Wednesday, September 2, 2020

INTERGRASI HERBA-KELAPA TKPM SEDILI

TANAMAN KELAPA PANDAN INTERGRASI DENGAN HERBA atau 'tanaman dapur' oleh peserta Taman Kekal Pengeluaran Makanan di Sedili, Kota Tinggi, Johor adalah merupakan satu usaha yang dibanggakan. Penulis blog yang berkunjung ke kebun tersebut seuas 24 ekar (2 lot) kagum dengan usaha yang dijalankan oleh salah seorang peserta di TKPM tersebut dikenali sebagai Ah Chuan yang kini berjaya mengeluarkan kelapa pandan dan tanaman herba seperti Pandan, Limau Kasturi, Lengkuas, Halia, Daun Kari, Daun Kunyit, Ulam Raja, Limau Purut, Ulam Pegaga, Daun Kesom, Bunga Kantan, Daun Kucai dan sebagainya. Penulis blog pernah melawat kebun ini pada awal tahun 2017 dan ada menulis bagaimana peserta ini menanam betik dan kelapa pandan. Apa yang menarik penulis blog adalah dimana cara dan kreativiti beliau menggunakan bakul [lasti besar untuk menutup pokok kelapa pandannya. Perkara ini dialukan akibat serangan babi hutan yang banyak di TKPM ini kerana dikelilingi oleh hutan belukar yang luar dan berhampiran pantau. Anda boleh membaca tulisan saya mengenai perkara ini dengan membuat pautan artikel (Sila klik disini)TKPM Sedili seluas 200 hektar ini mempunyai 28 orang peserta yang menanam pelnagai jenis sayuran buah seperti kacanf bendir, cili, terung panjang, kacang panjang, peria, petola dan beberapa lagi. Tanaman lain di TKPM ini adalah betik, nenas, pisang, limau kasturi, jambu batu dan beberapa lagi. Projek TKPM ini yang diselia oleh Pejabat Pertanian Daerah Kota Tinggi, Johor kini merupakan antara TKPM yang didakwa telah pun berjaya menghasilkan bahan makanan berkualiti dan segar untuk pasaran domestik dan eksport terutama ke Singapura. Artikel malam ini dlam blog "Anim Agro Technology" saya menulis hasil lawatan sehari ke TKPM Sedili plot tanaman herba dan dapur dengan kelapa yang berjaya untuk bacaana anda semua.


Tanaman Kelapa Pandan (Cocos nucifera) dikebun ini sudah membesar dan kebanyakanyya sudah mula berbuah (Sila lihat fotoo disebelah). Jalan kebun dan trekter yang berada ditengahjalan sedang mengutip buah kelapa pandan muda dengan berhati-hati agar buah tersebut tidak jatuh ketahan dan pecah. Pekerja mahir akan menggunakan tangga dan tali mengikat tandan kelapa muda tersebut sebelum memotong dan menurunkannya dengan tali. Pada pemerhatian penulis blog pokok kelapa pandan disini sudah terlalu tinggi berbanding dengan ketinggian yang sepatutnya kerana pungutan hasil kelapa pandan muda pada umur 7 - 8 bulan sahaja. Pokok kelapa sama jika buahnya dari MRD atay MYD atau kelepa renek lain yang dikutip hasilnya apabila buah kelapa tua (12 bulan keatas) biasanya mesih rendah. Apa yang penulis blog hendak sampaikan adalah petani ini berjaya menjadikan kelapa pandannya berjaya tumbuh dengan baik dan mengeluarkan hasil yang banyak. Penggunaan baja organik, pemasangan sistem pengairan dan kawalan perosak dan penyakit dilihat sangat baik dengan mempunyai sijil MyGAP. Bagaimana pun ada beberapa point pokok kelapa di tanam semula dan ditutup dengan bakul plastik kerana pokok tersebut adalah kelapa jantan, kelapa tidak berbuah atau rosak akibat penyakit. 


