Wednesday, August 19, 2020

RUMPAI - RIZOM LALANG

LALANG (Imperata cylindrica) merupakan sejenis tumbuhan jenis rumpai dimana bahagian akarnya (RIZOM) memang tumbuh didalam tanah. Lalang dari keluarga Poaceae (dulu Graminae) merupakan sejenis rumpai yang menjadi satu masaalah kepada banyak pihak terutama pekebun dan juga petani kerana sifat semulajadinya yang cepat membiak dan ia amat sukar untuk di musnahkan atau perlukan kos yang agak tinggi untuk mengawalnya. Daripada foto dibawah menunjukkan bahagian rizom lalang yang mempunyai sulur yang mana hujungnya tajam dan mampu menembusi celah-celah tanah keras atau batuan untuk terus membiak dalam tanah. Cara pembiakan lalang juga berlaku dengan biji benih ringan berwarna putih yang boleh di terbangkan oleh angin sehingga amat jauh sekali dan akan membiak apabila sesuai keadaanya (Sila lihat foto paling bawah). Pengalaman saya dimana jika dilakukan kaedah membakar kawasan lalang yang kering pada musim kemarau atau selepas lalang ini di racun dengan racun rumpai jenis sentuh selalunya ia tidak mampu membunuhnya. Ini kerana rizom lalang yang ada dalam tanah akan keluar dan tumbuh semula dengan lebih subur setelah mendapat baja Potash (K) dari hasil lalang yang terbakar tersebut. Pendek kata rumpai lalang memang menimbulkan masaalah kepada petani dan ramai pekebun dan pihak berkuasa tempatan (PBT) dimana memang ada rasa ' terbakar hati' dibuatnnya. Petang ini sambil melihat rimbunan lalang depan rumah (jiran sebelah tidak mampu untuk musnahkannya dan membiak di rumah di kuarters Putrajaya masa itu) penulis blog kongsi maklumat dalam blog "Anim Agro Technology"  mengenai rizom lalang untuk saja kongsi maklumat sebagai bahan rujukkan pembaca semua.


Rizom Lalang ini mempunyai pucuk yang tajam (Sila lihat foto sebelah) yang memanjang dalam tanah dan ada yang terus naik di atas permukaan tanah. Penulis blog masih ingat ketika berjalan di kawasan kebun getah yang ada lalang dengan kaki ayam atau pakai selipar jepun semasa remaja dikampopng dulu dimana memang 'aduh' sakitnya terkena cucuk rizom lalang yang tajam. Rizom ini akan memanjang dalam tanah dan amat sukar untuk dimusnahkan walau pun dengan mencabut dan mencangkulnya kerana ia banyak. Hanya racun lalang jenis sistemik (Seperti Round-up) yang mampu membunuh rizom lalang jika aplikasi dibuat dengan betul mengikut kadar. Tanah yang ada lalang jika dibajak dan ia akan diterbalikkan permukaan tanah dengan cepat rizom yang ada akar ini akan tumbuh semula jika tidak dibasmi. Penulis juga pernah ambil rizom ini (yang berwarna putih krim) kemudian digigit dalam mulut dimana ia memang juga mempunyai rasa agak manis. Kepada mereka yang belum pernah rasa jus rizom lalang boleh mencubanya. Bagaimana pun perlu berhati-hati ketika ujirasa rizom lalang ini jangan terambil rizom lalag yang baharu diracun dengan jeni racun sistemik!. 


Lalang mampu tumbuh diatas pelbagai jenis tanah di Malaysia seperti dari jenis Tanah Gambut, Tanah Bris, Tanah Liat apa lagi Tanah Mineral yang subur. Kawasan tanah gambut yang lapang seperti di Bt 14, Air Hitam di Muar dimana semasa saya bertugas disana ada melihat awasan kuas dan dengan seluas 250 hektar tanah terbiar yang di penuhi lalang semenjak kawasan tersebut pernah diterangkan dahulu. Walau pun telah terbakar beberapa kali (atau dibakar dengan senghaja) setiap kali pada musim kemarau, namun rizom akar lalang dalam tanah akan terus tumbuh dengan lebih subur apabila tiba waktu hujan. Akar atau rizom lalang terletak dalam tanah yang sukar untuk di musnahkan mudah tumbuh semula. Akar lalang jika di gigit akan mengeluarkan rasa manis. Penulis masa remaja dulu pernah gigit rizom lalang kerana rasa manisnya!. Setelah kawasan dibersihkan untuk tanaman nenas secara komersil maka lazimnya masalah lalang juga menjadi isu dikalangan petani kerana kadar oertumbuhan yang amat cepat dan pantas serta aagak sukar untuk dikawal. Hanya penggunaan kaedah betul mampu mengawal masaalah lalang walau pun agak tinggi berbanding dengan pengawalan rumpai jenis lain. Bunga lalang dan rizom merupakan dua cara pembiakan lalang yang cekap dan efektif di banyak lokasi.


