Sunday, May 17, 2020

POTENSI TERNAKAN ARNAB - LAPOR MEDIA

PENTERNAKAN ARNAB khususnya arnab pedaging dinegara kita masih kurang diusahakan tidak seperti penternakan ayam daging, kambing dan haiwan ternakan lain. Ini kerana haiwan arnab yang cantik macam kucing yang dibela dirumah amat disayangi ramai manusia sehingga mereka tidak sanggup menjadikannya sebagai sumber protin yang berkhasiat. Dilaporkan dimana aktiviti peternakan arnab daging secara komersial hendaklah meliputi dua bahagian utama yang saling berkaitan tetapi dalam sistem pengurusan yang berbeza sedikit iaitu didalam pengeluaran daging dan juga pengeluaran baka arnab. Sementara ini juga ujud aktiviti penternakan arnab untuk menghasilkan bulu arnab. Penternakan untuk pembiakan baka arnab bertujuan untuk  menghasilkan baka-baka mengikut baka atau ciri-ciri yang tertentu dan khusus. Ada juga usahawan baka arnab ini hanya ingin menjual stok induk dan juga baka untuk penternakan.  Lazimnya kumpulan stok induk tuai tadi dengan melalui program pembiakan akan menghasilkan pula anak-anak. Semua anak-anak ini akan digemukkan dalam masa 2-3 bulan untuk mendapatkan dagingnya. Kini aktiviti penternakan arnab selain untuk pengeluaran daging juga digunakan untuk pengeluaran fur (kulit bersama bulunya) dan wol (bulu). Bagaimanapun cara pengurusan adalah belainan sedikit. Pada masa ini diantara beberapa baka arnab yang teah digunakan di Malaysia seperti Baka New Zealand White, Calfornian, Carolina, New Simonare dan juga Sepanyol. Beberapa baka baru yang diperlihara juga mengikut punca mendapatkan induknya. Terdapat perbezaan diantara baka arnab import dengan baka arnab tempatan. Lazimnya penulis blog dapati arnab tempatan mempunyai berbagai warna yang bertompok-tompok di seluruh badan. Keistimewaan arnab tempatan ini adalah mempunyai lebih ketahanan terhadap serangan penyakit tetapi kadar tumbesarannya agak lambat. Untuk permulaan boleh juga menggunakan arnab tempatan. Tetapi untuk pengeluaran komersial adalah digalakkan menggunakan baka pedaging. Artikel malam ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai penternakan arnab sebagai satu potensi untuk diceburi oleh usahawan tempatan sebagai bahan rujukkan untuk semua.

Sebaiknya semasa pemilihan baka Arnab Pedaging biasanya diimport di atas adalah kerana berapa ciri pedaging yang ada pada arnab import lebih ketara berbanding pada arnab tempatan. Apa yang unik dimana didakwa purata bilangan anak peranakan arnab adalah sekitar 7 - 9 ekor malahan ada baka mencepai sehingga 13 ekor. Dalam pada itu purata bilangan anak masa cerai susu 6 - 8 ekor. Apa yang menarik adalah dimana berat akhir boleh dicapai pada masa umur 2 bulan dan berat dalam masa dua bulan pertama mampu mencapai lebih kurang 2 kg. Baka arnab import jenis pedaging ini adalah baka-baka arnab yang boleh dimport dari negara-negara seperti United Kingdom, German Barat, ltali dan Perancis. Dilaporkan terdapat beberapa ladang di negara kita yang telah menjual baka-baka arnab impport ini dimana harganya adalah lebih murah berbanding dengan import secara terus. Saiz ekonomi penternakan arnab pedaging ini perlu diteliti sama ada menternak secara hobi, komersial atau untuk tujuan lain. Lazimnua untuk hobi atau permulaan boleh menggunakan satu set iaitu satu ekor  pejantan (arnab jantan dewasa) dan 5 ekor induk (arnab betina dewasa). Dalam pada itu untuk secara sampingan pula boleh mulakan secara sederhana besar iaitu 50 induk dan 10 pejantan. Bagaimana pun lazimnya bagi tujuan untuk pengeluaran secara penuh masa bolehlah memulakan sebanyak 500 induk betina dan 100 ekor pejantan. Sebaiknya kandang arnab mestilah berhampiran dengan pusat jualan dan pemprosesan serta ia agah jauh dari kawasan industri, perbandaran, perumahan dan aktiviti ternakan lain. Sebaiknya lokasi mempunyai kemudahan infrastruktur seperti jalan, bekalan letrik, dan sumber air yang bersih. Pastikan kandang mempunyai sistem peredaran udara yang balk dan memuaskan.

Dalamm laporan akhbar Berita Harian bertajuk 'Untung ternak arnab' amat wajar untuk dirujuk penulis blog. Berita dipetik daripada Kuantan, Pahang ini menyatakan sambutan menggalakkan pelanggan terhadap daging arnab mendorong Mahamad Farizar Mahamad yang berusia 35 tahun menternak haiwan berkenaan secara komersial di Kampung Seri Fajar, Kuantan di sini. Bermula sebagai hobi dengan memiliki sembilan arnab dilaporkan kini selepas tiga tahun dia mempunyai lebih daripada 300 haiwan berkenaan jenis pedaging dan hiasan. Dakwa Farizar sifat arnab yang cepat membiak dan tidak mudah untuk dijangkiti penyakit menjadi kelebihan untuk dia terus berjaya dalam mengusahakan projek berkenaan. Permintaan daging arnab sentiasa bertambah menyebabkan dia tidak dapat memenuhi permintaan pelanggan tempatan dan luar Pahang malah setiap bulan ladang FM Agro Farm miliknya hanya mampu mengeluarkan kira-kira 100 kilogram (kg). Beliau mempunyai 200 pelanggan tetap yang memerlukan bekalan daging segar serta berempah dan masing-masing memerlukan antara lima hingga 20kg sebulan. Harga jualan daging arnab bertulang RM36/kg manakala RM47kg bagi daging arnab tanpa tulang. Didakwa dia terpaksa mendapatkan bekalan daging segar daripada beberapa pembekal bagi memenuhi permintaan pengguna. Beliau mula serius mengusahakan projek ternakan arnab pedaging dan hiasan sejak dua tahun lalu selepas mengambil keputusan menamatkan perkhidmatan dengan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) Oktober lalu. Kini selain menjual daging segar dia juga membekalkan baka atau anak arnab berumur dua bulan dengan harga antara RM50 - RM100 seekor dan permintaan sangat menggalakkan. Kini dia mampu meraih pendapatan lebih RM3,000 sebulan hasil jualan daging, anak arnab dan induk dewasa.

