Saturday, July 18, 2020

JENIS-JENIS PETOLA ULAR

PETOLA ULAR (Tricosanthes cucumerina) adalah sejenis tumbuhan dari Keluarga Cucurbitaceae yang berasal dari kawasan Asia Selatan terutamanya dari Kawasan Asia Tenggara termasuk Malaysia. Jenis yang terdapat di Malaysia adalah dari Tricosanthes celebica iaitu salah satu daripada 40 spesis petola ular dimana 15 spesis terdapat di Asia Tenggara. Spesis lain petola ular yang banyak didapati adalah seperti Trichosanthes cucumerina, Tricosanthes ovigera dan Tricosanthes vilossa. Nama lain tumbuhan iai adalah Snake Gourd (English), Tawaruk ; areuj tieuk ; paria belut ; paria ular (Indonesia), Akar Tiga Cabang ; Petola Ular; mentimun dendang ; timun bengkok, ketola ular (Malaysia), Takupis ; Tabubok (Filipina), buap nu (Thailand) dan Serpent vegetal (Peranchis). Dalam membuat rujukkan kepada laporan tahunan Jabatan Pertanian, saya tidak dapat maklumat keluasan sebenar tanaman petola ular secara spesifik kerana ia mungkin bercampur dengan keluasan tanaman petola dimana ia kurang diusahakan secara komersil seperti petola segi. Berapa luaskah dan dimana kawasan yang banyak menanam Petola Ular dinegara kita Malaysia?. Mungkin tidak ramai dapat menjawab dengan tepat kerana maklumat ststistik mengenainya masih kurang jelas. Saya menanggarkan lingkungan 120 -150 hektar petola ular di tanam setiap tahun di Malaysia berdasarkan kajian persendirian dengan bebepapa pemborong sayur-sayuran dan Pengerusi Persatuan Penanam Sayur Malaysia iaitu En Tan Soo Tiok. Tanaman ini jarang di tanam secara tunggal di kebun dengan skala luas dan hanya di tanam dikawasan keliling rumah untuk kegunaan sendiri dan pasaran domestik. Kegunaan buah petola ular adalah kebanyakanya sebagai sayuran dan bahagian daun juga dijadikan ulam atau sayuran. Terdapat bebarapa kegunaan perubatan petola ular iaitu untuk menyejukkan badan, mengurangkan bengkak kaki, menghalau nyamuk dan sebagainya. Artikel ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai beberapa jenis petola ular (5 jenis) yang ada ditanam udiseluruh dunia untuk dijadikan bahan rujukan anda semua. 


1. Snake Gourd, Long EX
Jenis pelola ular ini paling kita di Malaysia mengenalinya kerana ia mepunyai buah yang memanjang berwarna kulit hijau dengan ada jalur yang berwarna putih memanjang dari atas kebawah (Sila lihat foto diatas). Jenis ini mempunyai ukuran panjang sekitar 10 - 20 inci dengan tumbuh subur dikawasan panas dengan sinaran cahaya yang banyak. Ia mudah dikenali dipasar kerana warna jalur putih hijau. Selepas mendapat benih yang baik, ia boleh disemai dan sebelum dipindahkan kekebun dengan memerlukan sistem para atau junjung. Buah muda sebelum matang biasanya boleh dituai dalam masa 1.5 bulan dan dipetik untuk dimasak sebagai sayuran.



2. Snake Gourd, Hybrid Snaky
Jenis Hibrid Snaky ini adalah jenis petola ular yang paling popular ditanam di Asia termasuk di Malaysia. Jenis ini mempunyai warna kulit buah yang hijau agak cerah dan ada jalur putih dan berbentuk bulat memanjang. Jenis ini disukai petani kerana ia mampu mengeluarkan hasil tinggi dibandingan dengan jenis lain. Kelebihan tanaman jenis ini juga kerana pokoknya vigorous dan tahan lasak walau pun dimusim hujan. Ia juga tahan dari serangan serangga perosak dan penyakit. Petola ini mempunyai saiz sekitar 1.5 inci ukurlilit dengan panjangnya sekitar 18 inci dan seberat 100 - 120 gram sebiji. Isinya berwarna keputihan serta rangup dimana sesuai untuk dimasak sup atau digoreng (tumis kering). Pokok ini sesuai ditanam sepanjang tahun di negara tropika dan kawasan subtropika terutama di kawasan Asia. 


3. Snake Gourd, India Short
Jenis India Pendek (Short India) ini sebenarnya petola ular yang berasal daripada India. Buahnya berwarna hijau muda dan mempunyai jalur atau corak kehijauan pada bahagian bahu atau atasnya (Sila lihat foto diatas). Bagaimana pun buahnya hanya sepanjang 12 inci dengan ukurlilit batangnya sekitar 2.5 inci. Petola ini sebenarnya toleran pada kawasan tanah yang kering dan panas dengan penghasilan baik disepanjang musim panas kering tersebut. Penuaian lazimnya lebih lama berbanding dengan jenis petola ular lain. Buahnya dipetik muda dengan amat disukai oleh masyarakat di India dengan pelbagai jenis resepi masakan.


4. Snake Gourd, Hybrid White Glory
Jenis Hibrid Glory Putih (Hybrid White Glory) merupakan petola segi yang dihasilkan melalui proses kacukan silang bagi hibrid yang dihasilkan oleh syarikat benih dari negara Thailand. Apa yang unik kerana kulitnya berwarna keputihan berukuran 38 cm panjang dengan ukurliliy sekitar 3.5 cm dan mempunyai purata timbangan berat sekitar 100 gram sebiji. Pokok jenis ini sesuai ditanam dikawasan bersuhu panas tropika dan ideal untuk kawasan sub-tropika yang mempunyai taburan hujan tinggi. Pokoknya subur dan mudah membesar dimana buah boleh dituai dalam masa 45 - 50 hari sahaja selepas ditanam. Penjagaanya mudah dan kurang serangan perosak dan penyakit berbanding jenis lain.


5. Snake Gourd, Hybrid Thai Extra Long
Jenis Hibrid Thai Ekstra Panjang (Hybrid Thai Extra Long) juga dihasilkan oleh syarikat benih tempatan unggul daripada Thailand. Apa yang membanggakan dimana ukuran panjang jenis hibrid ini mampu mencapai sepanjang 78 cm (30.7 inci) dan ukurlilit sekitar 3.6 cm (1.42 inci) dengan timbangan berat sehingga 370 gram. Buahnya adalah berwarna hujau cerah dengan ada corak jalur berwarna putih yang jelas. Pokok mudah tumbuh dikawasan beriklim panas lembap dan sangat produktif. Bagi mendapatkan buah yang lurus maka para dan sokongan perlu dibuat tinggi. Buahnya boleh dituai pada semua peringkat daripada buah muda sehingga buah matang dan disukai oleh ramai petani. Penulis blog pernah lihat petani di TKPM Slim, Perak yang menggantung seketul simen diikat dibawah petola ini bagi mempastikan petola ular ini memang tegak menjuur kebawah.

PETOLA ULAR ... BANYAK JENISNYA...
ADA DITANAM... DINEGARA KITA JUGA...
MUDAH DITANAM... SEDIAKAN PARA...
ENAK DIMASAK.. PELBAGAI RESEPINYA..

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(27 Zulkaedah 1441H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.