Saturday, November 7, 2020

TANAM KETUM - KAYA ATAU BAHAYA

PENANAMAN POKOK KETUM
(Mitragyna speciosa) telah menjadi tajuk panas dalam media massa sekarang di Malaysia apabila ia diperkatakan oleh banyak pihak daripada kumpulan penanam, pihak berkuasa dan juga pakar-pakar pertanian. Pokok Ketum adalah merupakan sejenis tumbuhan yang mana ia dahulunya tumbuh liar dikawasan hutan tropika dan kini dikategorikan sebagai tumbuhan yang terkawal dibawah Akta Racun 1952 dan Peraturan-peraturannya. Nama lain tumbuhan ini adalah seperti Kratom, Kakuam, Ithang, Biak atau Thom dimana ia adalah daripada famili Rubiaceae. Daripada segi taburan tumbuhan pokok ketum ini dilaporkan memang ada banyak tumbuh liar di beberapa negeri-negeri Utara Semenanjung Malaysia iaitu dalam kawasan hutan, belukar, sawah padi dan juga di persekitaran kawasan kampung. Pokok ketum lazimnya hidup subur di kawasan bertanah lembap dalam kawasan saliran baik dan tanah tidak mudah tenggelam terutama pada musim hujan. Pokok ketum merupakan pokok saka yang mana ia lazimnya memang boleh mencapai ketinggian melebihi 50 kaki. Ia boleh dibiakan melalui biji benih atau juga keratan batang yang boleh juga dijadikan benih untuk ditanam. Daun ketum dari segi sejarah memang telah lama digunakan secara tradisional untuk tujuan mengeluarkan angin dalam badan dan meningkatkan lagi tenaga untuk melakukan kerja-kerja berat serta oleh wanita lepas bersalin. Batangnya tumbuhan ini menegak dengan banyak cabang. Daun Ketum berwarna hijau gelap dan tebal dengan susunan bersilang berukuran 4 - 10 cm lebar dan 10-18 cm panjang. Bentuk daun adalah jenis 'Ovate-accuminate'. Daunnya akan gugur sedikit semasa musim panas tetapi ia akan menjadi sangat lebat semula dalam musim hujan. Bahagian daun inilah yang mengandungi bahan aktif dikenali sebagai MITRAGININE iaitu sejenis bahan alkoloids yang memabukkan dan ia boleh menyebabkan KETAGIHAN (addicted). Akar pokok ketum adalah terdiri dari akar tunjang dengan kuat masuk jauh kedalam tanah. Bunga ketum adalah berwarna kuning dengan berjambak mengandungi lingkungan 120 kelopak setiap satu tangkai. Artikel subuh ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai beberapa laporan media tempatan yang menyatakan bahawa menanam pokok ketum boleh menjadi 'kaya' kerana pulangan dan harga tetapi ia adalah salah disisi undang-undang jika disalahgunakan. Bagaimana pun ia juga memberikan amaran 'bahaya' kepada salahguna daun ketum menyebabkan ketagihan dan kesihatan.

Kini m
emang ada dakwaan dimana telah ada mereka yang sudah menjadi 'jutawan' selain hidup mewah dengan hanya menanam dan menjual daun dan air ketum yang mendapat permintaan tinggi. Walaupun beberapa kali kita lihat dalam berita dimedia eletronik dan di program TV3 seperti Rancangan 999 dimana banyak serbuan dan tangkapan dilakukan kepada mereka yang terlibat dengan pengedaran, penjualan dan eksport daun ketum atau air ketum tetpi dilaporkan masih ada usahawan yang meneruskan usaha menanam ketum. Berita tempatan seperti sumber Bernama ada mennyatakan dimana menurut Ketua Polis Perlis iaitu Datuk Surina Saad ada mengakui pulangan besar penanaman ketum dan telah menyifatkan perkara itu tidak akan selesai selagi tiada undang-undang mengharamkan proses penanamannya. Menurutnya hukuman denda sekitar RM1,000 sehingga RM2,000 langsung tidak lagi menakutkan pesalah ketum untuk terus melakukan aktiviti tersebut. Mereka ini menanam dilokasi yang agak sukar untuk dilihat oleh pihak awam atau pihak berkuasa kerana pokok ketum agak sukar dikenali oleh kebanyakan orang jika ditanam secara tersembunyi. Selalunya bagi mendapatkan benih tanaman dan lokasi penanaman ketum tidakah sukar kerana pokok ketum boleh gunakan biji benih yang matang dan disemai seterusnya boleh ditanam dikebun. Proses penjagaan tanaman ketum yang lasak ini mudah kerana amat kurang serangan perosak dan penyakit semulajadi yang merosakkan tanaman. Proses untuk menuainya juga mudah dengan memetik daunnya sahaja dan menggredkannya sebelum dimasukkan kedalam guni atau diproses menjadi minuman air ketum.

