Saturday, July 11, 2020

INDEKS HUJAN PERTANIAN DI MALAYSIA

INDEKS HUJAN PERTANIAN atau dalam bahasa Inggeris dipanggil sebagai Agriculture Rainfall Index (ARI) adalah merupakan satu maklumat yang disediakan untuk digunakan didalam analisa penentuan kedapatan air hujan untuk aktiviti pertanian disuatu kawasan. Di Malaysia penulis blog ada mendengar akan ARI ini semenjak masuk kerja pada awal tahun 1980'an dimana petunjuk ini digunapakai untuk saya tentukan aktiviti penanaman mangga Cokanan (Melaka Delight - MA224)di Melaka pada tahun 1989 dahulu. ARI ini sebenarnya boleh digunakan sebagai petunjuk didalam menentukan kedapatan air hujan untuk pertanian di sesuatu kawasan. Ia disedakan oleh satu pasukan daripada J+Jabatan Pertanian dan MARDI yang mana mereka telah pun memperkenalkan konsep ARI (Ghazalli dan N euwolt, 1981) yang data ini menunjukkan trend taburan hujan bagi tempoh selama 25 tahun. Pihak MARDI juga merujuk kepada Peta Agroclimatic Regions bagi Semenanjung Malaysia pada tahun 1982. Kerja kemaskinii data ARI diteruskan lagi pada 1989 dengan kerjasama antara Jabatan Pertanian Malaysia dan Jabatan Metereologi Malaysia. Kerjasama dengan agensi MetMalaysia ini melibatkan data taburan hujan selama 25 tahun serta libatkan 209 stesen kajiuaca yang lebih mudah dibaca. ARI ini juga ditakrifkan sebagai nisbah taburan hujan bulanan pada 80% kebarangkalian terhadap evapotranspirasi bulanan didarabkan dengan 100. Artikel petang Jumaat 20 Zulkaedah 1441 hijrah ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai Indeks Hujan Pertanian yang mana ramai dikalangan aktivis pertanian jarang mendengar atau mengetahuinya untuk dijadikan bahan rujukkan teknikal semua pembaca. Memang agak lama saya perlu membuat banyak rujukkan daripada Jabatan Pertanian serta agensi lain dan beberapa pegawai pakar yang masih bekerja dan yang telah bersara untuk menulis artikel ini sehingga ianya berjaya disiapkan.



Konsep ARI ini berdasarkan kepada beberapa faktur Evapotranspirasi (Eo) dan Kebarangkalian Hujan pada Frekuensi 80% (R80) seperti formula diatas. Evapotranspirasi atau dalam bahasa Malaysia Asal sebagai 'Penyejatpeluhan' adalah proses kehilangan air melalui proses sejatan dari permukaan tanah dan oleh transpirasi wap daripada daun tumbuhan. Penyejatan (evaporation) mengambil kira juga akan pergerakan air ke udara dari sumber seperti tanah, pintasan kanopi dan jasad air. Peluhan (transpirasi) pula melibatkan pergerakan air di dalam tumbuhan dan kehilangan air seterusnya sebagai wap melalui stomata dalam daunnya. Penyejatpeluhan atau evapotranspirasi adalah bahagian penting dalam kitaran air. Unsur (seperti pokok) yang menyumbang kepada penyejatpeluhan boleh dipanggil penyejatpeluh. Asal air transpirasi juga dari tanah. Ia sukar untuk mengukur kehilangan pada kedua-duanya. Faktor klimatik (climatic factor) yang memberi kesan kepada penyejatpeluhan, termasuklah sinaran, suhu udara, angin dan kelembapan dimana ia lebih mudah digunakan untuk pengukuran. Berbalik kepada formula diatas, Eo = evapotranspirasi (unit mm) ini dikaitkan dengan jumlah air yg hilang ke udara (transpirasi dan evaporasi) dimana data Eo bulanan ini adalah berasas kan nilai evapotranspirasi yang diperolehi daripada MetMalaysia. Kebarangkalian Hujan pada Frekuensi 80% (R80) pula biasanya purata tahunan atau bulan an digunakan untuk kajian pertanian. Akan tetapi di tropika seperti di Malaysia nilai hujan yg amat tinggi dan juga rendah akan mempengaruhi purata tahunan. Oleh itu bagi tujuan untuk mengatasi masalah ini maka dikira dimana jumlah minima hujan pada 80% probability digunakan.


