Saturday, March 21, 2020

PRODUK NANAS MELITA - UJIRASA

PRODUK NANAS MELITA merupakan diantara ratusan produk berasaskan buah nanas yang ada di Malaysia yang mana penulis blog membuat ujirasa. Penulis blog bepeluang membuat tinjauan teknologi ke ladang nanas KPF (Kulim Pineapple Farm) di Uli Tiram, Kota Tinggi dan Tanah Abang, Mersing, Johor didalam mendapatkan teknologi tanaman nanas khususnya nanas varieti MD2 secara komersil. KPF merupakan salah satu syarikat yang menanam nanas MD2 secara perladangan diatas tanah mineral (mineral soil) di Johor yang mampu menghasilkan bbuah nanas segar untuk pasaran domestik dan eksport. Nanas (Ananas comosus) kini merupakan salah satu tanaman buh yang mendapat perhatian ramai usahawan kerana didakwa ianya mampu memberikan pulangan yang baik.  Kalau dahulu tanaman nanas hanya tertumpu dikawasan tanah gambut sahaja akan tetapi telah ada teknologi untuk menghasilkan nanas segar premium dikawasan tanah mineral seperti tanah yang dahulu ditanam dengan kelapa sawit. Ladang KPF di Ulu Tiram ini contohnya dahulu adalah ladang kelapa sawit yang kini ditebang dan ditanam dengan nanas. Nanas MD2 (nombor daftar AC9) merupakan sejenis nanas premiium yang sesuai untuk pasaran segar atau diproses menjadi pelbagai produk. Antara beberapa produk berasaskan buah nanas adalah seperti buah potong (titbits), jus nanas, pes nanas, kerepek nanas, tart nanas, halwa nanas dan banyak lagi. Makanan yang berasaskan nanas juga banyak daripada paceri nanas, ikan kering masakk lemak dengan nanas, nasi goreng nanas, karipap nanas, pinacolama dan banyak lagi. Artikel petang Ahad ini saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology'' dua produk keluaran KPF dengan jenama MELITA yang telah dibuat ujirasa memasa membuat tinjauan diladang tersebut untuk bahan rujukkan anda semua.


Produk Pertama  adalah makanan ringan yang dinamakan 'Freeze Dried Pineapple' iaitu sejenis produk baru yang ada di Malaysia menggunakan teknologi terkini. Paket ini yang berwarna kombinasi putih dan kining amat menarik dengan ada gambar nanas varieti MD2 (Sila lihat foto disebelah). Penulis blog yang diberi beberapa paket sampel untuk ujirasa produk ini mendapati ia sesuai dijadikan makanan snek yang berkhasiat. Menurut KPF, pproduk ini diberikan nama 'Melita' yang bermakna sebagai 'Melayu Jelita' walau pun jika disebut didalam bahasa Sepanyol mungkin maksudnya berbeza. Setiap paket ini didakwa diproses daripada nanas MD2 iaitu sejenis nanas premium yang ditanam oleh ladang KPF dan di proses oleh Syarikat Tastiwah Sdn Bhd beralamat di Jitra, Kedah, Malaysia, Kilang ini dilaporkan melaburkan kos tinggi untuk membeli peralatan dan mesin 'freeze dried' yang mampu memproses buah nanas segar tanpa merosakkan komposisi nutrient asasnya. Berbeza dengan teknologi 'vacuum fry' didakwa teknology ini lebih canggih dan mampu menghasilkan produk yang kualitinya lebih tinggi. Dari ujirasa yang penulis blog lakukan didapati memang benar kelainan produk dari freeze dried dengan vacuum fry. Perbezaan nyata adalah rasa kemasaman dan aroma asli yang amat dirasai dengan produk ini. Memang saya berikan kredit 'superb' untuk produk ini.