Antara agensi kerajaan yang pernah mengesyorkan penanaman daun ketum secara komersil di Malaysia adalah pihak RISDA dimana ia dijangka mampu untuk meningkatkan pendapatan pekebun kecil getah yang terjejas teruk dengan harga getah yang merudum. Akhbar tempatan pernah melaporkan dimana Pengerusi RISDA iaitu Dato Dr.
Zahid masa itu ada menyatakan dimana ada pelbagai langkah boleh diambil bagi memastikan pokok ketum tidak disalahguna dan dieksploitasi oleh pihak tidak bertanggungjawab yang cuba mengambil kesempatan atas penanaman pokok itu secara besar-besaran. Dakwanya kalau pekebun kecil getah diberikan peluang menanam ketum dan ada orang yang hendak membelinya secara sah dengan harga RM20 sekilogram amat terkawal. Dakwanya pihak Risda sanggup untuk membayar RM20 sekilogram maka tentunya ia lebih menguntungkan penanam. Beliau dakwa dimana akhirnya adalah pendapatan pekebun kecil akan bertambah kalau ianya dirancang secara sistematik. Seterusnya jika dibenarkan undang-undang maka pihak  RISDA juga akan cuba untuk memperkenalkan tanaman pokok Guarana (Paulina cupana) kepada pekebun kecil bagi membantu mereka meningkatkan pendapatan untuk berdepan ketidaktentuan harga getah di pasaran dunia. Bagaimana pun pihak Biosekuriti di Jabatan Pertanian dan MAFI masih belum membenarkan penggunaan benih guarana yang diimport dari Brazil atu mana-mana negara Amerika Selatan ini kerana kemungkinan membawa penyakit SALB kepada tanaman getah. Beliau beritahu dimana projek tanaman Guarana itu akan dilancarkan di Pulau Pinang dengan sebuah syarikat telah bersetuju untuk membeli buah itu dengan harga minimum RM200 sekilogram sebelum diproses dan dieksport ke Jepun. Saya ada menulis artikel mengenai guarana dalam blog sama (Sila klik disini), (Sila klik disini) dan beberapa lagi. Sehingga artikel ini ditulis pada November 2020 kedua-dua tanaman ini masih belum di komersilkan secara rasmi lagi.

