Monday, March 16, 2020

KEMARAU DAN KESANNYA (Part 1)

KEMARAU (Drought) merupakan ialah satu tempoh cuaca kering yang berpanjangan dengan terdapat sedikit hujan atau tiada hujan langsung. Fenimena ini juga boleh memberikan kesan besar terhadap ekosistem dan pertanian di kawasan yang terbabit sehingga menyebabkan kerugian kepada petani dan kekurangan kepada bekalan makanan. Dalam pada itu lazimnya musim kemarau atau musim kering ialah musim tempoh tahunan hujan yang rendah di kawasan tropika yang dipengaruhi oleh sistem monsun. Cuaca di kawasan tropika dikuasai oleh jalur hujan tropika dimana ia akan bergerak dari kawasan tropika utara ke selatan dan balik sepanjang tahun. Jalur hujan tropika biasanya terletak di hemisfera selatan yang berlaku sekitar dari bulan Oktober hingga Mac dimana pada masa itu kawasan tropika utara mempunyai musim kering dengan jarang hujan dan hari-hari biasanya cerah keseluruhannya. Dari bulan April hingga September pula berlaku dimana jalur hujan terletak di hemisfera utara menyebabkan kawasan tropika selatan mempunyai musim kering mereka. Di bawah pengelasan iklim dikenali sebagai Sistem Köppen yang menjelaskan dimana untuk iklim tropika biasanya bulan musim kering ditakrifkan sebagai bulan apabila purata hujan adalah di bawah 60 milimeter. Musim kering mempunyai kelembapan yang rendah dimana sungai-sungai menjadi kering. Akibat dari kekurangan air (dan seterusnya makanan) boleh juga memaksa banyak haiwan ruminan tidak dapat merragut rumput dan minum air diman kemudian haiwan ini akan bergerak atau berhijrah ke tempat yang lebih subur.  Di Malaysia sering berlaku kemarau dan cuaca panas diantara bulan Febuari hingga Mac dan terkesan lebih teruk daripada Julai sehingga Ogos setiap tahun. Kawasan penanaman padi dikawasan jelapang dan luar skim pengairan akan terjejas begitu juga kawasan tanaman sayuran di tanah gambut. Artikel malam ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kongsikan banyak kisah mengenai kemarau yang dilaporkan oleh akhbat tempatan untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan anda semua.

Di Kampong saya di Sawah Ring, Tangkak, Johor dilaporkan dimana dilaporkan pesawah terkesan kemarau dimana mereka kecewa.  Pesawah di Kampung Sawah Ring di Tangkak bimbang dengan kemarau yang melanda sejak beberapa minggu lalu memusnahkan tanaman oadi. Mereka yang terdiri daripada seramai 238 pesawah mendakwa kemarau itu akan menyebabkan bencana 'padi angin'. Pengerusi Ladang Kelompok Sawah Kampung Sawah Ring iaitu Encik Minhat Saidon berkata iaitu sawah mulai kering dan merekah akibat kekurangan air sekali gus tidak dapat memulakan penyemaian benih. menurutnya ramai petani memerlukan air yang mencukupi selama 100 hari atau tiga bulan sehingga musim menuai.
“Oleh kerana jika air tidak mencukupi, anak padi akan layu dan fenomena kemarau dijangka sehingga April nanti turut disertai angin kencang menyebabkan padi mudah tanggal dari tangkai menambahkan kerugian kepada petani (Sila lihat foto disebelah). Dakwanya ada dikalangan petani telah mula menggunakan pam bagi mendapatkan air dari parit sawah yang berhampiran tetapi masih tidak mencukupi. Dakwanya lagi kawasan sawah seluas 270 hektar dahulunya mendapat sumber air tadahan terbuka yang dibina namun kesan penanaman kelapa sawit berhampiran menyebabkan sumber air itu menjadi kering dalam tempoh singkat. katanya. Sawah Ring di kampung itu wujud sejak 1917 dan pernah melalui kemarau panjang dan padi angin pada 1980-an dimana masa itu ia menyebabkan petani berputih mata tiada hasil. Pihak Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) melaksanakan projek infrastruktur pengairan dan perparitan mengatasi pengairan pada 28 November 2019 dan ianya dijangkakan siap sepenuhnya pada 15 April 2021. Apa pun ramai kalangan pesawah di sini berharap projek itu dapat dipercepatkan bagi mengelak kerugian kerana tidak mendapat air yang mencukupi untuk tanaman.

