Friday, September 25, 2020

TEKNOLOGI TANAMAN KOPI DI MALAYSIA (Pt 3)

TANAMAN KOPI (Coffea spp.) di Malaysia masih ini banyak terdapat di Sabah dan beberapa kawasan di Pantai Barat Semenanjung Malaysia khususnya di Negeri Johor. Negeri-negeri lain sudah tidak menanam kopi atau sangat sedikit  termasuk di kawasan Utara Semenanjung dan juga di Pantai Timur. Tanaman Kopi di Malaysia adalaah merupakan salah satu komoditi yang dipilih untuk dimajukan dalam Rancangan Malaysia ke 11 (RMK-11) setelah lebih daripada 15 tahun tiada program khusus untuk pembangunan tanaman kopi. Perkara ini adalah berikutan permintaan terhadap biji kopi mentah untuk diproses amat menggalakkan dimana Malaysia terus mengimport biji kopi mentah sebanyak 115,210 metrik tan pada tahun 2017 yang bernilai  RM1.52 billion. Malaysia mengimport biji kopi mentah daripada Indonesia, Vietnam dan Brazil terutama untuk Kopi Arabica (Coffea arabica) dan Kopi Robusta. Di Malaysia kebanyakan jenis kopi yang ditanam adalah Kopi Liberica (Coffea liberica) dan juga Kopi Robusta (Coffea robusta). Pada tahun 2018 dilaporkan seluas 1,930.1 hektar tanaman kopi diusahakan di Malaysia dengan jumlah keseluruhan pengeluaran hanya sekitar 3,396.2 metrik tan. Keluasan ini menurun berbanding dengan penanaman pada tahun 2017 iaitu seluas 2,588 hektar dengan jumlah pengeluaran sebanyak 8,109 metrik tan kopi (Sumber: Laporan Industri Kopi, Jabatan Pertanian Malaysia 2108). Dalam pada itu hanya dua negeri sahaja di Malaysia yang aktif menanam kopi iaiti di Negeri Sabah (70%) dan bakiny di negeri Johor (20%) sementara negeri-negeri lain hanya sekitar 10% sahaja. Negeri Sabah banyak menanam kopi jenis Robusta dan Liberica serta ada juga sedikit menanam kopi Katimor di Ranau. Kini penanam kopi sudah kurang sedangkan permintaan biji kopi mentah semakin meningkat. Adakah industri penanaman kopi di Malaysia semakin kelam?. Kenapa ramai petani sudah tidak mahu menanam kopi seperti dahulu lagi?. Bagaimana cara untuk menarik minat lebih ramai petani menanam kopi?. Artikel malam ini daripada Villa 1017, A'Formosa Resort Homestay, Alor Gajah, Melaka dalam ''Anim Agro Technology'' saya menulis rencana mengenai industri penanaman kopi untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan.


Pemangkasan tanaman kopi adalah diperlukan bagi membentuk pokok kopi kepada satu bentuk yang bercabang dimana ia boleh menggalakkan pengeluaran hasil yang tinggi. Biasanya pemangkasan pembentukkan pada batang tunggal dilakukan untuk pokok kopi jenis Liberica di mana hanya satu batang utama dibiarkan tumbuh manakala batang atau dahan sekunder akan keluar daripada batang utama ini. Semua sulur air yang keluar daripada batang utama atau batang sekunder akan dibuang. Kaedah pangkasan pengurusan bagi batang berganda biasanya dilakukan bagi kopi jenis Robusta yang luas ditanam di Sabah. Sebanyak 2,3 atau 4 batang utama digalakkan untuk tumbuh dan membesar. Pemangkasan ini juga dibuat seawal di tapak semaian lagi sehingga pokok kopi dibiarkan tumbuh sehingga 20 cm dari paras tanah sebelum dipangkas. Sebanyak 2 - 4 tunas air dibiarkan tumbuh untuk menjadi batang utama. Pemangkasan Batang Berganda di peringkat ladang dimana pokok kopi dipangkas pada ketinggian 180 cm iaitu selepas 4 - 6 bulan pokok kopi tersebut ditanam di ladang. Aktiviti pemangkasan pokok kopi ini mesti sentiasa dijalankan agar pokok kopi akan sentiasa rendah bagi memudahkan kerja amalan agronomi terutama didalam kerja memungut biji kopi yang matang. Belum ada penggunaan jentera memungut atau menuai biji kopi dilaporkan di Malaysia yang telah digunakan oleh petani seperti beberapa estet kopi di Brazil. Kerja pemangkasan ini perlu dijaudalkan dengan musim pembungaan dan penuaian kopi dikebun.


