Thursday, April 16, 2020

LEMBU - BAKA DI MALAYSIA

LEMBU (Bos gaurus) adalah sejenis mamalia haiwan yang diternak dan sejenis haiwan jinak yang menghasilkan dagung, susu dan pelbagai produk lain. Lembu terletak didalam subfamili Bovinae dimana spesis yang paling banyak dibawah genus Bos. Dibanyak negara lembu dipelihara sebagai ternakan untuk daging, susu dan hasil tenusu dan sebagai kemudahan untuk pengangkutan atau kereta lembu atau penarik (lembu digunakan untuk menarik kereta, bajak tanah pertannian dan alat-alatnya). Hasil keluaran lembu selainnya adalah termasuklah kulit dan tahi lembu yang digunakan untuk baja asli atau bahan api. Di sesetengah negara seperti India pula lembu berkait dengan aktiviti keagamaan yang penting. Dari segi sejarah sekitar 10,500 tahun dahulu haiwan lembu dibela jinak daripada sekurang 80 progeni (baka) dan terkini populasi lembu di dunia dianggarkan sebanyak 1.4 bilion ekor (Sumber: FAOSTAT). Lembu juga dilaporkan menjadi antara haiwan ternakan pertama yang mendapat sistem pembaikbaka tersusun dan di patenkan. Lembu dianggap harta kekayaan yang memang lama dan terkait didalam banyak sistem kebudayaan dan kemasyarakatan diseluruh dunia. Ternakan lembu pedaging di Malaysia menjanjikan pulangan yang tinggi kepada para pelabur kerana penggunaan daging lembu negara semakin meningkat. Dilaporkan dimana sehingga kini bekalan daging lembu di Malaysia masih tidak mencukupi dan bekalan diimport dari luar negara seperti daripada India, Australia dan Thailand. Kawalan kemasukan import daging lembu ini dibawah Kementerian Pertanian dan Makanan melalui sistem kelulusan import (AP). Dinegara kita sektor ini juga mendapat pelbagai sokongan institusi seperti perkhidmatan veterinar yang padu, industri pemprosesan yang kukuh, serta beberapa kemudahan perkhidmatan proses penyembelihan, dan bekalan bahan makanan lembu yang mudah didapati.

Dalam pada itu terkini populasi lembu pedaging di Malaysia sentiasa turun dan menaik dimana terdapat sebanyak 875,934 ekor pada 2000 menurun kepada tahun 2018 berjumlah 621,074 ekor sahaja (Sumber: Laporan Tahunan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia 2018). Sebanyak 90% daripada jumlah lembu ini diternak secara tradisional dan hanya 10% sahaja yang diternak secara komersil. Pertumbuhan tahunan bagi ternakan lembu pedaging adalah sangat perlahan dimana iaitu hanya sekitar 2% setahun. Kadar saradiri bagi tahun 2001 pula ialah 21.14 ribu tan dan terus menurun pada tahun 2018 dengan kurang dari 20%. Diunjurkan dimana bilangan lembu pedaging di Malaysia akan meningkat kepada 2.094 juta ekor pada tahun 2010 akan tetapi perancangan tersebut tidak dapat dicapai walau pun banyak program dilaksanakan termasuk Projek Ternakan National Feedlot Center (NFC) di emas, Negeri Sembilan yang dikategorikan sebagai 'gagal'. Penggunaan daging negara bagi tahun 2000 adalah sebanyak 95.1 ribu tan dan meningkat kepada 130 ribu tan pada 2018 dengan kadar peningkatan sebanyak 5.4% setahun. Penggunaan per kapita juga naik sebanyak 3.47 kg kepada 5.27 kg dimana ia berkait dengan perubahan pola permakanan rakyat Malaysia. Di Malaysia lembu ini merupakan nama panggilan biasa akan tetapi nama lainnya adalah seperti Cow atau Cattle dengan beberapa baka yang diternak termasuk Kedah-Kelantan (K-K), diternak di Kacukan Kom, Malaysia Kacukan Friesian-Sahiwal (Mafriwal), Brahman, Droughtmaster, Hereford, Angus, Charolais Shorthorn, Simmental dan Limousin Kegunaan. Lembu tempatan ini lazimnya akan di gunakan sebagai daging segar dan proses dan amat signifikan ketika musim Hari Raya Korban setiap tahun.

Menurut FAO (2016 jumlah populasi lembu diseluruh duna berjumlah 624.4 jua dengan Brazil mendahului dimana mempunyai sebanyak 218.25 juta ekor diikuti dengan India (185.9 juta ekor) dan USA (91.9 juta ekor). Ini jauh berbeza dimana jumlah pengeluaran daging lembu dunia pada tahun 2000 ialah 59.7 juta tan. Ia menurun kepada 59.3 juta tan pada tahun 2001. Nilai import daging lembu sedunia pula ialah US$4.2 juta (1.8 juta tan) dalam tahun 1999 dimana sejumlah US$3.6 juta (1.4 juta tan) bagi tahun 2000. Kini Permintaan untuk daging lembu di Malaysia terus meningkat dari tahun ke tahun, manakala jumlah bekalan menurun daripada 98.5 ribu tan pada tahun 1999, kepada 97.4 ribu tan pada tahun 2000. Ini menyebabkan pengimportan daging lembu bertambah. Harga runcit bagi daging import adalah RM8.50  RM12.00/kg manakala harga runcit bagi daging tempatan lebih mahal iaitu RM18.00 - RM35.00/kg. Biasanya diramalkan kadar permintaan untuk daging lembu akan meningkat pada kadar 1.28% setahun bagi sektor isirumah, dan 6.98% bagi sektor kilang dan institusi. Sate lembu dan Sate Ayam adalah dua jenis sate yang sangat popular di Malaysia dengan kebanyakan bahan menta bagi daging lembu ini adalah diimport. Amat jarang pengusaha lembu mengguna daging lembu tempatan untuk dijadikan sate daging lembu di Malaysia. Berikut disenaraiakn beberapa baka lembu pedaging yang diternak di Malaysia :-

