Friday, April 17, 2020

SAMBAL KICAP JAWA - ENAKNYA

SAMBAL KICAP JAWA merupakan satu menu sambal kicap enak yang selalu disediakan oleh masyarakat Jawa terutama yang tinggal di Muar Johor. Terdapat berpuloh jenis resepi untuk membuat sambal kicap yang mana ia selalu dijadikan sebagai pencicah bagi makanan seperti mihun goreng, mee sup, mihun sup, sup daging, tempe goreng, pisang goreng, keledek goreng, keladi goreng dan sebagainya. Bagaimana pun pada penulis blog jenis sambal kicap jawa dari Muar merupakan yang paling enak dan sesuai dengan citarasa kerana ia mudah disediakan dengan mempunyai 5 citarasa. Sambal kicap ini mempunyai rasa manis, pedas, masin, lemak dan masam. Apa pun asas kepada pembuatan sambal kicap adalah cili padi atau cili api atau cili burung atau cabe rawit yang memberikan rasa pedas dan juga kicap. Resepi membuat sambal kicap jawa dengan menyediakan bahan asas seperti 10 - 12 biji cili padi, 2-3 biji bawang putih yang dikupas kulitnya, 2 - 3 sudu makan gula pasir dan kicap lemak manis. Lazimnya kicap jenama Habhal palig sesuai walau pun boleh diguna jenama seperti Kicap Tamin dan Jalen dan lain-lain. Sediakan lesung batu yang bersih dan masukkan gula dahulu diikuti dengan cili serta bawang putih. Ia ditumbuk sehingga lumat (sticky) dan kemudian dimasukan kicap manis dan dikacau sehingga sebati. Anda boleh juga mengeluarkan ramuan cili lumat tadi dengan sudu dan dimasukkan kedalam mangkuk kecil sebelum diisikan kicap manis dan dikacau sebati. Bagi menambah lemak rasa sambal kicap ini boleh dibubuh 'sedikit' serbuk perisa (ajinomoto) kedalam sambal ini. Ia sedia untuk dihidangkan atau boleh disimpan diatas meja untuk 3-5 hari lamanya. Artikel malam ini didalam blog "Anim Agro Technology" saya paparkan menu sambal kicap jawa untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan anda.



Cili Padi (Capsicum frustecens Linn) merupakan sejenis tanaman daripada keluarga Solanaceae yang memberikan rasa pedas kepada makanan. Ianya merupakan salah satu tanaman yang sangat mudah ditanam. Nama lain bagi cili padi adalah seperti cili api, cili rawit (lombok rawit), cabai burung, lada jarum atau lada tunggeng dan bermacam lagi. Cili padi sangat popular digunakan sebagai bahan perasa di dalam masakan tradisional terutama di Asia Tenggara seperti di Malaysia, Indonesia dan Thailand. Di Malaysia, cili padi ditanam di sekeliling rumah untuk kegunaan masakan harian, kini ditanam secara komersial. Terdapat permintaan yang tinggi untuk cili padi daripada pasaran isi rumah dan sektor perkilangan setiap hari. Pokok cili padi merupakan tumbuhan renek sederhana besar dan boleh mencapai ketinggian 0.5 - 2.0 m. Batangnya separa berkayu, liat dengan cabang yang banyak, sederhana besar dan tersusun bersilang serta berdaun tunggal. Pokok cili padi mempunyai bunga berwarna putih dan kedudukan bunga terletak di celah cabang tunas. Buah cili padi berbentuk menirus dan tumbuh menegak ke atas. Panjang buah cili padi adalah 3 - 5 cm bergantung kepada varietinya. Buah cili biasanya akan matang di dalam masa 80 - 90 hari selepas dipindahkan ke ladang. Buah cili padi mempunyai biji serta berwarna hijau dan apabila matang warnanya akan bertukar menjadi merah. Bijinya kecil berbentuk leper berwarna kuning memenuhi rongga buah. Walau bagaimanapun, cili padi boleh digunakan pada peringkat tidak matang (berwarna hijau) dan bila matang (berwarna merah). Manakala untuk tujuan pemasaran, cili padi biasanya dijual berwarna hijau dan merah sahaja atau dengan mencampurkan buah hijau dan merah. Namun pada kebiasaannya, cili padi dibiakkan daripada semaian biji benih.