Dari segi pembungkusan pula produk ini telah mendapat persijilan daripada MeSTI, HACCP, ISO22000, Halal dan juga logo Buatan Malaysia. Setiap pek hanya mengandungi sebanyak 20 gram sahaja dimana ia dijual sekitar RM7.00 sepekut untuk harga runcit. Walau pun hanya 20 gram pembungkusannya tetapi dibaca dari kandungan nutrisinya memang hebat (Sila anda lihat foto disebelah). Ini kerana didakwa bagi hidngan 100 gram mempunyai sebanyak 409 kcal (82.3 kcal per 20 gram) dengan kandungan protin (4.3 gram), Kabohiderat (90.7 gram, Dodium (o,8 miligram), Lemak (1.3 gram), Lemak Tepu (0.7 gram), Trans Lemak (kurang 1.0 mg), Vitamin C (154.5 mg), Vitamin B1 (kurang 1.0 mg), Vitamin B2 (kurang 0.5 mg), Kalsium (51.9 mg), Zat Besi (2.4 mg) dan juga Kolesterol (kurang 1.0 mg). Dicatitkan tarikh ia dikeluarkan dikilang dan tarikh luput dengan jelas iaitu selama (1) satu tahun. Pembungkusan mengguna bahan tetrapek ini membolehkan ia kedap udara bagi menjamin kualitinya. Anda kena rasa produk makanan snek ini untuk menulai sendiri akan keenakannya.


Bagi produk Jus Nanas Melita ia ditinkan didalam bekas yang mana lebih enak diminum sewaktu sejuk. Dipasaran memang terdapat banyak pproduk kordial dan straight drink berasaskan buah nanas. Bagaimana pun dari ujirasa yang penulis blog lakukan terhadap produk jus nenas ini memang agak berlainan dimana ia memberikan tahap kemanisan dan aroma yang semacam agak asli juga (Sila lihat foto disebelah). Tin yang mengandungi sebanyak 320 liter ini dijual runcit sekitar RM2.50 hingga RM3.00 bergantung kepada yang biasa atau yang disejukkan. Warna tin yang dipaparkan adalah hijau, putih dan kining dengan ada gambar buah nanas MD2. Ditulis sebagai Melita FOODS ia dinamakan Jus Nanas (Pineapple Juice) yang memang menjadi salah satu jenis minuman katogeri minuman berkhasiat. Daripada KPF dimaklumkan jus ini menggunakan nanas premium MD2 iaitu sejenis nanas yang memang mahal dijual segar dipasaran. Kalau anda berpeluang membeli jus nanas MD2 segar diproses terus dari buahnya biasa dijual sekitar RM5.00 bagi bekas besar dan RM3.00 bagi bekas kecil. Bagaimana pun produk didalam tin ini sesuai diteguk semasa sejuk dan memang memgenyangkan kalau diminum seorang satu tin. Hasil ujirasa penulis blog dapati ia memang sesuai dijual kepada awam dan memang berbaloi.


Bagaimana pula kandungan nutrisi jus nanas Melita yang dibuat ujirasa ini?. Pada tin diberikan label yang jelas boleh dibaca dimana setiao 100 ml minuman ini memberikan tenaga sebanyak 47 kcal (atau sebanyak 156 kcal bagi satu tin). Kandungan lemak pula memang tiada (0 gram), Kabohiderat (11.7 gram atau 37.6 gram/tin), Serat atau Fiber sebanyak 0.1 gram/100 (2 gram/tin), Sodium sebanyak 0.1mg/100 (0.2 mg/tin), Vitamin C sebanyak 8.5 gram/100 gram atau 2.1 mg/tin dan Gula sebanyak 9.5 gram/100 ml atau 30.4 gram/tin. Minuman dalam tin ini dkilangkan di KPF Trading di Johor Bahru dengan direkomen untuk disimpan didalam tempat yang sejuk. Setiap tin ditanda dengan tarikh luput dibahagian bawah tin yang lazimnya sekitar 4-5 bulan dengan cara penyimpanan yang baik. Pada penulis blog minuman ini sesuai dijadikan minuman dalam tin untuk diminum selalu kerana kandungan vitamin C yang tinggi dan baik untuk kesihatan. Semuga artikel kali inii memberi info berguna kepada semua pembaca balog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
PRODUK ASAS NANAS...JENAMA MELITA...
NANAS MD2... MEMANG PREMIUM RASANYA...
FREEZE FRIED...TEKNOLOGI BARI DIGUNA...
MINUMAN JUS NANAS... SEGAR ENAKNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist Expert,
Precint 11, Putrajaya,
Wilayah Persekutuan,
Malaysia.
(20 Rejab 1441H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.