(1) Lembu Kedah Kelantan (K-K)
Baka lembu tempatan ini merupakan baka yang amat sesuai untuk diternak di negara ini. Perkara ini disebabkan kerana sifatnya yang tahan daripada serangan dan juga jangkitan penyakit. Ia berbadan pejal dan mempunyai berbagai warna seperti warna perang-hitam, coklat dan kekuningan. Biasanya jumlah berat anak lembu yang baru dilahir adalah kira-kira 14 - 16kg seekor. Kenaikan berat badan kira-kira 0.4 kg sehari sehingga mencapai umur dua tahun. Berat matang bagi lembu K-K ini adalah antara 200 - 250kg seekor. Jumlah daging yang dapat diperolehi adalah kira-kira 45% daripada berat badan lembu. Lembu K-K ini banyak diternak dikawasan Utara Semenanjung Malaysia dimana kebanyakan sistem ternakan secara tradisional.

(2) Lembu Baka Brahman
Baka lembu Brahman ini adalah berasal dari India dan ditingkatkan mutunya di Amerika (Sila lihat foto disebelah). Lembu ini besar dan biasanya akan mempunyai berat matang lebih kurang 520kg bagi lembu betina manakala bagi lembu jantan mencapai 700-900kg seekor. Penulis blog mendapati dimana biasanya ia adalah berwarna putih dan berbonggol di bahagian belakangnya. Baka lembu ini juga sesuai untuk kerja-kerja lasak dan boleh tahan cuaca panas. Lemba Brahman matang mampu untuk menghasilkan daging yang bermutu dengan jumlah agak banyak iaitu sekitar 400 - 450kg daging seekor. Anak lembu ini selalunya akan dilahirkan kira-kira 22 - 27kg beratnya dan baka jenis ini adalah cepat membesar. 

(3) Lembu Baka Local Indian Dairy (L.l.D.) 
Baka LID ini merupakan campuran antara baka Kangayan, Hallikar dan Ongole daripada negara India. LID ini dianggap jenis tempatan kerana ada yang bercampur juga dengan baka K-K. Biasanya ia berwarna di antara keputihan kepada kehitaman dan kekuningan kepada cokelat gelap. Bakan ini boleh hidup dalam keadaan rumput sederhana dan didakwa memang tahan kutu dan jangkitan penyakit. Biasanya bagi lembu ini mencapai berat matang sehingga 280g. Anak lembu ini selalunya akan dilahirkan di antara 18-20kg beratnya. Mempunyai jumlah daging yang banyak.

(4) Lembu Baka Droughtmaster 
Hasil kacukan lembu Brahman dengan Shorthorn, berasal dari Utara Australia. Jenis lembu daging yang sesuai dengan negara tropika ini berwarna coklat atau merah gelap. Matang bila mencapai umur kira-kira 630 hari. Purata umur ketika beranak pertama ialah 918 hari. Berat mencapai lebih kurang 330kg apabila mencapai umur dua tahun 


(5) Lembu Kacukan Friesian-Sahiwal (Mafriwal) 
Baka lembu ini lazimnya berwarna hitam kemerahan. Baka ini adalah daripada hasil kacukan antara lembu betina jenis Friesian dan jantan Sahiwal. Baka ini dihasilkan khusus untuk dipelihara di Malaysia. Ia juga merupakan jenis dua-guna yang sesuai bagi Malaysia iaitu untuk penghasilan daging lembu dan juga susu segar. Baka lembu ini dilaporkan boleh ddan dapat mengeluarkan susu sebanyak 1,500 - 2,000 kg. Purata berat anak semasa lahir 24kg. Berat matang seekor lembu ini mencapai 360kg. Kadar purata kenaikan berat badan bagi baka ini dalam lingkungan 0.37kg sehari. Projek NCER ternakan lembu di Holstein terletak hampir Bandar Muadzam menggunakan baka ini bagi menghasilkan susu segar jenama popular 'Farm Fresh'.

(6) Lembu Baka Kacukan Komersial dari Australia 
     (Australian Commercial Crosses) 
Terdapat banyak pilihan untuk baka hasil kacukan berbagai jenis lembu pedaging dari Australia. Antaranya ialah Brahman, Shorthorn dan Hereford. Lembu-lembu jantan muda dari baka ini mudah didapati dengan bilangan yang banyak dan harga yang berpatutan. Terdapat penternak komersil yang mendapatkan baka kacukan daripada Australia duntuk dijadikan baka ternakan di negara kita.

(7) Lembu Baka Kacukan K-K
Kacukan Pedaging K-K Baka ini dihasilkan dari program kacukan lembu betina baka K-K dengan baka-baka lembu pedaging jantan seperti Hereford, Charolais, Droughtmaster, Brahman dan juga baka Simmental. Kaedah kacukan dibuat dengan cara permanian beradas menggunakan air mani beku dari baka-baka pejantan bermutu yang diimport. Baka ini lazimnya lebih sesuai diternak dinegara kita dimana mampu menghasilkan daging lebih baik.
Semuga anda semua mendapat info berguna dalam membaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!...
LEMBU PEDAGING... DI MALAYSIA...
POPULASI DIREKOD...ADA DIMANA...
BANYAK SAIZNYA... MENGIKUT BAKA...
BACA ARTIKEL... BARU KENALNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11F, Putrajaya,
Wilayah Persekutuan,
Malaysia.
(9 Syaaban 1441H).
STAY HOME... ELAKAN JANGKITAN COVID-19!..

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.