menanam porang. Dakwanya lagi kalau dilihat skala tahap penanaman porang yang mana masih ia diusahakan oleh golongan individu bukan usaha tanaman secara besar-besaran.  Tanaman Porang sendiri juga dikenal dengan nama iles-iles adalah tanaman umbi-umbian dari tumbuhan spesies Amorphophallus muelleri. Porang dapat digunakan untuk bahan baku tepung, kosmetik, dan penjernih air. Kalau lihat segi khasiatnya didakwa ia sangat banyak dan mungkin lebih kegunaan dari yang dinyatakan tersebut. Kesempatan emas menanam porang mesti dimanfaatkan dengan baik untuk memberikan peluang pekerjaan dan pendapatan kepada pengusaha dan negara. Menurut kenyataan Ketua Pejabat atau  Kepala Dinas Tanaman Pangan dan Holtikultura Jabar bernama Dadan Hidayat mengatakan dimana pihaknya akan mendorong budidaya Porang di Jabar untuk meningkatkan kesejahteraan petani. Mereka kini sedang merancang program penanaman porang dengan menentukan kecukupan benih tanaman dan teknologi mengenai penjagaan tanaman tersebut.  Dinyatakan dinas iaitu tanaman porang merupakan tanaman yang sesuai ditanam pada musim hujan. Sebaiknya tanaman ini di kolaborasi kebun bersama hutan (perhutani) dengan tidak menjejaskan pokok hutan atau pokok balak sedia ada.

Bukan sahaj di Jawa Barat akan tetapi tanaman porang telah dikembangkan ke Sulawesi Barat (Sulbar). Artikel dari FAJAR.com dengan tajuk
'Porang, Tanaman Khas Sulawesi Selatan Jadi Primadona Internasional' menarik dirujuk. Umbi porang iaitu sejenis umbi-umbian yang dicari untuk keperluan bahan asas pembuatan kosmetik. Sebagai salah satu komoditi yang didakwa berasal dari Sulawesi Selatan kini umbi porang dieksport sehingga keluar negeri seperti China, Thailand, dan Jepun iaitu dalam kondisi kering dan dijual dengan harga RM11.60 - RM14.50 sekilogram (Rp 40 - 50 ribu per kilogram). Hanya pengusaha permu menanam dan memprosesnya dimana walau pun belum ada fasiliti mengeksport secara terus keluar dari Sulawesi akan tetapi ia akan diselaraskan. Pada masa ini pengeksportan produk proang hanya akan diuruskan melalui  pelabuhan di Pulau Jawa. Perkara ini juga telah menyebabkan kos pengeksportan menjadi mahal disamping waktu untuk menunggu produk dieksport lama. Isu ini menjadikan produk porang dari Sulawesi kurang berdaya saing dengan kawasan lain. Lazimnya keadaan umbi yang dieksport adalah dalam bentuk umbi kering untuk bahan makanan. Baru-baru ini dilaporkan dimana porang dari Kabupaten Bulukumba, Gowa, Maros, Sinjai dan Takalar telah dieksport dengan jumlah 52 metrik tan bernilai sekitar RM205,000 (Rp.709 juta) aiitu hantaran ke Vietnam. Sulawesi Selatan merupakan Provinsi yang memiliki sumbangan sekitar 30% dalam bidang hasilan pertanian. Ini merupakan kerja semua pihak. Ada dakwaan petani disini bernama Kasman seronok di wilayah Bantaeng mengaku jika dulunya menanam porang yang sering dilihat tumbuh liar di kebun miliknya ternyata jadi ladang rezeki baru setelah dia kini tahu akan manfaat dan harga eksportnya.

