Tuesday, June 30, 2020

FAKTA SENGATAN TEBUAN

TEBUAN (Vespa tropica Linn) adalah sejenis serangga dari keluarga Vespidae iaitu serangga yang mempunyai sengat dan mampu membunuh manusia terutama kanak-kanak. Tebuan atau Tabuan atau daam bhasa Inggeris dipanggil ''WASP'' ini mempunyai sebanyak 24 spesis mengikut lokaliti, negara dan iklim sesuatu negara. Antara spesis yang ada di Malaysia adalah Tabuah Tanah (Vespa tropica tropica) sementara spesis lain pula jenis Tabuan Kunyit adalah spesis yang ada dinegara kita dengan mempunyai warna kuning seperti kunyit. Sering di keluarkan dalam akhbar dan media eletronik mengenai kes serangan tebuan kepada manusia sehingga mampu mengakibatkan maut atau tahap kesakitan teruk sehingga masuk wad ICU di hospital. Venom atau racun yang di masukkan melalui sengatan tebuan tanah mampu menyebabkan bengkak-bengkak yang teruk dan boleh menghentikan jantung manusia jika dos sengatan banyak (Orang dewasa yang menerima lebih 15-20 sengatan boleh meninggal dunia jika tidak dirawat dengan segera). Tebuan adalah sejenis serangga yang mempunyai segmen Kepala, Badan (Thorax) dan Perut (Abdomen atau Gaster). Bahagian hujung ekor inilah yang ada sengat dimana mempunyai venom atau racun untuk melemahkan atau membunuh musuhnya sebagai senjata atau pun alat perlindungannya. Bahagian kepala tebuan hampir sama saiz dengan bahagian thorax berwarna coklat gelap atau coklat kemerahan. Mata tebuan adalah jenis kompoun dan tebuan juga mempunyai sepasang sesungut yang berbulu (13 segmen) berwarna coklat gelap atau kemerahan. Saiz tebuan betina (Queen) sekitar 30 mm, Tebuan Jantan (26 mm) dan Tebuan Pekerja (24-26 mm). Tanda paling ketara tebuan tanah adalah warna kuning terang pada abdomen kedua bahagian ekor dimana bahagian lain adalah berwarna hitam gelap. Sepasang kepak yang lebar membantu tebuan terbang dalam pelbagai arah dengan cepat. Terdapat tuga (3) pasang kaki yang membantu tebuan hinggap pada pautan. Tebuan merupakan serangga pemangsa atau pun 'predator' yang menangkap atau memakan serangga lain dan memberikannya kepada anak tebuan di peringkat larva dalam sarang. Peranan tebuan penting sebagai serangga kawalan biologi semulajadi yang musnahkan serangga perosak yang lain. Tebuan di Malaysia mempunyai sarang yang dibuat diatas pokok seperti kertas yang diperbuat daripada tumbuhan yang dilumatkan dengan mempunyai pintu dan banyak ada juga ruang-ruang didalamnya. Sarang ini berwarna kelabu cerah keputihan dan dikawal oleh tebuan pekerja. Bilangan koloni tebuan tidak banyak macam lebah iaitu sekitar 10-25 ekor sahaja. Tebuan akan menyerang manusia, binatang, haiwan atau apa sahaja yang cuba untuk menghampiri sarangnya dengan menyengat. Awas jangan sampai kita terlanggar sarang tebuan tanpa disedari. Malam ini saya menulis dalam ''Anim Agro Technology'' mengenai beberapa fakta tentang sengatan tebuan dan bagaimana teknik betul menyelamatkan diri berdasarkan pembacaan, pengalaman serta rujukan kepada beberapa pakar.

Penulis blog pernah berbincang dengan Dr. Nur Aida Hashim iaitu Pensyarah dan juga seorang Penyelidik Serangga Universiti Malaysia Terengganu (UMT) mengenai tebuah, lebah madu dan kelulut semasa penulis blog memberi ceramah penternakan kelulut di Kuala Terengganu. Penulis blog yang ada kepakaran didalam penternakan lebah madu, kelulut dan juga sering membuat tinjauan dibanyak lokasi penternakan kelulut memang faham bahawa tebuan merupakan salah satu darpada serangga musuh yang memusnahkan haif lebah madu atau kotak atau log kelulut. Beberpa petua yang saya bincang dengan pakar dari UMT ini seperti apabila sesiapa kena serang dengan tebuan sebaiknya cuba jangan mengibas baju atau kain sebab pergerakan itu akan lebih menarik perhatian serangga berkenaan untuk menyerang. Apa pun sebagai langah berhati-hati sebaiknya anda jangan suka-suka kacau habitat tebuan sebab mereka memang akan menyerang kalau habitatnya diganggu. Sengatan tebuan yang mana piawaian antarabangsa tahap bisanya pada skala 3.0 (paling berbisa ikut skala adalah 4.0) boleh membawa maut kalau sengatan berdekatan dengan jantung dan juga kepala. Penulis blog berdasarkan kepada beberapa pengalaman membuat pembasmian sarang tebuan faham kerana jika ada mangsa yang diserang sengatan tebuan sebaiknya cepat-cepat lari ke tempat perlindungan seperti rumah, bangunan dan kenderaan dengan menutup bahagian kepala dengan baju. Ada juga info dimana dinasihatkan agar jangan cuba untuk terjun ke dalam air dan menyelam kedalam sungai sebab tebuan biasanya akan tunggu di atas permukaan air sampai mangsa timbul semula. Apabila pernafasan anda tidak tahan pastinya akan timbul dan siapkan kena sengatan di bahagian kepala. 

