Tuesday, March 17, 2020

KEMARAU DAN KESANNYA (Part 2)

KEMARAU (Drought) merupakan ialah satu tempoh cuaca kering yang berpanjangan dengan terdapat sedikit hujan atau tiada hujan langsung. Fenimena ini juga boleh memberikan kesan besar terhadap ekosistem dan pertanian di kawasan yang terbabit sehingga menyebabkan kerugian kepada petani dan kekurangan kepada bekalan makanan. Dalam pada itu lazimnya musim kemarau atau musim kering ialah musim tempoh tahunan hujan yang rendah di kawasan tropika yang dipengaruhi oleh sistem monsun. Cuaca di kawasan tropika dikuasai oleh jalur hujan tropika dimana ia akan bergerak dari kawasan tropika utara ke selatan dan balik sepanjang tahun. Jalur hujan tropika biasanya terletak di hemisfera selatan yang berlaku sekitar dari bulan Oktober hingga Mac dimana pada masa itu kawasan tropika utara mempunyai musim kering dengan jarang hujan dan hari-hari biasanya cerah keseluruhannya. Dari bulan April hingga September pula berlaku dimana jalur hujan terletak di hemisfera utara menyebabkan kawasan tropika selatan mempunyai musim kering mereka. Di bawah pengelasan iklim dikenali sebagai Sistem Köppen yang menjelaskan dimana untuk iklim tropika biasanya bulan musim kering ditakrifkan sebagai bulan apabila purata hujan adalah di bawah 60 milimeter. Musim kering mempunyai kelembapan yang rendah dimana sungai-sungai menjadi kering. Akibat dari kekurangan air (dan seterusnya makanan) boleh juga memaksa banyak haiwan ruminan tidak dapat merragut rumput dan minum air diman kemudian haiwan ini akan bergerak atau berhijrah ke tempat yang lebih subur. Di Malaysia sering berlaku kemarau dan cuaca panas diantara bulan Febuari hingga Mac dan terkesan lebih teruk daripada Julai sehingga Ogos setiap tahun. Kawasan penanaman padi dikawasan jelapang dan luar skim pengairan akan terjejas begitu juga kawasan tanaman sayuran di tanah gambut. Artikel malam ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kongsikan banyak kisah mengenai kemarau yang dilaporkan oleh akhbat tempatan untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan anda semua.

Di Sungai Golok, Rantau Panjang, Kelantan dengan artikel bertajuk "Pesta Kemarau" juga menjadikan kisah kemarau ini lebih unik. Kini musim  kemarau menyebabkan paras air sungai Golok surut dan mula menjadi tumpuan orang ramai yang mengambil peluang untuk mandi serta berniaga di kawasan sekitar Pangkalan Pasir, di sini. Kawasan itu kini menjadi tumpuan sejak seminggu lalu oleh pengunjung dari Kelantan dan negara jiran. Lebih 10 peniaga mengambil kesempatan membuka gerai menjual air dan makanan ringan sejak empat hari lalu berikutan lokasi itu menerima pengunjung yang ramai setiap hari. Tinjauan Harian Metro di Pangkalan Pasir mendapati suasana meriah dan sungai Golok menjadi tapak pesta apabila lebih 500 orang berkunjung ke kawasan itu dan ada yang mengambil peluang mandi berikutan paras air di lokasi itu hanya kira-kira 0.2 meter (m). Menurut portal Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Kelantan, paras air sungai Golok mencatatkan 3.35m berbanding paras normal 5m. Seorang suri rumah bernama Shidah Jusoh yang tinggal di Kampung Cabang Tiga Bagus berkata dimana dia akan mengambil peluang berniaga kerana kawasan itu menerima kunjungan orang ramai setiap hari. Dia berniaga sejak empat hari lalu bermula jam 3 petang hingga 7 malam setiap hari dan memperoleh antara RM100 hingga RM200 sehari. Kalau sebelum ini dia tidak bekerja dan melihat sambutan orang ramai memberi semangat untuk saya berniaga air dan makanan ringan.  Kini sebelum ini sunyi, namun sejak seminggu lalu orang ramai datang ke lokasi ini bukan sahaja penduduk sekitar, malah dari luar Rantau Panjang. Paras air surut mendadak itu berlaku seperti tahun 2015 yang turut menerima kunjungan orang ramai. Seorang lagi pengunjung bernama Che Romah Ibrahim, 59 tahun juga berkata dia dan suaminya tertarik untuk datang ke kawasan itu selepas mendengar lokasi itu meriah dan telah menjadi tumpuan. Mereka yang tinggal di Sri Gombak, Selangor, kebetulan pulang ke kampung kerana ada kematian mengambil peluang untuk melihat sendiri suasana di sini. Dia memang tidak sangka sungai Golok ketika musim kemarau ini sangat meriah.

