Wednesday, July 1, 2020

SACHA INCI - INFO TERKINI!!!

SACHA INCHI (Plukenetia volubilis) merupakan sejenis tanaman kekacang yang amat kurang dikenali di negara kita, Malaysia. Bagaimana pun ramai mula bertanya penulis blog mengenai tanaman ini yang didakwa amat berkhasiat apabila pihak RISDA mencadangkan tanaman ini sesuai diusahakan oleh pekebun kecil getah bagi meningkatkan pendapatan mereka. Tumbuhan berasal dari negara Peru ini juga ada dipanggil sebagai 'Sacha Peanut', 'Inca Peanut', 'Mountain Peanut' dan 'Sacha Inci'. Tumbuhan ini kini ada ditanam secara komersil di Thailand, Vietnam dan Kemboja untuk menghasilkan bijinya yang mengandungi minyak yang sangat bernilai. Penulis blog kali pertama melihat tanaman ini semasa melawat negara Thailand dan kali kedua semasa melawat Vietnam walau pun masa itu belum berminat untuk menulis blog. Tumbuhan ini adalah jenis renek (shrub) yang parrenial dengan memerlukan sokongan untuk menjalar diaatas kayu sokongan untuk penanaman komersil. Ia jenis tanaman yang perlukan cahaya matahari 100% atau dengan sedikit perlindungan sahaja. Memerlukan tanah yang subur dengan ada air yang mencukupi dan sistem saliran yang baik. Tanah dengan pH diantara pH5.1-5.5 dikatakan sesuai untuk petani menjadikan pertumbuhan dengan baik dan aplikasi bahan organan. Tanaman ini selalunya ditanam oleh pekebun kecil dengan keluasan yang mudah dijaga dan ada yang menanamnya sebagai tanaman keliling rumah dinegara jiran untuk menambahkan pendpatan keluarga dengan menjual bijinya kepada pemborong. Penulis mendapati banyak produk yang dihasilkan daripada tanaman sacha inchi dipasaran sebagai makanan kesihatan. Dimaklumkan tanaman ini ada ditanam di Perak baru-baru ini/ Saya ada menulis dan membuat posting artikel ini pada tahun 2017 dimana untuk pautan (Sila klik disini). Artikel petang Sabtu ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai tanaman sacha inci status terkini tanaman ini berdasarkan kepada laporan di Vietnam untuk pembaca yang berminat dengan tanaman ini sebagai rujukan.

Dalam sebuah portal berita dari Vietnam iaitu https://vovworld.vn/ telah saya rujuk untuk mendapatkan info terkini. Artikel bertajuk "Do Thanh Khoa menjadi makmur dari pohon Sacha Inchi" memang menarik untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan. Petani bernama Do Thanh Khoa adalah sebagai salah seorang petani pertama di Vietnam yang menanam pokok Sacha Inchi iaitu jenis pokok yang buah masaknya akan mengasilkan minyak. Tanaman ini adalah berasal dari Amerika Selatan kini telah berjaya ditanam beliau di kampong Thai Hoc, Thai Thuy, Daerah Thai Binh (Vietnam Utara). Dilaporkan setelah 5 tahun menanam pokok ini dan tumbuh sehingga sekarang dimana beliau telah mencapai hasil pendapatan sebanyak RM18,300 setahun atau sekitar RM1,500 sebulan (Tukaran duit 1 dong Vietnam = RM0.00018) iaitu penghasilan daripada menanam sacha inchi. Beliau nyatakan dimana Sacha Inchi adalah pokok tropika yang sangat sesuai dengan jenis tanah, iklim dan cuaca di Vietnam. Pokok ini mudah ditanam dimana cara menanamnya bermacam kaedah dari cara dengan menanam monokultur, intensifikasi, intergrasi dan selingan, cara selang seli dan lain-lain. Produk yang dihasilkan dari pokok ini juga adalah beranekaragam daripada bahagian bijinya diproses menjadi minyak pati, makanan kesihatan dan bahan asas untuk kosmetik. Bahagian daunnya pula dipetik untuk ianya digunakan menjadi teh, kudup bunganya digunakan sebagai sayuran dan bahagian kulit batang dan dahannya digunakan sebagai bahan bakar dan dijadikan  baja organik.

Sejarah bermula apabila beliau pada tahun 2012 dia menanam secara eksperimen jenis pokok sacha inci ini di kampong Hoa Binh. Pada permulaannya dia menanam secara ujicuba sebanyak hanya 2,000 pokok Sacha Inchi di kebun yang luasnya 1 hektar (2.47 ekar) di kebun yang keadaan berbukit di Mai Chau sekitar Hoa Binh. Akibat belum ada pengalaman kemudian didapati kesemua 2,000 pokok ini kemudian telah mati. Dia mengadu dan berjumpa dengan seorang pakar dari syarikat yang ada membekal benih di Thailand untuk membantu mengatasi masaalahnya. Hasil daripada tunjukajar pakar tersebut iaitu bagaimana untuk menjaga dan amalan agronomi kemudian dia telah membeli sebanyak 4,000 benih sacha inci lagi. Setelah ditanam dan dijaga dengan baik didapati pokoknya hidup subur sehingga beliau kini mempunyai kawasan kebun tanaman sacha inci seluas 10 hektar (25 ekar) iaitu sebagai pioneer tanaman sacha inci di Vietnam. Dilaporkan dimana setelah tanaman sacha inci ini dijaga sehingga berumur 6 bulan maka ia mula berbunga dan berbuah (Sila lihat foto disebelah). Bagaimana pun belum semua pokok dikebunnya yang menapai umur optima untuk menghasilkan buah. Kini pokoknya mampu berbunga dan berbuah sepanjang tahun dengan penjagaan yang baik.