Diantara 'tanaman dapur' yang dilihat banak dikutip hasilnya adalah Limau Kasturi. Tanaman Limau kasturi (Citrus microcarpa) ditanam diantara barisan pokok kelapa pandan dimana dilihat kebanyakannya lebat berbuah (Sila lihat foto disebelah). Dari artikel saya sebelum ini anggaran kos untuk aktiviti penanaman seekar limau kasturi mudah dikira dan sederhana rendah (Sila klik disini). Kos pembersihan tanah dan membajak kawasan sekitar RM800 seekar. Seterusnya kos benih untuk seekar limau kasturi dengan jarak penanaman 12x12 kaki sebanyak perlukan sebanyak 600 btg pokok. Jika kos benih sekitar RM3 sebatang maka jumlah kos beli benih adalah sebanyak RM1,800. Dikira seterusnya adalah kos tenaga kerja menanam dengan 2 orang pekerja selama 2 hari iaitu sekitar RM200 seekar. Kos untuk pembajaan sebanyak RM400 untuk keseluruhan dan kos bahan racun pula sekitar RM 480 untuk setahun. Jumlah kos tenaga kerja upahan bagi kerja membaja, menuai adalah sebanyak RM 12,000 setahun. Ini menjadikan keseluruhan kos untuk menanam limau kasturi sebanyak RM15,680 seekar. Sepokok dewasa limau kasturi akan mengeluarkan sekitar 5 - 7 kg sepokok sebulan. Jika 500 pokok berbuah maka anggaran hasil sebanyak 30,000 - 42,000 kg setahun. Harga ladang limau kasturi serendah RM0.80 - RM1.00 sekilogram. Ini akan menjadikan anggaran pendapatan kasar sekitar serendah RM 24,000 sehingga RM 30,000 seekar. Analisa diatas menunjukkan penanaman limau kasturi mungkin antara tanaman yang menguntungkan dengan jaminan pasaran yang ujud.


Tanaman Lengkuas, Halia dan Kantan juga amat banyak ditanam dikawasan kebun disini (Sila lihat foto sebelah). Apa yang dilihat dimana tanaman lengkuas hidup subur dengan baik bersama dengan pokok kantan dan juga halia. Tanah bris yang peroi membolehkan kawasan ini mampu mengeluarkan hasil lengkuas, kantan dan halia dengan baik. Kutipan hasil dilakukan secara manual dan berperingkat dimana cangkul digunakan untuk mengeluarkan rizom yang dinaja dengan banyak baja organik dan pokok sentiasa mendapat air daripada sistem pengairan dipasang. Bunga Kantan (jenis merah) sudah mula berhasil dan kutipan dilakukanselang seminggu.  Boleh dikatakan 'tanaman dapur' disini memang amat intensif dimana dimasukkan juga tanaman dapur lain dilihat seperti cili api, cekur, daun kesum, ulam raja, daun kunyir, pokok pandan, kangkung dan beberapa lagi. Pada penulis blog walau pun kita lihat kita ada menanam tanaman ini ditanam di kawasan rumah sendiri tetapi rupanya apabila dikomersilkan masih mempunyai pasaran yang baik. Dilaporkan dimana pasaran dari TKPM Sedeli ini dihantar ke H+Johor Bahru dan paling baik adalah untuk pasaran 'tanaman dapur' ini dihantar ke Singapura. Bagaimana pun difahamkan petani ini menjaga kualiti dengan baik dengan mengikuti amalan MyGAP dan cara pengreddan yang sesuai. Diharap artikel ini memberi info berguna kepasa semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
TANAM INTERGRASI ... ANTARA KELAPA...
SECARA INTERNSIF... BANYAK JENISNYA...
PANDAN, LIMAU KASTURI... SEMUA ADA...
DI TKPM SEDILI... PETANI YANG BERJAYA...

By,
M Anem,
Seneior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
Wp Putrajaya,
Malaysia.
26 Zulhijjah 1441H.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.