Thursday, September 24, 2020

TEKNOLOGI TANAMAN KOPI DI MALAYSIA (Pt 2)

TANAMAN KOPI (Coffea spp.) di Malaysia masih ini banyak terdapat di Sabah dan beberapa kawasan di Pantai Barat Semenanjung Malaysia khususnya di Negeri Johor. Negeri-negeri lain sudah tidak menanam kopi atau sangat sedikit keluasannya termasuk di kawasan Utara Semenanjung dan juga di Pantai Timur. Tanaman Kopi di Malaysia adalah merupakan salah satu komoditi yang dipilih untuk dimajukan dalam Rancangan Malaysia ke 11 (RMK-11) setelah lebih daripada 15 tahun tiada program yang khusus untuk pembangunan tanaman kopi. Perkara ini adalah kerana berikutan permintaan terhadap biji kopi mentah untuk diproses amat menggalakkan dimana Malaysia terus mengimport biji kopi mentah sebanyak 115,210 metrik tan pada tahun 2017 yang bernilai  RM1.52 billion (Sumber: Laporan Tahunan Agromakanan MoA, 2017). Malaysia mengimport biji kopi mentah daripada Indonesia, Vietnam dan Brazil terutama untuk Kopi Arabica (Coffea arabica) dan Kopi Robusta. Di Malaysia kebanyakan jenis kopi yang ditanam adalah Kopi Liberica (Coffea liberica) dan juga Kopi Robusta (Coffea robusta). Pada tahun 2018 dilaporkan seluas 1,930.1 hektar tanaman kopi diusahakan di Malaysia dengan jumlah keseluruhan pengeluaran hanya sekitar 3,396.2 metrik tan. Keluasan ini menurun berbanding dengan penanaman pada tahun 2017 iaitu seluas 2,588 hektar dengan jumlah pengeluaran sebanyak 8,109 metrik tan kopi (Sumber: Laporan Industri Kopi, Jabatan Pertanian Malaysia 2108). Dalam pada itu hanya dua negeri sahaja di Malaysia yang aktif menanam kopi iaiti di Negeri Sabah (70%) dan bakiny di negeri Johor (20%) sementara negeri-negeri lain hanya sekitar 10% sahaja. Negeri Sabah banyak menanam kopi jenis Robusta dan Liberica serta ada juga sedikit menanam kopi Katimor di Ranau. Kini penanam kopi sudah kurang sedangkan permintaan biji kopi mentah semakin meningkat. Adakah industri penanaman kopi di Malaysia semakin kelam?. Kenapa ramai petani sudah tidak mahu menanam kopi seperti dahulu lagi?. Bagaimana cara untuk menarik minat lebih ramai petani menanam kopi?. Artikel malam ini daripada Villa 1017, A'Formosa Resort Homestay, Alor Gajah, Melaka dalam ''Anim Agro Technology'' saya menulis rencana mengenai industri penanaman kopi untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan.

Penanaman kopi bermula dengan kerja penyediaan kawasan. Kawasan kebun yang hendak ditanam dengan tanaman kopi hendaklah dibersihkan. Keperluan pokok pelindung disediakan terutama bagi kopi jenis Robusta atau polihibrid Robusta kerana ia memerlukan pokok naungan dari jenis Gliricidia sp., Leucaniea sp. atau Erythrina sp. boleh ditanam dengan jarak tanaman iaitu 6m x 6m dimana satu pokok naungan bagi setiap empat pokok kopi. Cara penanaman kopi jenis Liberica atau polihibrid boleh dibuat tanpa menggunakan pokok lindungan. Menanam pokok kopi boleh dibuat secara tanaman tunggal atau pun selingan dengan tanaman kelapa yang sedia ada. Bagi jenis Robusta atau polihibrid Robusta disyorkan agar jarak tanaman yang lebih rapat iaitu pada jarak 2.5m x 2.75m dengan kepadatan 1450 pokok sehektar untuk tanaman secara tunggal.  Sistem Tanaman bagi kopi ada beberapa kaedah antarannya petama adalah Sistem Tanaman Tunggal dimana pokok kopi ditanam pada jarak tanaman 3m x 3m segitiga sama dengan kepadatan 1280 pokok sehektar. Kedua pula Sistem Tanaman Selingan dimana pokok kopi ditanam dengan kelapa.  Pokok kopi ditanam pada jarak tanaman 3m x 3m dimana dua barisan kopi ditanam di antara barisan kelapa yang mempunyai jarak 9m x 9m dengan kepadatan 790 pokok sehektar.

