Saturday, June 13, 2020

TEKNOLOGI BESARKAN DURIAN BELANDA

TEKNOLOGI TINGKATKAN PEMBESARAN BUAH DURIAN BELANDA merupakan satu perkara baru didalam negara kita di Malaysia baru-baru ini dan menjadi teknologi yang paling popular dicari ramai peminatnya. Durian belanda (Annona muricata) adalah buah jenis komposit dan selalunya akan didapati ianya berduri lembut. Keunikan rasanya yang ada seperti rasa masam manis sesuai dimakan segar atau diproses menjadi jus. Penulis blog telah menulis berpuloh artikel mengenai teknologi tanaman durian belanda sebelum ini untuk dibuat rujukkan (Sila klik disini), (Sila klik disini), (Sila klik disini), (Sila klik disini) dan banyak lagi. Bagi memastikan buah durian belanda menepati saiz dan bentuk yang seragam, kini di Jabatan Pertanian (DOA) menerusi Bahagian Kejuruteraan Pertanian, Ayer Hitam, Johor dimana mereka telah berjaya menghasilkan teknologi untuk petani dan semua menjadikan industri penanaman durian belanda di Malasyai lebih baik dengan terciptanya Alat Moden dinamakan sebagai 'Muricata shaker". Apa yang penulis blog pernah terlibat sama pada peringkat awal mengenai memajukan tanaman ini telah meminta Ketua Penolong Pengarahnya Pn Muffidah Mohamd menambahbaik teknologi tanaman ini. Inovasi dilakukan beliau dimana berdasarkan kajian dan pemerhatian terkini teknologi pendebungaan berbantu (yang dilakukan menggunakan muricata shaker) dapat meningkatkan peratus pembentukan buah sehingga 90 peratus. Ini kerana jika dibandingkan dengan kaedah pendebungaan secara semula jadi maka peratus kejadian buah ialah 6 peratus manakala cara pendebungaan berbantu menggunakan berus lukisan bagi memindahkan debunga ke stigma, peratus kejadian buah antara 30 hingga 40 peratus sahaja. Artikel ini dalam blog "Anim Agro Technology" sekali lagi mengupas mengenai teknologi untuk membesarkan buah durian belanda dan beberapa amalan agronoomi yang mesti dikatahui semua sebagai bahan rujukkan.

Teknologi ini perlu digunakan secara pakej dengan mengambil kira faktor antaranya masa yang tepat supaya aktiviti pendebungaan berbantu ini dapat dilakukan. Pertama adalah faktur pemilihan bunga yang tepat iaitu bunga jantan mula matang. Pada bunga yang sama, fasa bunga betina juga matang pada sebelah petangnya. Lazimnya peringkat kematangan fasa betina boleh dikenal pasti apabila kelopak bunga menjadi kekuningan dan sedikit terbuka manakala bahagian stigma terdapat lendir dan melekit. Akibat dari kegagalan mengenal pasti bunga yang sesuai akan menggagalkan aktiviti proses pendebungaan. Penulis blog juga setuju dengan temuan ini dimana bunga durian belanda bersifat hermafrodit iaitu organ pembiakan jantan dan betina terdapat pada bunga yang sama. Ia juga bersifat dichogamous protogynous di mana kematangan bunga melalui dua fasa iaitu fasa betina dan fasa jantan berlaku pada waktu yang berlainan. Lazimnya fasa betina bermula seawal jam 4 hingga 5 petang manakala fasa jantan bermula jam 8 hingga 9 malam dan perkara ini menjadikan secara semulajadi kadar pembentukan putik buah durian belanda sangat randah. Bunga duriab velanda yang tidak berbau, warna tidak garang, tidak ada nektar sesuai, tertutup rapat menyebabkan agen serangga pendebungaan tidak membantu proses pendebungaannya. Daripada temuan kajian mendapati daripada 100 bunga durian belanda jika dibiarkan proses semulajadi kaedah pendebungaannya hanya kurang 10% berjaya didebunga dan sekitar 5% sahaja menjadi buah elok.