Akhbar lain Harian Metro dengan artikel bertajuk 'Usahawan muda ternakan arnab' juga menarik dirujuk apabila seorang usianya baru encecah 20 tahun kini sudah memiliki pengetahuan cukup luas dalam bidang penternakan. Beliau yang dimaksudkan adalah Qais Tajul Muhtajj Juraish kini berjaya menongkah arus apabila memilih untuk ‘terjun’ ke bidang yang amat jarang diceburi golongan muda sepertinya (Sila lihat foto disebelah). Dakwanya disebabkan minat mendalam maka dia kini sudah lali dengan najis dan bau busuk ternakan yang perlu dihadapi hampir setiap hari. Kini dia  semakin aktif untuk memelihara pelbagai jenis haiwan ternakan termasuk arnab, rusa, kambing, burung dan itik sejak beberapa tahun lalu. Aktiviti penternakan yang dinamakan Qais Tajul Agro Farm ini dijalankan di belakang kediaman keluarga di Kampung Delek Kiri, Klang, Selangor. Pelanggannya datang dari serata pelosok negara termasuk Pahang, Kedah dan Johor. Biarpun masih belajar di Institut Veterinar Malaysia, Kluang, Johor, ia sama sekali tidak menghalang Qais Tajul untuk meneruskan minat terhadap bidang penternakan sekali gus menjadi sumber pendapatan sampingan yang agak lumayan. Kini fokusnya lebih kepada ternakan pelbagai jenis arnab termasuk baka Mini Rex, Netherland Dwarf, Holland Lop, New Zealand White, Chinchilla dan Mix/KacukanAnak sulung daripada lapan beradik ini berkata, dia mula meminati arnab sejak kecil hasil dorongan bapanya. Katanya, pada mulanya bapanya hanya membeli tiga arnab untuk dipelihara mengisi masa lapang. Melihatkan kepada arnab yang mudah dijaga, mudah melahirkan anak dan tidak memerlukan kos tinggi dimana dia mula memelihara anak secara serius sejak dua tahun lalu. Kini saya memiliki 100 arnab yang dipelihara di dalam sangkar di belakang rumah. Biasanya saya jual anak arnab pada usia dua bulan dan ada juga yang mahu beli dagingnya.

Dakwanya paling mahal yang pernah dia jual adalah baka Netherland Dwarf dan Holland Lop berharga RM300 seekor. Dakwa beliau dimana aktiviti penjagaan arnab sangat mudah berbanding ternakan lain. Penjagaannya senang dan tidak cerewet akan tetapi yang penting setiap hari dia perlu memberikan pallet khas sebagai makanan dan seminggu sekali daun hijau serta rumput kering. Pada masa sama selalu diberikan makanan arnab tambahan iaitu vitamin untuk menambah selera makan, cantikkan bulu dan suburkan pembiakan. Dakwanya lagi faktur cuaca memainkan peranan penting yang boleh mempengaruhi tumbesar arnab. Sekiranya cuaca tidak menentu yang kadangkala hujan dan panas maka arnab akan tertekan serta boleh mengakibatkan kematian mengejut. Selain itu juga faktur suhu yang panas juga boleh menganggu sistem peranakannya. Dia perlu untuk sentiasa pastikan arnab dalam keadaan baik. Katanya dia tidak pernah menyertai sebarang kursus mengenai penternakan arnab dan hanya belajar secara sendiri. Beliau juga kini  juga memiliki kemahiran membina sangkar ternakan yang mendapat permintaan tinggi dalam kalangan peminat haiwan. Dia mampu menghasilkan sendiri sangkar bertingkat ini untuk menjimatkan ruang dan memudahkan pengurusan. Apa yang unik dimana ianya turut dilengkapi sistem tangki air yang pemilik tidak perlu bersusah payah masuk ke dalam sangkar untuk memberi ternakan minum. Makanan juga boleh diberi dari luar sangkar dengan memasukkannya menerusi bekas makanan yang disediakan. Beliau kini telah merancang meluaskan bidang penternakan dengan lebih sistematik termasuk membuat menaik taraf sistem rekod pemakanan arnab untuk menghasilkan ternakan lebih berkualiti. Dakwanya bidang penternakan ini memiliki potensi besar dan mampu menjana pendapatan lumayan. Apa pun ia memerlukan minat mendalam, kesabaran dan ilmu untuk memastikan segala yang dirancang menjadi kenyataan. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
MENTERNAK ARNAB...JARANG ADA....
BANYAKI BAKA... DIIMPOPRT SUKA...
MUNDAH DITERNAK...SENANG JAGA...
SIAPA BERMINAT... BOLEH MENCUBA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
Wilayah Persekutuan,
Malaysia.
(22 Ramadan 1441H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.