Thursday, August 20, 2020

3 VARIETI PADI UTAMA DIMALAYSIA

APAKAH 3 VARIETI PADI UTAMA YANG DITANAM DI MALAYSIA?. Bagi mendapatkan info tersebut sila anda baca artikel ini sehingga tamat. Ini kernana tanaman padi (Oryza sativa) merupakan industri tanaman dan agromakanan yang ketiga terpenting di Malaysia selepas tanaman kelapa sawit dan getah. Keluasan tanaman padi di Malaysia Musim Utama 2017/2018 dilaporkan 436,054 hektar dengan seluas 268,318 hektar padi sawah di Semananjung Malaysia, seluas 20,828 hektar padi sawah di Sabah dan seluas 76,198 hektar padi sawah di Sarawak. Data ini termasuk juga seluas 32,572 hektar padi bukit di Sabah dan seluas 135,164 hektar padi bukit di Sarawak. Terdapat 12 Jelapang Padi di Malaysia yang masih produktif dalam mengeluarkan padi iaitu MADA, KADA, IADA Kerian, IADA BLS, IADA P. Pinang, IADA Semb Perak, IADA KETARA, IADA Kemasin Semerak, IADA Pekan, IADA Rompin, IADA Kota Belud dan IADA Batang Lupar. KADA merupakan kawasan Jelapang Padi (Grainary Area) yang terluas di Malaysia dengan 100,659 hektar dan IADA Batang Lupar merupakan Jelapang Padi terkecil dengan keluasan 1,121 hektar. Kawasan penanaman padi Luar Jelapang Padi di Malaysia adalah seluas 218,174 hektar pada tahun 2018 dengan 57,673 hektar berada di Semenanjung Malaysia. Negeri Kedah juga mempunyai kawasan penanaman padi Luar Jelapang Padi teruas dengan 26,857 hektar dan Selangor serta Pulau Pinang tidak ada kawasan sawah luar jelapang. Data CCS Kebangsaan juga melaporkan dimana intensiti penanaman padi sawah di Malaysia adalah 94.5% dengan dua negeri mencapai 100% intensiti tanaman. Dua negeri tersebut adalah Perlis dan Pulau Pinang. Apa yang selalu menarik minat saintis dan orang ramai adalah purata hasil padi negara. Dilaporkan pada tahun 2018 purata hasil padi negara adalah 3,511 metrik tan sehektar dengan purata hasil padi sawah sebanyak 4,031 mt sehektar. Purata padi bukit menurunkan penghasilan nasional kerana purata padi bukit di Sabah hanya 2,714 mt sehektar dan sebanyak 1,958 di Sarawak. Dengan kiraan CCS dilaporkan pada musim utama 2017/2018 pengeluaran padi negara adalah sebanyak 1,531,034 metrik tan. Dilaporkan kawasan jelapang padi menghasilkan 69.4% daripada pengeluaran padi negara dengan julat 4.0 - 5.9 kg sehektar. Artikel petang Khamis ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya akan menulis mengenai 3 varieti utama padi di malaysia yang ditanam untuk dijadikan bahan rujukkan dan baaan anda.

Tiga (3) varieti tersebut adalah seperti berikut:

(1) MR220CL2
Varieti padi ini ditanam paling luas pada tahun 2017 - 2018 dimana mencapai 119,670 hektar atau 44.6% daripada keseluruhan 10 varieti utama yang ditanam pada musim utama 2017/2018. Varieti MR220CL2 ini telah diistihar di Malaysia pada tahun 10 dengan tempoh kematangan sekitar 97 - 100 hari lepas tanam (HLT). Ketinggian varieti ini adalah 66-72 cm dengan panjang tangkai padi 23 cm dan berat bagi 1,000 biji sekitar 26.2 gram. Mempunyai potensi hasil sebanyak 8,617 kg sehektar tetapi purata pencapaian pada musim utama 2017/2018 di Malaysia adalah sebanyak 4,515 kg sehektar. Padi ini paling luas ditanam di Kedah dengan kadar 55.5%(dari semua varieti) diikuti dengan Negeri Kelantan 37.1% dan Perak 47.9%. Padi MR 220CL2 ini ada ditanam diseluruh negari dalam Semenanjung Malaysia. Dilaporkan 42.1% kawasan jelapang juga menanam padi varieti ini terutama di MADA, KADA, IADA Kerian dan lain-lainnya. Hanya IADA Rompin, IADA Kota Belud dan IADA Batang Lupar yang melaporkan tidak ada menanam varieti ini. Varieti ni terbukti mempunyai ketahanan tinggi kerana mempunyai ciri khusus iaitu tahan kepada racun rumpai dan sekali gus mengurangkan rumput dalam sawah. Varieti MR220CL2 ini juga mampu mengatasi masalah padi angin yang selama ini menjejaskan teruk petani dan sifat padi angin sebenarnya seperti pokok padi dan biji padi tetapi ia adalah biji padi ringan kerana di dalamnya tiada isi dan mudah relai sendiri atau gugur jatuh terutama apabila ditiup angin. Varieti padi ini yang dikatakan 'latest' adalah varieti padi MR220-CL2 yang diistiharkan pada tahun 2010.

(2) MR 297
Varieti ini merupakan varieti yang kedua terluas dan terpolular di tanam di Malaysia dengan keluasan 84,788 hektar atau 31.6%. untuk penanaman musim utama 2017/2018. Padi varieti ini yang mempunyai tempoh matang antara 110-115 hari mempunyai potensi hasil maksima sebanyak 8,140 kg sehektar. Varieti MR297 telah diistiharkan pada 2016 dengan nama varieti adalah Padi Siraj 297. Padi ini mempynyai ketinggian pokok 74-82 cm, dengan purata berat bagi 1,000 butir piji adalah 27-29 gram. Bagaimana pun laporan CCS mendapati purata hasil dicapai pada musim tersebut di Malaysia adalah sebanyak 4,436 kg sehektar atau pun 54.5% kadar purata pencapaiannya pada musim tersebut. Beberapa varieti yang mencapai penghasilan tinggi seperti di IADA Ketara sehingga melebihi 8.0 mt sehektar aadalah varieti MR297. Apabila cuaca mengizinkan (tidak banjir), pembajaan dengan baik dan kurang serangan baik memang varieti ini mampu memberikan hasil yang tinggi. 

(3) MR219
Varieti ini merupakan varieti ke tiga terpopular atau terluas ditanam di Malaysia dengan keluasan sebanyak 22,002 hektar atau 8.2% daripada 10 varieti utama ditanam. Padi verieti ini diistiharkan di Malaysia pada tahun 2001 (sudah hampir 18 tahun dulu dan masih popular dikalangan pesawah). Tempoh matang varieti ini adalah 105 - 111 hari selepas ditanam dengan hasil potensi didakwa sebanyak 8,323 kg sehektar. Bagaimana pun laporn CCS Kebangsaan mencatatkan purata pengeluaran hasi MR291 pada musim utama 2017/2018 sebenyak 4,604 kg sehektar.
Diharap artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!...
MENANAM PADI... BANYAK VARIETI...
JENIS MR220CL2...SANGAT DIMINATI...
MR217 PULA... DISUKAI OLEH PETANI...
MAMBACA ARTIKEL... LEGANYA DIHATI..

By,
M Anim,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(16 Zulkaedah 1441H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.