Berlainan pula dengan berita dari Padang Besar, Perlis dimana ada 
yang kehidupan mereka berubah 360 darjah daripada hidup susah kepada 'hidup mewah' selepas mereka terlibat dengan aktiviti pengedaran daun dan jualan air ketum. Dilaporkan juga dimana kemewahan yang mereka kecapi oleh pengusaha ketum ini bukan lagi rahsia kerana semua maklum dimana aktiviti tersebut membawa pulangan cukup lumayan kerana daun ketum mendapat permintaan cukup tinggi sama ada pasaran tempatan mahupun luar negara. Bernama melaporkan dimana jangan terkejut jika dalam jangkamasa tidak sampai setahun atau dua tahun berniaga ketum telah ada dalam kalangan pengusaha yang sudah mampu membeli tanah, kereta dan rumah. Bagi seorang penduduk yang enggan namanya didedahkan keoada wartawan memberitahu dimana kinii telah ramai dalam kalangan pengusaha yang sebelum ini hidup susah mampu mengubah nasib mereka selepas menjual air dan daun ketum. Melihat kepada perkembangan itu tidak salah jika kerajaan mencari jalan untuk mengkormersialkan ketum kerana ia diakui membawa pulangan besar sekali gus mampu mengubah kehidupan kepada lebih senang. Apa pun dilaporkan dimana para pengusaha ketum hidup se­nang bukan lagi perkara mengejutkan kerana memang semua sedia maklum ketum mendapat permintaan cukup tinggi. Setiap pengusaha kalau ada 50 hingga 100 batang pokok sudah cukup membuatkan mereka menjana pendapatan puluhan ribu sebulan. Didakwa kalau pasaran tempatan (sekitar RM15 hingga RM40 sekilogram) berlainan kalau daun ketum ini dapat dijual di Thailand dengan harga mencecah RM100 sekilogram maka akan lagi kaya para pengusaha. Apa pun memang ada pengusaha yang didakwa  berubah daripada hidup susah mampu menjalani kehidupan lebih senang dengan kemampuan boleh membeli tanah, kereta dan rumah. Lebih menarik lagi dilaporkan dimana memang ada juga yang sudah menjadi jutawan selain hidup mewah dengan hanya tanam dan jual ketum yang mendapat permintaan tinggi. Apa pun mengikut Ketua Polis Perlis, Datuk Surina Saad yang turut mengakui pulangan besar penanaman ketum nyatakan dimana perkara tersebut tidak akan selesai selagi tiada undang-undang mengha­ramkan penanamannya. Seorang lagi penduduk yang enggan namanya didedahkan turut berkongsi perkara sama melihat perubahan ketara pengusaha ketum daripada hidup susah kepada mewah dengan hasil jualan air dan daun ketum. Ketum ini kalau tidak disa­lahguna memang diakui baik dan mampu memberi pulangan lumayan kepada pengusaha. Saya percaya jika kerajaan ‘menghalal­kan’ ketum, sektor penanaman ketum akan berkembang dan membawa ha­sil bukan sahaja kepada kerajaan malah kepada ramai pengusaha. Bagaimana pun di negara jiran Thailand dilaporkan dimana mereka sudah nampak potensi tanaman ketum secara komersil tetapi di Malaysia ramai yang masih lagi memandang serong penanaman pokok ketum ini. Mereka dakwa dimana satu program khusus perlu dirangka untuk dapat membantu ramai pengusaha untuk berjaya.

Di laporan media lain dinyatakan dimana pihak FELDA 
boleh melucutkan hakmilik tanah peneroka yang mana diitangkap dan masih berdegil menanam pokok ketum. Menurut Ketua Unit Pewarisan, Jabatan Pengurusan Tanah Felda dikenali dengan nana Mohd Yassin Mohd Yusof, berkata pihaknya tidak teragak-agak mengambil tindakan itu, jika perbuatan terbabit masih berterusan. Tindakan pelucutan hak menerusi mahkamah boleh diambil ke atas peneroka yang menanam pokok yang tidak dibenarkan seperti pokok ketum, berdasarkan Akta Penempatan Berkelompok (GSA) 1960. Beliau menyatakan demkian kepada pemberita di Felda Mata Ayer, ketika operasi bersepadu menebang pokok ketum melibatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Tanah Dan Galian (JTG) Perlis. Buat masa ini pihak FELDA telah mengambil langkah memberi nasihat serta menebang pokok ketum bagi memberi kesedaran kepada peneroka (Sila lihat foto disebelah dimana dilaporkan ianya telah membabitkan 317 tanah rancangan dengan lebih kurang 2.5 juta peneroka dan waris peneroka. Dalam pada itu juga pihak polis negeri  yang turut sama pada operasi tersebut berkata sebanyak 200 hingga 250 pokok ketum ditebang. Tindakan ini juga akan diperluaskan ke FELDA Chuping dan Rimba Emas dengan anggaran 1,500 hingga 2,000 pokok ketum. Usaha ini juga diharap akan dapat mengurangkan aktiviti penyeludupan sehigga 40 peratus apabila jumlah penawaran daun ketum berkurangan. Kerajaan berharap beberpa negeri lain yang diancam penanaman kebun akan turut melakukan usaha yang sama dalam memerangi jenayah penyeludupan dan serta penyalahgunaan daun ketum di negara ini. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agroo technology kali ini. Wasallam!...
TANAM KETUM.... BOLEH JADI KAYA...
JUALAN DILARANG... PIHAK BERKUASA...
PENEROKA FELDA... AMARAN SUDAH ADA...
BACA ARTIKEL... MENJAWAB TAJUKNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(20 RabiulAwal 1442H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.