Aktiviti memetik buah sacha ini kini dilakukan dengan kekerapan 3 - 5 hari sekali dimana dengan keluasan tanah 10 hektar yang telah tumbuh dengan baik maka ia berjaya memberikan penuaian sebanyak 10-15 tan dengan pendapatan sebanyak hampir 1 miliar dong Vietnam. Saudara Do Thanh Khoa memberitahu dimana pada tahun 2005 semasa dia telah mengetahui jenis pokok Sacha Inchi ini dan manfaatnya meman berminat menanamnya. Akan tetapi pokok sacha inci ini adalah jenis pokok yang masih asing di Vietnam disebabkan belum ada petani yang berani untuk mencubanya. Beliau kemudian pergi ke Institut Penyelidikan Pertanian Vietnam untuk bertemu dengan para pegawai serta pakar tanaman dengan tujuan untuk dia mendapatkan khidmat nasihat teknikal. Kemudian dia minta untuk menanam pokok ini secara komersil. Bagaimana pun masih tidak mencukupi tunjukajar diberikan dan dia nekad untuk meneruskan usahanya. Pakar pertania di pusat tersebut masih belum ada maklumat mengenai tanaman ini menyebabkan di terus ke Thailand berjumpa dengan petani yang sudah agal lama menanam sacha inci ini. Pada tahun 2015 dia meneruskan menanam seluas 5 hektar dengan dipantau oleh pihak pemerintah ditajuti membawa penyakiyt dan perosak merbahaya. Bagaimana pun kemudian pemerintah memberikan sokongan kepada tanaman ini.  


Petani Do Thanh Khoa telah melaburkan sebanyak 100 - 150 juta dong Vietnam satu hektar (RM18,385 - RM27,500 sehektar) dimana setelah dua tahun dakwanya dia boleh apat balik modal pelaburannya. Malahan dia mencapai keuntungan dan sampai tahun ke-3 dengan pendapatannya sebanyak 150 juta dong Vietnam sehektar setahun (RM27,500 sehektar setahun). Setelah percubaan penanaman ini berjaya maka pihak kerajaan Vietnam telah mendapatkan teknologi pemasarannya dan ingin memperluaskan lagi paenanaman di negara mereka. Petaani Do Thanh Khoa telah berani dakwa tanaman ini adalah sejenis pokok yang memberikan nilai pulangan ekonomi tinggi. Ia diakwa mampu untuk mengurangkan tahap kemiskinan petani lain dan digalakkan untuk mereka menanamnya. Keberanian beliau berkembang apabila pada awal tahun 2016 menyewa lagi tanah seluas 60 hektar lahan di provinsi Dac Lac (Veitnam Tengah). Sekarang dia sedang membekal benih sacha inci dari ladangnya sendirii kelokasi bari selain dari menjual kepada petani lain bagi ditanam di Gia Lai, Dac Lac dan Kon Tum. Dia juga telah menjalankan kaedah kontrak farming dengan petani lain disamping memberikan latihan dan tunjuk ajar. Hasil yang dibeli semula akan dikumpulkan dan diproses oleh beliau sehingga menjadi produk kebangaan negara. 


Berbalik ke Malaysia dimana penanaman sacha inci ini masih belum dijadikan pilihan petani. Kempen untuk menanamnya masih diperingkat awal dimana pokok Sacha Inchi yang merupakan tumbuhan baharu di dakwa mampu memberi pulangan jika sekiranya diusahakan dengan baik. Ada juga yang dakwa biji Sacha Inchi yang diproses oleh Cold Press menjadi minyak botol berisi 48 Omega 3 dan Omega 6, Omega 9 dan Vitamin D dan E. Penulis blog google untuk cari benihnya memang ada dijual di Lazada SachaInchi Seeds Gred AAA dengan harga RM4.99 satu peket (Sila lihat foto disebelah). Mungkin telah tiba masanya bagi petani di Malaysia untuk mengubah fikiran mereka dari penanaman sayur-sayuran, berkebun secara tradisional atau menanam padi secara bermusim kepada tanaman yang boleh menjana pendapatan jangka panjang dan pulangan yang lebih baik. Pastinya juga petani perlu menggunakan teknologi terbaik dan penggunaan baja untuk menghasilkan hasil yang lebih tinggi. Ada ahli-ahli politik yang berani menyatakan dimana menurutnya usaha  penanaman Sacha Inchi sebagai satu lagi program pertanian baru boleh dilakukan melalui bimbingan dan demonstrasi yang baik seperti koko, kelapa sawit, durian, getah dan buah-buahan sebelum ini untuk meningkatkan ekonomi petani. Sehinggakan di Ranau, Sabah dijanjikan akan sedia untuk membantu menubuhkan kilang untuk memproses tanaman Sacha Inchi jika lokasi itu sesuai bertujuan untuk membantu pekebun kecil di Ranau menghasilkan produk mereka untuk dieksport (Sumber: Borneo Post). Mereka diberitahu dalam program kempen dan pelancaran Program Green Valley Green Sacha Inchi di Ranau. Program kempen menanam sacha inci ini merupakan usaha baik menggesa orang ramai untuk merebut peluang tersebut bagi meningkatkan juga pendapatan keluarga mereka. Penulis blog masih menunggu bilakan tanaman sacha inchi ini akan menjadi satu tanaman yang menjanjikan oendapatan baik kepada petani seperti di Vietnam ini, Semuga artikel ini memberi info berguna kepad semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
SACHA INCHI... ITU TANAMAN APA...
DINEGRA VIETNAM... SUDAH CUBA...
PENDAPATAN BAIK... DONG 140 JUTA...
PETANI DIMALAYSIA... BAGAIMANA?...

By,
M Anem,
Senior Agronoomist Expert,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(28 Syawal 1441H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.