Dalam sistem perkebunan di Malaysia, rumpai lalang perlu dikawal pada peringkat awal penyediaan kawasan sebelum penanaman. Kawasan tanaman semula seperti di kawasan ladang getah (Hevea braziliensis) dan kelapa sawit (Elaeis guineensis) perlu di kawal pada pertumbuhan lalang untuk mempastikan lalang tidak menjadi masaalah kelak. Cara yang lazim dijalankan didlam teknik kawalan lalang adalah dengan membajak tanah (Ploughing akan mengeluarkan rizom lalang dan memutuskan akarnya seterusnya meendedahkan kepada matahari). Cara lain ialah dengan menggunakan teknik menanam tanaman penutup bumi (Centrosema pubecens). Lazimnya amalan dilakukan pengurusan estet adalah dengan menabur sebanyak 3 (tiga) jenis benih tanaman kacang penutup bumi di campurkan dan ditabur diantara barisan tanaman. Tanaman penutup bumi ini tubuh cepat mentutpi ruang tanah dimana kesannya maka lalang tidak akan atau jika ada tumbuh lambat sedikit mudah untuk dikawal. Kaedah lain mengawal masaalah lalang ialah dengan menggunakan racun rumpai jenis sistemik. Kepada penduduk kampung yang mana lalang pada peringkat awal dan sedikit sahaja dilakukan menggali dengan cangkul dan diterbalikkan tanah sehingga semua benih dan rizom tersebut matu secara total.

Racun rumpai Jenis Sistemik sahaja mempu membunuh Lalang. Racun rumpai sistemik akan disembur pada daun lalang dan diserap kedalam semua bahagian sehingga akhirnya akan sampai ke bahagian akar dan mematikan lalang dalam masa 2 minggu hingga 3 bulan. Semburan ulangan perlu untuk mempastikan lalang mati sepenohnya. Ada petani yang mengulangi semburan kawalan lalang dengan campuran racun sentuh selepas beberapa minggu bagi tujuan untuk mereka menpercepatkan kemusnahan lalang. Antara racun sistemik lalang di pasaran yang popular seperti Round-Up. Walau pun racun sistemik ini harga dipasaran lebih tinggi akan tetapi keberkesanannya adalah baik. Pastikan untuk membaca aturan meracun lalang dengan racun sistemik setelah membaca arahan pada label. Gunakan air bersih, sukatan yang berul dan mengena semua bahagian lalang yang tumbuh. Pastikan meracun lalang pada hari tidak hujan kerana keberkesanan racun sistemik akan menggurang apabila ia belum meresap dan ditimpa hujan.


Rizom lalang merupakan bahagian tumbuhan lalang yang dijadikan bahan untuk perubatan tradisional dengan merebusnya dan air rebusannya di minum untuk merawat batuk, batuk berdarah, masaalah cirit, demam kuning, demam panas, busung, gonorea, kencing berdarah, pendarahan dalaman, masaalah ginjal, radang paru-paru, selsema, mencuci darah, melawaskan buang air kecil serta untuk tonik berkhasiat. Air rebusan rizom lalang juga didakwa boleh dijadikan air mandian atau disapukan kepada buasir, kulit yang gatal-gatal atau permukaan kulit yang kasar. Air rizom lalang yang dicampur dengan air mendidih boleh dijadikan tangas bagi mereka yang mengidap buasir. Macam-macam kegunaan rizom lalang jika kita buat rujukkan. Semuga artikel ini mmberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
RIZOM LALANG .... MUDAH DAPATNYA...
MENJALAR DITANAH...AMAT PANTASNYA...
BOLEH DIPROSES ... ADA KHASIATNYA...
KALAU BERMINAT ...PERLU MENCUBANYA... 

By,

M Anem
Tanjung Piai ,
Penghujung Benua Asia,
Pontian, Johor, Malaysia.
(23 Syaaban 1433H)
Kemskini pada 26 Zulhijjah 1441H 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.