Wednesday, August 12, 2020

UBI SAREK - APA DIA?


UBI SAREK (Amorphophallus campanulatus Blume) atau pun lebih dikenali sebagai 'sarek' di Kelantan merupakan sejenis tumbuhan yang berbatang lembut seperti batang keladi. Ia sebenarnya sejenis keladi didalam keluarga Araceae. Apa yang unik mengenai tumbuhan ini adalah ianya menyerupai sejenis lagi dengan Porang atau Elephant Leg Yam iaitu nama botaninya (Amorphophallus paeoniifolius Dennst) yang kini dijadikan tanaman komersial dibeberapa negara termasuk di Indonesia. Bentuk pokok yang tumbuh menegak dari tanah adalah seakan berbentuk jejari. Apa pun apabila pokok matang maka ia mengeluarkan bunganya yang berbau busuk manakala ubinya besar seperti bertekstur seperti isi keladi. Batang pokok Sarek ini berwarna hijau dengan tompok-tompok jalur putih menyebabkan ianya dipanggil ubi ular di kawasan selatan seperti Selangor kerana coraknya yang hampir menyamai kulit ular (Sila lihat foto diatas). Artikel mengenai tanaman Porang telah saya posting dalam facebook pada 27 Julai 2020 mendapat 124 like dan banyak komen. Banyak kalangan kita memang kurang mengetahui akan tumbuhan ubi sarek inii dimana daripada lebih 20 komen didalam facebook saya diberikan komen-komen yang berbagai mengenai tumbuhan ini, Mengikut Suhaimi Harun menyatakan Ubi Sarek ini ada dua jenis iaitu Pokok Sare dan Pokok Lekir yang dakwanya ia hampir sama dari segi pokok dan bentuk pokok (Yang ini saya ada tulis dalam artikel lain  (Sila klik disini). Katanya beza dilihat pada corak pada batangnyadan dikatakan bahawa ubi lekir adalah beracun dimana getahnya boleh dibuat tuba ikan dan juga racun sumpit. Encik Zulkifli Naim nyatakan dimana pokok ini menghasilkan sejenis gam dan berkanji yang boleh menguruskan badan. Artikel dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai tumbuhan Ubi Sarek untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan anda semua.


Komen selanjutnya daripada Dian Mahfuzah pula agak panjang.Beliau nyatakan dari segi pemerhatian dan pembacaannya mengenai tanaman porang ini memang belum ada lagi dilakukan di Malaysia dengan cara komersil. Dinyatakan dimana spesis Ubi Sarek atau Lekir yang tumbuh di Malaysia adalah tidak mempunyai 'katak' iaitu biji benih pada bahagian cagang pokok. Katak ini merupakan satu ciri utama tanaman porang dan lazzimnya tanaman porang mempunyai warna bunganya iaitu berwarna putih. Ubi porang adalah berwarna kuning dan mempunyi=ai getah yang lutsinar. Bagaimana pun beliau dakwa keduanya ubi sarek, lekir dan porang merupakan tumbuuhan yang berasal daripada hutan. Beliau juga nyatakan sesiapa yang berminat mengenai kajjian saintifik mengenai ubi sarek inii agar berhubung dengan Prof. Mohamad Azani Alian iaitu seorang pensyarah daripada Fakulti Perhutanan Universiti Putra Malaysia. Beliau dikatakan pernah membuat kajian mengenai tumbuhan Amorphophallus ini di universiiti tersebut. Komen daripada En Azmi Moh dari Pasir Mas Kelantan ada nyatakan dimana tumbuuhan ini ada tumbuh dikebunnya begitu sahaja dan dibiarkan setakat ini. Katanya pokok tersebut dibiarkan sahaja kerana disangka tiada gunanya dan akan cuba lihat akan kegunaanya setelah membaca facebook yang saya tulis.


