Sunday, July 12, 2020

TEKNOLOGI TANAMAN PORANG

TANAMAN PORANG (Amorphophallus muelleri Blume) merupakan jenis tanaman umbisi atau umbi-umbian yang termasuk keluarga Araceae dan kelas Monokotiledon. Hasil tanaman ini berupa umbi yang mana ia mengandungi bahan glucomannan memang yang banyak kegunaannya. Kita di Malaysia mungkin tidak pernah tengok atau menanam pokok porang ini akan tetapi ia menjadi satu jenis tanaman yang popular di Indonesia. Banyak sumber rujukan dalam bentuk tulisan dan youtube mengenai tanaman ini yang memberikan pendapatan baik kepada penguaha disana. Umbisi Porang ini dilaporkan memang ada mengandungi bahan berguna dikenali Glucomannan (glukomanan) iaituu sejenis serat (Fiber) semulajadi yang larut dalam air dan bolehh diekstrak daripada bahagian akar ubi gajah atau juga dikenal sebagai 'konjac mannan'. Glukomanan merupakan seejenis bahan polisakaride yang larut dalam air yang mana ia dianggap sebagai serat makanan. Kandunagn bahan ini merupakan komponen hemicelulose di dinding sel daripada beberapa spesies tanaman. Glukomanan lazim digunakan sebagai aditif makanan sebagai emulsifier dan pengental. Apa pun di negara jiran ini ada diusahakan secara komersil tanaman Porang yang menyamai dengan tanaman Suweg, Walur dan Iles-iles. Tumbuhan ini merupakan tanaman penghasil umbisi yang boleh dimakan terutama untuk bidang industri dan kesihatan. Di Indonesia kini ubi porang ini dimana ia memiliki potensi dan prospek yang besar untuk diperluaskan lagi dimana penanamnya untuk pasarnan domestik dan eksport. Kepada mereka yang yang ingin mencuba didalam teknik menghasilkan umbi berkarbohidrat tinggi ini boleh membaca artikel ini sehingga faham. Artikel didalam blog "Anim Agro Technology" ini menerangkan beberapa petua atau tips mengenai tanaman porang untuk rujukan petani di Malaysia.

Penanaman pokok porang di negara jiran Indonesia semakin menarik minat ramai petani disana. Dilaporkan dengan harga jualnya yang cukup mahal ini telah membuat masyarakat tergiur untuk mereka menanam tanaman umbisi ini. Kini umbi porang dilaporkan menembusi pasaran menembus luar negeri dan menjadi salah satu usaha yang cukup menjanjikan pulangan baik. Ubi porang yang mengandung zat glucomanan telah dieksport ke luar negeri terutama Jepun untuk keperluan dalam bidang industri, kesihatan dan pembuatan makanan. Dalam pada itu porang atau juga dipanggil iles biasanya tumbuh liar di hutan tropika dengan ketinggian mencapai sekitar 1.5 meter. Semakin ramai masyarakat Indonesia yang mencuba menanam porang sebagai alternatif baru. Porang merupakan tanaman yang tumbuh tunggal dengan batang ber warna hijau bercorak hijau putih pada batangnya. Siapa pun tidak menyangka dimana tanaman porang ini ternyata menjadi bahan asass untuk pembuatan gam kuat (lem) dan jelly oleh kilang di luar negeri seperti Jepun (Sila lihat foto lem dibawah). Didakwa juga tanaman porang terbukti sangat menjanjikan memberikan pendapatan baik seperti seorang usahawan di Madiun bernama Paidi kini jadi jutawan setelah berhasil menanam porang. 

Dilaporkan dimana keperluan pengeksportan porang dari Indonesia mencapai 750 metrik tan untuk memenuhi perusahaan-perusahaan besar dunia, seperti Jepang dan Cina. Usaha di bidang porang masih terbuka lebar, sehingga siapapun bisa melakukan budidaya porang. Harga ladang ubi porang segar telah dilaporkan mencapai sekitar RM1.20 sekilogram atau (Rp4,000/kg) sementara bagi porang  kering pula mencapai RM 10.40 sekilogram (Rp35,000). Bila anda sudah melihat akan harga dan potenasi tanaman porang tentunya ada minat untuk mencuba menanamnya tetapi perlu tahu akan tanaman ini dari segi teknologi penanamannya dan amalan agronominya. Paling asas adalah lokasi kebun yang sesuai ditanam porang diperiksa kualiiti tanahnya. Periksa pH tanah kerana pH terbaik bagi tanaman ini adalah pH 6-7 walau pun ia boleh tumbuh pada jenis tanah lain yang gembur dan subur. Pokok porang memerlukan naungan dari pokok lain untuk pertumbuhan terbaik seperti dibawah pokok kayu jati, mahogani atau pokok sena. Kesesuai optima naungan minima 40% untuk pertumbuhan terbaik.