Tanaman porang juga berkembang ke Sulawesi Barat (Sulbar) dimana telah ada ratusan petani telah bergabung dalam Perkumpulan Petani Penggiat Porang (PPPN) dari enam kabupaten. Menurut kenyataan Ketua DPW PPPN Sulbar bernama Rayu mengatakan dimana tanaman porang memiliki daya tarik tersendiri dengan nilai ekonomik yang dilaporkan agak tinggi. Apalagi dimana masa ini sudah ada 12 buah kilang boleh memproses umbi porang di Sulbar dimana salah satunya berada di daerah Suppa, Pinrang. Anggota DPRD Sulbar dari PDIP ini sendiri telah menanam porang di kampungnya iaitu dikawasan Pasangkayu. Kebun porang seluas tujuh hektar yang selama ini hanya ditanam dengan jagung kini sudah diisi  tanaman yang dikenal dengan nama iles-iles dan termasuk ke dalam spesies Amorphophallus muelleri ini.  Beliau yang sudah kenal porang agak lama sejak 2-3 tahun lalu akan tetapi bermula Mac 2020 dimana memulakan kerja menanam di kawasan kebun seluas 7 hektar dimana sekarang sudah berbuah walau pun masih kecil. Dijangka pada Februari 2021 dijangka akan menuai sekitar 1.5 hektar dan ia boleh memberikan hasil sekitar 3 - 5 kg sepokok. Dakeanya pada 5 bulan selepas ditanam sudah ada pokok mengeluarkan seberat 5.5 kilogram dikebunnya. Dia menjangka jika harga bubil porang mencecah RM3.50 sekilogram (Rp. 12,500) dengan hasil sekitar 120 metrik tan (dengan purata hasil 2 kg satu pokok) dan ini memberikan anggaran pendapatan sebanyak RM420,000 (Rp 1.2 miliar). Bubil atau katak ini sudah kelihatan (Sila lihat foto disebelah). Beliau kini menanam sebanyak 40,000 pokok dengan jarak tanaman 30 cm x 80 cm dikebunnya.

Seterusnya dijangka iaitu bagii tuaian umbi porang pula akan dilakukan dalam waktu minima dua tahun selepas ditanam dengan anggaran beratnya dikangka boleh mencapai 3-4 kilogram sepokok. Penuaian umbi porang ini sendiri boleh menghasilkan hasil sekitar RM435,000 (Rp1.5 miliar) dalam satu hektar. Dalam pada itu modal dikeluarkan adalah agak cukup fantastik dimana bagi sehektar untuk mmbeli benihnya saha diperlukan duit sebanyak RM26,100 (Rp90 juta). Ini kerana pada masa ini harga benih porang dipasaran sekitar RM130.40 sekilogram (Rp450.000 sekilogram) dan sehektar kebun memerlukan kuantiti sebanyak 200 kilogram. Ini bermakna jika penanaman yang subur boleh dituai daam masa 8 bulan masih perlukan modal benih sebanyak RM115,860 (Rp 400 juta). Benih ini diperolehi daripada kawasan kebun porang dari Madiun. Dia juga semakin yakin dimana tanaman porang akan menjadi tanaman prioriti atau tanaman penting di Sulbar pada masa akan datang apa lagi mendapat galakkan daripada pemerintah di Sulbar sendiri. Kini kadar permintaan porang dari luarnegara adalah sangat tinggi. Kelak Indonesia sendiri baru boleh mengeksport 7% dari keperluan porang pidalam pasaran luar negara. Pihak pemerintah sendiri di Sulbar menyediakan bajet sebanyak Rp 10 miliar untuk tujuan lmelatih petani dan pembentukan kelompok petani. Pihak lain yang terlibat termasuk komitment pembiayaan oleh pihak  Bank Pembangunan Daerah (BPD) untuk membantu dari segi penyediaan kredit usaha rakyat. Bagi kawasan tanaman porang yang kurang dijaga akibat kekurangan modal dan masaalah lain akan dipulihkan oleh pemerintah setempat agar menjadi lebih produktif dimasa akan datang. Semuga artikel ini memberi sedikit idea dan penjelasan kepada semua pembaca anim agro technology bagaimana tanaman porang di negara jiran dijadikan komoditi penting. Kita di Malaysia belum ada 'bunyi' lagi dari pihak kerajaan dan petani yang mungkin berminat menanam porang dengan konsep perhutani dimasa akan datang. Wasalam!...
MENANAM PORANG... POTENSINYA ADA...
SUDAH BERKEMBANG... DIINDONESIA...
ANASLIA DIBUAT... ANDA MEMBACANYA...
IA JELAS... ADA YANG HANDAK CUBA?...

By,
M Anem,
Senior Agronoomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(10 RabiulAkhir 1442H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.