Dalam kes lain akhbar tempatan melaporkan kemarau di Malaysia mencapai suhu kepanasanagak tinggi pada tahun 2020. Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) menafikan dakwaan bahawa Perlis sedang mengalami cuaca panas melampau sehingga mencapai suhu 39 darjah celsius. Menurut dakwaan oleh Pengarah MET Malaysia Perlis iaitu En Mohd Saharudi Saad suhu tertinggi dicatatkan negeri itu setakat ini adalah 37.4 darjah celsius yang direkodkan pada Ahad lalu. Dalam pada itu pada Isnin sehingga semalam dilaporkan dimana rekod suhu maksimum adalah sekitar 36 darjah celcius dimana ia  tidak ada seperti dakwaan yang tular itu. Dinyatakan lagi dimana pada kali terakhir amaran cuaca kering dikeluarkan MET Malaysia pula pada 14 Februari 2020 lalu dan peralihan monsun dijangka berlaku selewat-lewatnya penghujung bulan ini. Penulis blog yang dapat berkunjung  kebun nanas MD2 di Chuping, Perlis dan Changloon Kedah merasai akan bahang panas pada jam 2.50 petang kerana sudah lebih 5 minggu tidak ada hujan. Dakwa MET lagi ketika peralihan monsun itu, Perlis dijangka akan menerima taburan hujan pada sebelah petang tetapi ia jarang berlaku. MET menjangkakan taburan hujan akan meningkat dalam julat antara 76 hingga 100 milimeter bulan Mac - April 2020 berbanding cuma sekitar 32 milimeter pada Februari lalu. Perkara ini telah tular di aplikasi WhatsApp mendakwa Perlis sedang mengalami cuaca panas yang melampau sehingga suhu mencecah 39 darjah celsius dan pesanan supaya penduduk mengurangkan aktiviti luar bagi mengelak risiko strok haba. Perlis pernah mengalami kepanasan melampau dengan suhu 40 darjah celsius yang kali terakhir berlaku pada 1998.

Berlainan pula di Terengganu dimana artikel bertajuk "Rezeki Musim Kemarau" seperti yang dilaporkan oleh media tempatan.  Cuaca panas memberi rahmat buat peniaga tembikai apabila buah itu bukan saja akan mendapat permintaan tinggi, malah isinya lebih berkualiti berbanding musim biasa (Sila lihat foto disebelah). Peniaga mendakwa cuaca panas menyebabkan tembikai menjadi lebih manis kerana kurang menyerap air. Tinjauan penulis blog ke lokasi juga mendapati bahu jalan sepanjang Jalan Besar Kuala Terengganu-Kota Bharu di Permaisuri dipenuhi deretan peniaga menawarkan tembikai. Seorang peniaga dikenali dengan nama Nurul Erma Salwani Azmi, 25 juga berkata dimana jika orang ramai mengeluh akibat cuaca panas dengan suhu mencecah 39 darjah Celsius maka para peniaga sambilan sepertinya pula gembira kerana mereka mendapat pendapatan hasil jualan tembikai meningkat. Buah tembikai dilaporkan boleh menyegarkan dan melegakan rasa haus, lebih enak kalau dijadikan jus. Pengeluaran tembikai juga meningkat menyebabkan ramai peniaga mengambil kesempatan musim panas ini untuk menjual buah ini dan ia memang laris. Sebenarnya dia adalah seorang suri rumah tapi mahu ambil kesempatan menjual tembikai kerana ia memang laris pada musim panas. Gerainya berada di Kampung Beris Tok Ku. Dia memberitahu yang keluarganya mengusahakan kebun tembikai seluas 0.8 hektar namun belum sampai tempoh matang untuk dikutip. Kini dia akan mendapatkan bekalan daripada pembekal dan membeli 1,700 kilogram tembikai yang habis dijual dalam tempoh dua ke tiga hari. Dakwanya dalam sehari kami dapat merekod jualan antara RM500 hingga RM700. Malah untuk menarik pelanggan kami jual secara longgok iaitu RM15 untuk empat biji tembikai. Dia dibantu adik ipar iaitu Mohd Zul Khusairy Mohamed berumur 18 dan seorang lagi adik Nurul Ain untuk melayan pelanggan dan menyusun buah. Memang seronok kerana saya mampu kumpul antara RM200 hingga RM300 sehari hasil jualan tembikai. Siapa sangka mulanya suka-suka saja nak jual tembikai, tetapi pendapatan diperoleh agak lumayan dan dapatlah buat persediaan untuk Ramadan dan Aidilfitri nanti. Pendapatan sebagai buruh memang tidak seberapa, apabila lihat ramai orang jual tembikai, saya pun mahu cuba. Alhamdulillah, walaupun banyak persaingan, rezeki saya tetap lumayan. Artikel ini bersambung dalam Part 2 untuk kisah seterusnya. Semuga anda mendapat info yang berguna membaca artikel dalam anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
KEMARAU BERLAKU... SETIAP TAHUN....
SUNGAI KERING... PANAS BERTAHAN...
TANAMAN ROSAK...HASILNYA KURANG...
AIR BAWAH TANAH... SESUAI DI GUNAKAN...

By,
M Anem,
Senior Agronomist Expert,
Precint 11, Putrajaya,
Wilayah Persekutuan,
Malaysia.
(17 Rejab 1441H).











 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.