Apa hendak buat sudah suratan takdir jika pembaca blog anim agro technology menerima kesakitan akibat disengat tebuan. Penulis blog memang sudah biasa dengan sengatan Lebah Keran (Apis cerana) dan Lebah Import (Apis mellifera) semasa membuat tinjauan teknologi dibeberapa lokasi.  Biasanya akan mengambil sekitar 10 ekor lebah madu dan kemudian ia 'disengatkan' pada bahagian siku dan lutut untuk tujuan mendapatkan kehebatan venom lebah sebagai rawatan atau therapi sengatan (Sila lihat foto sengatan lebah import disebelah). Anda juga boleh membaca perkara ini dengan membuat pautan pada artikel tulisan saya sebelum ini (Sila klik dsini), (Sila klik disini) dan beberapa artikel lagi. Apa pun perkataan ''Apitherapy'' atau Apiterapi adalah satu gabungan dalam bahasa Latin iaitu 'aphis'' yang bermakna lebah dan 'therapy' yang bermakna rawatan perubatan. Apiterapi didefinisikan sebagai kaedah perubatan alternatif untuk tujuan sebagai preventive, Curative dan pemulihan (rehabilitation) dengan produk dariada lebah madu. Penggunaan madu lebah untuk tujuan kesihatan daripada pakar menyatakan dimana ia telah diketahui sejak berribu tahun lalu. Lukisan pada batu karang dizaman batu (6000 SM) memperlihatkan kegiatan memburu madu lebah (honey hunting) oleh manusia. Dilaporkan antara bukti tertua penggunaan madu lebah adalah untuk mengubati infeksi kulit dan luka, kurap pada ulit, sakit mata dan telinga dimana maklumat ini asa dinyatakan tertulis dalam ceramik bangsa Samaria (2000 SM). Madu lebah juga digunakan untuk menyembuhkan luka semasa pembedahan, termasuk semasa bersunat, mampu mengatasi masaalah supositoria, mengurangkan masaalah radang dan mampu untuk meredakan kajadian kaku pada sendi. Ada juga pesakit diberikan sengatan lebah madu untuk rawatan antritis, sakit sendi dan meningkatkan tahap kesihatan. Ia juga dikaitkan dengan kemampuannya untuk merawat masaalah reumatik dan neuralgia melalui terpi sengatan lebah.

Memang agak berlainan juga dengan ancaman dari sengatan bisa atau venom dari tebuan yang menyakitkan malahan boleh membawa maut ini. Antara langkah yang anda atau sesiapa juga yan disengat tebuan perlu ingat bawawa kejadian kena sengat yang kritikal perlu kena segera mendapatkan rawatan ke klinik berhampiran atau pun ke hospital. Sebenarnya elakkan tunggu-tunggu lagi kerana boleh mengancam nyawa. Sebagai peringatan penting jika jumlah sengatan itu hanya satu ekor tebuan sahaja dan jauh dari kepala atau jantung maka ia kurang kritikal memadai dengan ambil ubat sesuai dirumah sahaja. Bagaimana pun memang penulis blog dapati ada orang yang ada ALAHAN dengan sengatan bisa serangga yang boleh menyebabkan kesan membengkak keseluuruhan badan, gatal-gatal malahan sesak nafas. Bagaimana pun berdasarkan kepada pengalaman mengajar lebah madu dan kelulut jika ada peserta kursus yang disengat lebah akan dirawat segera. Bagi sengatan tebuan jika sengatan itu berlaku bukan di tempat yang serius maka buangkan dulu sisa sengat yang mungkin ada tertinggal pada bahagian tersebut. Cara membuang pelu hati-hari kerana ada kemungkinan venom bisa masih banyak. Membuang sengat tebuan ini boleh mengurangkan sakit dan bengkak. Gunakan alats sesuai seperti pisau, kain, kunci kereta, forcep (jika ada sengat) sehingga bersih. Rawatan pula boleh menggunakan bahan seperti Bawang Putih dan Halia. Tumbukkan bahan-bahan tersebut dalam lesung sehingga lumat dan letakkan pada bahagian yang disengat. Dari segi kesan dimana bahan halia membantu untuk mengurangkan sakit dan bawang putih pula akan mengelakkan dari terkena jangkitan. Anda juga boleh menyapukan bahan Garam, Air Kelapa dan Tanah Liat. Caranya dengan mencampurkan garam, air kelapa dengan tanah liat (kadar liat sedikit sahaja) dimana selepas itu disapukan pada tempat yang kena sengatan tebuan atau lebah madu. Garam dan air kelapa didakwa mampu untuk membantu keluarkan bisa sengatan. Langkah seterusnya adalah dengan menyapu Ubat Sapu Berangin. Caranya dengan ambil ubat seperti Mopiko, Tiger Balm atau yang memang khas untuk gigitan serangga dimana lazimnya ia mampu untuk mengurangkan rasa sakit disengat. Akhirnya jika masih rasa sakit atau berlanjutan dinasihatkan agar terus pergi ke klinik atau hospital untuk rawatan. Semuga artikel ini memberi info berguna kepasa pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!...
 SENGATAN TEBUAN... AMAT BERBISA...
APITHERAPHY PULA... AMAT BERGUNA...
SAPUKAN BAWANG PUTIH...DAN HALIA...
SAPU UBAT BERANGIN... CEPAT LEGA...
SAKIT BETAMBAH... KEHOSPITAL SEGERA..
JIKA TERLAMBAT... KESAN MAUT TAKUTNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronoomist Expert,
Precint 11F, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(11 Ramadan 1441H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.