Penulis blog dapati selain daripada resepi diatas ada beberapa lagi nama berkaitan sambal kicap ini. Ada mengelar nama khusus sambal kicap mereka seperti 'Sambal Kicap Power', 'Sambal Kicap Super', 'Kicap Pedas', Sambal Kicap Ngences' dan banyak lagi. Ada produk sambal kicap yang telah dikomersilkan dengan dibotolkan mengikuti peraturan GMP dan HACCP. Jika anda ke Johor dan membeli beberapa produk IAT seperti Mee Siput Goreng, Pisang Goreng, Tempe Goreng selalunya akan diberikan beberapa paket sambal kicap sebagai pelengkap. Bagi rakan [enulis blog dari Muar juga dengan Resepi Sambal Kicap Ngences Melelehnya agak unik resepinya. Bahan yang digunakan adalah 12 biji cili padi, 4 ulas bawang putih, 2 biji limau kasturi, kicap lemak manis, gula dan garam serta sedikit minyak masak. Cara membuatnya dengan mamanaskan minyak masa dan goreng cili padi, bawang putih seketika dan toskan. Masukkan bahan tadi kedalam lesung batu dan ditumbuk sehingga lumat. Kkemudian dituangkan kicap kedalam lesung (Sila lihat foto disebelah) dan dikacau rata setelah dimasukkan garam dan gula. Akhir sekali diperahkan air limau kasturi dan sedia untuk dihidangkan. Sambal kicap ini mempunyai rasa agak masam sedikit dengan adanya limau kasturi. Enak dimakan dengan mengambil makanan untuk cicah.

Tempe atau Tempeh merupakan satu jenis makanan yang berkhasiat dan diperbuat dari kacang soya yang terkenal dikalangan masyarakat di Malaysia dan memang menjadi hidangan penting dinegara Indonesia. Tempe merupakan hasil kacang soya yang menjalani proses iaitu penapaian menggunakan ragi yang dipercayai produk ini berasal dan dicipta dari Indonesia (Kepulauan Jawa) dan di bawa masuk ke Malaysia oleh datuk nenek kita beratus tahun dahulu. Bagaimana pun pada masa ini pengeluaran tempe komersil telah menggunakan ragi komersil yang ada dijual dipasaran. Terdapat beberapa kaedah pembungkusan tempe pada masa ini iaitu Jenis Tempe Tradisional yang dibungkus dengan gunakan beberapa jenis daun (Daun Pisang, daun Keladi, daun lebar)dan Jenis Tempe Moden yang dibungkus dengan Pembungkus Plastik. Pengeluaran Tempe umumnya amat popular di Malaysia banyak di Negeri Johor, Selangor dan Perak serta WP Persekutuan dengan jumlah bilangan pengusaha lingkungan 450-500 usahawan. Penulis membuat anggaran sebanyak 250,000 - 450,000 keping tempe akan dikeluarkan setiap hari. Makanan yang penulis blog suka adalah tempe yang dimasak sambal, tempe goreng cecah sambal kicap, kerepek tempe dan juga tempe tumis cili api. Selain tempe sambal ini enak dimakan dengan rauhu, sup dan pelbagai makanan lain. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca anim agro technology kali ini. Wasallam!!...
SAMBAL KICAP...RESEPI JAWA...
BAHAN ADA... MUDAH DISEDIA...
PEDAS MANIS...SEMUANYA ADA...
BUAT SENDIRI... MAKAN BERSAMA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Jalan Istana,
Bandaraya Melaka Bersejarah,
Melaka, Malaysia.
(16 Syaaban 1441H).
STAY HOME ... ELAKKAN COVID-19!...

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.