Penyediaan Bahan Tanaman atau benih Kopi boleh disediakan dengan Kaedah Menggunakan Biji Benih atau teknik Pembiakan Secara Tampang. Bagi bahan tanaman dari Biji Benih kopi hendaklah dipilih daripada buah kopi yang cukup masak daripada pokok yang mengeluarkan hasil buah kopi yang tinggi. Biji benih mula bercambah 4 - 7 minggu selepas disemai dan lebih kurang 80% percambahan akan diperolehi selepas 8 -10 minggu. Anak benih kopi hendaklah diubah ke ladang selepas 4 - 6 bulan. Teknologi pembiakan Secara Tampang boleh dilakukan dengan dua cara iaitu pembiakan tampang yang biasa digunakan. bagi tujuan ini dua cara tersebut adalah Cara Keratan dan Cara Cantuman. Teknologi Cara Keratan adalah sesuai untuk kopi jenis Robusta tetapi kurang sesuai untuk jenis Liberica. Sementara itu Cara Cantuman Anak Benih kopi yang ditanam dalam polibeg boleh dicantum selepas pokok penanti berumur 6 - 8 bulan (Sila lihat foto sebelah). Kaedah cantuman boleh dibuat dengan menggunakan baka varieti kopi yang mengeluarkan hasil biji kopi yang tinggi dan bermutu. Cantuman pokok kopi dibuat secara cantuman baji menggunakan tunas air daripada pokok baka yang terpilih.

Jadual Pembajaan Tanaman Kopi
Didalam menentukan tanaman kopi dapat hidup subur maka amalan agronomi prlu dilakukan seperti pembajaan, kawalan rumpai, kawalan perosak dan penyakit dan cantasan. Bagi aktiviti pembajaan sama seperti tanaman lain, pokok kopi memerlukan pambajaan yang seimbang dan cukup untuk tumbuh dengan subur dan memberikan hasil tanaman yang maksimum. Pembajaan pokok kopi adalah diperlukan bagi menggantikan nutrien tanah yang hilang melalui proses larut resap, hakisan dan tuaian hasil tanaman. Berikut adalah jadual pembajaan bagi tanaman kopi. bagi tujuan kawalan rumpai sebaiknya bagi jenis Rumpai Daun Lebar ia bersaing dengan dan Rusiga tanaman untuk air, nutrient dan cahaya serta menjadi perumah kepada penyakit dan perosak serangga. Kawalan rumpai dilakukan sebaik sahaja selepas ditanam kawal rumpai secara manual dengan mencabut atau menggunakan cangkul. Bagi kawasan tanaman kopi dewasa racun rumpai seperti glufosinate-ammonium (seperti Basta), Glyphosate (seperti Round-up) dan paraquat dichloride (seperti gramoxone) boleh digunakan di sekeliling pokok, di antara baris bagi pokok muda atau pun dewasa. Artikel ini di tulis dalam 3 segment iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembacaa anim agro technology kali ini. Wasallam....
MENANAM KOPI... DI NEGARA KITA...
VARIETI KOPI  DITANAM... LIBERICA...
ADA DI SABAH... KOPI ROBUSTA JUGA...
MALAYSIA IMPORT...BERJUTA NILAINYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,

Villa 10107, A'Formosa Resort Homestay,
Alor Gajah, Melaka,
Malaysia.
(6 Zulhijjah 1441H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.