Selain itu pernah diperkenalkan teknologi pendebungaan durian belanda berbantu (assisted pollination) secara manual. Anda boleh rujuk dengan artikel tulisan saya sebelum ini (Sila klik disini)Bagi cara mengatasi masalah ini satu temuan terkini adalah kaedah cara pendebungaan berbantu ysng boleh diamalkan dengan memindahkan debunga ke stigma (Sila rujuk foto disebelah kiri). Cara ini didapati akan meningkatkan kejadian buah kepada 30 hingga 40 peratus dan pembentukan buah juga akan lebih besar serta seragam yang berbentuk jantung. Bagi tujuan tersebut jabatan Pertanian memperkenalkan alat inovasi iaitu 'Muricata Shaker' yang dihasilkan bagi tujuan untuk memudahkan aktiviti pendebungaan berbantu. Inovasi ini membolehkan pemindahan debunga kepada stigma dengan kaedah goyangan atau gegaran. Aktiviti ini yang dialkukan pada waktu malam akan dapat menghasilkan pendebungaan yang sempurna kepada keseluruhan stigma dimana ianya akan menghasilkan bentuk buah yang seragam seperti jantung dengan berat purata 2kg hingga 3kg sebiji. Alat mampu milik ini boleh dibeli atau dibuat sendiri oleh semua. Berdasarkan kajian dan pemerhatian, aktiviti ini disyorkan supaya ianya dilakukan pada pukul 8 hingga 10 malam kerana pada tempoh itu, bunga jantan dan bunga betina adalah matang serta serasi.

Kini kaedah inovasi ini bertujuan membantu pemindahan debunga kepada stigma dengan kaedah goyangan atau gegaran. Kaedah yang disyorkan ini adalah yang paling mudah dan sangat berkesan. Cangkuk berbentuk Y dengan dwifungsi memudahkan aktiviti menolak atau menarik dahan untuk menghasilkan kesan goyangan pada bunga.  Apabila goyangan dibuat, debunga yang tersedia akan dipindahkan kepada stigma yang masih melekit (dalam keadaan kelopak bunga masih tertutup). Aktiviti ini akan menghasilkan pendebungaan yang sempurna kepada keseluruhan stigma. Ia membolehkan pokok mengeluarkan buah dengan bentuk yang seragam seperti jantung dengan berat purata dua hingga tiga kilogram sebiji. Inovasi ini dihasilkan dengan kos yang rendah dan mampu milik kerana ia mudah diselenggara serta digunakan oleh pengusaha atau petani. Hasil pengeluaran buah berkualiti berjaya didalam ditingkatkan sehingga 90 peratus sekali gus didakwa dapat menambah pendapatan petani. Ada teori menyatakan yang buah yang sudah terbentuk dan kemudian ia tidak menjadi buah akan tumbuh agak lama kerana tidak menerima penyaluran bahan makanan. Jika putik buah tidak terima bahan makanan untuk ditimbunkan dengan baik maka buah tidak menjadi besar dan matang. Lazimnya putik buah yang tidak dapat membesar dengan baik itu akan gugur dengan sendirinya. Antara teknologi untuk mengatasi perkara ini adalah dengan memberikan banyak baja tambahan terhadap pokok tersebut dan juga air yang mencukupi. Tinjauan penulis dibanyak kebun sirsak mendapati dari segi amalan, sebaiknya program membaja dilakukan berperingkat-peringkat dalam setahun tetapi paling kritikal adalah bila ia memasuki masa berbunga dan berbuah. Lebih baik lagi kalau pembajaan itu dilakukan sebelum ada bunga atau buah yang ada masih melekat atau belum gugur lagi. Pemberian baja dilakukan secara teratur minima sekali setahun. Pastikan memberikan baja organik yang mencukupi dan ditambah dengan baja sebatian kimia NPK 12:12:17:2 TE dan buja baja jenis lain dipasaran. Hanya pokok yang sihat sahaja akan menghasilkan buah durian belanda yang banyak dan berkualiti. Dari pengalaman dan tinjauan ladang, buah durian belanda yang berada dibahagian atas pokok lebih berkualiti daripada buah yang berada dibahagian tengah pokok dan buah dibahagian bawah pokok. Buah dibahagian atas lazimnya lebih besar, manis dan elok bentuknya. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada semua pembaca anim agro technology kali ini. Wasallam!..
DURIAN BELANDA... UNIK BENTUKNYA...
BUAHNYA LEMBUT... ENAK RASANYA...
ISU PETANI...MASAALAH BERBUNGA... 
SELESAI SUDAH...TEKNOLOGI DICIPTA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist Expert,
Precint 11, Putrajaya,
Wilayah Persekutuan,
Malaysia.
(29 Rejab 1441H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.