Friday, July 17, 2020

TANAMAN SACHA INCI CIKGU ASRUL

TANAMAN SACHA INCI (Plukenetia volubilis) di Malaysia merupakan sejenis tanaman baru diperkenalkan dan masih amat kurang dikenali dikalangan orang ramai. Pokok ini juga  merupakan sejenis tanaman kekacang yang kurang dikenali di negara kita Malaysia. Tumbuhan ini dikatakan berasal dari negara Peru juga dipanggil sebagai 'sacha peanut', 'inca peanut', 'mountain peanut' dan 'sacha inci'. Biarpun pokok ini belum terkenal di Malaysia akan tetapi suaha beberapa rang individu dan usahawan telah menjual benih dan hampu 2-3 tahun mempromosikan tanaman ini. Penulis blog mendapati dimana tanaman Sacha Inci ini telah aga lama ditanam secara komersil di Thailand, Vietnam dan Kemboja. Tujuan penanamannya adalah untuk menghasilkan bijinya yang mengandungi minyak yang sangat bernilai. Usahawan di Malaysia pula memanafaatkan akan tanaman ini untuk pelbagai bahagian lain diproses menjadi produk makanan sihat seperti bahagian daun dijadikan teh, bahagian bunga dan kulitnya untuk pelbagai produk lain. Tumbuhan ini adalah jenis renek (shrub) yang parrenial dengan memerlukan sokongan untuk menjalar di atas kayu sokongan untuk penanaman komersil. Ia jenis tanaman yang perlukan cahaya matahari 100% atau dengan sedikit perlindungan sahaja. Penulis blog membuat tinjuan teknologi kebun Cikgu Asrul di Kampung Hujung Rintis, Teluk Intan, Perak untuk berbincang tentang amalan teknologi dan agronomi serta analisa ekonomi. Bersama rombongan saya adalah dua orang penanam  Sacha Inci dari Tapah dan seorang Usahawan Pemprosesan buah sacha ini dari Taiping. Artikel ini saya paparkan tinjauan teknologi dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai tinjauan teknologi dari ladang ini.


Ketibaan saya disambut Cikgu Asrul dengan senyuman kerana beliau baru bersara kira-kira setahun setengah lepas. Kebun beliau jauhnnya 35 km dari rumahnya yang berada di Bandar Teluk Intan iaitu tanah pusaka keluarga seluas 5 5 ekar. Beliau minta maaf keadaan kebun agak semuak dan kurang cantik akibat hampir 3 bulan tidak dapat menjaganya seperti biasa kerana Perintah Kawalan Perjalanan (PKP) disebebkan Covid19 walau pun ada kelonggaran kepada petani (Sila lihat foto disebelah). Kawasan kebun ini asalnya adalah disewakan untuk kepada orang lain untuk tanaman tembikai. Kemudian batas yang ditinggalkan dibaikpulih dipasang dengan tiub pengairan titis dan memasang tiang konkrit dan dawai untuk pokok menjalar. Daripada 800 biji benih disemai dan bercambah ia ditanam sepokok selubang dan kini hanya tinggal 420 pokok sahaja yang berbuah dikebunnya. Memang tumbuhan ini mampu tumbuh menegak setinggi 2 - 3 meter tanpa sokongan asas. Bagaimana pun untuk penanaman baik ia perlukan kayu sokongan atau sistem para setinggi 3-4 meter. Batangnya akan dilatih untuk dia menjalar atau merambat dengan mempunyai daun deciduous yang berwarna hijau dikawasan tropika.


Penulis dapati kurang baja semasa PKP menyebabkan daun menjadi kecil dan banyak yang kekuningan. Apa pun dilihat dimana daun yang berwarna hijau masih tersusun dengan baik dan kurang untuk menghasilkan pucuk baru untuk terus menjalar. Terdapay banyak dahan dan ranting yang telah mati pada pokok yang kurang penjagaan juga. Apa pun ia masih  mengeluarkan banyak bunga dalam jambak yang berwarna putih hijau yang kecil di bahagian hujung dahan. Bagaimana pun pokok hanya tinggal buah yang berwarna hijau sahaja kerana Cikgu Asrul telah menuai hampir semua buah Sacha Inci yang matang sehari sebelum kedatangan penulis blog untuk dijual kepada pembeli yang datang bersama saya. Melihat buah sacha inci yang dituai mendapati buahnya berada didalam dalam kapsul berukuran 3 - 5 cm garispusat dengan ada 4 - 7 point yang berwarna hijau semasa muda dan bertukar warna coklat gepal apabila masak. Penulis blog dapati dalam satu ranting yang subur ada buah yang mempunyai 4 lobes, 5 lobes dan 6 lobes dari pokok yang berumtu 1.5 tahun ini. Apabila cukup matang maka buah ini boleh terbuka sendiri dapat dilihat bijinya dan dituai apabila telah buah kering betul. Buah yang terlalu tua dan tidak dituai akan pecah dua dimana kualitinya menurun apabila dijual.