Terdapat 3 kategroi ARI di Semenanjung Malaysia iaitu Kadar Kurang 40%, 40% 0 200% dan juga Lebih 200%. Bagi ARI kurang 40% bermakna ia adalah KERING (DRY) iaitu berlaku pada bulan kemarau. Bagi ARI 40% - 200% pula dipanggil sebagai LEMBAB (Humid) yang dikategorikan sesuai untuk pertumbuhan tanaman. Semantara bagi ARI lebih daripada 200% ia dipanggil sebagai BASAH (Wet) iaitu berlaku hujan berlebihan dan boleh banjir. Sebagai contoh rajah diatas adalah data dari Ampangan Muda di Kedah untuk bulan Januari (musim kering dan panas). Kadar Eo atau Evapotranpirasi adalah 167.2 dan Kebarangkalian Hujan pada Frekuensi 80% (R80) pula adalah 9.65 mm. Bila menggunakan formula diatas maka bacaan ARI dilokasi ini adalah bernilai 5.772%. Daripada segi kategori ARI angka ini menunjukkan bahawan pada bulan januari kawasan tersebut adalah sangat kering (kurang 40%) dimana ini menganggu pertumbuhan tanaman kerana tidak cukup air. Dari data ini perlu dilakukan penjadualan tanaman yang sesuai. Jika tanaman padi waktu seperti ini adalah sangat sesuai untuk aktiviti menuai padi bulan aktiviti menanam padi. Bagi tanaman buah-buahan pula keadaan kering (dan biasanya panas) pula akan menyebabkan pokok kena 'stress' dimana ini akan membolehkan ia berbunga selepas itu seperti pokok mangga.


Pada masa ini terdpat sebanyak 12 peta ARI diSemenanjung Malaysia untuk 12 bulan daripada Januari sehingga Disember. Data ARI disediakan setiap bulan berdasarkan kepada ARI setiap stesyen (MetMalaysia) dan menghasilkan maklumat ARI yang dipetakan menggunakan GIS di Jabatan Pertanian Semenanjung Malaysia. Gambarajah diatas menunjukkan outcome kaedah membaca peta ARI yang dijana daripada sistem. Dilihat ada 3 warna ditandakan pada peta di Terengganu ini iaitu warna merah muda (ARI kering), hijau (ARI Lembap)  dan juga warna biru (ARI Basah. Dalam rajah tersebut juga ditunjukkan dimana dikawasan Zon A tersebut akan berlaku keadaan 3 bulan kering (Januari - Mac) dan Zon B (Febuari - April). Terdapat 7 bulan lembab iaitu daripada bulan April - Julai (Zon A) dan Zon B pada bulan Mei - Oktober dan berlainan pula untuk Zon C. Daripada data tersebut ia dijadikan panduan merancang jadual penanaman oleh petani terutama tanaman singkat masa. Ini juga bagi mengelakkan risiko kemarau atau musim kering boleh ditentukan dari peringkat awal dari petani mengalami kerugian. ARI juga sesuai digunakan untuk merancang pemilihan tanaman dan waktu yang tepat untuk menanam. ARI juga sangat baik untuk dijadikan sebagai salah satu input untuk membuat peta zon tanaman. Apa pun pembaca, penyelidik, pensyarah, pelajar, petani dan semua yang ingin tahu lanjut mengenai ARI ini boleh berhubung dengan Bahagian Pengurusan Tanah, Jabatan Pertanian Putrajaya atau berhubung dengan Pejabat Pertanian Daerah. Sebagai kesimpulan penulis blog dapati berdasarkan ARI antara 40% - 200%, masa dan kawasan yang sesuai untuk pertanian dapat dipastikan. Peta ARI yang dihasilkan memang boleh digunakan sebagai panduan agro-iklim untuk perancangan aktiviti pertanian. Walau pun ada beberapa limitasi akan tetapi Indek taburan hujan Pertanian (ARI) ini tidak mengambil kira faktor simpanan air tanah dan dengan ini tidak menunjukkan keadaan sebenar. Semuga tulisan saya yang seumpama ini dan pertama di Malaysia akan memberi info berguna kepada pembaca blog anim agro technology kali ini. Terimasakasih kepada Tn Hj Asaari Hasan yang berkomunikasi saya selalu. Wasallam...
PETA ARI... MAKLUMAT BERGUNA...
INDEKS HUJAN... LAMA KAJIANNYA...
DIJANA KOMPUTER... GUNA DATA...
BACA ARTIKEL... BARU TAHUNYA...

By,
Dato' M Anim Hosnan,
Senior Agronomist Expert
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(20 Zulkaedah 1441H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.