Tanaman Kopi terdedah kepada serangan perosak dan Penyakit. Antara penyakit yang dijumpai seperti Penyakit Karat Daun  (Hemileia vastatrix) dimana cara kawalan menyembur dengan racun kulat seperti triadimefon (0.05 - 0.1%). Cara lain degan memusnahkan semua daun yang berpenyakit.  Kedua adalah Penyakit Hawar Daun Kopi  (Marasmeillus scandens) dikawal dengan memangkas bahagian yang diserang dan musnahkan (Sila lihat foto disebelah). Sembur dengan racun kulat yang mengadungi kuprum. Ketiga adalah Penyakit Cendawan Angin (Oleh patogen Corticum salmonicolor) dikawal dengan pangkas bahagian yang diserang dan musnahkan. Sembur racun atau cat pada bahagian yang baru diserang dengan racun kulat jenis kuprum. Bagi jrnis Penyakit Antraknos Buah  (Collectrichum sp.) kawalan dengan menyembur dengan racun kulat seperti mancozeb atau kuprum oksiklorida. Bagi perosak tanaman kopi terdiri daripada serangga Kumbang Pengorek Buah Kopi (Hypothemes hampel) dikawal denga memungut buah masak dengan segera dan giliran pungutan mesti cepat. Jika serangan teruk, kutip dan musnahkan semua buah kopi yang telah diserang dan yang elok sama ada di atas pokok atau di atas tanah selama 2 - 3 bulan di kawasan yang terlibat. Jika perlu sembur dengan racun serangga chlorpyrifos atau malathion. Serangan oleh perosak Rama-rama Kepak Jernih (Cephanodes hyles) dikawal dengan memungut dan musnahkan ulat yang terdapat pada daun di peringkat awal serangan. Bersihkan ladang dari sampah sarap dan rumput rumpai. Jika perlu sembur dengan racun chlorpyrifos atau malathion. Bagi perosak Kumbang Kaboi  (Apogonia sp.) sebaiknya disembur dengan racun serangga seperti methrin. Bagi Teritip (Lecanium sp.) ia selalu boleh dikawal dengan menyembur white oil atau malathion untuk mengawal semut yang berasingan dengan teritip tadi. Bagi perosak Cacing Nematod (Pratylenchus coffeae)  sebaiknya dikawal dengan racun nematod seperti fenamiphos. Guna pokok penanti dari jenis Coffea robusta yang lebih tahan pada serangga nematod. Haiwan Musang dikawal dengan membersihkan kebun dan kawasan sekeliling kebun. Apa pun biji kopi yang diberakkan oleh musang ini didakwa menjadi biji kopi premium iaitu 'Kopi Luwak' yang sangat popular di Indonesia tetapi tidak dilaksanakan di Malaysia. 


Aktiviti memungut hasil buah kopi  biasanya mengambil masa di antara 8 - 13 bulan bagi jenis Liberica, 7-9 bulan bagi jenis Arabica dan 9 - 10 bulan bagi jenis Robusta dari tarikh mula mengeluarkan bunga hingga buah masak. Kematangan buah kopi jambu adalah berwarna hijau tua semasa di peringkat buah muda. Warna ini bertukar menjadi kuning dan merah apabila cukup masak dan sangat sesuai untuk dipetik. Bagi memastikan mutu biji kopi yang diproses adalah berkualiti tinggi sebaiknya aktiviti pengutipan hasil hendaklah dibuat dengan hanya memetik buah-buah kopi jambu yang berwarna merah dan cukup masak sahaja. Elakkan daripada memetik buah-buah yang masih hijau, separuh kuning atau memungut buahbuah kopi yang berwana hitam. Biji-biji kopi kering digred mengikut kaedah yang dibuat oleh FAMA iaitu Kopi Gred 1 dengan nama FAMA Kopi Beras (FKB 1) dimana biji kopi ini adalah kurang daripada 1% kulit/barang asing, tiada kopi hancur, Tiada biji hitam dengan warna biji kopi biru kekelabuan hijau dan tahap kekeringan biji kopi melebihi 90%. Bagi Kopi Gred 2 iaitu FAMA Kopi Beras (FKB 2) dimana biji kopi ini mempunyai kurang daripada 9% kulit/barang asing,  Selalunya kurang daripada 3% kopi hancur, Kurang daripada 3% biji hitam, warna biji kopi kekuningan emas dengan tahap kekeringan biji kopi melebihi 90%. Bagi jenis Kopi Gred 3 atau FAMA Kopi Beras (FKB 3) cirinya adalah ia kurang daripada 9% kulit/barang asing, Kurang daripada 3% kopi hancur, Kurang daripada 3% biji hitam,  Warna biji kopi kekuningan emas, tahap kekeringan biji kopi melebihi 90%, Bagi Kopi Tiada Gred adala ia termasuk biji kopi yang berlubang dan hancur berdebu.  Artikel ini di tulis dalam 3 segment iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembacaa anim agro technology kali ini. Wasallam....!
MENANAM KOPI... DI NEGARA KITA...
VARIETI KOPI  DITANAM... LIBERICA...
ADA DI SABAH... KOPI ROBUSTA JUGA...
MALAYSIA IMPORT...BERJUTA NILAINYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,

Villa 10107, A'Formosa Resort Homestay,
Alor Gajah, Melaka,
Malaysia.
(6 Zulhijjah 1441H).
Published from:
Pulau Rawa, Mersing, Johor.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.