Pokok ini perlukan iklim atau suhu sesuai kerana tanaman ini sensitif pada musim kering panas dan musim hujan. Tanaman porang ini didakwa tumbuh lebih baik jika ditanam pada ketinggian 100 - 600 meter dari paras laut. BPenyediaan benih bagi tanaman porang boleh dilakukan dengan beberapa cara.  Ini kerana benii porang dibiakkan dengan cara  vegetatif maupun generatif. Namun secara umum teknik penyediaan benih porang melalui tiga kaedah iaitu daripada Katak atau Bintil, daripada Buah dan Biji Porang serta daripada umbisi itu sendiri. Kaedah pertama daripada  Katak adalah bintil yang berwarna porang berwarna coklat kehitaman biasanya muncul pada pangkal dan tangkai daun porang. Dalam 1 kilogram katak atau bintil lazimnya akan berisi 100 butir bintil/katak. Bintil atau katak porang boleh dikumpulkan semasa menuai hasil dimana ia kemudian akan disimpan sehingga musim hujan tiba untuk ia di tanam bintil atau katak tersebut di lubang penanaman dikebun yang telah disiapkan. Kaedah kedua menggunakan Buah dan Biji Porang yang diambil dari pokok porang matang yang telah berumur 4 tahun keatas yang berbunga dan menghasilkan buah dan biji. Lazimnya sayu biji buah porang mengandungi sebanyak 250 biji benih yang sesuai disemai dan boleh ia digunakan sebagai anakbenih tanaman porang. Cara ketiga dengan menggunakan umbinya sendiri yang mana ubi yang kecil-kecil ini diperolehi dari pokok porang yang ditanam rapat dan dibuat penjarangan. Umbi yang masih kecil ini boleh dijadikan anakbenih tanaman porang dikebun. Dalam pada itu umbi yang bersaiz besar juga boleh dibelah dan dippotong kecil-kecil untuk ditanam.


Kawasan penanaman porang sebaiknya telah ada pokok naungan seperti pokok jati, mahogani dan sebagainya untuk pokok porang tumbuh subur dengan sinaran matahari tidak berlebihan atau terlalu banyak. Penanaman porang dikawasan terbuka juga boleh dilakukan asalkan diberikan asas-asas perlindungan sementara yang sesuai. Kerja menyediakan kawasan penanaman porang dengan cara membersihkan dahulu kawasan daripada semak dan rumpai menggunakan kaedah sesuai. Sediakan lubang penanaman dengan jarak 1m x 1m dengan ukuran lubang disesuaikan  mengikut benih yang diguna. Bagi katak atau bintil lazimnya ditaam dalam alur yang digali sementara bagi benih dari umbisi disediakan lubang penanaman 20cm x 20 cm x 20 cm. Masukkan baja asas seperti baja organik, MOP dan sebagainya didalam alur atau lubang penanaman. Tanaman porang sangat baik ditanam pada musim hujan iaitu pada bulan November-Desember.  Masukan benih porang yang telah disiapkan satu per satu ke dalam lubang tanam yang sudah disediakan dimana mesti diletakkan bahagian bakal tunas  menghadap ke atas. Setiap lubang tanaman mesti diisi 1 benih porang dengan jarak tanam antara 1 meter x 1 meter. Setelah selesai kemudian di tutup lubang dengan tanah setebal 3 cm. 


Pembajaan tanaman porang dilakukan setahun sekali sebaiknya bila hendak tiba musim hujan. Gunakan jenia baja  urea pada kadar 10 gram dan 5 gram SP 36 pada satu lubang tanaman porang. Pemberian baja ini dilakukan dengan cara ditanam pada sekitar batang porang. Penting sentiada dikawal rumpai kerana ia bersaing dengan tanaman porang dari segi air dan makanan. Kawalan rumpai dijalankan sekali sebulan dimana rumpai jangan dibakar atau dibuang sebaliknya dimasukan ke dalam lubang untuk ianya dijadikan baja organik. Antara perosak porang termasuk ulat batang, belalang, ulat makan umbisi dan cacing nematod. Penyait pula terdiri dari penyakit layu daun disebebkan oleh kulat (Rhizoctonia sp atau Cercospora sp atau Sclerotium sp) dan reput batang. Kawalan dengan racun semburan racun kulat. Porang ini sesuai dituai selepas dua tahun ditanam dengan anggaran berat umbi setiap perdu sekitar 1 kg - 2 kg sepokok. Bagaimana pun jika umbinys masih kecil maa perlu dibiarkan sahaja untuk penuaian dimasa akan datang. Setelah umbi dituai maka ditanam semula dilokasii tersebut benih baru jika dibawah kawasannaungan hutan jati. Tanda pokok sudah boleh dituai apabila daun pokok sudah layu kering dan jatuh ketanah (Sila lihat foto disebelah). Kepadatan tanaman biasanya sebanyak 40,000 sehektar yang dijangka akan hasilkan sebanyak 80 tan umbisi selepas dituai selepas dua tahun. Umbi ini akan dikeluarkan dan dibersihkan dari kekotoran tanah sebelum dikumpulkan. Umbi ini akan dipotong atau hiris nipis 1 cm dan dijemu dibawah matahari sehingga kering dan sedia untuk dipasarkan. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca bllog anim agro technology kali ini. Wasallam!!...
TANAM PORANG... CARA BAGAIMANA...
BENNIH DISEDIAKAN... ADA 3 CARA...
BENIH DITANAM... 2 TAHUN TUAINYA...
DIHIRIS DIJEMUR... DIEKSPORT PULA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(20 Zulkaedah 1441H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.