Penulis blog dapati dimana aktiviti penanaman sacha inci menggunaka biji benih yang diambil dari pokok matang. Dsari beberapa tinjauan, pembacaan dan temubual didakwa sebaiknya biji benih yang hendak disemai sebaiknya dari pokok yang umurnya lebih 5 tahun dan matang. Cikgu Asrul membeli 800 biji benih dengan harga RM1.00 sebiji dengan seorang pembekal yang menemuinya. Kemudian biji ini di semai dengan sebelumnya biji benih perlu direndam selama 24 jam dalam air bersih sebelum disemai. Bijibenih ini diletakkan didalam bekas khas dan ditutup dengan kain tuala basah sehingga bercambah dan dimasukkan kedalam polibeg semaian.  Ksnuidan apabila cukup saiz maka anakbenih ini ditanam dikebun sepokok selubang. Pokok ini disiram dan dijaga sehingga mula menjalar. Bagaimana pun banyak juga yang mati akibat penyakit layu, dimakan cengkerik, tidak mendapat air dan juga tenggelam semasa hujan bulan disemder dan air pasang di Sungai Perak. Ciku Asrul saya beritahu dimana kaedah menanam boleh jga dilakukan dengan teknik menggunakan bahan keratan batang akan tetapi memang mudah dengan semian biji.


Tanaman Sacha Inci ini sebenarnya memang agak mudah dijaga kerana kurang serangan serangga perosak dan penyakit. Bagaimana pun peringkat awal memang banyak mati di kebun cikgu Asrul kerana ditana diatas tanah Asid Sulfat (Tanah Bermasaalah) dengan dibawah pH5.0. Kebun inni terletaj kurang 1 km daripada Sungai Perak yang hampir dengan laut. Walau pun ada dilakukan pengapuran akan tetapi pH tanah masih rendah. Atas nasihat pihak tertentu (tentunya bukan ari Jabatan Pertanian kerana di Jabatan ini ramai belum ada ilmu mengenai teknologi tanaman ini) cikgu Asrul meletakkan kulit buah sacha inci dipangkal setiap pokok. Apabila penulis blog periksa timbunan kulit buah sacha inci ini yang ditimbun atas tanam keliling perdu batang pokok menyebabkan banyak pokok yang diserang kulat. Penulis blog terpaksa jauhkan kulit-kulit sancha inci yang mula mereput satu kaki juh daripada perdu pokok. Kulat dari kuit ini menjangkiti kulit perdu pokok dan rosak. Bagi pembajaan pula ditunjuk ajar buat pembajaan didalam lubang pokok (holes atau pocket manuring). 


Disebabkan PKP juga dilihat banyak ranting muda yang terjuntai kebawah dan menegak keatas. Penulis blog membuat demo dimana proses melatih ranting ini agar ia disusun untuk lebih teratur. Bagi ranting yang mati perlu di potong dengan gunting untuk penghasilan tunas-tunas baru. Cikgu Asrul juga disyorkan untuk menyembur baja foliar bagi tujuan baik pulih tanaan sacha inci yang telah 'tenat' dengan segera kerana jika tidak ia akan mati. Pada beberapa pokok tertentu diperiksa akar pokok sacha inci yang telah rosak akibat hujan ebat berterusan beberapa hari sebelum lawatan penulis blog dan ada yang akarnye mereput. Sistem saliran juga perlu diperbaiki dibeberapa lokasi yang pokoknya terjejas akibat takungan air. Dilihat memant tanaman ini tidak tahan dengan genangan air kerana dan sepat rosak akarnya. Daripada perbincangan dengan beberapa rakan lain didakwa dimana tanaman sacha inchi yang kaya dengan omega 3, 6 dan 9 itu adalah sebagai gantian kepada tanaman guarana yang tidak diluluskan kerajaan kerana dikatakan boleh membawa penyakit kepada pokok getah di negara ini. 


Apa pun Cikgu Asrul nyatakan pokok ini mula berbunga 5 bulan selepas ditanam dan mula berbuah 3 bulan kemudian. Sepokok dewasa mampu untuk mengeluarkan 100 kuntum buah setahun dengan sebanyak 400 - 500 biji yang terhasil. Bahagian biji inilah yang bernilai untuk digunakan. Apa pun bulan ini kutipan buah agak menuurun sedikit akinat kurang penjagaan.Buah sancha inchi yang direbus boleh terus dimakan begitu sahaja dengan rasa lemak. Bagaimana pun bahagian biji inilah yang dilaporkan mengandungi pati minyak yang kaya dengan Essential Amino Acids, Alpha Linoleic Acids (ALA) dan juga Omega-3 Fatty Acids. Nilai khasiat ini telah lama digunakan oleh orang Inca di Peru dan juga penduduk kawasan Amazon sejak lama dulu sebagai sumber protin tumbuhan yang didakwa terbaik didunia. Apa pun diantara khasiat sancha inchi ialah membantu dalam pembentukkan sistem otot, membantu elakkan masaalah kardiovaskular, menurunkan tekanan darah tinggi dan kurangkan serangan jantung. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
SACHA INCI... APAKAH BENDANYA...
ASAL PERU... SENANG TANAMNYA...
CIKGU ASRUL... SUDAH MENCUBA...
TANAMAN POTENSI.. DIMALAYSIA...

By,

Dato' Mohd Anim,
Senior Agronomist,
Kg Hiujung Rintis, Teluk Intan,
Perak, 
Malaysia.
(24 Zulkaedah 1441H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.