Di Tok Bali, Kelantan ada kisah lain semasa musim kemarau dimana musim kemarau memberi rezeki berganda kepada pembuat ikan kering atau ikan masin di Tok Bali, Pasir Puteh. Perkara ini berlaku apabila mendapat mereka mendapat permintaan yang tinggi mencecah 100 kilogram (kg) sehari untuk ikan kering fresh. Seorang ibu tunggal bernama Sarifah Saud yang berumur  49 tahun mendakwa dimana dia memanfaatkan musim kemarau ini dengan membuat pelbagai jenis ikan kering termasuk ikan talang, gelama, selar kuning dan duri (Sila anda lihat foto disebelah). Dia mengusahakan perniagaan ikan kering bersama kakak, Jamilah, 55, yang juga ibu tunggal dan juga oleh abangnya En Jamil yang dijual di hadapan rumah mereka. Kini sejak musim kemarau maka proses didalam mengeringkan ikan yang diperap dengan garam hanya mengambil masa sehari sahaja. Berbanding hari biasa atau musim hujan dimana mereka akan mengambil masa lebih dua hari untuk mengeringkan ikan. Biasanya ikan kering ini mendapat permintaan yang tinggi dari pelanggan bukan sahaja dari Kelantan, malah luar negeri ini. Ikan kering yang diusahakan menggunakan ikan segar yang dihantar peraih ikan atau dibeli di Kompleks Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM)di Tok Bali. Ikan ini dijual dengan harga antara RM18 sekilogram bagi ikan kecil dan RM50 hingga RM80 untuk ikan besar seperti talang serta gelama. Sejak berniaga 12 tahun yang lalu, kami mengutamakan kualiti ikan kerana tidak mahu mengecewakan pelanggan. Pada musim ini, kami juga mudah mendapatkan bekalan ikan kerana nelayan turun ke laut dan mendapat tangkapan yang banyak.

DI Kota Bahru  Kelantan artikel bertajuk "19,300 pesawah terjejas kemarau " telah menjadikan kisah kemarau berlarutan. Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah pun menganggarkan 19,300 pesawah di negara ini terjejas teruk berikutan musim kemarau. Ketua Setiausahanya Datuk Mohd Sallehuddin Hassan berkata, berkata tiga negeri yang dikenal pasti terjejas ialah Kelantan, Terengganu dan Sabah. Kekurangan bekalan air itu memberi kesan teruk terhadap penanaman padi musim pertama, sekali gus menjejaskan pengeluaran beras. Cuaca kemarau melampau memberi kesan kepada pesawah di Kelantan, di kawasan luar jelapang Terengganu dan Kota Belud, Sabah berikutan masalah bekalan air terhad. Pesawah di bawah Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) berdepan masalah bekalan air sungai dan pokok padi hanya bertahan dalam tempoh dua minggu “Sekiranya keadaan ini berterusan, ia akan menjejaskan penanaman padi musim pertama, sekali gus menyebabkan pesawah berdepan kerugian lebih besar. Kini pihak berkuasa mengambil langkah segera dengan turun padang untuk melihat sendiri masalah yang dihadapi pesawah. Di Kelantan disediakan telaga tiub sebanyak 200 unit dan kami akan menambah 100 lagi dalam masa terdekat selain menyerahkan pam mudah alih kepada pesawah secara berperingkat. Beliau yakin dalam masa terdekat semua masalah air termasuk tiada sumber air langsung diselesaikan. Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan, Mohd Sallehuddin menggesa pegawai dan kakitangan KADA untuk berusaha meningkatkan pengeluaran beras. KADA menyumbang lapan peratus bekalan beras negara. Saya berharap pegawai dan kakitangan bekerja lebih keras untuk mempertingkatkan pengeluaran beras.

Kisah lain di laporkan daripada Johor Bahru dengan tajuk artikel "Kemarau dijangka berlarutan" dimana di Semenanjung Malaysia berkemungkinan mengalami kemarau berikutan fenomena gerhana matahari separa dan El Nino yang berlaku. Dakwa seorang pakar Astronomi Fakulti Geoinformasi dan Harta Tanah Univerisiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Othman Zainon mendakwa kehadiran fenomena gerhana matahari separa menyebabkan jangkaan didalam peningkatan suhu satu hingga dua darjah celsius. Kini Kemarau berkenaan dijangka berlarutan sehingga empat hingga enam bulan. Fenomena seperti ini juga mengulangi kejadian kemarau akibat fenomena gerhana matahari penuh yang berlaku di Kudat, Sabah pada 1995, iaitu pengulangan fenomena setiap 21 tahun sekali. Malah tarikh gerhana matahari separa pada tahun ini dan 1995 jatuh pada hari yang sama iaitu 29 Jamadil Awal. Ketika itu beberapa buah negeri Semenanjung Malaysia mengalami gerhana matahari separa dan akibat peristiwa itu taburan hujan dan paras takungan air di empangan turut berkurangan selain cuaca yang tidak menentu. Oleh itu orang ramai perlu menjimatkan penggunaan air untuk kemungkinan itu. Kemarau yang bakal berlaku bukan tiada hujan tetapi kadar taburan hujan akan berkurangan disebabkan faktor sokongan El Nino. Artikel ini bermula dalam Part 1 untuk kisah sebelumnya. Semuga anda mendapat info yang berguna membaca artikel dalam anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
KEMARAU BERLAKU... SETIAP TAHUN....
SUNGAI KERING... PANAS BERTAHAN...
TANAMAN ROSAK...HASILNYA KURANG...
AIR BAWAH TANAH... SESUAI DI GUNAKAN...

By,
M Anem,
Senior Agronomist Expert,
Precint 11, Putrajaya,
Wilayah Persekutuan,
Malaysia.
(17 Rejab 1441H).



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.