Dilaporkan dimana diantara kehunaan Ubi sarek mempunyai kandungan bahan Kalsium oksalat dan rasanya gatal. Apa pun walau rasa gatal dan mungkin beracun akan tetapi dilaporkan dimana rasa gatal dapat disingkirkan dengan cara merendam ubi yang telah direbus ke dalam air mengalir sebelum ditumbuk dan dimasak sekali lagi untuk dimakan. Di Kelantan ubi ini selalunya dijadikan campuran untuk bubur Asyura selain juga dijadikan pengat dan direbus untuk dimakan. Penulis blog hanya sekali dapat ujirasa pengat ubi sarek ini semasa berada di Kelantan berbelas tahun dahulu. Dilaporkan dimana di sesetengah negara seperti Cina, Jepun dan Bangkadesh ubi ini ada diproses dan dijadikan makanan seperti mee, tauhu dan makanan lain. Paling unik di negara Jepun dimana mereka akan memproses ubi ini untuk dijadikan tepong sebelum akhirnya dijadikan mee seakan bihun yang berwarna putih dan menjadi makanan berkhasiat yang kenyal. Produk ini juga dilaporkan baik untuk dijadikan makan ikan air tawar terutama jenis ikan hiasan. Ada spesies tertentu ubi sarek ini boleh dijadikan ubat pupuk. Semasa penulis blog bertugas sebagai Pengarah Pertanian Pahang ada bertemu dengan beberapa orang asli dimana mereka kata ada menggunakan cecair yang didapati dari ubi lekir liar untuk dijadikan sebahagian dari campuran racun untuk sumpit mereka. Batang pokok ini boleh dimasak lemak dan dijadikan sayuran yang enak juga dimakan.


Dalam beberapa tulisan yang penulis blog rujuk dikatakan dimana ubi sarek atau ubi kekek adalah sejenis keladi. Ia juga boleh didapati tumbuh liar dan ditanam di India, Indo-China, Filifina, Indonesia dan Thailand. Ubi sarek biasanya tumbuh liar di Malaysia dan ia jarang dimakan sebab mengandungi kalsium oksalat yang tinggi dan ubi ini sangat gatal. Pokok adalah jenis pokok bermusim dan biasanya ia akan tumbuh selepas musim hujan dan akan mati bila sampai masanya. Dilaporkan pada musim kemarau panjang pokok ini juga akan menjadi 'dorman' atau mati jika kekurangan air. Pokok ini akan hidup subur di kawasan lembab dan redup didalam hutan belukar. Ketinggian pokok in boleh mencapai sehingga 1.5m dimana dari jurnak yang saya rujua dilaporkan memang ada lebih 80spesis Amorphopallus di seluruh negara tetapi hanya dua spesis yang mempunyai kepentingan sebagai makanan. Di Selangor ia dikenali dengan nama ubi ular kerana batangnya mempunyai cork seperti ular. Ubi dan batang pokok ini boleh dijadikan makanan yang lazat melalui penyediaan tertentu. Di Kelantan pada zaman dahulu, ubi sarek dan digunakan sebagai campuran dalam bubur asyura tapi kini tidak lagi mnjadi bahan yang dicampur dalam pembuatan bubur asyura. Ubi sarek juga boleh dibuat pengat, direbus dan sebagainya. Batangnya pula boleh dibuat masak lemak. Cecair ubi sarek liar ini dijadikan sebahagian daripada campuran racun sumpitan oleh kaum Orang Asli di Perak. Ubi sarek boleh di makan walaupun gatal dan mungkin beracun. Ubi ini direbus beberapa lama, ditumbuk halus, dikeringkan dan dimasak. Cara betul untuk menghilangkan racun adalah dengan merendam ubi yang telah direbus dengan air mengalir sebelum ditumbuk dan dimasak sekali lagi sebelum dimakan. Amorphopallus companulatus yang terdapat di kawasan tropika banyak di gunakan di India dan jawa sebagai makanan. Orang China menggunakan ubi ini menjadi tepung untuk dibuat makanan seperti tauhu. Orang Jepun pula merebus ubi ini untuk menghasilkan makanan seperti mihun. Sesetengah orang menjadikan ubi ini sebagai makanan ikan. Selain dijadikan bahan makanan dan racun sumpitan, spesis ubi sarek yang tertentu juga digunakan sebagai ubatan tradisional sebagai ubat pupuk dan ubat untuk dimakan. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
UBI SAREK... JARANG ORANG KENALNYA..
TUMBUH LIAR.. DI HUTAN DI MALAYSIA...
BANYAK SPESIS... ADA YANG BERGUNA..
BACA ARTIKEL... DAPAT JUGA INFONYA..

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(1 Ogos 2020).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.